Home »
BERITA
,
DALGLISH
,
FSG
,
LAGENDA
,
LIVERPOOL
,
PENGURUS
,
PERPINDAHAN
,
TERKINI
» Dulu marah Dalglish, kini marah Henry pula
Dulu marah Dalglish, kini marah Henry pula
Written By Unknown on Khamis, 17 Mei 2012 | 4:08 PTG
Beginilah episod sesebuah kehidupan samaada dalam kegiatan harian, ataupun didalam pertandingan yakni sukan. Sikap memaki mencaci serta tidak puas hati sering timbul apabila sesuatu keputusan berlaku diluar jangkaan.
Dulu masing-masing maki, kutuk dah marah Dalglish terhadap prestasi Liverpool yang tidak menentu. Majoritinya berpendapat Dalglish harus dipersalahkan 100% diatas segala kegagalan ini. Maka ada juga terkeluar suara-suara sumbang yang meminta agar Dalglish dipecat, letak jawatan dan pencen saja. Bila waktu menang, selori pula pujian yang diluahkan terhadap lagenda Liverpool ini. Tapi ia hanya seketika sahaja, Berbakul-bakul kembali hinaan terus dilemparkan kepada beliau.
Hari ini, tiba-tiba perasaan kepada Dalglish dulu berubah pula menjadi simpati. Kini mereka berpaling arah dan mula pula memarahi Fenway Sports Group (FSG) a.k.a John Henry sebagai pemilik Liverpool. Macamana mereka memaki Dalglish dahulu, begitu juga yang diterima oleh Henry. Itulah situasi yang berlaku kini setelah pemecatan lagenda Dalglish dari menjadi Pengurus Liverpool berkuatkuasa semalam.
Disini pada dasarnya saya bukanlah nak menyalahkan 100% apa yang diperkatakan oleh anti Dalglish ini. Malah saya juga tidak mengatakan bahawa mereka yang sentiasa menyanjung lagenda ini betul kesemuanya. Bila kita renung diri kita kembali, siapalah kita disisi Liverpool FC untuk mengeluarkan kenyataan mengikut hati dan perasaan. Kita hanyalah sebagai peminat. Bukannya penyokong apatah lagi nak bau-bau bedak dengan ahli lembaga pengarah. Bukankan kata ada share ke apa dalam FSG ni, malah beli baju pun cap ayam made in Thailand yang tiada sebarang sumbangan kearah kelab. Jadi apa jua keputusan dan apa jua yang berlaku kita berserah sahaja kepada mereka yang layak menyelesaikannya.
Lumrah kehidupan. Sewaktu seseorang itu ada pasti adakalanya kita membencinya, tetapi sesudah kehilangannya pasti merinduinya malah akan berasa simpati terhadap nasib yang menimpa diri mereka. Saya akui, saya juga adakalanya terlepas kata juga mengutuk Dalglish ini. Tetapi setakat ini apa yang saya perkatakan adalah berdasarkan fakta dan tak pernah pun untuk Dalglsih dipecat. Hormat sebagai lagenda tidak semesti tidak boleh memperkatakan kesilapannya. Tetapi dengan semangat untuk terus memberi kepercayaan adalah lebih penting dari memberi tekanan. Tapi sayang, semuanya kini tinggal kenangan.
Saya juga mengakui bahawa FSG dan Liverpool FC juga ada membuat kesilapan dalam situasi pemecatan ini. Mengapa baru kini berlakunya pemecatan, kenapa tidak diberi peluang kedua kepada beliau untuk menamatkan semusim lagi dalam kontraknya. Ia adalah lebih baik untuk kedua-dua belah pihak. Ataupun tak payahlah ikat kontrak dua tahun sewaktu Dalglish telah menamatkan separuh musim menyelamatkan Liverpool yang lemas akibat peninggalan Roy Hodgson. Bukankah niat utama semasa mula-mula perlantikan sekadar menjadikan Dalglish pengurus sementara. Sekurang-kurangnya jika tidak sambung kontraklah ketika itu, peminat pasti boleh menerima keadaan dan tujuan sebenar berdasarkan motif perlantikan mengejut beliau menjadi pengurus.
Disini saya sekadar berkongsi artikel dari Daily mail yang telah menyenaraikan 7 sebab mengapa Kenny Dalglish diberhentikan kontrak sebagai pengurus Liverpool
1) Gagal untuk bermain dengan baik dihalaman sendiri (Stadium Anfield)
-Liverpool hanya mengutip 30 mata daripada 19 perlawanan di tempat sendiri musim ini
2) Isu perkauman Suarez dan Evra
-Tindakan Kenny Dalglish yang banyak mempertahankan pemainnya hampir merosakkan reputasi Liverpool termasuk juga pihak penaja serta FSG.
3) Pembelian yang tidak masuk akal dan munasabah
- Gabungan pemain-pemain seperti Downing,Henderson,Charlie Adam dan Jose Enrique dengan jumlah £50juta tidak setanding dengan kualiti yang mereka miliki.
4) Andy Carroll
-Jika pemain itu mengekalkan prestasinya seperti musim lepas sewaktu berada di Newcastle, sudah tentu prestasi Liverpool dalam liga akan bertambah baik
5) Kehilangan Steven Gerrard
-Steven Gerrard hanya bermain 23 perlawanan di bawah kendalian Dalglish dengan kapten England itu lebih banyak berehat kerana mengalami kecederaan.
6) Tiada penyudah berkesan
-Pemain Liverpool adalah pakar dalam menyepak bola kearah tiang dan palang gol. Ini terbukti apabila telah membuat 33 percubaan terkena tiang dan palang hanya dikira dalam persaingan liga sahaja. Sesetengahnya mungkin keran tidak bernasib baik namun sesetengah membuktikan bahawa penyudah mereka kurang mantap. Sekiranya tragedi ini tidak berlaku sudah pastinya Liverpool adalah antara kelab penyumbang gol terbanyak pada musim ini.
7) Strategi perlawanan dan pemilihan pemain.
-Dirk Kuyt dan Maxi Rodriguez jarang dipilih bagi skuad utama dan kita boleh lihat banyak tektikal dan corak permainan Dalglish yang diragui. Gagal menurunkan pemain mengikut kesesuaian perlawanan dan yang paling penting gagal menggunakan sistem pertukaran pemain dengan sebaiknya. (Terlalu memanjakan dan mempercayai hanya sebahagian pemain sahaja)
Jadi, terpulanglah kepada anda untuk menilainya. Kita yang hanya sekadar peminat di Malaysia pun terasa kesedihannya, inikan penyokong fanatik di Merseyside yang dan beribu-ribu keluar duit untuk menyokong pasukan kesayangan kita ini, pasti lebih memilukan. Jangan samapi ada yang menangis airmata darah sudahlah. Bagi yang nak sangat Dalglish dipecat, pasti mereka senyum sampai ketelingakan. Tahniah kerana suara dan keluhan anda didengari oleh FSG.
Catat Ulasan