Written By Unknown on Isnin, 14 Mei 2012 | 3:42 PG
Seperti yang diperkatakan, hanya sekadar untuk melengkapkan jadual perlawanan, Liverpool terpaksa menyerah kalah dengan jaringan Graham pada minit ke 86 untuk memberi kemenangan kepada Swansea 1-0. Tapi kekalahan ini sebenarnya tidak sedikit pun melukakan hati peminat-peminat Liverpool yang sememang sudah tak ambil peduli apa pun keputusan yang bakal diterima di penghujung musim ini.
Walaupun kalah, Liverpool tetap menduduki tangga ke 8 liga pada musim ini. Ia sememangnya pencapaian yang kurang baik jika diukur dalam liga tetapi sesuatu yang terbaik dan menarik dalam kejohanan kalah mati. Dari segi penguasaan pada malam tadi, kita lihat permainan pasukan Liverpool jauh berbeza berbanding perlawanan menentang Chelsea tempohari. Walaupun banyak percubaan yang berjaya dihasilkan tetapi penyudah yang agak lemah membuatkan Swansea berjaya mencuri kesempatan tersebut.
Tak apalah, tutup buku musim 2011/2012 ini dengan sedikit kedukaan. Kita berharap agar musim depan Liverpool kembali untuk menjadi watak utama dalam liga Premier dan semua kejohanan yang disertainya. Jadi selepas ini pintu perpindahan pemain akan bermula. Harapannya jika Dalglish terus diberi mandat untuk mengurus pasukan Liverpool, beliau dapat membeli pemain yang berkualiti dengan harga yang murah lagi berbaloi-baloi. Bagi pemain yang sedia ada, kalau nak dijual pun biarlah yang tua-tua dan kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama. Bagi yang muda-muda dan bertenaga, beri mereka peluang kedua untuk musim hadapan. Siapa tahu hasil gilapan kita pada musim ini akan membuahkan hasil pada musim hadapan. Tunggu dan lihat sahaja...
p/s: Tahniah Manchester City kerana berjaya menjuarai piala Barclays sejak penantian 44 tahun. Kejayaan hasil dari masa 5 minit yang penuh dramatik. Hampir menangis sewaktu Mak Siti ketinggalan 1-2 pada minit ke 90. Tetapi segalanya berubah selepas itu. MUnyet anda tewas musim ini. So duduk jauh2 yer kerana anda adalah pasukan setaraf Arsenal yang apapun tiada dibanggakan untuk musim ini. hehhehehehe
Written By Unknown on Ahad, 13 Mei 2012 | 3:44 PTG
Malam ini secara rasminya akan dilangsungkan perlawanan terakhir bagi setiap pasukan dalam Liga Premier bagi musim 2011/2012 ini. Perlawanan ke 38 ini sebebnarnya tiada membawa sebarang erti kepada Liverpool melainkan untuk memperbaiki kedudukan ke tangga ke-7, itupun seandainya Everton tewas kepada Newcastle malam nanti.
Diatas kertas mungkin Liverpool tidak bermasalah untuk membenam Swansea yang juga tiada sebarang tekanan memandangkan mereka juga berada dalam keadaan selamat untuk terus berada dalam liga untuk musim hadapan. Dianggap hanya sekdar perlawanan amal untuk melengkapkan jadual, kita sebenarnya masih berharapkan kedua-dua pasukan dapat mempamerkan corak permainan yang menghiburkan walaupun hanya keputusan seri sahaja bakal dicapai.
Pada malam ini, kesemua 10 perlawanan liga akan berlangsung serentak pada pukul 10 malam dan sudah pastinya hanya 5 perlawanan menjadi tumpuan.
Manchester City vs Queens Park Rangers - MC mesti menang perlawanan ini untuk memberi kelebihan perbezaan jaringan bagi memisahkan diri dari MU yang juga bakal memungut mata sama jika menang malam ini. QPR pula juga inginkan kemenangan bagi menjamin kedudukan mereka dalam Liga Premier terus terjamin tanpa perlu memasuki saigan kelayakan.
Sunderland vs Manchester United - Sunderlang berkemungkinan akan memberi laluan mudah kepada MU untuk memenangi perlawanan malam ini. MU yang juga wajib menang perlu juga mengharapkan QPR dapat memusnahkan MC untuk memberi MU kejuaraan ke 20 liga Premier.
West Brom vs Arsenal - Arsenal mungkin akan terkeluar dari kelompok 4 terbaik liga dan seterusnya tidak layank untuk beraksi dalam liga juara-juara seandainya tewas malam ini. Hanya kemenangan sahaja menjamin Arsenal untuk layak dengan menduduki tangga ke-3 liga.
Tottenham vs Fulham - Menduduki tangga keempat liga ketika ini tidak menjaminkan kedudukan selamat beraksi di liga juara-juara musim depan. Tottenham perlu memenangi perlawanan malam ini sambil mengharapkan Arsenal juga kalah untuk memintas kekedudukan ke 3 liga.
Everton vs Newcastle United - Newcastle juga mengharapkan tuah kemenangan malam ini untuk cuba mengisi sisa-sia terakhir di kelompok 4 terbaik liga. Sambil mengharapkan Arsenal dan Tottenham dilanda musibah, Newcastle yakin mereka mampu melakukannya.
Untuk pengetahuan, perlawanan diantara Swansea dan Liverpool ini tiada siaran Langsung yang akan ditayangkan di ASTRO. Oleh itu anda boleh klik link live streaming dibawah untuk menyaksikan perlawanan tersebut.
Written By Unknown on Jumaat, 11 Mei 2012 | 3:42 PTG
Pagi tadi masing-masing tak sabar untuk menyerbu website LiverpoolFC.tv bagi melihat jersey terbaru yang bakal dilancarkan. Hasilnya pukul 7 pagi tadi waktu Malaysia, peminat Liverpool disajikan dengan design terkini dari penaja pakaian terbaru Warrior bagi mengantikan Adidas yang ditamatkan kontraknya pada penghujung musim ini.
Design yang cukup klasik dimana jersey kali ni yang mempunyai kolar mengamit kenangan kita pada jersey yang lalu dizaman Carlsberg menjadi penaja utama. Apa yang menariknya Logo pada jersey berkenaan telah ditukar dari logo rasmi Liverpool kepada logo Liverbird yang tertera perkataan LFC. Dibahagaian belakang jersey berkenaan pula telah diletakkan JFT 96 bagi memperingati dan menghormati tragedi yang sungguh menyayatkan hati seluruh peminat Liverpool.
Secara keseluruhannya saya sebagai peminat setia pasukan Liverpool ini, amat tertarik dan teruja serta tidak sabar-sabar lagi untuk memilikinya sekeluarga. Dengan pelancaran ini maka sedikit sebanyak telah menutup mulut-mulut pengkritik yang menyatakan Warrior adalah brand cap ayam dan designnya sudah tentulah mengarut-ngarut. Akhirnya bertambah-tambahlah lagi perasaan dengki yang bakal menjelma dari pengkritik-pengkritik terutamanya pasukan lawan yang sentiasa anti dengan kemajuan yang diperolehi oleh Liverpool.
Jadi apalagi, siapa yang rasa-rasa mampu bolehlah membeli secara online di StoreLFC dimana tempahan telah pun dibuka. Selain itu juga kepada mereka yang terawal membuat tempahan akan mendapat t shirt percuma selagi stock masih ada. Bagi yang tak mampu, jangan risau. Ini kerana pasaran Padang Besar, Rantau Panjang dang Pengkalan Kubur pasti akan menyediakan jersey idaman anda ini dengan kualiti yang agak baik juga untuk dipakai. Seboleh-bolehnya maukan yang lebih kualiti dan berpuas hati, dapatkanlah yang original ye..
Anda boleh layari Website Warrior football untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai kit kelengkapan Liverpool dimasa akan datang.
Special Thanks : Elizabeth Wu Account Coordinator : Racepoint Group Asia -PR Agency (Warrior)
p/s: Kalau nak beli yang ori, sekeluarga mau lebih RM1K. Kalau Padang Besar pula RM1K boleh dapat 20 pasang. Emmmm... renung-renungkan ler yer. Bukan satu jersey pula tu nak beli, mau ketiga-tiga design nak gak dijadikan koleksi. adoiiii....
Selepas perlawanan menentang Chelsea yang berkesudahan Liverpool menang 4-1 tempohari, semua pemain dan kakitangan pasukan keluar di sekitar padang stadium Anfield untuk memberi penghargaan diatas kesetiaan peminat Liverpool. Ucapan terima kasih sekalug budi dari semua kepada peminat diseluruh dunia terutamanya yang menyaksikan perlawanan terakhir di Stadium Anfiled bagi musim 2011/2012 ini.
Walaupun dalam prestasi yang tidak menentu pada persaingan liga musim ini, tetapi kesetiaan dan sokongan peminat yang tidak berbelah bagi terhadap kelab sememangnya sukar sekali untuk dinilai. Oleh dikesempatan ini juga saya sebagai peminat setia Liverpool FC merasakan sokongan selama ini amatlah berbaloi walaupun musim ini hanya piala Mickey Mouse sahaja yang mampu dihadiahkan kepada peminat. Apapun, kita berharap agar musim depan adalah lebih baik dari musim ini dan seterusnya begitu untuk menjadikan Liverpool kembali disegani dan disanjungi bukan sahaja di England malah seluruh dunia. YNWA...
VIDEO
P/S: Bila tengok gambar-gambar dan video diatas ni, terasa terharu pula terhadap kerja keras yang selama ini telah ditunjukkan mereka. Rasa sedih juga kerana dapat membayangkan musim depan sudah tentu ada diantara mereka yang bakal meninggalkan Anfield serta muka-muka baru pula menghiasi kehilangan mereka. Kepada mereka yang bakal berhijrah musim depan, walaupun dimana anda berada kami tetap sanjungi anda. Semoga anda berjaya walaupun dimana kelab anda berada. YNWA..
Dendam diatas kekalahan pada perlawanan akhir Piala FA pada hari Sabtu lalu akhirnya terbalas juga selepas pemain-pemain Liverpool berjaya mengalahkan Chelsea 4-1. Sememangnya kita tidak menjangkakan bahawa Liverpool mampu menjinakkan Chelsea dengan jaringan sebanyak ini, tetapi itulah dinamakan bola itu bulat, macam-macam boleh terjadi selagi wisel penamat belum dibunyikan.
Strategi Di Matteo yang menurunkan barisan keduanya memakan diri sendiri dan dengan kekalahan ini ruang untuk tiket automatik ke Liga Juara-Juara musim depan tertutup sudah dan hanya mengharapkan menjadi juara pada aksi Akhir nanti mengalahkan Bayern Munich untuk mendapatkan peluang terakhir. Mengharapkan Fernando Torres untuk membuktikan kepada bekas pasukannya, langsung tidak apa yang boleh dibanggakan melainkan satu percubaannya yang terkena palang gol. Berbanding Liverpool, tanpa aksi Steven Gerrard, Jose Enrique dan Bellamy dan memberi peluang kepada gandingan muda dibahagian midfield menampakkan kesungguhan untuk mencipta kemenangan.
Jonjo Shelvey dan Henderson berjaya mengemudi barisan tengah dengan baik disamping aksi-aksi Suarez dan Carroll yang memukau untuk mencipta ruang jaringan gol kepada rakan sepasukan yang lain. Sememangnya tidak lengkap jika badi tiang dan palang gol tidak menjadi sebahagian dari skrip drama perlawanan. Stewart Downing telah mencipta dua percubaan terkena palang dan tiang untuk menjadikan yang ke 32 secara keseluruhan dalam liga musim ini. Percubaan volley Downing yang terkena palang serta diikuti sepakan penalti yang di selamatkan oleh tiang sedikit mengecewakan kita. Kalaulah insiden-insiden ini boleh menghasilkan gol, sudah tentu kenduri gol dihadiahkan kepada peminat dalam kesetian mereka di perlawanan yang terakhir dilangsungkan di Anfield untuk musim 2011/2012 ini.
Apapun tahniah diatas kemenangan ini. Walaupun kemenangan ini sekadar memintas Fulham untuk kembali kekedudukan 8 liga, tetapi ia sebenarnya hanyalah perlawanan yang boleh dianggap perlawanann amal untuk melengkapkan jadual kejohanan. Apapun kita masih berharap Liverpool mampu untuk memenangi perlawanan terakhir nanti menentang Swansea pada hari Ahad nanti. YNWA..
Salam dan selamat sejahtera. Liverpool kalah lawan Fulham semalam tapi takpa, Chelsea pun kalah dengan Newcastle pagi tadi. Jadi dua-dua pasukan bertemu di Wembley dengan kekalahan dalam liga. Dua-dua penyerang jaring hatrik haritu. Memang terbaik la build-up untuk perlawanan akhir kali ni. Tapi ini bukan entri untuk Piala FA. Ini cerita Steven Gerrard yang punya. Cerita kegilaan dia buat terjahan keras waktu muda-muda dulu.
Bermain untuk kelab lain di Eropah langsung tidak menarik minat Steven kerana dia sukakan kelajuan dan kekerasan Liga Inggeris. Terjahan dn bentesan adalah sesuatu yang memisahkan natar pengecut dan berani. Steven tak pernah menahan diri ketika membuat bentesan. Ketika zaman Skim Latihan Belia di Liverpool, Steve Heighway pernah menelefon bapanya berkenaan isu ini. Dia bertanya sekiranya Steven ada masalah di rumah kerana Steven datang latihan seperti mahu membunuh orang dengan terjahannya..heheh…
vs Everton (September 1999)
Like a boss! Steven selepas dilayangkan kad merah ketika menentang Everton pada tahun 1999 (Kredit: Dailymail)
Perlawanan ni Steven tak dipilih sebagai kesebelasan utama. Jadi sebelum perlawanan lagi dia dah tak puas hati. Dia bengang sebab tak dipilih. Darah muda la katakan. Sebelum dia masuk, Francis Jeffers dan Sander Westerveld dibuang padang sebab bergaduh. Waktu tu Steven memang nak sangat masuk. Dia nak tunjuk pada semua orang terutamanya Gerard Houllier supaya jangan kecualikan dia dalam perlawanan macam ni lagi. Dia nak masuk dan kerjakan seorang pemain Everton. Dan seperti yang dia sendiri dah jangka, dia dibuang padang sebab buat bentesan tinggi keatas Kevin Campbell.
Dia keluar padang dan terus bergegas ke bilik persalinan. Dalam terowong dia bertemu dengan Francis Jeffers. “Terima kasih Steven. Kurang sikit tekanan aku” Kata Franny sambil gelak. Sewaktu mandi, Steven sedar apa yang dia dah lakuakan. Dia seorang yang pentingkan diri sendiri. Mereka hanya ketinggalan 0-1 ketika itu dan masih berpeluang untuk menang. Tapi dia merosakkan segala-galanya. Ayahnya menghantar teks memarahinya kerana bertindak bodoh.
Beberapa minggu selepas perlawanan itu, Steven makan di restoran Est Est Est di Limbungan Albert apabila seseorang memberitahu Sami Hyypia ada di sebelah di Blue Bar. Mereka minum bersama dan Steven kemudiannya ingin membuang air. Dia melalui pintu tandas dan siapa yang berdiri di situ? Kevin Campbell. Kali terakhir dia melihat Campbell adalah sewaktu dia sedang terbaring di Anfield sambil fisio merawatnya. Sekarang mereka berdiri sebeleh-menyebelah sambil buang air.
“Ok?”. Tegur Cambell.
“Kev, minta maaf untuk bentesan tu. Saya dah tak berfikir waktu tu”.
“Lupakan je pasal tu Stevie. Tapi aku masih ada kesan kasut bola di paha!” Kata Campbell sambil tergelak.
Campbell memang pemaaf tapi Steven taknak ambil risiko. Kevin Campbell berbadan besar macam peninju jadi Steven terus keluar kerana takut Campbell balas dendam kat situ..Heheh.
vs Leeds United (April 2001)
Ugly Batty berlakon konon-konon kesian kat Steven (Kredit: http://fowpics.fcpages.com)
Dalam perlawanan ini Steven dilayangkan kad kuning selepas menjatuhkan Alan Smith di awal permainan. Kemudian dia cuba merampas bola daripada Batty. Batty menjatuhakn badan. Steven tak sentuh pun dia. Gugur jantung dia waktu tengok pengadil keluarkan buku notanya sekali lagi. “Jangan bagi kad kat dia ref”. Kata Batty yang konon-kononnya nak tolong Stevie. Padahal dia tahu yang sebaik sahaja kad dah keluar memang tak boleh nak buat apa. Dia memang mahu Steven keluar daripada perlawanan tu.
vs Aston Villa (September 2001)
Steven selepas membuat bentesan keras keatas Boateng (Kredit : bbc)
Steven menyamakan kedudukan selepas separuh masa kedua dmulakan. Tapi perlawanan ini semakin lama semakin payah. Steven sering diasak oleh George Boateng. Dia semakin kecewa. Tiba-tiba Boateng sudah di depan matanya. Dia terus melompat dengan 2 kaki dan Boateng terjatuh apabila salah satu kakinya mengenai paha Boateng. Steven mengakui itu terjahan seorang pengecut. Dia menyesal. Setiap kali dia melihat terjahan itu di televisyen dia menyoal irinya. Bagaimana dia boleh mencederekan seorang pemain sepertinya?
Semua orang memarahinya. Ayahnya, Houllier, Gary Macallister, ejennya Struan. Dia hanya mampu meminta maaf walaupun dia tahu tindakannya itu tak patut dimaafkan. Sampai di rumah dia tak boleh tidur. Dia rasa sangat bersalah. Dia meminta ejennye untuk mencari nombor telefon Boateng. Dia mendail.
“George, ini Steven. Saya minta maaf. Terjahan tadi sangat teruk”. Kemudian dia senyap. Menunggu Boateng memarahinya.
“Dengar sini. Kamu pemain yang sangat bagus. Keluarkan itu(keganasan) dari permainan kamu dan kamu akan baik-baik sahaja. Saya ok. Tapi kamu bernasib baik sebab saya tak apa-apa. Saya terima maaf kamu”. Steven lega.
vs Chelsea (Mei 2003)
Mangsa seterusnya adlaah Le Saux. Perlawanan ni merupakan perlawanan terakhir musim tersebut. Siapa yang menang akan ke Liga Juara-Juara musim hadapannya. Jadi pertaruhan sangat besar. Chelsea terlalu bagus untuk Liverpool waktu. Liverpool mendahului hasil jaringan Hyypia tapi Desailly menyamakan kedudukan dan Gronkjaer menjaringkan gol kedua. Masa tinggal beberapa minit sahaja lagi dan Steven akhirnya hilang sabar. Dia berlari ke arah pemain yang membawa bola dan BAM! Le Saux terbaring selepas dibentes Steven. Kad merah! Ada orang kata dia buat begitu kerana Le Saux tapi sebenarnya ketika itu Le Saux yang hampir dengan bola ketika dia mula hilang sabar. Bukan sebab peribadi.
v Everton (Mac 2006)
Kad kuning kedua untuk Steven (Kredit : http://liverpoolandkop.blogspot.com)
Waktu ni Steven dah ubah cara dia buat bentesan. Dia kini menggunakan 1 kaki sahaja berbanding 2 sebelum ini. Dia tidak mahu menjadi liabiliti kepada Liverpool. Dia tidak mahu mengecewakan rakan-rakan sepasukan. Dia pernah bermain dalam pasukan yang kurang seorang pemain selepas seseorang dibuang padang dan ianya sangat memenatkan. Dia perlu berlari lebih. Berkerja lebih keras dan peluang untuk menang adalah sangat tipis.
Tapi kad merah masih lagi menghantuinya. Selepas diberikan kad kuning selepas menyepak bola keluar selepas pengadil meniup wisel dia sekali lagi diberikan kad kuning dan seterusnya kad merah setelah mengasari Kevin Kilbane. Jadi masalahnya belum betul-betul selesai. Tapi dia suka terjahan keras. Sebab itu dia suka melihat pasukan ragbi England bermain.
vs Manchester United (Januari 2011)
Kad Merah menentang MU (Kredit : zimbio.com)
Perlawanan ni memang aku ingat dan setiap kali aku ingat aku jadi panas gila sebab tengok Berbatov jatuhkan badan untuk dapatkan penalti. Carrick pun berlakon je lebih lepas kena bentes. Tapi aku tak kisah dengan semua kad merah dia ni sebab banyak lagi bentesan dan terjahan dia yang bersih dan membantu Liverpool. Semua ni la yang bentuk dia jadi Kapten Liverpool sekarang. YNWA.