Giliran Aurelio dan David Amoo pula berpindah
Written By Unknown on Jumaat, 8 Jun 2012 | 2:36 PG
Selepas kita dikejutkan dengan perpindahan Dirk Kuyt ke Fenerbahce, kini giliran Fabio Aurelio dan David Amoo pula memilih jalan keluar dari Anfield. Nampaknya kuda-kuda tua yang rasa telah tersisih dari skuad utama terpaksa mencari alternatif lain demi kerjaya yang gemilang dipenghujung karier masing-masing.
Aurelio yang telah dibawa masuk ke Anfield oleh bekas pengurus Liverpool Rafa Benitez dari Valencia pada tahun 2006, telah memilih untuk balik kampung ke Brazil dalam meneruskan sisa-sisa perjuangannya sebagai pemain bola sepak ke pasukan Gremio FBPA. Beliau yang sudah mula merasakan tenaganya tidak akan diguna pakai lagi di Anfield akibat kehadiran Jose Enrique serta beberapa pemain lain yang mampu mengisi posisinya, tidak mahu dianggap sebagai penghabis beras di Anfiled. Memang kita akui, semenjak kecederaan yang sering membelenggu dirinya membuatkan beliau sering tersisih dari kesebelasan utama. Mungkin ini sahaja jalan yang terbaik bagi beliau. Selamat maju jaya diucapkan.
Selain Aurelio, pemain muda Liverpool David Amoo juga telah membuat keputusan sama untuk berpindah. Nasibnya yang sering menjadi pemain pinjaman ke kelab-kelab lain membuatkan beliau sedikit tertekan dan kelab Preston North End adalah lokasi perpindahannya. Mungkin dengan perpindahan ke kelab yang kurang ternama ini sajalah mampu untuk menjadikan Amoo sebagai pemain utama kerana aksinya gagal memikat pihak pengurusan di Anfield serta kelab-kelab yang meminjamnya.
Sudah 3 pemain pergi, tetapi seorang pun belum datang lagi. Siapalah agaknya bakal pembuka tirai untuk menjadi pemain pertama masuk dimusim perpindahan kali ini. Banyak sudah nama yang dikaitkan, tetapi hanya kosong belaka. Mungkin kita perlu tunggu selepas EURO ni kot.
p/s: Dengar khabar kedua-dua jurulatih skuad utama Steve Clarke dan Kevin Keen juga akan meninggalkan Liverpool. Disebabkan Brendan Rodgers ni pengurus baru, berkemungkinan besar beliau juga akan membawa muka-muka baru dalam pengurusannya dalam melancarkan proses pembangunan pasukan. Apapun kita tunggu dan lihat apa lagi yang terjadi selepas ini. YNWA..
Label:
BERITA,
LIVERPOOL,
PERPINDAHAN,
TERKINI
+ ulasan + 1 ulasan
david amoo rugi besar lepaskan dia cmtu jea..
Catat Ulasan