Latest Post

Jadual dan keputusan UEFA Cup Liverpool musim 12/13

Written By peminat liverpool on Khamis, 9 Ogos 2012 | 3:19 PG

Setelah melalui musim tanpa kejohanan Eropah di musim 2011/2013 lalu, musim 2012/2013 Liverpool kembali semula dengan harapan dapat memberi sesuatu yang terbaik kepada peminat setia Liverpool FC. Walaupun memulakan kempen kejohanan kali ini dengan terpaksa melalui pusingan kelayakkan di peringkat pusingan ketiga, kita berharap Liverpool mampu mengharungi cabaran getir dibawah bimbingan pengurus Brenden Rodgers.

Berikut adalah jadual dan keputusan perlawanan kempen Piala Eropah musim 2012-2013 yang dilalui oleh pasukan Liverpool FC.

UEFA EUROPA LEAGUE - 2012-2013
ROUND
PASUKAN
TARIKH
WAKTU
VENUE
KEPUTUSAN
QL 3rd (1)
FC GOMEL
03/08/2012 02:00
Belarus
0 - 1
QL 3rd (2) 10/08/2012 03:05
Anfield
3 - 0
P/Off 4th (1)
HEART OF MIDLOTHIAN
24/08/2012 02:45
Scotland
0 - 1
P/Off 4th (2)
HEART OF MIDLOTHIAN
31/08/2012 03:00
Anfield
1 - 1
Group A (G1)
YOUNG BOYS
21/09/2012 01:00
Stade De Suisse 
3 - 5
Group A (G2)
UDINESE
05/10/2012 04:05
Anfield
2 - 3
Group A (G3)
ANZHI
26/10/2012 04:05
Anfield
1 - 0
Group A (G4)
ANZHI
09/11/2012 01:00
Dynamo Stadium
1 - 0
Group A (G5)
YOUNG BOYS
23/11/2012 04:05
Anfield
2 - 2
Group A (G6)
UDINESE
07/12/2012 02:00
Stadio Friuli, Italy
0 - 1
Team 32 (1st leg)
ZENIT ST PETERSBURG
07/02/2013 01:00
Petrovsky Stadium
2 - 0
Team 32 (2nd leg)
ZENIT ST PETERSBURG
22/02/2013 04:05
Anfield
3 - 1

*Tarikh dan waktu tertera didalam jadual diatas adalah berdasarkan waktu di Malaysia  (GMT +08:00)

Sampul duit raya KPLM 2012

Written By Unknown on Khamis, 5 Julai 2012 | 9:34 PTG



Sempena bulan Syawal yang bakal berkunjung tiba tidak lama lagi, disini pihak admin Kelab Peminat Liverpool (Malaysia)  KPLM dengan suka citanya memperkenalkan "SAMPUL DUIT RAYA KPLM 2012" untuk digunakan bersama.

Alangkah meriahnya hari raya anda seandainya dapat memberi sesuatu yang istimewa kepada si kecil disebalik dapat memupuk ibubapa serta ahli keluarga mereka teruja untuk ikut serta menyokong pasukan kesayangan kita Liverpool FC. Selain itu kita juga berbangga kerana dapat membuktikan bahawa kita ini adalah antara penyokong tegar Liverpool yang sebenar.. YNWA.

Minimum beli 50 pcs @ 1 packet
Harga adalah termasuk kos penghantaran
- 50 PCS (1 packet) - RM30 
- 100 PCS (2 packet) - RM50
- 150 PCS (3 packet) - RM75
- 200 PCS (4 packet) - RM100

TEMPAHLAH SEKARANG!!!!!!!!!!!!

TARIKH TUTUP TEMPAHAN - 20 JULAI 2012 (30 SYAABAN)
Proses penghantaran tempahan dijadualkan bermula pada awal bulan Ogos 2012 (sebelum 15 Ramadhan)


CARA MEMBUAT TEMPAHAN.
Sila beri maklumat lengkap seperti:
- Nama
- Alamat
- No. Hp
- PCS @ Packet

Buat bayaran mengikut harga packet yang anda inginkan ke akaun :

- Maybank : 162058881680 -> Sallehudin Jobri
- CIMB Bank : 1231-0063326-52-5 -> Sallehudin Jobri

HANTAR MAKLUMAT DIATAS KE:

- (PM) Admin yang berkenaan di https://www.facebook.com/messages/sgerrads ATAU

- SMS, WhatsApp, Viber di no. 019-2617430 ( sale'ehs gerrard )

Hanya yang Terbaik untuk peminat Liverpool di Malaysia. YNWA...

Sigurdsson, Next Season dan Oh, England..

Written By Captain on Selasa, 26 Jun 2012 | 6:05 PTG

Sigurdsson, Luc Castaignos, Aly Cissokho, Salomon Rondon, Mbaye Niang, Gaston Ramirez, Victor Moses, Raul Garcia, Milos Krasic, Cristian Tello dan Salomon Kalou.

Itu sebahagian daripada nama² yang dikaitkan dengan Liverpool FC sempena transfer season yang akan dibuka semula pada 1 Ogos nanti. Seperti biasa waktu² begini saya akan baring, berangan dan senyum (lebar :D ) memikirkan siapa yg akan join LFC utk season 2012-13.


Apa yang boleh dirumuskan berdasarkan season lepas, jujur saya katakan LFC kini mempunyai sebuah pasukan yang mantap, dan bermain dengan cantik (thank you King for the quick flowing football you've given us!) TETAPI LFC kekurangan wide players dan finishers. Pendapat peribadi, LFC akan menjadi sebuah pasukan yang lebih umphh! jikalau Mr. Brendan kita membawa masuk at least 3 attacking players.

Cukuplah jikalau hanya Sigurdsson, Victor Moses dan Cristian Tello menyertai kita, saya pasti season 2012-13 akan menjadi satu season yang menarik buat LFC. Dan jika ada budget lebih, bolehlah dapatkan Aly Cissokho on the way. 

Tak perlu berbelanja besar, Mr. Brendan hanya perlu implement gaya tiki takanya dan insyaallah next season akan menjadi suatu musim yang menarik.

Oh, sekarang agak keciwa pasal England tersingkir dari Euro 2012. Walaupun hati sedih, otak mengatakan memang agak susah utk England melepasi Italy. Walaubagaimanapun saya gembira melihat Gerrard selaku captain England bermain dengan cemerlang, dan juga Carroll dengan header mantapnya.

BRING ON THE NEW SEASON!

(picture credit:  http://www.mirrorfootball.co.uk )

# Takziah kepada Miki Roque, bekas pemain Liverpool yang meninggal kerana cancer. :(
-- Captain -- JFT96 

Kikis Budaya Plastic Fans, dan 'United We Stand'

Written By Captain on Jumaat, 15 Jun 2012 | 9:41 PG


                                                                                
Season 2011-12 Liverpool merupakan satu season yang menyedihkan buat kebanyakkan peminat LFC, bukan hanya kerana league standing kita yang kurang memuaskan, tapi LFC telah kehilangan seorang lagenda yang betul betul berdarah merah, King Kenny Dalglish.

Tapi artikel ini bukan mahu mengulas apa yg telah dilakukan the King (saya rasa kita semua sedia maklum kehebatan beliau), tetapi saya tertarik dengan sebilangan comment pahit yg diberikan ‘penyokong’ Liverpool sendiri.  Para ‘penyokong’ yang layak dibilang sebagai plastic fans.

Saya sememangnya kagum dengan loyalty yang ditunjukkan oleh para penyokong Liverpool di UK. Melalui research dan berforum dengan beberapa orang Scousers, saya lebih memahami kenapa penduduk Merseyside begitu bersatu sekali.

Tragedi Heysel merupakan satu kecelakaan yang menyedihkan LFC, tetapi tragedi Hillsborough bukak peluang kepada media untuk menghentam Liverpool sebagai bandar bermasalah. Penduduk Liverpool bersatu dalam hal ini, tetapi di zaman hooliganism berleluasa LFC disalahkan kebanyakkan media UK (terutamanya The Sun UK). Di sini penduduk Liverpool ditindas….Kerajaan UK pula pada tahun 80 – 90 an mempopularkan pelabuhan-pelabuhan di selatan, menenggelamkan zaman emas Liverpool sebagai bandar pelabuhan penting di England (begitu juga terkuburnya Albert Dock). Sekali lagi penduduk Liverpool disisihkan. Ini merupakan antara beberapa peristiwa yang tidak adil buat penduduk Merseyside secara am, dan penyokong LFC khasnya.

Tapi kita di sini pula, bila season 2011- 2012 berjalan tidak seperti yang kita ingini, keluarlah suara-suara sumbang yang mengkritik itu ini. Kalau baca komen mereka (para pengkritik) memang kita akan kagum…kerana mereka ini memberikan idea taktikal, transfers insight kepada Daglish seumpama mereka ada coaching license dari FIFA. Malah (sebelum Daglish dipecat) ada plastic fans ini yang cukup lantang memanggil kepada pemecatan Daglish. Inilah golongan plastic fans tuan puan sekalian.

Oleh itu dengan season baru yang bakal bermula tidak lama lagi, saya harap kita sebagai penyokong the Reds Malaysia, dan ahli KPLM sokonglah dengan sepenuh hati.

Luahkan sokongan kita, dan  berdirilah bersama sama LFC, bukan hanya bersorak ketika LFC menang, dan kutuk mengutuk ketika LFC kalah.

#Oh ya Euro 2012 dah start, anda rasa team mana yang akan menang? Bet saya adalah pada Germany ataupun Spain.

-- Captain -- JFT96 

Carta kedudukan Barclays Premier League musim 2011/12

Written By Unknown on Rabu, 13 Jun 2012 | 11:12 PG

Berikut adalah kedudukan semasa English Barclays Premier League bagi musim 2011/12 ini. Selain itu anda juga boleh mendapatkan semua keputusan perlawanan semasa serta jadual perlawanan akan datang untuk semua kelab yang bertanding dalam liga Premier bagi musim 2011/12 ini. Semoga ia bermanfaat untuk anda semua. 


Uefa Champions League: 1st, 2nd, 3rd, 4th
Europa League: 5th
Relegation: 18th, 19th, 20th

Giliran Aurelio dan David Amoo pula berpindah

Written By Unknown on Jumaat, 8 Jun 2012 | 2:36 PG


Selepas kita dikejutkan dengan perpindahan Dirk Kuyt ke Fenerbahce, kini giliran Fabio Aurelio dan David Amoo pula memilih jalan keluar dari Anfield. Nampaknya kuda-kuda tua yang rasa telah tersisih dari skuad utama terpaksa mencari alternatif lain demi kerjaya yang gemilang dipenghujung karier masing-masing.

Aurelio yang telah dibawa masuk ke Anfield oleh bekas  pengurus Liverpool Rafa Benitez dari Valencia pada tahun 2006, telah memilih untuk balik kampung ke Brazil dalam meneruskan sisa-sisa perjuangannya sebagai pemain bola sepak ke pasukan Gremio FBPA. Beliau yang sudah mula merasakan tenaganya tidak akan diguna pakai lagi di Anfield akibat kehadiran Jose Enrique serta beberapa pemain lain yang mampu mengisi posisinya, tidak mahu dianggap sebagai penghabis beras di Anfiled. Memang kita akui, semenjak kecederaan yang sering membelenggu dirinya membuatkan beliau sering tersisih dari kesebelasan utama. Mungkin ini sahaja jalan yang terbaik bagi beliau. Selamat maju jaya diucapkan.

Selain Aurelio, pemain muda Liverpool David Amoo juga telah membuat keputusan sama untuk berpindah. Nasibnya yang sering menjadi pemain pinjaman ke kelab-kelab lain membuatkan beliau sedikit tertekan dan kelab Preston North End adalah lokasi perpindahannya. Mungkin dengan perpindahan ke kelab yang kurang ternama ini sajalah mampu untuk menjadikan Amoo sebagai pemain utama kerana aksinya gagal memikat pihak pengurusan di Anfield serta kelab-kelab yang meminjamnya.


Sudah 3 pemain pergi, tetapi seorang pun belum datang lagi. Siapalah agaknya bakal pembuka tirai untuk menjadi pemain pertama masuk dimusim perpindahan kali ini. Banyak sudah nama yang dikaitkan, tetapi hanya kosong belaka. Mungkin kita perlu tunggu selepas EURO ni kot.

p/s: Dengar khabar kedua-dua jurulatih skuad utama Steve Clarke dan Kevin Keen juga akan meninggalkan Liverpool. Disebabkan Brendan Rodgers ni pengurus baru, berkemungkinan besar beliau juga akan membawa muka-muka baru dalam pengurusannya dalam melancarkan proses pembangunan pasukan. Apapun kita tunggu dan lihat apa lagi yang terjadi selepas ini. YNWA..

6 pemain Liverpool di skuad EURO England 2012

Written By Unknown on Selasa, 5 Jun 2012 | 4:10 PG


Martin Kelly adalah pemain terakhir dari pasukan Liverpool yang diserapkan ke dalam pasukan kebangsaan England menjelang kejohanan EURO 2012 yang berlangsung pada hujung minggu ini untuk mengantikan Gary Cahill yang cedera. Ini menjadikan 6 pemain dari skuad Liverpool keseluruhannya yang terpilih dibawah pengurus baru England Roy Hodgson.

5 pemain lain yang juga di kerah tenaga mereka ialah Steven Gerrard yang memikul tugas besar sebagai kapten pasukan. Diikuti Glen Johnson, Stewart Downing, Andy Carroll dan Jordan Henderson yang dipanggil untuk mengantikan Frank Lampard yang mengalami kecederaan.

Walaupun angka 6 pemain ini mula menjadi pertikaian peminat skuad Three Lions ini, tetapi jika kita pandang dari segi persefahaman ia sebenarnya adalah sesuatu kelebihan pasukan. Keserasian pemain yang ramai dari sebuah kelab yang sama akan menjadi aset penting dalan menjadikan sesebuah pasukan itu berjaya. Tidak sia-sia Kenny Dalglish menjadikan bekas barisan utamanya di Liverpool muka-muka pemain British dimana ia memberi sedikit kelebihan kepada skuad England.

Disamping status Roy Hodgson yang telah menjadi bekas pengurus Liverpool, beberapa kecederaan pemain utama membuatkan Roy tiada pilihan lain selain memberi peluang kepada muka-muka baru untuk diberi pendedahan dalam pentas antarabangsa. Siapa tahu, mungkin aksi mereka agak sedikit tenggelam di Liverpool tetapi berjaya memberi impak yang besar kepada England. Harap England mampu bangkit dan tidak sekadar menjadi pasukan bintang yang kemalapan.


Senarai penuh Skuad EURO 2012 England

PENJAGA GOL
  1 - Joe Hart - Manchester City
13 - Robert Green - West Ham United
23 - Jack Butland - Birmingham City

PERTAHANAN
  2 - Glen Johnson - Liverpool
  3 - Ashley Cole - Chelsea
  5 - Martin Kelly - Liverpool
  6 - John Terry - Chelsea
12 - Leighton Baines - Everton
14 - Phil Jones - Manchester United
15 - Joleon Lescott - Manchester City
18 - Phil Jagielka - Everton

TENGAH
  4 - Steven Gerrard - Liverpool (Captain)
  7 - Theo Walcott - Arsenal
  8 - Jordan Henderson
11 - Ashley Young - Manchester United
16 - James Milner - Manchester City
17 - Scott Parker - Tottenham Hotspur
19 - Stewart Downing - Liverpool
20 - Alex Oxlade-Chamberlain - Arsenal

PENYERANG
  9 - Andy Carroll - Liverpool
10 - Wayne Rooney - Manchester United
21 - Jermain Defoe - Tottenham Hotspur
22 - Danny Welbeck - Manchester United


Jersey Away musim 12/13 dilancarkan


Belum habis lagi kisah peminat-peminat Liverpool bercerita menngenai keseronokkan mereka apabila tempahan Jersey utama pasukan telah tiba Jumaat lalu, semalam dilancarkan pula jersey away bagi musim baru 2012/2012.

Masih mengekalkan logo Liverbird seperti jersey utama, warna hitam menjadi pelengkap untuk peminat-peminat setia menjadi lebih gila apabila tidak sabar untuk memilikinya. Emmm.. bila le agaknya versi Padang Besar nak dilancarkan ye. huhuhuhuhuhu..





 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger