Season 2011-12 Liverpool merupakan satu season yang menyedihkan buat kebanyakkan peminat LFC, bukan hanya kerana league standing kita yang kurang memuaskan, tapi LFC telah kehilangan seorang lagenda yang betul betul berdarah merah, King Kenny Dalglish.
Tapi artikel ini bukan mahu mengulas apa yg telah dilakukan the King (saya rasa kita semua sedia maklum kehebatan beliau), tetapi saya tertarik dengan sebilangan comment pahit yg diberikan ‘penyokong’ Liverpool sendiri. Para ‘penyokong’ yang layak dibilang sebagai plastic fans.
Saya
sememangnya kagum dengan loyalty yang ditunjukkan oleh para penyokong Liverpool
di UK. Melalui research dan berforum
dengan beberapa orang Scousers, saya
lebih memahami kenapa penduduk Merseyside begitu bersatu sekali.
Tragedi Heysel merupakan satu kecelakaan yang menyedihkan LFC, tetapi tragedi Hillsborough bukak peluang kepada media untuk menghentam Liverpool sebagai bandar bermasalah. Penduduk Liverpool bersatu dalam hal ini, tetapi di zaman hooliganism berleluasa LFC disalahkan kebanyakkan media UK (terutamanya The Sun UK). Di sini penduduk Liverpool ditindas….Kerajaan UK pula pada tahun 80 – 90 an mempopularkan pelabuhan-pelabuhan di selatan, menenggelamkan zaman emas Liverpool sebagai bandar pelabuhan penting di England (begitu juga terkuburnya Albert Dock). Sekali lagi penduduk Liverpool disisihkan. Ini merupakan antara beberapa peristiwa yang tidak adil buat penduduk Merseyside secara am, dan penyokong LFC khasnya.
Tapi kita di
sini pula, bila season 2011- 2012 berjalan tidak seperti yang kita ingini,
keluarlah suara-suara sumbang yang mengkritik itu ini. Kalau baca komen mereka
(para pengkritik) memang kita akan kagum…kerana mereka ini memberikan idea
taktikal, transfers insight kepada Daglish seumpama mereka ada coaching license dari FIFA. Malah
(sebelum Daglish dipecat) ada plastic
fans ini yang cukup lantang memanggil kepada pemecatan Daglish. Inilah
golongan plastic fans tuan puan
sekalian.
Oleh itu
dengan season baru yang bakal bermula tidak lama lagi, saya harap kita sebagai
penyokong the Reds Malaysia, dan ahli KPLM sokonglah dengan sepenuh hati.
Luahkan sokongan kita, dan berdirilah bersama sama LFC, bukan hanya bersorak ketika LFC menang, dan kutuk mengutuk ketika LFC kalah.
Luahkan sokongan kita, dan berdirilah bersama sama LFC, bukan hanya bersorak ketika LFC menang, dan kutuk mengutuk ketika LFC kalah.
#Oh ya Euro
2012 dah start, anda rasa team mana yang akan menang? Bet saya adalah pada
Germany ataupun Spain.
-- Captain
-- JFT96
+ ulasan + 1 ulasan
tolong simpan baju LFC Malaysia satu utk saye..(^_^)
Catat Ulasan