Home » , , , , , , » Preview : FA Cup (Round 5) 2013/14 - Arsenal vs Liverpool

Preview : FA Cup (Round 5) 2013/14 - Arsenal vs Liverpool

Written By saleehs gerrard on Sabtu, 15 Februari 2014 | 11:09 PTG


Mungkin masih ramai lagi peminat-peminat Liverpool terngiang-ngiang dengan kisah kejayaan pasukan Liverpool membenam Arsenal minggu lalu dengan keputusan 5-1. Keputusan yang cukup membuatkan penyokong-penyokong The Gunners masuk ke dalam gua buat sementara waktu dan modal bagi penyokong Liverpool membahan mereka sehingga kini.

Bagi saya, cukuplah setakat untuk sementara waktu ini. Lupakan seketika kejayaan lalu untuk meneruskan perjuangan akan datang. Kalau terlalu dibuai mimpi indah, takut pula hampir memakan diri sendiri seperti apa yang berlaku pada perlawanan menentang Fulham diawal pagi Khamis lalu. Nasib baik penalti minit terakhir membuatkan Liverpool mampu melakarkan kejayaan. Kalau tidak mahunya berkongsi satu mata sahaja.

Dipendekkan cerita, menjelang perlawanan tengah malam esok diantara pasukan Liverpool dan Arsenal pasti terus menjadi bualan hangat. Pasti ada yang membanding-bandingkan kemenangan bergaya lalu dengan keputusan yang bakal diperolehi esok. Rasa-rasanya janganlah terlalu over confiden. Kena ingat minggu lalu Liverpool bermain di Anfield sementara esok di Emirates pula. Jadi kelebihan tetap berpihak kepada pasukan Arsenal selaku tuan rumah untuk memenangi perlawanan ini.

Tapi itu semua atas kertas. Jika Liverpool mampu untuk mengekalkan prestasi sama seperti perlawanan menetang Arsenal sebelum ini, saya pasti Liverpool mampu untuk melangkah ke pusingan seterusnya. Jika kesilapan-kesilapan bodoh pertahanan Liverpool pula yang berlaku seperti ketika menentang Fulham, Ssaya rasa Liverpool bersedialah untuk kena bahan pula.

Berdasarkan prestasi, saya rasa BR tidak akan membuat sebarang pertukaran pemain dalam kesebelasan utamanya. BR akan tetap menurunkan pemain utama yang sama seperti empat perlawanan sebelum ini. Gandingan SAS terus menghantui setiap pemain pertahanan lawan. Kehebatan gandingan Suarez dan Sturridge ini telah pun diakui ramai dan paling terbaik setakat ini. Cuma yang sarankan, jangan terlalu mengharap gandingan mereka berdua sahaja membuat gol dan yang lain malu-malu untuk mencetak nama. Jika SAS dikawal rapi, sekurang-kurangnya pemain lain mampu untuk menyempurnakan tugas mereka berdua.

Di pihak Arsenal pula berkemungkinan besar Arsene Wenger akan membuat beberapa perubahan. Selepas diaibkan oleh Liverpool, pemain-pemain mereka juga gagal untuk mengutip 3 mata penuh ketika menentang MU tempoh hari. Apa yang pastinya Arsenal tidak akan membenarkan Liverpool memperbodoh-bodohkan mereka lagi apatah lagi mereka bermain dihadapan penyokong sendiri. Jadi berjuanglah habis-habisan untuk tidak kecewa sama seperti tersekat pada Capital One Cup lalu. Harapnya kesengalan Arsenal akan berterusan dan kekal selamanya. YNWA.

ARSENAL vs LIVERPOOL
[Round 5 | FA Cup 2013/14]

Venue : Emirates Stadium
Tarikh : 17 February 2014 | Isnin
Waktu : 12: 00 pagi
Channel : Astro SuperSport 3 [CH816] | Astro SuperSport HD3 [CH834 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 | LINK 6 (register user sahaja)


Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger