Home » , , , , » Liverpool 4-1 Chelsea

Liverpool 4-1 Chelsea

Written By Unknown on Jumaat, 11 Mei 2012 | 2:00 PG


Dendam diatas kekalahan pada perlawanan akhir Piala FA pada hari Sabtu lalu akhirnya terbalas juga selepas pemain-pemain Liverpool berjaya mengalahkan Chelsea 4-1. Sememangnya kita tidak menjangkakan bahawa Liverpool mampu menjinakkan Chelsea dengan jaringan sebanyak ini, tetapi itulah dinamakan bola itu bulat, macam-macam boleh terjadi selagi wisel penamat belum dibunyikan.


Strategi Di Matteo yang menurunkan barisan keduanya memakan diri sendiri dan dengan kekalahan ini ruang untuk tiket automatik ke Liga Juara-Juara musim depan tertutup sudah dan hanya mengharapkan menjadi juara pada aksi Akhir nanti mengalahkan Bayern Munich untuk mendapatkan peluang terakhir. Mengharapkan Fernando Torres untuk membuktikan kepada bekas pasukannya, langsung tidak apa yang boleh dibanggakan melainkan satu percubaannya yang terkena palang gol. Berbanding Liverpool, tanpa aksi Steven Gerrard, Jose Enrique dan Bellamy dan memberi peluang kepada gandingan muda dibahagian midfield menampakkan kesungguhan untuk mencipta kemenangan.


Jonjo Shelvey dan Henderson berjaya mengemudi barisan tengah dengan baik disamping aksi-aksi Suarez dan Carroll yang memukau untuk mencipta ruang jaringan gol kepada rakan sepasukan yang lain. Sememangnya tidak lengkap jika badi tiang dan palang gol tidak menjadi sebahagian dari skrip drama perlawanan. Stewart Downing telah mencipta dua percubaan terkena palang dan tiang untuk menjadikan yang ke 32 secara keseluruhan dalam liga musim ini. Percubaan volley Downing yang terkena palang serta diikuti sepakan penalti yang di selamatkan oleh tiang sedikit mengecewakan kita. Kalaulah insiden-insiden ini boleh menghasilkan gol, sudah tentu kenduri gol dihadiahkan kepada peminat dalam kesetian mereka di perlawanan yang terakhir dilangsungkan di Anfield untuk musim 2011/2012 ini.


Apapun tahniah diatas kemenangan ini. Walaupun kemenangan ini sekadar memintas Fulham untuk kembali kekedudukan 8 liga, tetapi ia sebenarnya hanyalah perlawanan yang boleh dianggap perlawanann amal untuk melengkapkan jadual kejohanan. Apapun kita masih berharap Liverpool mampu untuk memenangi perlawanan terakhir nanti menentang Swansea pada hari Ahad nanti. YNWA..



VIDEO HIGHLIGHT PERLAWANAN




Liverpool - Chelsea 4 - 1 Premier League... by Qattousa
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger