Latest Post

Siapa Txiki Begiristain

Written By peminat liverpool on Khamis, 19 April 2012 | 2:14 PG

Tiba-tiba nama Txiki Begiristain menjadi sebutan peminat-peminat Liverpool sejak sehari dua ini. Inilah gara-gara rumors mengatakan bahawa beliau adalah antara calon yang bakal menduduki kerusi panas yang ditinggalkan oleh Damien Comolli.

Sememangnya ramai nama-nama yang telah dikaitkan untuk mengisi jawatan kosong pengarah teknikal bolasepak ini. Bermula dengan bekas CEO Arsenal, David Dein, disusuli pula lagenda bolasepak Barcelona dan Belanda Johan Cruyff diheboh-hebohkan. Malangnya dengan pelbagai alasan yang diberikan, beliau telah menolak pelawaan tersebut. Sebagai ganti untuk tidak mengguriskan hati Liverpool, maka beliau pun mempromosikan bekas anak didiknya siapa lagi kalau bukan Txiki ini.

Siapa yang tidak kenal dengan jasa Txiki ini dalam kerjaya bolasepaknya. Beliau yang merupakan bekas pengarah teknikal Barcelona. Anda kenal David Villa, Gerrard Pique dan Dani Alves dari pasukan Barcelona? Itulah antara mereka-mereka yang telah berjaya dibawa masuk oleh Txiki sewaktu memegang tampuk jawatan di Barcelona. Selain itu beliau juga berani untuk membeli pemain yang kurang ternama tetapi membuahkan hasil sehingga anda pun ketahui apa level pasukan Barcelona sekarang dimuka bumi ini.

Samaada ia benar-benar bakal  menjadi kenyataan atau tidak beliau ke Anfield, hanya kita perlu tunggu web rasmi LFC.tv membuat pengumuman. Jika ia benar-benar terjadi, ia sebenarnya amatlah berbaloi-berbaloi dengan apa pengalaman yang beliau telah telah lakukan di Barcelona dapat diguna pakai pula di Liverpool. Sudah pastinya jika ia bertahan lama di Liverpool, akademi Liverpool bakal setanding Barcelona, Ajax dan Arsenal dalam mencungkil bakat-bakat muda untuk diketengahkan dan berpotensi untuk jangka masa panjang. Sebagai merealisasikan impian John Henry untuk membangunkan semula Liverpool, orang sebeginilah yang mampu untuk mengubah sesebuah kelab dari zaman kegelapan kepada keceriaan. Semoga Txiki menerima cabaran untuk bekerja di England.


-SG-

Liverpool intai Kolou

Ketika kontrak Salamon Kolou di Stamford Bridge yang bakal tamat pada bulan September nanti masih menjadi tanda tanya, Liverpool sudah mula memerhatikan kelibat beliau yang mula kembali mendapat perhatian di bawah kendalian Di Matteo berbanding Villa Boas suatu ketika dulu.

Malah bukan sahaja Liverpool yang menaruh harapan, bahkan Arsenal juga sudah mula berkira-kira untuk bersaing sama dengan Liverpool untuk memilikinya. Jika kontrak barunya tidak disambung, maka perpindahan percuma bakal diperolehi keatas pemain antarabangsa Ivory Coast ini. Ini sesuatu peluang yang baik bagi Liverpool untuk memilikinya dalam persediaan memperbaiki pasukan untuk musim depan. Sekiranya benar-benar terjadi perpindahan percuma ini, dana yang bakal diberikan sekurang-kurangnya dapat digunakan untuk pembelian yang lain. Apapun ia hanyalah sekadar rumors yang masih tiada kepastian lagi.

-SG-

Martinez : Liverpool dan Porto bersaing memilikinya

Written By peminat liverpool on Rabu, 18 April 2012 | 1:33 PG

Penyerang Colombia, Jackson Martinez telah mengakui bahawa dirinya kini sedang diekori oleh Liverpool dan Porto unting disunting pada musim hadapan. Pemain yang berusia 25 tahun ini telah menjaringkan 17 gol dalam 31 penampilan liga bersama  Jaguares di liga Mexico merupakan antara buruan utama Liverpool sejak Januari lalu.

Martinez mengambarkan bahawa masa hadapannya untuk beliau ke Anfield  adalah lebih cerah walaupun sejak akhir-akhir ini Porto juga mula menunjukkan minat terhadapnya. Setakat ini masih lagi tiada rundingan rasmi antara kedua2 kelab ini untuk membawanya kepasukan masing-masing tetapi beliau mengakui mereka adalah antara pasukan utama yang berminat.

Menurut Martinez lagi, jika ada antara pasukan-pasukan lain yang berminat dengannya, beliau bersedia untuk membuat rundingan sambil menyatakan Liverpool adalah pilihan utamanya. Menurut agen Martinez, harga perpindahan yang diletakkan adalah sekitar £ 4m. Harap-harap ia menjadi kenyataan untuk menjadi pemain Liverpool memandangkan harga yang ditawarkan amatlah menarik disamping menyelesaikan masalah ketandusan penjaring gol. YNWA..



-SG-

EPL Masters Football Malaysia Cup 2012 :

Written By peminat liverpool on Selasa, 17 April 2012 | 11:39 PTG

Tahun ini, Standard Chartered EPL Masters Football Malaysia Cup membawa terus legenda hebat dari EPL ke negara ini untuk mewakili pasukan seperti Manchester United, Liverpool, EPL All-Stars dan pasukan legenda Malaysia.

Sudah pastinya orang ramai akan menggamatkan suasana padang di Stadium Malawati, Shah Alam pada 22 April 2012. Peminat bola sepak sekali lagi berkesempatan untuk menemui legenda kegemaran mereka seperti Robbie Fowler, Steve McManaman, Patrik Berger, Stephan Henchoz, Vladimir Smicer yang mewakili Liverpool Master. Pasukan Man United Master pula diwakili Andy Cole, Quinton Fortune, David May, Clayton Blackmore, dan Viv Anderson. Sementara Ian Walker, Gaizka Mendieta, Michael Thomas dan Darren Anderton untuk All Star Master dan semestinya, pasukan Malaysia Master kita sendiri juga turun bermain yang diketuai oleh Zainal Abidin Hassan dan diuruskan oleh pengurus Harimau Malaya, K. Rajagopal.


Jadi jangan lepaskan peluang ini. Marilah kita saksikan lagenda-lagenda Liverpool beraksi dalam kejohanan 4 penjuru ini. Bagi yang masih belum mempunyai tiket, bolehlah layari layari RedTix Ticketing (www.redtix.airasia.com)

-SG-

Liverpool jumpa Chelsea di Final FA cup 2012

Written By peminat liverpool on Isnin, 16 April 2012 | 11:37 PTG

Malam semalam, Chelsea telah mengesahkan slot terakhir untuk mengikut jejak Liverpool ke perlawanan akhir piala FA tahun 2012 ini. Mengalahkan Tottenham di pusingan separuh akhir dengan keputusan 5-1, ia seperti amaran awal kepada Liverpool bahawa pasukan bimbingan pengurus sementara Di Matteo lebih bersedia untuk menyahut cabaran.

Terlebih dahulu pada hari Sabtu, Liverpool terlebih dahulu mengesahkan tempat ke aksi perlawanan akhir piala FA setelah berjaya menewaskan jiran setempat Everton dengan keputusan 2-1. Jaringan Suarez dan Carroll sudah memadai untuk merapatkan lagi langkah Liverpool untuk mengutip piala kedua musim ini selepas piala Carling.

Apapun masih ada tiga minggu lagi untuk difikirkan tentang perlawanan ini. Yang penting persiapan untuk menghadapi perlawanan tersebut adalah penting bagi memastikan kejuaraan berganda menjadi kenyataan. Jadi kita mengharapkan Liverpool dapat menggunakan perlawanan liga yang bakal berlangsung kelak, sebagai medan untuk memantapkan lagi pasukan. YNWA.

-SG-

Semi Final FA Cup 2012 - Liverpool 2-1 Everton

Written By peminat liverpool on Ahad, 15 April 2012 | 5:01 PG

Walk On To Wembley. Yess!!! Liverpool sekali lagi ke pentas Final untuk kali kedua berturut2 pada musim 2011/2012 ini. Pertembungan Merseyside kali ini yang dilangsungkan distadium berkecuali Wembley, terus menjadi milik Liverpool apabila berjaya mengalahkan Everton 2-1 untuk mencatatkan rekod bersih 3 pertemuan musim ini dengan 3 kemenangan.

Pasukan abang (Everton) terpaksa akur dengan kebangkitan skuad adiknya (Liverpool) diseparuh masa kedua. Belajar dari kesilapan separuh masa pertama yang mempamerkan aksi agak perlahan Liverpool bangkit untuk menafikan gol pendahuluan Everton. Everton terlebih dahulu berada dihadapan apabila mendahului seawal minit ke 24 melalui Jelavic. Gol yang berpunca salah faham diantara Daniel Agger dan Carragher berjaya dikuis oleh Tim Cahill sebelum sampai kepada Jelavic yang sedia menanti untuk mudah menewaskan Brad Jones.


Boleh dikatakan aksi2 separuh masa pertama agak membosankan. Kedua2 pasukan bermain berhati2 dan bola kebanyakannya hanya berada ditengah padang. Kita boleh saksikan kedua2 penjaga gol Brad Jones dan Tim Howard banyak lepak akibat kurangnya percubaan merbahaya dari kedua2 pasukan. Tetapi kesilapan Sylvain Distin yang gagal menyepak kemas bola kepada Tim Howard berjaya dipintas oleh Suarez untuk menyamakan kedudukan pada minit ke 62. Gol tersebut telah menyemarakkan lagi semangat Liverpool untuk menguasai perlawanan.


Terdesak untuk memburu gol, Dalglsih mengeluarkan kedua2 sayap Henderson dan Downing untuk digantikan Maxi Rodriguez dan Bellamy. Hasilnya pemain2 Everton tak cukup kaki untuk mengawal kegiatan pemain2 Liverpool. Carroll sepatutnya boleh menjaringkan sekurang2nya 3 gol malam tadi tetapi tandukan bebas dan beberapa percubaannya hanya sipi dari tiang gol. Walaubagaimanapun, amanat Kapten Gerrard kepada Bellamy yang akan membuat sepakan percuma digunakan dengan sebaik2nya. Bellamy menyepak bola dengan baik dan tepat hinggap dikepala Carroll untuk disudahkan dengan cemerlang. Selepas gol tersebut , Maxi pula gagal untuk menyudahkan hantaran Suarez apabila badi tiang gol masih terus melekat.

Carroll yang selama ini dikritik hebat dengan nilainya yang tidak setimpal telah belajar dari kutukan tersebut untuk membuktikan bahawa beliau kini adalah wira Liverpool apabila dua kali menjaringkan gol kemenagan dalam dua pertemuan ini. Yang bagusnya Howard Webb pula telah mengadili perlawanan dengan baik sekali tanpa ada rasa sangsi atau tidak puas hati dari kedua2 pasukan.


Ketika ini lawan Liverpool di final masih menjadi tanda tanya kerana perlawanan diantara Chelsea menentang Tottenham hanya akan berlangsung pada malam nanti. Harapnya biarlah Chelsea yang layak berbanding Tottenham. Ini disebabkan rekod pertemuan dengan kedua2 pasukan ini, Liverpool lebih badi kepada Tottenham berbanding Chelsea yang mudah untuk dibaham. Mudah2an termakbul hendaknya. YNWA..

KLIK DISINI untuk melihat galeri gambar dan video perlawanan ini..

-SG-

Galeri FA Cup semi Final 2012 - Liverpool 2-1 Everton

Tahniah diucapkan diatas kemenangan pasukan Liverpool menewaskan Everton 2-1 di stadium Wembley. Semoga kecemerlangan ini akan berterusan selamanya. YNWA..

Sila baca Analisis perlawanan Semi Final FA Cup 2012 - LIVERPOOL 2-1 EVERTON
























Layan video ler pula....




Liverpool vs Everton 2:1 GOALS HIGHLIGHTS by maidb7abc










WALK ON TO WEMBLEY... YNWA


-SG-

Video dan gambar Hillsborough Disaster

Sila baca artikel dan kisah tragedi Hillsborough DISINI.

Berikut adalah antara gambar-gambar sewaktu kejadian serta video Youtube yang berjaya diselitkan untuk tatapan peminat setia Liverpool.




















-BobDaron-
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger