Latest Post

Dari Anfield : Terima kasih diatas kesetiaan anda

Written By Unknown on Jumaat, 11 Mei 2012 | 2:05 PG


Selepas perlawanan menentang Chelsea yang berkesudahan Liverpool menang 4-1 tempohari, semua pemain dan kakitangan pasukan keluar di sekitar padang stadium Anfield untuk memberi penghargaan diatas kesetiaan peminat Liverpool. Ucapan terima kasih sekalug budi dari semua kepada peminat diseluruh dunia terutamanya yang menyaksikan perlawanan terakhir di Stadium Anfiled bagi musim 2011/2012 ini.

Walaupun dalam prestasi yang tidak menentu pada persaingan liga musim ini, tetapi kesetiaan dan sokongan peminat yang tidak berbelah bagi terhadap kelab sememangnya sukar sekali untuk dinilai. Oleh dikesempatan ini juga saya sebagai peminat setia Liverpool FC merasakan sokongan selama ini amatlah berbaloi walaupun musim ini hanya piala Mickey Mouse sahaja yang mampu dihadiahkan kepada peminat. Apapun, kita berharap agar musim depan adalah lebih baik dari musim ini dan seterusnya begitu untuk menjadikan Liverpool kembali disegani dan disanjungi bukan sahaja di England malah seluruh dunia. YNWA...





















VIDEO


P/S: Bila tengok gambar-gambar dan video diatas ni, terasa terharu pula terhadap kerja keras yang selama ini telah ditunjukkan mereka. Rasa sedih juga kerana dapat membayangkan musim depan sudah tentu ada diantara mereka yang bakal meninggalkan Anfield serta muka-muka baru pula menghiasi kehilangan mereka. Kepada mereka yang bakal berhijrah musim depan, walaupun dimana anda berada kami tetap sanjungi anda. Semoga anda berjaya walaupun dimana kelab anda berada. YNWA..

Liverpool 4-1 Chelsea


Dendam diatas kekalahan pada perlawanan akhir Piala FA pada hari Sabtu lalu akhirnya terbalas juga selepas pemain-pemain Liverpool berjaya mengalahkan Chelsea 4-1. Sememangnya kita tidak menjangkakan bahawa Liverpool mampu menjinakkan Chelsea dengan jaringan sebanyak ini, tetapi itulah dinamakan bola itu bulat, macam-macam boleh terjadi selagi wisel penamat belum dibunyikan.


Strategi Di Matteo yang menurunkan barisan keduanya memakan diri sendiri dan dengan kekalahan ini ruang untuk tiket automatik ke Liga Juara-Juara musim depan tertutup sudah dan hanya mengharapkan menjadi juara pada aksi Akhir nanti mengalahkan Bayern Munich untuk mendapatkan peluang terakhir. Mengharapkan Fernando Torres untuk membuktikan kepada bekas pasukannya, langsung tidak apa yang boleh dibanggakan melainkan satu percubaannya yang terkena palang gol. Berbanding Liverpool, tanpa aksi Steven Gerrard, Jose Enrique dan Bellamy dan memberi peluang kepada gandingan muda dibahagian midfield menampakkan kesungguhan untuk mencipta kemenangan.


Jonjo Shelvey dan Henderson berjaya mengemudi barisan tengah dengan baik disamping aksi-aksi Suarez dan Carroll yang memukau untuk mencipta ruang jaringan gol kepada rakan sepasukan yang lain. Sememangnya tidak lengkap jika badi tiang dan palang gol tidak menjadi sebahagian dari skrip drama perlawanan. Stewart Downing telah mencipta dua percubaan terkena palang dan tiang untuk menjadikan yang ke 32 secara keseluruhan dalam liga musim ini. Percubaan volley Downing yang terkena palang serta diikuti sepakan penalti yang di selamatkan oleh tiang sedikit mengecewakan kita. Kalaulah insiden-insiden ini boleh menghasilkan gol, sudah tentu kenduri gol dihadiahkan kepada peminat dalam kesetian mereka di perlawanan yang terakhir dilangsungkan di Anfield untuk musim 2011/2012 ini.


Apapun tahniah diatas kemenangan ini. Walaupun kemenangan ini sekadar memintas Fulham untuk kembali kekedudukan 8 liga, tetapi ia sebenarnya hanyalah perlawanan yang boleh dianggap perlawanann amal untuk melengkapkan jadual kejohanan. Apapun kita masih berharap Liverpool mampu untuk memenangi perlawanan terakhir nanti menentang Swansea pada hari Ahad nanti. YNWA..



VIDEO HIGHLIGHT PERLAWANAN




Liverpool - Chelsea 4 - 1 Premier League... by Qattousa

Lagenda Budak Merah - Bahagian 15


Salam dan selamat sejahtera. Liverpool kalah lawan Fulham semalam tapi takpa, Chelsea pun kalah dengan Newcastle pagi tadi. Jadi dua-dua pasukan bertemu di Wembley dengan kekalahan dalam liga. Dua-dua penyerang jaring hatrik haritu. Memang terbaik la build-up untuk perlawanan akhir kali ni. Tapi ini bukan entri untuk Piala FA. Ini cerita Steven Gerrard yang punya. Cerita kegilaan dia buat terjahan keras waktu muda-muda dulu.

Kredit : epltalk

Lagenda Budak Merah - 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14


Bermain untuk kelab lain di Eropah langsung tidak menarik minat Steven kerana dia sukakan kelajuan dan kekerasan Liga Inggeris. Terjahan dn bentesan adalah sesuatu yang memisahkan natar pengecut dan berani. Steven tak pernah menahan diri ketika membuat bentesan. Ketika zaman Skim Latihan Belia di Liverpool, Steve Heighway pernah menelefon bapanya berkenaan isu ini. Dia bertanya sekiranya Steven ada masalah di rumah kerana Steven datang latihan seperti mahu membunuh orang dengan terjahannya..heheh…

vs Everton (September 1999)

Like a boss! Steven selepas dilayangkan kad merah ketika menentang Everton pada tahun 1999 (Kredit: Dailymail)


Perlawanan ni Steven tak dipilih sebagai kesebelasan utama. Jadi sebelum perlawanan lagi dia dah tak puas hati. Dia bengang sebab tak dipilih. Darah muda la katakan. Sebelum dia masuk, Francis Jeffers dan Sander Westerveld dibuang padang sebab bergaduh. Waktu tu Steven memang nak sangat masuk. Dia nak tunjuk pada semua orang terutamanya Gerard Houllier supaya jangan kecualikan dia dalam perlawanan macam ni lagi. Dia nak masuk dan kerjakan seorang pemain Everton. Dan seperti yang dia sendiri dah jangka, dia dibuang padang sebab buat bentesan tinggi keatas Kevin Campbell.

Dia keluar padang dan terus bergegas ke bilik persalinan. Dalam terowong dia bertemu dengan Francis Jeffers. “Terima kasih Steven. Kurang sikit tekanan aku” Kata Franny sambil gelak. Sewaktu mandi, Steven sedar apa yang dia dah lakuakan. Dia seorang yang pentingkan diri sendiri. Mereka hanya ketinggalan 0-1 ketika itu dan masih berpeluang untuk menang. Tapi dia merosakkan segala-galanya. Ayahnya menghantar teks memarahinya kerana bertindak bodoh.

Beberapa minggu selepas perlawanan itu, Steven makan di restoran Est Est Est di Limbungan Albert apabila seseorang memberitahu Sami Hyypia ada di sebelah di Blue Bar. Mereka minum bersama dan Steven kemudiannya ingin membuang air. Dia melalui pintu tandas dan siapa yang berdiri di situ? Kevin Campbell. Kali terakhir dia melihat Campbell adalah sewaktu dia sedang terbaring di Anfield sambil fisio merawatnya. Sekarang mereka berdiri sebeleh-menyebelah sambil buang air.

“Ok?”. Tegur Cambell.
“Kev, minta maaf untuk bentesan tu. Saya dah tak berfikir waktu tu”.
“Lupakan je pasal tu Stevie. Tapi aku masih ada kesan kasut bola di paha!” Kata Campbell sambil tergelak.

 Campbell memang pemaaf tapi Steven taknak ambil risiko. Kevin Campbell berbadan besar macam peninju jadi Steven terus keluar kerana takut Campbell balas dendam kat situ..Heheh.

vs Leeds United (April 2001)

Ugly Batty berlakon konon-konon kesian kat Steven (Kredit: http://fowpics.fcpages.com)

Dalam perlawanan ini Steven dilayangkan kad kuning selepas menjatuhkan Alan Smith di awal permainan. Kemudian dia cuba merampas bola daripada Batty. Batty menjatuhakn badan. Steven tak sentuh pun dia. Gugur jantung dia waktu tengok pengadil keluarkan buku notanya sekali lagi. “Jangan bagi kad kat dia ref”. Kata Batty yang konon-kononnya nak tolong Stevie. Padahal dia tahu yang sebaik sahaja kad dah keluar memang tak boleh nak buat apa. Dia memang mahu Steven keluar daripada perlawanan tu.

vs Aston Villa (September 2001)

Steven selepas membuat bentesan keras keatas Boateng (Kredit : bbc)

Steven menyamakan kedudukan selepas separuh masa kedua dmulakan. Tapi perlawanan ini semakin lama semakin payah. Steven sering diasak oleh George Boateng. Dia semakin kecewa. Tiba-tiba Boateng sudah di depan matanya. Dia terus melompat dengan 2 kaki dan Boateng terjatuh apabila salah satu kakinya mengenai paha Boateng. Steven mengakui itu terjahan seorang pengecut. Dia menyesal. Setiap kali dia melihat terjahan itu di televisyen dia menyoal irinya. Bagaimana dia boleh mencederekan seorang pemain sepertinya?

Semua orang memarahinya. Ayahnya, Houllier, Gary Macallister, ejennya Struan. Dia hanya mampu meminta maaf walaupun dia tahu tindakannya itu tak patut dimaafkan. Sampai di rumah dia tak boleh tidur. Dia rasa sangat bersalah. Dia meminta ejennye untuk mencari nombor telefon Boateng. Dia mendail.

“George, ini Steven. Saya minta maaf. Terjahan tadi sangat teruk”. Kemudian dia senyap. Menunggu Boateng memarahinya.
“Dengar sini. Kamu pemain yang sangat bagus. Keluarkan itu(keganasan) dari permainan kamu dan kamu akan baik-baik sahaja. Saya ok. Tapi kamu bernasib baik sebab saya tak apa-apa. Saya terima maaf kamu”. Steven lega.

vs Chelsea (Mei 2003)


Mangsa seterusnya adlaah Le Saux. Perlawanan ni merupakan perlawanan terakhir musim tersebut. Siapa yang menang akan ke Liga Juara-Juara musim hadapannya. Jadi pertaruhan sangat besar. Chelsea terlalu bagus untuk Liverpool waktu. Liverpool mendahului hasil jaringan Hyypia tapi Desailly menyamakan kedudukan dan Gronkjaer menjaringkan gol kedua. Masa tinggal beberapa minit sahaja lagi dan Steven akhirnya hilang sabar. Dia berlari ke arah pemain yang membawa bola dan BAM! Le Saux terbaring selepas dibentes Steven. Kad merah! Ada orang kata dia buat begitu kerana Le Saux tapi sebenarnya ketika itu Le Saux yang hampir dengan bola ketika dia mula hilang sabar. Bukan sebab peribadi.

v Everton (Mac 2006)

Kad kuning kedua untuk Steven (Kredit : http://liverpoolandkop.blogspot.com)

Waktu ni Steven dah ubah cara dia buat bentesan. Dia kini menggunakan 1 kaki sahaja berbanding  2 sebelum ini. Dia tidak mahu menjadi liabiliti kepada Liverpool. Dia tidak mahu mengecewakan rakan-rakan sepasukan. Dia pernah bermain dalam pasukan yang kurang seorang pemain selepas seseorang dibuang padang dan ianya sangat memenatkan. Dia perlu berlari lebih. Berkerja lebih keras dan peluang untuk menang adalah sangat tipis.

Tapi kad merah masih lagi menghantuinya. Selepas diberikan kad kuning selepas menyepak bola keluar selepas pengadil meniup wisel dia sekali lagi diberikan kad kuning dan seterusnya kad merah setelah mengasari Kevin Kilbane. Jadi masalahnya belum betul-betul selesai. Tapi dia suka terjahan keras. Sebab itu dia suka melihat pasukan ragbi England bermain.

vs Manchester United (Januari 2011)


Kad Merah menentang MU (Kredit : zimbio.com)



Perlawanan ni memang aku ingat dan setiap kali aku ingat aku jadi panas gila sebab tengok Berbatov jatuhkan badan untuk dapatkan penalti. Carrick pun berlakon je lebih lepas kena bentes. Tapi aku tak kisah dengan semua kad merah dia ni sebab banyak lagi bentesan dan terjahan dia yang bersih dan membantu Liverpool. Semua ni la yang bentuk dia jadi Kapten Liverpool sekarang. YNWA.

Antara tackle yang aku suka





Credit untuk : redderscreepers

Anfield di hari terakhir musim 2011/2012

Musim 2011/2012 liga Inggeris sudah menghampiri ke penghujung perlawanan. Hanya berbaki satu perlawananan sahaja lagi bagi setiap pasukan yang bertanding didalam Liga Premier untuk dilangsungkan. Secara rasminya perlawananan menentang Chelsea pada pagi Rabu lalu adalah perlawanan terakhir merangkap penutup yang dilangsungkan di Anfield untuk musim ini.

Berikut adalah antara gambar-gambar kenangan yang telah disiarkan di laman rasmi Liverpool FC.tv sekitar 8 May 2012 iaitu hari terakhir Anfield digunakan. Dari segi persediaan sebelum perlawanan sehinggalah tamatnya perlawanan. Semoga musim 2011/2012 ini menjadi sesuatu kenangan dan pengalaman yang amat berharga kepada peminat serta pesukan Liverpool di Anfield. Selamat tinggal Anfield. Jumpa lagi untuk musim 2012/2013. YNWA...








































Sumber : LFC.tv
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger