Latest Post

Liverpool 1-1 Aston Villa

Written By peminat liverpool on Ahad, 8 April 2012 | 6:22 PTG

Sewaktu kita mengharapkan sesuatu yang amat berharga berjaya dimiliki pada perlawanan malam tadi, Liverpool terus dirundung nasib malang walaupun ia nampak sedikit lebih baik dari keputusan sebelumnya. Keputusan seri 1-1 yang berjaya diperolehi dalam perlawanan menentang Aston Villa di Anfield sebenarnya masih lagi belum memuaskan bagi kita sebagai peminat setia Liverpool FC ni.

Walaupun secara keseluruhannya Liverpool menguasai perlawanan, tetapi akibat sikap pengadil Michael Oliver yang agak berat sebelah membuatkan kita sedikit kecewa dengan nasib pemain2 kita. Beberapa insiden bola terkena tangan pemain Aston Villa dalam kotak penalti hanya di pandang sepi sahaja oleh pengadil disaat Suarez beberapa kali menjerit rasa kurang berpuas hati dengan keputusan tersebut. Jika perlawanan menentang Newcastle lalu, Liverpool bermain dengan lemah gemalai, tetapi penampilan kali ini membuatkan kita berasa lebih yakin dengan kesebelasan utama yang diturunkan.


Untuk aksi malam tadi, J. Spearing diketepikan untuk memberi ruang kepada Jonjo Shelvey bergandingan bersama Gerrard. Nampaknya pemain2 muda seperti Shelvey dan Flanagan dapat memberi sesuatu yang terbaik dan jika diasah bakat2 mereka berterusan sudah pasti ia akan berkilauan dimasa akan datang. Tidak lupa juga buat pertama kalinya kelibat Doni dalam kesebelasan utama menjadi kenyataan. Selepas Pepe Reina dilayangkan kad merah pada perlawanan lalu, Doni kini menjadi harapan utama Liverpool untuk menjadi benteng terakhir pasukan. Kredit juga diberikan kepada Doni, walaupun beliau telah melepaskan 1 gol pada perlawanan ini, sedikit sebanyak beliau akan berusaha memberi sesuatu yang lebih baik berbanding Reina dalam dua perlawanan yang mendatang. Sekiranya beliau mampu membuktikannya, sudah pasti Dalglish boleh merehatkan Reina sehingga habis musim untuk terus bertapa bagi memperkasakan lagi ilmunya.


Sebenarnya Liverpool boleh memperolehi lebih dari 3 gol pada perlawanan ini. Tetapi penyakit lama seperti bola terkena tiang, penjaga gol cekap dan gagal menyempurnakan peluang dihadapan mata membuatkan kita terus menggigit jari. Tidak salah rasanya jika sudah ada penyokong2 pasukan lain yang membandingkan Messi serta Ronaldo telah menjaringkan lebih dari 30 gol dalam 30 perlawanan sama dengan jaringan oleh keseluruhan pemain2 Liverpool dalam jumlah perlawanan yang sama. Kita terpaksa menerima kenyataan yang sebenar.


Suarez yang sekian lama ketandusan jaringan boleh dianggap wira penyelamat bagi Liverpool untuk terus tidak diaibkan. Menduduki tangga ke 8 sememangnya sudah tidak apa yang perlu lagi dikejarkan melainkan memberi banyak pendedahan kepada pemain2 muda dalam baki2 perlawanan. Itu sajalah yang terbaik dalam memperkasakan kembali pasukan pada masa akan datang. Yang penting untuk musim ini, fokus terhadap perlawanan separuh akhir piala FA pada sabtu ini menentang Everton di Wembley. Hanya kejuaraan itu  sajalah mampu menutup mulut2 pengkritik yang sentiasa mencari kelemahan pasukan lain tanpa memikirkan pasukan mereka sendiri, apa pun masih tak dapat pada musim ini.


Apapun sebelum perlawanan tersebut sudah pastinya berkunjung ke Ewood Park untuk menentang Blackburn pada pagi Rabu nanti menjadi medan untuk mengembalikan semangat yang semakin jauh menghilang. Kami masih berharap dan percaya Liverpool mampu melakar satu lagi kejayaan pada penghujug musim ini. YNWA.

-SG-

Preview : Liverpool vs Aston Villa

Written By peminat liverpool on Sabtu, 7 April 2012 | 5:21 PTG

Mampukah malam ini anak2 buah Dalglish bangkit dari kekecewaan yang terus melanda skuad Liverpool di penghujung musim ini. Menantikan kunjungan bekas pasukan Stewart Downing Aston Villa ke Stadium Anfield, diharapnya Liverpool mampu menghapuskan badi kekalahan yang membelenggu pasukan sehingga kini.

Mengharungi 4 perlawanan dengan kekalahan, ia memberi satu tamparan hebat kepada Dalglish mengenai percaturan yang sering diguna pakaikan sehingga kini. Liverpool antara salah sebuah pasukan yang digeruni pada awal musim, tiba2 menjadi pasukan belasahan oleh pasukan2 kelas bawahan. Apakah sebenarnya yang membelenggu pasukan kendalian Dalglish ini?

Pertembungan pada awal musim lalu di Villa Park telah pun dimenangi oleh Liverpool dengan 0-2 melalui jaringan Bellamy. Tetapi itu cerita di awal musim disaat Liverpool sedang mantap. Kini rekod berkenaan tidak lagi boleh diterima oleh akal. Mampukah pemain2 Liverpool mengubah nasib malang yang terus melanda pada malam ini. harap2 3 mata penuh mampu dimiliki untuk menjadi penawar kecerian kepada peminat2 yang sudah mula bosan dengan tektik Dalglish.

Apapun malam ini buat pertama kalinya kelibat Doni sebagai penjaga gol di barisan utama akan  menjadi kenyataan setelah ketiadaan Reina yang digantung 3 perlawanan selepas mendapat kad merah dalam pertembungan dengan Newcastle lalu. Mungkin tuah Doni lebih bagus dari Reina yang semakin kita kecam2 ini. Mudah2an menjadi kenyataan adanya. YNWA

Saksikan siaran Langsung perlawanan ini di :
CHANNEL : ASTRO ESPN (812) / ESPN HD (832)
TARIKH : Saturday - 07 April 2012
K.O : 10:00 PM


-SG-

D'stall Corner - Lokasi utama Live Viewing di Lembah Klang

Written By peminat liverpool on Khamis, 5 April 2012 | 11:13 PTG

Semenjak tahun lepas, D'stall Corner mula mendapat perhatian peminat-peminat bolasepak di sekitar Lembah Klang malahan dari serata semenanjung untuk menyaksikan Live Viewing perlawanan bolasepak antarabangsa.  Bagi peminat setiasa pasukan Liverpool amnya, sudah pasti D'stall Cornerlah tempatnya untuk mereka bertemu dan bersama-sama menyaksikan perlawanan yang membabitkan pasukan Liverpool.


Secara rasminya, D'stall Corner telah pun diiktiraf oleh beberapa kelab peminat diseluruh Malaysia untuk menjadi medan utama peminat Liverpool berkumpul. Lebih dikenali D'stall@LiverpoolfanClub Malaysia, anda pasti teruja dan gembira apabila berada di sini tanpa mengira samaada ketika diadakan live Viewing perlawanan ataupun bersantai bersama rakan-rakan.


Bagi yang masih belum merasai keseronokan melepak di D'stall Corner, disini kami akan lampirkan serba sedikit maklumat restoran ini untuk kemudahan anda tiba disini tanpa ada halangan.

Nama : D'stall Corner
Alamat : E-G-08 Dataran Glomac Jln SS6/20A
47301 Petaling Jaya, Malaysia
Lokasi : Kelana Jaya (Berhampiran Giants)




Maklumat untuk dihubungi :



Maps Lokasi



View Larger Map


-SG-

Lagenda Budak Merah - Bahagian 3

Written By peminat liverpool on Rabu, 4 April 2012 | 6:00 PG

Steven Sewaktu berumur 7 tahun (diambil dari thekop.liverpoolfc.tv)
Salam dan selamat sejahtera. Masih meraikan kemenangan berganda lawan Mancs? Sama lah kita…heheh…Minggu-minggu sebelum ni aku dah ceritakan mengenai inspirasi Steven dan kisah Steven mencuri dalam Lagenda Budak Merah – Bahagian 1 dan Lagenda Budak Merah – Bahagian 2. Harini aku nak teruskan dengan cerita kegagalan Steven untuk ke Sekolah Bolasepak Kebangsaan. Owh..kepada yang tertanya-tanya…aku awalkan cerita ni sehari (sepatutnya Hari Rabu) untuk memberi laluan kepada reaksi aku lepas perlawanan Wolves pagi nanti. Selamat membaca!

Steven mula bermain bolasepak untuk Whiston Junior dalam Liga Ahad sewaktu umurnya 8 tahun. Jurulatihnya ketika itu, Ben McIntyre rapat dengan Dave Shannon jadi peralihan dari Whiston Junior ke Liverpool adalah mudah. Steve Heighway, Dave Shannon dan Hughie McAuley mengadakan latihan khas setiap Khamis dan Selasa di Pusat Sukan Vernon Sangster. Steven sentiasa menantikan hari istimewa ini untuk menunjukkan kebolehannya. Steven, Michael Owen dan Jason Koumas sentiasa berpakat untuk mengenakan baju Liverpool supaya mereka ditempatkan dalam satu kumpulan diakhir sesi dimana mereka akan bermain perlawanan 5 sebelah. Ini adalah kerana mereka tahu mereka bermain lebih baik bersama. Dave selalunya menjadi penjaga gol mereka dan seorang lagi pemain adalah Andy Moran. Mereka merupakan pasukan yang tak dapat dikalahkan buat setahun!

Steven dan Michael menandatangani kontrak belia bersama Liverpool manakala Jason Koumas memilih Tranmere Rovers
Steven bermain dengan baik dan berkembang dengan stabil di Liverpool dibawah bimbingan Steve. Setiap tahun dia akan menunggu keputusan samada dia dipanggil semula untuk tahun seterusnya. Dan Steve biasanya akan memberitahu bapa Steven supaya jangan risau kerana Steven akan dipanggil semula. Sewaktu umurnya 14 tahun, Steve Heighway memanggil Steven, Michael Owen, Stephen Wright dan Neil Murphy ke pejabat. Mereka dipanggil untuk menjalani percubaan di Sekolah Bolasepak Lilleshall, sebuah sekolah yang ditubuhkan oleh Persatuan Bolasepak England untuk mencari pemain berbakat untuk England. Steven sangat seronok waktu tu. Sebabnya? Lilleshall adalah laluan pantas untuk bermain dengan England. Pemilihannya sangatlah ketat. Daripada beratus yang datang hanya beberapa yang tinggal setelah beberapa sesi percubaan dijalankan dan Steven hampir berjaya sampai keperingkat akhir.

Dia menunggu dengan lama untuk keputusan panggilan percubaan sesi akhir. Setiap kali posmen sampai dia akan menjerit kepada posmen bertanyakan suratnya. Akhirnya, suatu pagi surat dari Lilleshall sampai. Tapi reaksi ayahnya ketika memberikan surat itu menjelaskan segala-galanya. Dia ditolak. Dia berlari kebilik dan menekup mukanya dengan bantal. Dia menangis semahu-mahunya. Dia tidak mengerti kenapa dia ditolak dan ayahnya bersetuju. “Mungkin mereka tahu kamu tak akan boleh tinggalkan rumah selama 2 tahun” Pujuk ayahnya. Rakannya Michael Owen berjaya ke Lilleshall. Walaupun dia gembira untuk rakannya itu dia masih marah kepada staf Lilleshall kerana menolaknya. 7 bulan kemudian. Dia menjumpai jalan untuk membalas dendam. Pasukan Lilleshall akan ke Melwood untuk perlawanan persahabatan. Semangatnya membuak-buak menanti perlawanan itu.

Lilleshall (Kredit : findmeaconference.com)
Pemain Sekolah Kebangsaan Lilleshall tiba di Melwood dengan blazer England mereka membuatkan Steven lebih marah. Sebaik perlawanan dimulakan Steven terus meluru mengejar pemain-pemain tengah mereka. Satu-persatu pelindung keting meletup dikerjakan sehingga pengadil terpaksa menenangkannya. Mereka kalah 4-3. Owen menjaringkan hatrik untuk Lilleshall. Wes brown dan Michael Ball turut bermain untuk Lilleshall waktu itu.Walaupun kalah namun Steven sangat berpuashati. Dia telah membuktikan kehebatannya dan kenapa dia patut dipilih. Semua pemain Lilleshall meluru ke arah Steven untuk bersalam selepas perlawanan. Dan apabila staf Lilleshall ingin bersalam dia terus berlari ke bilik persalinan. Dendam pada mereka masih kekal hingga sekarang.



Sebenarnya ditolak oleh Lilleshall adalah perkara yang baik kalau diikutkan dari pandangan aku. Sebabnya? Steven dapat tunjuk ajar dari Steve Heighway dan Dave Shannon. Mereka merupakan jurulatih yang cemerlang. Steven tak mungkin sampai ketahap sekarang tanpa bimbingan mereka. Dan aku ada terbaca artikel mengenai kegagalan sistem Lilleshall. Antara isunya ialah terlalu awal bagi remaja 14 tahun menjalani latihan seberat itu dan mereka akan ‘habis’ awal dalam kerjaya. Buktinya? Michael Owen. Syukur Steven kekal di  Liverpool.


Sebenarnya semua orang yang terkenal dan berjaya dalam karier mereka mempunyai batu penghalang  yang menjadi sebahagian daripada cerita mereka. Namun kita selalunya hanya tahu mengenai pencapaian mereka sahaja. Melalui buku ini aku dapat tahu semua yang Steven lalui dalam mencapai kejayaannya dengan Liverpool. Buku ini sebagai pembakar semangat aku. Aku mahu jadi yang terbaik dalam apa jua yang aku buat dan ianya tidak akan dapat dicapai dengan mudah. Kepada semua yang sedang membaca, kisah ini boleh dijadikan inspirasi kerana Liverpool dan Steven sangat dekat dengan hati kita. Teruskan usaha dalam apa jua yang anda sedang lakukan. Sekiranya anda menghadapi kesusahan, fikirkan…apa yang Steven akan lakukan?

Untuk pengetahuan, banyak lagi cerita menarik dalam autobiografi ini. Aku hanya mengambil sebahagian kecil dan ceritakan semula dan ulas mengikut fahaman dan pendapat aku sahaja. Kalau nak baca buku ni tak rugi jika anda beli. Klik pautan di bawah untuk ke MPH Online. Jumpa lagi dalam slot yang sama pada hari yang err…lain minggu depan (Hari Rabu. Hari Selasa hanya jika pagi Rabu ada perlawanan sahaja). Salam dan YNWA.

Sambungan ke Lagenda Budak Merah - Bahagian 4








Credit untuk : redderscreepers

Lagenda Budak Merah - Bahagian 2

Steven Sewaktu berumur 7 tahun (diambil dari thekop.liverpoolfc.tv)
Salam dan selamat sejahtera kepada semua penyokong Liverpool yang sudi singgah di blog aku yang tak seberapa ni. Minggu lepas aku dah ceritakan inspirasi Steven Gerrard dalam mengejar kejayaan dalam dunia bola sepak. Kalau ada yang tertinggal boleh ke Lagenda Budak Merah – Bahagian 1. Dalam bahagian 2 aku nak kongsikan cerita Steven ditangkap kerana mencuri. 

Steven Gerrard ditangkap kerana mencuri

Sabar-sabar. Dia bukannya ditangkap mencuri kereta atau duit. Sebaliknya dia ditangkap kerana mencuri kertas graf di kedai runcit. Hahah…aku memang tergelak bila aku baca kisah hidup dia ni. Macam-macam ragam. Aku dulu pernah curi gula-gula sebiji kat kedai waktu kecil. Itupun rasa bersalah sangat-sangat. Balik kepada cerita Steven. Waktu tu dia berusia 11 tahun dan sedang merayau di Liverpool dengan rakan-rakannya. Duit yang ada pada mereka hanya cukup untuk tambang balik dan membeli makanan dalam perjalanan balik tapi Steven perlu membeli alat tulis untuk kerja rumahnya . Disinilah masalah timbul.

Woolworth atau Woolies mengikut panggilan penduduk tempatan (Kredit gambar : bbc.co.uk)
 Dek kerana tak nak membelanjakan duit untuk membeli makanan mereka masuk ke Woolies dan mengambil pen dan kertas graf dengan memasukkannya kedalam baju. Dalam perjalanan keluar mereka ditangkap oleh pengawal keselamatan. Aku pasti muka Steven dan rakan-rakannya pasti pucat lesi waktu tu. Dan apa yang bermain dalam kepalanya ketika itu tak lain dan tak bukan nasibnya dengan Liverpool. Waktu itu dia pasti kariernya untuk Liverpool akan musnah kerana kes jenayah yang baru dilakukan.

“Kamu sekolah dimana? Tinggal di mana? Bagi nombor telefon sekarang!?” Kata pengawal tersebut dan Steven yang cemas terus mengatakan rumahnya tidak mempunyai telefon. Hahah…otak budak-budak memang menghiburkan. Akhirnya dia memberi alamat rumah makciknya kerana takut ayahnya tahu kejadian itu. Dia singgah ke rumah makciknya dan merayu supaya dia memujuk ayahnya tapi malang kerana Woolies telahpun menelefon sekolahnya St. Mick dan sekolahnya itu telah menelefon ayahnya. Dia diheret balik ke rumah oleh ayahnya yang sedang berang.


Kenapa kamu buat begitu?! Kenapa kamu mencuri?! Kenapa tak minta duit dari emak?! Kenapa? Kenapa? Jerit bapanya. Dia kemudiannya tidak dibenarkan keluar dari bilik selama 3 hari. Tiada bola, tiada TV dan tiada komputer. Tapi dia tidak pernah menggunakan tali pinggang atau rotan. Emaknya memastikan keadaan kekal begitu. Bapa Steven merupakan seorang yang tegas. Dialah yang membentuk disiplin Steven sejak kecil sehingga menjadi seorang pemain kelas dunia. Tiada alasan yang boleh diterima sekiranya Steven melakukan kesalahan. Disiplin sangat penting untuk berjaya dalam apa jua kerjaya. Jadi tanggapan orang yang menjadi pemain bola sepak atau apa sahaja sukan lain tidak perlu disiplin yang tinggi adalah salah. Jadi kepada penyokong Liverpool yang lain, tingkatkan disiplin anda untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya supaya dapat gaji banyak untuk kumpul pergi ke Anfield..heheh..kita jumpa di sana InsyaAllah.

Sambungan ke Lagenda Budak Merah - Bahagian 3








Credit untuk : redderscreepers

Jadual dan keputusan FA Cup Liverpool musim 11/12

Berikut adalah jadual serta keputusan perlawanan bolasepak bagi FA Cup yang membabitkan pasukan Liverpool FC bagi musim 2011/2012. Semoga ia akan memberi manfaat kepada peminat LFC sebagai panduan serta sumber rujukan untuk analisis pada waktu akan datang, kami tidak akan menghampakan peminat-peminat setia yang sentiasa bersama kami.



FA CUP 2011/2012
GAME
PASUKAN
TARIKH
WAKTU
VENUE
KEPUTUSAN
3rd Round
6-Jan-12
04:00
5
4th Round
28-Jan-12
20:40
5th Round
20-Feb-12
00:25
1
Quarter Final
19-Mar-12
00:00
1
Semi Final
14-Apr-12
19:30
2
1
Final
6-May-12
00:15



* Tarikh dan waktu yang tertera di dalam jadual diatas adalah berdasarkan waktu di Malaysia (GMT +8:00).


-SG-

Jadual dan Keputusan Carling Cup Liverpool musim 11/12

Written By peminat liverpool on Isnin, 2 April 2012 | 5:57 PTG

Berikut adalah jadual serta keputusan perlawanan bolasepak bagi Carling Cup yang membabitkan pasukan Liverpool FC bagi musim 2011/2012. Walaupun disaat artikel ini ditulis Liverpool sudah pun disahkan sebagai juara piala ini, tetapi sebagai panduan serta kemudahan untuk analisis pada waktu akan datang, kami tidak akan menghampakan peminat-peminat setia yang sentiasa bersama kami.


CARLING CUP 2011/2012
GAME
PASUKAN
TARIKH
WAKTU
VENUE
KEPUTUSAN
2nd Round
25-Aug-11
02:45
1
3rd Round
22-Sep-11
02:45
4th Round
27-Oct-11
02:45
1
2
Quarter Final
30-Nov-11
03:45
Semi Final
12-Jan-12
03:45
1
26-Jan-12
03:45
2
2
Final
27-Feb-12
00:00

Carling Cup 2011/2012 - Liverpool Juara.Ini adalah koleksi Carling Cup ke-8 Liverpool.

* Tarikh dan waktu yang tertera di dalam jadual diatas adalah berdasarkan waktu di Malaysia (GMT +8:00).

-SG-

Koleksi kejuaran Liverpool FC

TEMPATAN/ENGLAND

LIGA

Football League First Division ( kejuaran Liga Perdana) 
Sebanyak 18 kali kejuaraan : 1900-01, 1905-06, 1921-22, 1922-23, 1946-47, 1963-64, 1965-66, 1972-73, 1975-76, 1976-77, 1978-79, 1979-80, 1981-82, 1982-83, 1983-84, 1985-86, 1987-88, 1989-90 

Second Division
Sebanyak 4 kali kejuaraan : 1893–94, 1895–96, 1904–05, 1961–62

Lancashire League
Sebanyak 1 kali kejuaraan : 1892–93

PIALA

FA Cup Winners (Piala FA)
Sebanyak 7 kali kemenangan: 1964-65, 1973-74, 1985-86, 1988-89, 1991-92, 2000-01, 2005-06

League Cup Winners @ carling Cup (piala Carling) 
Sebanyak 8 kali kemenangan ; 1980-81, 1981-82, 1982-83, 1983-84, 1994-95, 2000-01, 2002-03, 2011-12 (Terkini)

FA Charity Shield/FA Community Shield
Sebanyak 15 kali kemenangan (Termasuk 5 kali juara bersama) : 1964*, 1965*, 1966, 1974, 1976, 1977*, 1979, 1980, 1982, 1986*, 1988, 1989, 1990*, 2001, 2006 (* Juara Bersama)

Football League Super Cup
Sekali kejuaraan :  1986


EROPAH

European Cup Winners ( kejuaraan Liga Juara-Juara) 
Sebanyak 5 kali kemenangan : 1976-77, 1977-78, 1980-81, 1983-84, 2004-05

UEFA Cup Winners ( Liga Europa)
Sebanyak 3 kali kemenangan : 1972-73, 1975-76, 2000-01

UEFA Super Cup
Sebanyak 3 kali kemenangan : 1977, 2001, 2005


KEJUARAAN BERGANDA
Merupakan pencapaian kelab yang menang beberapa piala dalam satu musim secara serentak.

DOUBLES

1985–86 : League and FA Cup
1981–82, 1982–83: League dan League Cup
1976–77: European Double (League and European Cup)
1972–73, 1975–76 : League dan UEFA Cup
1980–81 : League Cup dan European Cup

TREBLES

1983–84 : League, League Cup and European Cup
2000–01: FA Cup, League Cup and UEFA Cup




-SG-
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger