Home » , , , , , » Friendly 2012/2013 - Liverpool 3-1 Bayer Leverkusen

Friendly 2012/2013 - Liverpool 3-1 Bayer Leverkusen

Written By saleehs gerrard on Isnin, 13 Ogos 2012 | 3:18 PG


Nampaknya sekali lagi anak-anak buah Brendan Rodgers mengamuk selepas perlawanan menentang FC Gomel pada pagi Jumaat lalu. Kali ini pasukan Bayer Leverkusen yang dibimbing oleh lagenda Liverpool Sami Hyypia menjadi mangsa di gelanggang keramat stadium Anfield. Kemenangan 3-1 sudah memadai untuk membuktikan bahawa pilihan pemilik Liverpool John W. Henry benar-benar tepat memilih Brendan sebagai pengurus.

Walaupun perlawanan ini adalah perlawanan pemanas badan yang terakhir bagi musim baru 12/13 ini, ia sebenarnya telah menjadi petanda aras bahawa segala tektikal dan formasi Brendan mudah dan pantas diterima oleh pemain. Buktinya separuh masa pertama kita dapat lihat apabila pemain-pemain yang diturunkan telah mempamerkan aksi permainan yang memukau. Sistem TIKI TAKA yang dicanangkan telah mula menjadi sebati dalam permainan pasukan Liverpool. Seperti perlawanan tempoh hari, Suarez jugalah yang menjadi mastermind untuk mengkucar kacirkan barisan pertahanan lawan. Tanpa perlu mengambil masa yang lama, minit ke-3 sahaja Sterling telah berjaya menembusi beberapa pemain lawan sebelum melepaskan rembatan cantik untuk menerjah gawang.


Tidak cukup dengan itu, pada minit ke-29 Lucas pula mencatat nama sebagai penjaring gol ke-2. Ia terhasil dari sepakan percuma pendek yang pantas diterima oleh Suarez sebelum berjaya dikuis oleh pertahanan lawan dan terhantar kepada Lucas untuk menghasilkan jaringan mudah. Dominasi kesebelasan pemain pada separuh masa pertama sememangnya amat memukau serta menghiburkan kita.


Separuh masa kedua Brendan telah membuat 5 pertukaran. Memasukkan Charlie Adam, Henderson, Carroll, J. Spearing dan Robinson untuk menggantikan Gerrard, Downing, Suarez, Lucas dan Enrique menjadikan permainan Liverpool agak sedikit perlahan. Hantaran-hantaran pendek telah bertukar kepada hantaran jauh dan ini membuatkan pemain Bayer Leverkusen kembali mendapat rentak untuk menjadikan perlawanan kembali seimbang. Walaupun perlahan, Carroll kembali mencuri tumpuan apabila rembatan derasnya gagal ditampan kemas oleh penjaga gol Leverkusen sebelum menerjah gawang.


Kesilapan lama kembali berulang. Seperti biasa pertahanan akan mula goyah apabila barisan tengah gagal mengemudi perlawanan dengan baik. Kesilapan Carragher membuatkan Sidney Sam berjaya mencuri peluang untuk membuat rembatan deras dikala Reina tidak mampu untuk berbuat tindakan susulan untuk menghasilkan jaringan tunggal Leverkusen.

Secara keseluruhannya walaupun separuh masa kedua agak perlahan dan bermain hantaran jauh, ia sebenarnya adalah baik kepada pasukan dalam mempelbagaikan corak permainan mengikut kesesuaian pasukan lawan yang bakal ditempuhi. Walaupun begitu corak permainan TIKI TAKA pada separuh masa pertama adalah yang paling terbaik dalam penguasaan bola sepak moden ini. Apapun seminggu lagi pasukan Liverpool akan memulakan kempen liga Premier dengan berkunjung ke stadium The Howthorns untuk menentang pasukan West Bromwich Albion. Adakah Liverpool mampu untuk meneruskan penguasaan dalam liga. Sama-sama kita tunggu dan mengharap agar segala impian tercapai. YNWA.


Pepe Reina - Martin Kelly, Sebastian Coates, Jamie Carragher, Jose Enrique (Robinson), Stewart Downing (Jordan Henderson), Steven Gerrard (Charlie Adam), Jonjo Shelvey, Lucas Leiva (J. Spearing), Raheem Sterling, Luis Suarez (Andrew Carroll).



Share this article :

+ ulasan + 1 ulasan

13 Ogos 2012 4:57 PG

Raheem!

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger