Latest Post

Undian : FA Cup (Round 3) 2013/2014

Written By Unknown on Rabu, 11 Disember 2013 | 11:13 PTG


Pada 08/12/2013 lalu telah diadakan undian piala FA bagi pusingan ke-3. Seperti biasa pada pusingan ke-3 inilah baru bermulanya saingan bagi pasukan-pasukan yang bertanding dalam Premier League. Dalam undian tersebut Liverpool mendapat advantage apabila stadium Anfield telah dipilih sebagai gelanggang tuan rumah. Pasukan yang akan berkunjung ke Liverpool pula masih belum dapat dipastikan kerana dua pasukan masih lagi bersaing untuk ke perlawanan timbal balik. Dua pasukan terbabit ialah pasukan Oldham Athletic dan juga Mansfield Town yang akan bermain semula pada 17/12/2013 nanti di gelanggang keramat Mansfield.

Jadi segala keputusan siapa yang bakal bertemu dengan Liverpool akan terjawab selepas tarikh 17/12/2013 nanti. Walau siapa pun yang bakal Liverpool temui nanti, sekurang-kurangnya sedikit keselesaan bagi kita kerana tidak diundi bersama pasukan Premier League seperti yang berlaku terhadap pasukan Arsenal yang telah diundi bertemu pasukan Tottenham Hotspur.

# Selepas perlawanan diantara Oldham dan Mansfield nanti akan diupdatekan siapa lawan sebenar pasukan Liverpool serta lawan-lawan pasukan lain yang sedia menunggu.
# Semua perlawanan akan dilangsungkan pada 4 dan 5 Januari 2014.

*Update - Liverpool vs Oldham Athletic - Ahad | 5 Januari 2014 | 11:00 malam | Stadium Anfield

- Barnsley VS Hartlepool @ Coventry
- Yeovil VS Leyton Orient
- Liverpool VS Oldham @ Mansfield
- Nottingham Forest VS West Ham United
- Bristol City VS Watford
- Southend United VS Millwall
- Middlesbrough VS Hull City
- West Brom Albion VS Crystal Palace
- Kidderminster VS Peterborough
- Doncaster VS Stevenage
- Stoke City VS Leicester
- Southampton VS Burnley
- Newcastle United VS Cardiff City
- Rochdale VS Leeds United
- Wigan Athletic VS MK Dons
- Charlton VS Oxford United
- Manchester United VS Swansea City
- Port Vale VS Plymouth
- Norwich City VS Fulham
- Aston Villa VS Sheffield United
- Macclesfield VS Sheffield Wednesday
- Sunderland VS Carlisle
- Bolton VS Blackpool
- Blackburn VS Manchester City
- Everton VS QPR
- Brighton VS Reading
- Arsenal VS Tottenham Hotspur
- Birmingham VS Bristol Rovers @ Crawley
- Grimsby VS Huddersfield
- Ipswich VS Preston
- Derby VS Chelsea
- Bournemouth VS Fleetwood @ Burton Albion


Jadual dan Keputusan FA Cup Liverpool musim 2013/2014


Berikut adalah jadual serta keputusan perlawanan bolasepak bagi piala FA yang membabitkan pasukan Liverpool FC bagi musim 2013/2014. Semoga ia akan memberi manfaat kepada peminat LFC sebagai panduan serta sumber rujukan untuk analisis pada waktu akan datang, kami tidak akan menghampakan peminat-peminat setia yang sentiasa bersama kami. Kami akan update keputusan dari masa ke semasa.

FA CUP 2013-2014
GAME
PASUKAN
TARIKH
WAKTU
VENUE
KEPUTUSAN
Round 3 05/01/2014 23:00
Home
2 - 0
Round 4
AFC Bournemouth
25/01/2014 20:45
Away
Round 5 17/02/2014 00:00
Away
2 - 1


** Tarikh dan waktu yang tertera di dalam jadual diatas adalah berdasarkan waktu di Malaysia (GMT +8:00)


BPL 2013/14 (Game 15) - Liverpool 4-1 West Ham United

Written By Unknown on Selasa, 10 Disember 2013 | 1:18 PTG


Skrtel ohhh Skrtel. Own gol dan Skrtel tiada berpisah jua. Untuk musim 2013/14 ini sahaja sudah dua biji dia masukkan bola dalam gawang sendiri berbanding sebiji dalam gol lawan. Nasib baik pemain West Ham juga bermurah hati. Dua pemain mereka iaitu Guy Demel dan Joey O'Brien juga telah mencipta nama sebagai penjaring gol sendiri bagi pihak Liverpool. Sungguh meriah dengan semangat bermurah hati untuk membolosi gawang sendiri pada perawanan ini.

Untuk gol Demel dan Skrtel ni memanglah kita akui, kedua-dua gol sendiri tersebut memang nyata dan jelas masing-masing yang menolak bola tersebut ke dalam gawang sendiri. Bab gol yang diiktiraf gol sendiri oleh O'Brien ni memang sedikit mengelirukan. Penat-penat Suarez menganjing memperkotak katikkan pertahanan West Ham sebelum membuat percubaan, tetapi terkena sedikit badan O'Brien terus kata gol sendiri. Kalau tak dah tentu Suarez dah kumpul 15 gol secara keseluruhan berbanding 14 gol sekarang perbezaan dua gol dengan Aguero yang telah menjaringkan 12 gol.


Setelah tiga perlawanan di bekukan dibangku simpanan, kehadiran semula Sakho dalam kesebelasan utama sememangnya dinanti-nantikan. Gaya ala-ala gangsternya telah banyak mempengaruhi kegagalan pasukan West Ham menyerang. Diatas kepercayaan BR menurunkannya bermain, ,Sakho telah membalas dengan menjaringkan satu gol kontroversi untuk Liverpool. Walaupun nampak seperti James Collins yang membuat sentuhan terakhir ke dalam gawang, tetapi pengadil telah menyatakan bahawa tolakkan Sakho terlebih dahulu telah melepasi garisan gol. Kalau tak, gol sendiri lagi le jawabnya. huhuhu.

Gandingan pemain-pemain muda Liverpool pada perlawanan ini memang cukup memuaskan. Sterling jauh berbeza berbanding perlawanan ketika tewas dengan Hull dahulu. Beliau telah membuktikan bahawa beliau mampu untuk merampas tempat utama untuk meminggirkan Moses di bangku simpanan. Banyak peluang yang telah dicipta serta tercipta untuk beliau tetapi malangnya beliau agak gugup dan gelojoh untuk membuat penyudah yang berkesan. Kemampuan Coutinho memang kita tak perlu pertikaikan lagi begitu juga Flanagan yang semakin hari semakin mantap mengemudi posisi pertahan kiri. Joe Allen telah kembali untuk mendapat kepercayaan BR. Walaupun pada asalnya beliau bukanlah bermain diposisi sebenar kerana Gerrard masih ada, tetapi selepas Lucas dimasukkan untuk menggantikan Gerrard yang cedera, Allen kembali berada diposisi kegemarannya dan nampak lebih mengancam. Ketiadaan Gerrard selama sebulan akibat kecederaan nanti diharap mampu untuk digalas dengan baik oleh Lucas yang bakal digandingkan bersama Allen mahupun Alberto.


Bekas pemain-pemain Liverpool yang telah berhijrah ke West Ham nampaknya gagal untuk membuktikan bahawa BR tersilap menjual mereka. Downing hidup segan mati tak mahu. Mungkin disebabkan gugup ketika berada di stadium keramat yang pernah menjadi pujaannya dulu ataupun memang dah tak pandai nak bermain. Begitu juga dengan Joe Cole yang terus tenggelam bersama-sama usianya. Andy Carroll? kelibat pun tak nampak. hehehe

Secara keseluruhannya, Liverpool mampu pergi lebih jauh jika terus mengamalkan sistem bertahan dengan cara menyerang dan bukannya membina bas dikawasan sendiri. BR perlu mengajar pemain-pemainnya yang lain untuk tidak segan silu membocori gawang pihak lawan berbanding hanya mengharapkan kelibat Suarez dan Sturridge sahaja. Kekalahan pasukan Chelsea terhadap pasukan Stoke hasil gol minit terakhir Assaidi telah melonjakkan Liverpool kembali menduduki tangga kedua liga. Begitulah keadaannya sekarang, silap sedikit pasti akan banyak mengubah kedudukan liga. Harapnya selepas ini Livepool yang akan bertandang ke White Hart Lane untuk menentang Tottenham Hotspur mampu untuk meneruskan kecemerlangan dalam mengurangkan jurang mata bersama pasukan Arsenal.YNWA.


LIVERPOOL : Mignolet, Flanagan (Kelly), Sakho, Skrtel, Johnson, Allen, Gerrard (Lucas), Henderson, Sterling (Moses), Coutinho, Suarez
SUBS : Jones, Cissokho, Kelly, Lucas, Moses, Alberto, Aspas

WEST HAM UNITED : Jaaskelainen, Demel, McCartney, Collins, Tomkins (O'Brien), Noble, Diame, Nolan (red card - 82'), Downing (J.Cole), Jarvis (Taylor), Maiga
SUBS : Adrian, O'Brien, Collison, Diarra, C.Cole, J.Cole, Taylor



# Update - Gol sendiri Joey O'Brien pada minit ke-84 telah diiktiraf sebagai jaringan oleh Luis Suarez. Ini menjadikan gol semasa Luis Suarez pada ketika ini ialah 15 gol.

BPL 2013/14 (Game 14) - Liverpool 5-1 Norwich City

Written By Unknown on Khamis, 5 Disember 2013 | 12:10 PTG


Suarez buat magic lagi. Kali ini bukan satu atau dua gol, tetapi empat gol yang disumbangkan oleh beliau untuk mensandwichkan cabaran Norwich City 5-1 di Anfield awal pagi tadi. Memang berbaloi kita berjaga hingga ke subuh pagi tadi dengan jumlah jaringan yang amat memberangsangkan dan mempersonakan..

Magic Suarez bermula dari percubaan jarak jauh 40 meter yang menjunam masuk tanpa dapat diselamatkan oleh penjaga gol Norwich John Ruddy. Gol kedua Suarez muncul selang empat belas minit kemudian hasil dummy Steven Gerrard dari sepakan sudut Coutinho. Tidak cukup itu, Suarez kembali dengan gaya solonya untuk memperkotak katikkan pertahanan Norwich sebelum membuat rembatan deras menggegar gawang Norwich. Separuh masa pertama tamat dengan keputusan Liverpool 3-0 Norwich.


Separuh masa kedua bersambung dan Liverpool terus menguasai permainan diselang selikan serangan balas Norwich yang kurang merbahaya. Seperti biasa sepakan percuma yang dihadiahkan kepada Liverpool di luar kotak penalti telah dimanfaatkan dengan baik oleh Suarez untuk menjadikan kedudukan semasa 4-0. Tapi malang yang tidak berbau, Bradley Johnson berjaya mencuri satu gol untuk Norwich apabila tandukan kemasnya gagal diselamatkan oleh Mignolet. Terkejut dengan kebolosan tersebut, Liverpol terus mengasak untuk menambah lagi jaringan. Hasilnya gerakan Suarez yang telah melorongkan kepada Sterling berjaya disempurnakan dengan baik. Keputusan muktamad LIverpool 5-1 Norwich.


Sepatutnya Liverpool mampu untuk menjaringkan lebih dari 5 gol. Tetapi tiang dan kecekapan John Ruddy telah banyak menafikan percubaan yang bertali arus. Ketiadaan Lucas yang direhatkan dibangku simpanan telah digunakan sebaik mungkin oleh Joe Allen untuk membuktikan kelibatnya masih berbisa. Begitu juga Sterling yang mungkin telah kena bahan oleh BR diatas kemerosotannya pada perlawanan lalu, telah kembali bersemangat untuk membuat serangan. Aspas telah dimasukkan oleh BR untuk menggantikan Suarez pada minit-minit terakhir perlawanan. BR saja jer nak bagi semangat untuk Aspas yang terlalu lama berehat. Apapun kemenangan ini tetap tidak mengubah kedudukan pasukan Liverpool ditangga ke-4 liga.

LIVERPOOL : Mignolet, Flanagan, Agger, Skrtel, Johnson, Allen, Gerrard, Henderson (Alberto), Sterling, Coutinho, Suarez (Aspas).
# Subs : Jones, Toure, Sakho, Moses, Alberto, Aspas, Lucas

NORWICH CITY : Ruddy; Martin, R Bennett, Bassong, Olsson; Johnson, Fer (Whittaker), Howson, Hoolahan (Josh Murphy), Redmond, Elmander (Hooper)
# Subs : Nash, Whittaker, Turner, Hooper, Garrido, Becchio, Josh Murphy


EPL: Liverpool 5-1 Norwich City (all goals... by tapchibongda-vn


Preview : BPL 2013/14 (Game 14) - Liverpool vs Norwich City

Written By Unknown on Rabu, 4 Disember 2013 | 1:19 PTG


Sudah lama rasanya kita tak berjaga awal pagi untuk menyaksikan perlawanan yang membabitkan pasukan kesayangan kita Liverpool FC. Kali terakhir kita menyaksikannya ialah pada penghujung bulan September lalu ketika menentang pasukan Manchester United dipusingan ke3 Capital One Cup dimana Liverpool tewas dalam perlawanan tersebut di Old Trafford.

Awal pagi esok, kita gagahkan diri kita untuk mengadap tv setelah sekian lama lena diulit bantal akibat kurang berminat untuk menyaksikan pasukan lain bermain. Pada awal pagi esok Liverpool akan menerima kunjungan pasukan Norwich City di Anfied dalam misi menebus maruah yang tercalar akibat kekalahan kepada pasukan Hull City pada perlawanan hari Ahad yang lalu.

Rekod pertemuan
(EPL) 19 Jan 2013 -> Liverpool 5 - 0 Norwich City
(EPL) 29 Sep 2012 -> Norwich City 2 - 5 Liverpool
(EPL) 28 Apr 2012 -> Norwich City 0 - 3 Liverpool
(EPL) 23 Oct 2011 -> Liverpool 1 - 1 Norwich City

Jika dilihatkan rekod pertemuan lalu, Liverpool sememangnya tidak menghadapi sebarang masalah untuk menewaskan pasukan Norwich ini. Ibarat seperti makan sandwich sahaja Liverpool mengerjakan mereka. Tetapi itu dulu, bukan sekarang. Dulu ditendang sekarang bukan calang-calang. Sebab apa saya katakan sedemikian. Memandangkan pasukan Liverpool ini kerap alpa terhadap lawan yang lemah, maka nak mengharapkan keputusan seperti yang lalu sukar untuk diungkapkan.

Bukan mahu melemahkan semangat Liverpool apalagi terlalu yakin untuk Liverpool membenam mudah cabaran Norwich. Seandainya Chris Hughton bijak meneliti corak permainan yang diguna pakai oleh Hull City ketika menewaskan pasukan Liverpool tempoh hari, pasti Liverpool juga bakal menggigit jari. Branden Rodgers semestinya tidak akan mahu melakukan kesilapan untuk kali ketiga berturut-turut dengan menurunkan pemain yang kurang memberangsangkan serta tidak meletakkan posisi pemain mengikut kemampuan mereka. Saya yakin, BR akan menebus kembali kesilapan lalu demi mengelakkan Liverpool terus jatuh dari kelompok terbaik liga.

Apapun kita masih mengharapkan Liverpool akan terus bangkit demi mengejar kedudukan paling terbaik dalam liga. Tidak guna bermain bermatian-matian untuk menang dengan pasukan ternama tetapi lemah longlai ketika bertemu pasukan ayam. Tiga mata penuh wajib diperoleh untuk menjadikan bersengkang mata kita diawal pagi amatlah berbaloi-baloi. YNWA.


LIVERPOOL VS NORWICH CITY
[Game 14 | Barclays Premier League 2013/14]

Venue : ANFIELD Stadium
Tarikh : 05 December 2013 | Khamis
Waktu : 03:45 pagi
Channel : Astro SuperSport [CH810] | Astro SuperSport HD [CH831 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 (register user sahaja)

BPL 2013/14 (Game 13) - Hull City 3-1 Liverpool

Written By Unknown on Selasa, 3 Disember 2013 | 11:50 PG


Terus terang saya katakan, saya pun tak faham strategi dan formasi Branden Rodgers pada perlawanan ini. Mungkin sikap terlalu memandang rendah terhadap kemampuan pasukan Hull City ini, akhirnya kita dimalukan dengan mudah hasil kesilapan pemain kita sendiri.

Bila dilihat corak permainan Hull, sememangnya pujian harus diberikan kepada Steve Bruce kerana telah berjaya mengajar pemainnya untuk menghidu setiap kelemahan yang dilakukan oleh pemain Liverpool. Boleh dikatakan pasukan Liverpool lebih menguasai permainan tetapi sesekali peluang yang hadir telah dimanfaatkan dengan baik oleh Hull.

Kehadiran Sterling dan Moses langsung tidak membantu barisan hadapan dan banyak membiarkan Suarez terkontang kanting mendapatkan bola. Skrtel kembali menghidap penyakit lama apabila telah menjaringkan gol sendiri seperti musim-musim yang lalu. Gol pertama Hull memang tidak boleh disalahkan Skrtel kerana rembatan Jake Livermore yang terkena kaki Skrtel membias masuk melangkaui kemampuan Mignolet. Tetapi gol ketika Hull sememangnya membuktikan kegoyahan pertahanan kita apabila Skrtel sendiri membuat tandukan tajam dan kemas ke dalam gawang sendiri dikala tiada pun persaingan dari pemain pihak lawan.

Steven Gerrard berjaya membuktikan bahawa sepakan percuma beliau masih berbisa setajam sepakan Suarez. Walaubagaimanapun gol tunggal Liverpool melalui jaringan beliau gagal untuk menyemarakkan semangat pemain-pemain untuk mencari kemenangan. Yang pelik dan hairan, mengapa BR masih menyimpan Sakho untuk diturunkan bermain. Sudah dua perlawanan beliau dipendam dan adakah menentang pasukan lemah menjadi testimoni BR untuk menguji barisan keduanya?

Saya masih terima kekalahan ini. Begitu juga BR yang secara terbuka mengakui kesilapannya. Dua perlawanan berturut-turut BR telah silap membuat kesilapan dalam percaturannya. Jika pada perlawanan lalu, beliau mengaku silap apabila meletakkan Sturridge sebagai pemain gantian, Kali ini tindakan lambat beliau untuk menggantikan Moses dan Sterling untuk digantikan dengan Coutinho dan Alberto telah memakan diri sendiri.


Kecederaan yang melanda Sturridge sedikit sebanyak telah membebankan Suarez. BR masih belum bersedia untuk menurunkan Aspas walaupun nama beliau tersenarai dalam pemain simpanan. Itulah bahayanya jika hanya mengharapkan seorang dua sahaja pemain untuk menjadi mesin gol dimana pemain-pemain lain pula segan silu untuk membuat jaringan. Kekalahan yang ketiga pada musim ini telah membawa Liverpool jatuh ditangga ke-4 liga selepas dipintas oleh pasukan Chelsea dan juga Manchester City.

Selepas ini pasukan Liverpool akan kembali beraksi di Stadium Anfield untuk menerima kunjungan pasukan Norwich City. Diharapnya tiada lagi kesilapan-kesilapan bodoh yang bakal melanda pasukan Liverpool selepas ini seperti perlawanan-perlawanan yang lalu.

HULL CITY : McGregor, Elmohamady, Figueroa, Davies, Bruce, Meyler, Huddlestone, Livermore, Brady (Boyd), Koren (Rosenior), Sagbo (Graham)

LIVERPOOL : Mignolet, Flanagan, Toure, Skrtel, Johnson, Lucas, Gerrard, Henderson, Sterling (Coutinho), Moses (Alberto), Suarez.


Goal Highlights | Hull City 3-1 Liverpool[30/11... by SunduLTV


BPL 2013/14 (Game 12) - Everton 3-3 Liverpool

Written By Unknown on Khamis, 28 November 2013 | 12:33 PG


Seperti yang saya katakan sebelum ini, kehadiran pemain pinjaman Everton dari Chelsea Romelu Lukaku sememangnya amat merbahaya. Lukaku hampir-hampir membuatkan Liverpool terluka. Dua jaringannya hampir-hampir memberi tiga mata penuh untuk Everton sebelum diselamatkan oleh Sturridge untuk mengikat keptusan seri 3-3 sehingga tamat perlawanan.

Jangkaan awal saya sememangnya tepat belaka. Perlaanan sengt dua musuh setempat ini disajikan dengan beberapa kekasaran dan layangan kad kuning untuk kedua-dua pasukan. Tiga pemain Liverpool dipaksa menitiskan darah akibat beberapa kekasaran yang telah dilakukan oleh pemain Everton. Daniel Agger pecah bibir setelah disiku oleh Distin. Begitu jug Luis Suarez yang makan stut di pehanya sehingga meninggalkan kesan yang mendalam akibat terjahan keras oleh Kevin Mirallas. Henderson turut juga menjadi mangsa keganasan apabila dahinya juga berdarah akibat pelempang Mirrallas.

Coutinho telah memberi semangat awal untuk Liverpool apabila berjaya menjaringkan gol pendahuluan seawal minit ke 5. Walubagaimanapun ia tidak lama apabila 3 minit berselang, Mirallas pula berjaya menyamakan kedudukan 1-1. Luis Suarez telah mencipta keajaiban pada perlawanan ini apabila sepakan percumanya bejaya melepasi benteng Everton dan seterusnya menerjah jaring tanpa berjaya diselamatkan oleh Howard. Separuh masa pertama kekal, Everton 1-2 Liverpool.

Separuh masa kedua, Lukaku mula menunjukkan taringnya apabila berjaya menyumbat dua gol menjadikan Everton dihadapan 3-2. Kemasukkan Sturridge untuk menggantikan Lucas sememangnya amat berbaloi apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 89. Sturridge sekali lagi berjaya menjaringkan gol selepas itu, tetapi malangnya gol tersebut tidak diterima oleh pengadil kerana Sturridge berada di kedudukan offside. Tamat perlawanan Everton dan Liverpool terpaksa berpuas hati dengan keputusan 3-3 untuk berkongsi satu masa.


Secara keseluruhannya Everton lebih menguasai permainan berbanding Liverpool. Kawalan bola yang kemas, mencipta ruang-ruang serangan adalah kunci kecemerlangan mereka. Dua perkara seandainya berlaku, keputusan mungkin akn berpihak kepada Liverpool. Pertamanya seandainya Mirallas dilayangkan kad merah selepas mengasarai Suarez, Pasti jentera serangan Everton akan buntu untuk membuat jarigan. Kedua, seandanya Joe Allen berjaya menyudahkan bola dihadapan gol yang telah terbuka, keputusan semasa akan menjadi 1-3 dan seterusnya 1-4 dan akan membuatkan pasukan Everton bermain dalam tekanan. Malangya akibat terlalu lama berehat dibangku simpanan, Allen sedikit gopoh untuk menolak bola tersebut kedalam gawang.

Apapun satu mata yang diperolehi sudah memadai berbanding tiada. Liverpool masih kekal ditangga kedua liga berkongsi mata dengan Chelsea dan hanya dipisahkan jumlah jaringan. Harapnya pasukan Liverpool akan kembali bangkit dan cemerlang untuk perlawanan seterusnya nanti menentang Hull City di arena lawan pada hari Ahad kelak. YNWA...

EVERTON : Howard, Baines (Deulofeu), Distin, Jagielka, Coleman, Barry, McCarthy, Pienaar (Stones), Barkley, Mirallas (Osman), Lukaku

LIVERPOOL : Mignolet, Flanagan, Agger, Skrtel, Johnson, Lucas (Sturridge), Gerrard, Allen (Moses), Henderson, Coutinho, Suarez


Preview : BPL 2013/14 (Game 12) - Everton vs Liverpool

Written By Unknown on Jumaat, 22 November 2013 | 4:08 PTG


Pasukan abang dan adik bakal bertembung kembali. Merseyside derby pasti menjanjikan perlawanan yang cukup hebat, cukup panas dalam mengejar gelaran raja bolasepak di wilayah Merseyside.

Pasukan Everton yang dianggap abang adalah pasukan yang cukup liat untuk dihadapi samaada pertemuan berlangsung di Goodison Park ataupun juga Anfield. Musim lalu Liverpool hanya mampu mencatat keputusan seri dalam kedua-dua perlawanan liga. Seri tanpa jaringan di Anfield dan 2-2 di Goodison Park.

Musim ini kita lihat Everton lebih gah berbanding musim lalu. Pasukan yang telah ditinggalkan oleh bekas pengurusnya David Moyes untuk digantikan oleh Roberto Martinez ini tiada banyak perubahan pemain di musim perpindahan lalu. Cuma yang sedikit mengusarkan adalah kehadiran penyerang yang dipinjamkan dari Chelsea Romelu Lukaku yang telah pun menyumbat 5 gol setakat ini.

Cuti rehat dua minggu sempena memberi laluan untuk perlawanan antarabangsa sebenarnya adalah minggu yang meletihkan bagi pemain-pemain utama kita. Luis Suarez terpaksa mengharungi pusingan Play Off untuk negaranya dalam melayakkan diri ke piala dunia 2014. Memandangkan Suarez hanya ada masa 2 setengah hari sebelum bertemu Everton, pemilik Liverpool John Henry telah menawarkan jet peribadinya untuk digunakan oleh Suarez pulang ke Liverpool bagi menjamin rehat yang cukup sebelum perlawanan.

Ketiadaan Jose Enrique yang terpaksa menjalani pembedahan kecil dilututnya pasti posisinya akan diisi oleh Aly Cissokho. Dengar-dengar juga Sturridge juga tidak dapat diturunkan kerana kecederaan yang telah melanda kakinya selepas mengharungi 90 minit perlawanan persahabatan diantara England dan Jerman tempoh hari. Tapi saya percaya, walaupun tiada Sturridge, Brenden Rodgers banyak pilihan untuk menggunakan pemainnya bergandingan bersama Suarez.

Apa yang dirasakan, seperti biasa perlawanan sengit ini pasti akan disajikan beberapa kad kuning dan kemungkinan juga ada kad merah. Harap-harapnya pasukan Liverpool mampu untuk meneruskan kecemerlangan dalam mengekor rapat Arsenal dipuncak liga ataupun memintas mereka jika ada peluang. Menang 1-0 sudah memadai, tetapi kalau lebih memang terbaiklah. YNWA.

EVERTON vs LIVERPOOL
[Game 12 | Barclays Premier League 2013/14]

Venue : Goodison Park Stadium
Tarikh : 23 November 2013 | Sabtu
Waktu : 08:45 malam
Channel : Astro SuperSport [CH810] | Astro SuperSport HD [CH831 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 (register user sahaja)
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger