Latest Post

Sturridge dipilih pemain terbaik bulan Ogos

Written By Unknown on Isnin, 16 September 2013 | 6:44 PTG


Selepas merangkul anugerah pemain terbaik Barclays Premier League dua hari lalu, Sturridge juga terus menjadi pilihan peminat Liverpool untuk merangkul pula anugerah pemain terbaik bulan Ogos Standard Chartered.

Sturridge setakad ini telah menyumbang 3 gol dalam liga Premier dan 2 gol piala Capital One sememangnya dilihat sedang berada dalam prestasi terbaik untuk menjadi ayam tambatan dan pengempur utama Liverpool selain Suarez. Dalam undian untuk bulan Ogos yang telah diadakan di Twitter ini, Sturridge menerima hampir 7 ribu undi, dua kali ganda mendahului Simon Mignolet di tempat kedua dan Kolo Toure di tangga ketiga.

Sturridge yang dibeli oleh BR pada perpindahan Januari tahun ini, telah menyumbangkan 16 gol  dari 20 penampilannya bersama pasukan Liverpool. Harap-harapnya beliau mampu untu menjaringkan lebih dari 25 gol untuk musim ini seperti yang diperkatakan oleh lagenda Liverpool Ian Rush. Seandainya Suarez dan Sturridge mampu membuat diri masing-masing menjadi mesin gol, sudah pasti kelompok empat terbaik liga dalam genggaman, bahkan untuk menjuarai liga juga terbuka cerah. Tunggu dan lihat........


Penampilan Gerrard ke-400 sebagai kapten Liverpool

Dalam pertemuan menentang pasukan Swansea pada awal pagi esok, secara rasminya kapten fantastik Liverpool Steven Gerrard akan melengkapkan tugasnya ke-400 sebagai ketua pasukan. Woww...... Sungguh hebatkan kapten kesayangan kita ini. 400 kali tu mendapat kepercayaan, bukannya 40 kali.

Gerrard mula mendapat kepercayaan untuk menjadi kapten pada November 2002 ketika menentang pasukan Southampton dalam perlawanan piala liga. Dalam pelawanan yang dilangsungkan di Anfield itu Liverpool berjaya mengalahkan Soton dengan keputusan 3-1.


Disebalik melengkapkan tugas ke-400 ini, sudah pasti pelbagai dugaan yang terpaksa beliau harungi. Jatuh naik pasukan Liverpool, beliau tetap juga cekal bersama pasukan tanpa mempedulikan tawaran tinggi wang ringgit dari pasukan lain. Semua piala beliau dah merasa julang tetapi hanya satu piala lagi yang masih menjadi idaman. Piala Barclays Premier League adalah satu-satunya piala yang masih lagi belum di kecapi samaada sejak menjadi pemain ataupun ketua pasukan. Harap-harapnya musim ini Abang Long kita ni mampu membawa pasukan Liverpool untuk merangkul kejuaraan liga yang kali terakhir dimiliki oleh Liverpool pada 1989/90.

Selain itu, jika pada perlawanan menentang Swansea ini Liverpool menang, maka tercatatlah sejarah dimana Liverpool juga telah berjaya mencipta rekod kemenangan ke-400 dalam Liga Perdana Inggeris. Sememangnya perlawanan esok amat penting. Ini kerana selain mencipta rekod kemenangan ke400 dalam liga, Liverpool juga perlu mempertahankan rekod bersih tanpa kalah dan bolos untuk musim 2013/14 ini. Semoga ia menjadi kenyataan...


Preview : BPL 13/14 (Game 4) - Swansea City vs Liverpool

Written By Unknown on Ahad, 15 September 2013 | 4:30 PTG


Setelah dua minggu berehat dari sebarang perlawanan liga untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa, semalam perlawanan-perlawanan liga telah disambung semula. Walaubagaimanapun perlawanan membabitkan Liverpool yang akan bertemu pasukan Jonjo Shelvey, Swasea akan dilangsungkan pada awal pagi Selasa nanti.

Sekembalinya beberapa pemain utama Liverpool dari kem PLKN (perlawanan antarabangsa) sedikit sebanyak mengundang gusar kepada kita bahkan pengurus Branden Rodgers sendiri. Kecederaan yang bakal dibawa pulang oleh pemain-pemain telah menghantui setiap pasukan yang melepaskan pemain mereka untuk tugasan antarabangsa. Tapi yang baiknya untuk tugasan kali ini, mereka pulang tanpa sebarang kecederaan yang bakal merencatkan percaturan BR.

Sebenarnya cuti panjang dari sebarang perlawanan liga adakalanya membantutkan perkembangan pasukan yang sedang bersemangat menguasai liga. Ada yang bernasib baik juga, pasukan mereka tetap stabil seperti sebelum bercuti bahkan ada juga yang meletop seperti mendapat tonik untuk membaham pasukan lawan. Perkara begini sememangnya 50-50 bakal berlaku walaupun kecergasan pemain ada tahap 100%. Disaat Liverpool yng cemerlang diperingkat awal, sudah pastiya setiap pasukan akan bermati-matian untuk memusnahkan rekod tanpa kalah serta tanpa bolos pasukan Liverpool.

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan ini musim lalu boleh dikatakan seimbang. Dalam perlawanan liga Liverpool seri tanpa jaringan di Liberty Stadium sebelum membaham Swansea 5-0 di Anfield. Malangnya Liverpool tewas kepada Swansea 1-3 di pusingan ke-4 piala Capital One di Anfield dan membuatkan Liverpool tersingkir awal dari kejohanan.

Pasukan Swansea pada perigkat awal agak tenggelam. Ini amat mengejutkan kita kerana mengikut rekod perlawanan pra musim, Swansea menang kesemua perlawanan tersebut dan kebanyakkan mereka kenduri gol. Tetapi setelah perlawanan sebenar berlangsung, mereka gagal mempertahankan momentum tersebut dimana mereka hanya mampu menang sekali dan selebihnya kalah dalam tiga perlawanan awal liga. Kepenatan mengharungi perlawanan piala Eropah mungkin adalah faktor pasukan ini terumbang ambing dan menduduki tangga ke-3 paling bawah liga ketika ini.

Dipihak Livepool pula, kehilangan dua tonggak pertahanan Toure dan Johnson yang cedera sememangnya telah lama menyedihkann kita. Walaubagaimanapun kita masih mampu tersenyum kerana BR telah pun membuat persiapan awal dengan meramaikan calon pertahanan yang baru. Kekosongan yang ditinggalkan Toure masih lagi boleh digalas oleh Skrtel, Sakho dan juga Tiago Ilori. Begitu juga posisi Johnson, pilihan sudah pastinya akan diberikan kepada Wisdom dan kemungkinan juga Kelly jika beliau 100% cergas. Gandingan Gerrard dan Lucas tidak boleh dinafikan lagi untuk mengemudi bahagian tengah sementara Henderson dan Coutinho juga mengekalkan posisi mereka untuk bermain dibahagian sayap. Sturridge yang tidak bermain pada perlawanan antarabangsa tempoh hari terus menerajui barisan serangan dan berkemungkinan akan digandingkan bersama Moses ataupun Aspas.

Walaupun terumbang ambing, Liverpool juga harus berhati-hati dengan kelicikkan Swansea. Kehadiran Winfred dan juga Michu pasti akan memainkan peranan penting untuk pasukannya disamping kelibat bekas pemain Liverpool Jonjo Shelvey yang ingin membalas dendam diatas penjualan dirinya. Ketidak puas hatinya pengurus Swansea Michael Laudrup terhadap Liverpool yang tidak membenarkan Sturridge bermain dalam perlawanan antarabangsa menunjukkan bayang-bayang Sturridge mula ditakuti oleh mana-mana pasukan jika beliau pulih dan boleh bermain.

Jaringan gol awal sudah pastinya menjadi harapan kita sebelum menambah jaringan bagi memecah kebuntuan 1 gol yang mampu dijaringkan dalam setiap perlawanan sebelum ini. Bahagian pertahanan Swansea yang sedikit goyah seharusnya digunakan sebaiknya oleh pemain-pemain Liverpool untuk mengempur gawang mereka. Apapun, terus mengekalkan rekod tanpa kalah dan tanpa bolos serta terus menerajui liga adalah matlamat utama yang perlu dilakukan. Adakah anda yakin Liverpool mampu melakukannya. YNWA

SWANSEA CITY vs LIVERPOOL
(Game 4 | Barclays Premier League 2013/14)

Venue : Liberty Stadium
Tarikh : 17 September 2013 | Selasa
Waktu : 03:00 pagi
Chnnel : Astro [CH810] | [CH831 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 | LINK 6 (register user sahaja)

# Anda juga boleh membaca preview perlawanan lebih detail DISINI


Liverpool bolot anugerah BPL pemain dan pengurus terbaik


Permulaan yang baik amat memberangsangkan pasukan Liverpool di awal musim baru 2013/2014 ini sememangnya membawa tuah kepada dua orang dalam kem pasukan. Sturridge dan Branden Rodgers secara rasminya telah diumumkan sebagai pemain dan pengurus terbaik bulan Ogos Barclays Premier League.

Sturridge yang telah menjaringkan 1 gol dalam setiap 3 perlawanan adalah aset terbaik Liverpool serta England buat masa ini dan dianggap oleh FA sebagai pemain paling menyerlah diawal musim ini. Selain 3 gol yang telh dikumpulnya dalam liga, Sturridge juga telah berjaya menjaringkan 2 gol dalam piala Capital One dalam pertemuan menentang Notts County menjadikan 5 gol secara keseluruhannya.


Mencipta 3 kemenangan berturut-turut dalam 3 perlawanan awal musim disamping mengekalkan rekod tanpa kalah telah membawa pula Branden Rodgers untuk merangkul anugerah pengurus terbaik. Sememangnya kejayaan beliau ini tidak boleh dipertikaikan lagi oleh mana-mana pengurus lain bersandarkan kedudukan Liverpool ketika ini.


Tahukah anda bahawa anugerah Barclays ini telah lama sekali tidak dianugerahkan kepada pemain ataupun pengurus dalam pasukan Liverpool. Jika anda masih ingat, kali terakhir anugerah ini terpampang nama pasukan Liverpool adalah pada tahun 2009 dimana Fernando Torres telah menjadi pilihan pada bulan Ogos sebagai pemin terbaik sementara Rafa Benitez pula pada bulan Mac sebagai pengurus terbaik. Jadi setelah 4 tahun tanpa anugerah, Liverpool membolot kedua-dua anugerah ini sekali gus, adalah sesuatu penghargaan yang tiada bandingannya. Diharapnya anugerah ini tidak melalaikan kebangkitan pasukan dan jadikan ia sebagai pendorong untuk maju dan lebih aggresif lagi. YNWA


Senarai lengkap perpindahan pemain Liverpool musim panas 2013

Written By Unknown on Jumaat, 13 September 2013 | 9:42 PG

Pada 12:00 tengah malam 3 september lalu (8:00 pagi waktu Malaysia), tamatlah segala urusan jual beli pemain dimusim panas tahun 2013 ini. Tempoh 3 bulan yang penuh spekulasi, gosip serta berita yang memanaskan hati telah disudahi dengan jayanya oleh pasukan Liverpool. Yang paling terbaik, berita mengenai perpindahan ayam tambatan Liverpool Luis Suarez ke kelab lain, tidak menjadi kenyataan dan masih hak milik kekal pasukan Liverpool.


Dalam musim perpindahan kali ini, secara keseluruhannya Liverpool telah berjaya membeli 6 pemain baru dan 2 pemain secara pinjaman. Sementara itu Liverpool juga telah menjual 7 pemain serta menghantar 9 pemainnya ke pasukan lain secara pinjaman. Secara keseluruhannya, Liverpool telah menduduki tangga ke 4 dalam senarai perbelanjaan pasukan yang paling tinggi dalam liga Inggeris dibawah Tottenham Hotspur, Manchester City dan Chelsea dengan membelanjakan £44.8 juta. 

Persoalannya, mampukah pembelian Branden Rodgers ini memberi sinar harapan kepada pasukan Liverpool untuk menduduki kelompok 4 terbaik dalam liga Premier bagi musim 2013/2014 ini seterusnya melayakkan diri ke kejohanan Champion League musim hadapan. Diharapnya tidak berlaku lagi pembaziran dengan pembelian pemain yang kurang menyerlah seperti musim lalu. Apapun kepada pemain-pemain baru yang menjejak kaki ke kem Liverpool selamat datang dan selamat berjuang sehidup semati bersama pasukan. Kepada mereka-mereka yang telah dijual dan dihantar kursus kepasukan lain, selamat maju jaya dan semoga mereka dapat memperbaiki kelemahan masing-masing dalam memperbaiki kerjaya bolasepak mereka.


PEMBELIAN

Name : Luis Alberto
Name : Iago Aspas
Join Date : 22 June 2013
Date Join : 23 June 2013
From : Sevilla
From : Celta De Vigo
Fee : £6.8 M
Fee : £7.7 M

Name : Kolo Toure
Name : Simon Mignolet
Join Date : 13 July 2013
Join Date : 25 June 2013
From : Manchester City
From : Sunderland
Fee : Free
Fee : £9 M

Name : Aly Cissokho
Name : Tiago Ilori
Join Date : 20 August 2013
Join Date : 2 September 2013
From : Valencia
From : Sporting Lisbon
Fee : Loan
Fee : £7 M

Name : Mamadou Sakho
Name : Victor Moses
Join Date : 2 September 2013
Join Date : 2 September 2013
From : Paris Saint-Germaint
From : Chelsea
Fee : £18 M
Fee : Loan


PINJAMAN

Name : Jack Robinson
Name : Conor Coady
Join Date : 1 August 2013
Join Date : 19 July 2013
To : Blackpool
To : Sheffield Unted

Name : Suso
Name : Pepe Reina
Join Date : 12 July 2013
Join Date : 29 July 2013
To : Almeria (Spain La Liga)
To : Napoli

Name : Oussama Assaidi
Name : Fabio Borini
Join Date : 27 August 2013
Join Date : 2 September 2013
To : Stoke City
To : Sunderland

Name : John Mukendi (Academi)
Name : Michael Ngoo (Academi)
Join Date : 19 July 2013
Join Date : 10 July 2013
To : Partick Thistle (Scottish)
To : Yeovil Town (Championship)

Name : Kristian Adorjan (Academi)
Join Date : 26 July 2013
To : Groningen FC (Dutch)


JUALAN

Name : Andy Carroll
Name : J. Spearing
To : West Ham United
To : Bolton Wanderers
Join Date : 19 June 2013
Join Date : 8 August 2013
Fee : £15 M
Fee : £1.4 M

Name : Stewart Downing
Name : Jonjo Shelvey
To : West Ham United
To : Swansea City
Join Date : 13 August 2013
Join Date : 3 July 2013
Fee : £5 M
Fee : £6 M

Name : Peter Gulacsi
Name : Daniel Pacheco
To : Red Bull Salzburg 
To : Ad Alcorcon (Spain Div. 2)
Join Date : 7 June 2013
Join Date : 2 September 2013
Fee : Free Transfer
Fee : -

Name : Danny Wilson
To : Heart Of Midlothion (Scottish )
Join Date : 2 July 2013
Fee : -


BERSARA

Name : Jamie Carragher
Services : 1992 - 2013 (21 years)




3 pembelian the Red di hari terakhir musim perpindahan 2013

Written By Unknown on Ahad, 8 September 2013 | 8:30 PTG


Minggu yang betul-betul sibuk. Sibuk dengan majlis open house, kerja serta aktiviti-aktiviti yang tak boleh dielakkan. Walaupun rasanya dah nak hampir seminggu tarikh terakhir jendela perpindahan tertutup (2 Sept - UK @ 08:00am 3 Sept -Mas), tapi nak share juga pandangan terhadap pembelian terbaru ini.

Seperti yang kita ketahui, walaupun Laman rasmi Liverpool FC masih belum mengumumkan secara rasmi pembelian terakhir bagi perpindahan musim panas 2013 ini, ,tetapi kelibat tiga muka baru yang di gosip-gosipkan telah pun berada di Liverpool untuk bersama-sama menonton perlawanan diantara pasukan Liverpool menentang pasukan MU pada hari Ahad yang lalu. Mereka ialah Tiago Ilori, Mamadou Sakho dan Victor Moses yang sudah pun mempersetujui terma dan syarat perpindahan dan hanya menunggu untuk pemeriksaan perubatan serta sign kontrak sahaja yang belum. Walaubagaimanapun, dua orang pemain Liverpool juga telah dihantr kepasukan lain pada hari yang sama.

PEMBELIAN DAN PINJAMAN

TIAGO ILORI
Nama penuh : Tiago Abiola Delfim Almeida Ilori
DOB : 26 February 1993
Kelab Asal : Sporting Lisbon (Portugal)
Posisi : Pertahanan tengah
No. Jersi : 26
Nilai perpindahan : £7M


Selepas bersaranya Carragher, BR telah pun mengisi kekosongan tersebut dengan Kolo Toure. Memandangkan umur Toure yang sudah dipenghujung kerjaya serta kecederaan yang dialaminya baru-baru ini membuatkan BR membuat persediaan awal sebelum terkena batang hidung sendiri. Selain kecederaan panjang yang melanda Coates, Skrtel juga adakalanya prestasi tidak menentu dan ini menjadikan sebab mengapa biar perlu menambah baik lagi pemain baru diposisi centerback ini. Ilori telah diberikan jersi bernombor 26 yang telah lama tidak digunakan setelah pemergian Charlie Adam ke Stoke City musim lalu.

MAMADOU SAKHO
Nama penuh : Mamadou Sakho
DOB : 13 February 1990
Kelab Asal : Paris Saint-Germain (Perancis)
Posisi : Pertahanan tengah
No. Jersi : 17
Nilai perpindahan : £18M


Sememangnya BR amat risau mengenai posisi pertahanan tengah ini. Walaupun Liverpool sudah mempunyai Agger, Skrtel, Toure, Coates dan Ilori, tetapi BR tetap juga tidak berpuas hati dengan kecerdasan serta persembahan yang ditunjukkan oleh pemain pertahanan. Mungkin bagi kita pelik mengapa BR ni macam membazir je memenuhkan pemain-pemain pertahanan. Tetapi kita harus ingat, tugas BR bukan sahaja untuk kemajuan Liverpool dimasa terdekat, tetapi juga sebagai persediaan jangka masa panjang dimana mengilap pemain untuk dijadikan bintang amatlah berbaloi berbanding mengambil bintang menjadi pemain. Sakho telah diberikan jersi no. 17, jersi yag telah dipakai oleh Maxi Rodreguez sebelum ini.

VICTOR MOSES
Nama penuh : Victor Moses
DOB : 12 December 1990
Kelab Asal : Chelsea
Posisi : Sayap (winger)
No. Jersi : 12
Nilai perpindahan : LOAN (pinjaman)


Pemergian Downing ke West Ham sememangnya sedikit memberi kekecewaan kepada kita. Posisi winger kanan yang kerap diisi oleh Henderson nampak masih lemah utuk memberi hantaran-hantaran yang baik ke kawasan gol. Kehadiran Luis Alberto juga masih beum dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan liga Inggeris. Maka jalan aternatif BR sudah tentulah mencari jalan selamat dan jimat dengan hanya meminjam Moses dari Chelsea untuk memperkuatkan jentera serangan. Musim lalu, moses hanya membuat 23 penampilan sahaja dalam kesebelasan Chelsea. Dengan kehadiran pengurus baru Chelsea Mourinho, sudah pasti moses tiada dalam percaturannya. Langkah membuat pemain pinjaman ni sebenarnya adalah baik kerana tiada banyak kos yang perlu ditanggung oleh pasukan. Sekiranya aksinya malap, bolehlah dihantar balik tanpa was-was, dan jika mantap boleh bodek untuk sign tetap.


PENJUALAN DAN PINJAMAN

FABIO BORINI (pinjaman)
Selain Aussama Asssaidi, Borini juga adalah diantara pembelian BR yang kurang menyerlah. Borini juga telah menerima nasib yang sama seperti Assaidi dihantar kepasukan lain untuk menimba ilmu dan memperbaiki kelemahan masing-masing. Bezanya jika Assaidi di hantar ke Stoke City, Borini pula telah dihantar ke Sunderland. Rasa-rasanya nyawa Borini di Liverpool pun tak lama. Selain kerap sangat cedera, pemain-pemain dari negara Itali sememangnya sukar untuk membawa diri dengan corak permainan disini. Jadi menghantar beliau secara pinjaman diibaratkan menarik rambut dari tepung. Dari menyemak kat bengku simpanan dan tada pasukan yang berkenan, baik dipinjamkan saja.


DANIEL PACHECO (perpindahan percuma)
Pacheco yang telah dibawa ke Liverpool pada tahun 2007 oleh Rafa Banitez telah banyak melalui zman sukar di Liverpool. Bermula bermain dengan skuad remaja Liverpool, beliau telah diserapkan ke skuad senior pada tahun 2009. Malangnya aksi beliau gagal menambat hati pengurus-pengurus Liverpool. Maka setiap tahun sudah pasti beliau dihantar untuk sambung belajar ke pasukan lain secara pinjaman. Walaupun jauh perjalanan, tetapi tetap juga Pacheco ni kurang juga pengetahuan dan pengalaman. Maka jalan terakhir jual juga jawapan yang diberi. Kelab yang berminat mengambil beliau ialah, AD Alcorcon kelab division 2 liga Sepanyol. Division 2 pun tak mengapa sebab yang penting Pacheco sudah boleh balik kampung hari-hari.


BPL 13/14 (Game 3) - Liverpool 1-0 Manchester United

Written By Unknown on Selasa, 3 September 2013 | 1:25 PG


Kejayaaan Liverpool diteruskan lagi pada malam tadi apabila berjaya mengatasi musuh tradisi Manchester United dengan keputusan 1-0. Bermain di Anfield, Liverpool menggunakan kesempatan ini dengan sebaiknya untuk terus mencipta kejayaan menang 3 perlawanan berturut-turut di awal musim 13/14 ini.

Sebelum perlawanan bermula semua yag berada di Stadium Anfield diam seketika untuk bertafakur memberi hormat sempena ulang tahun ke 100 kelahiran lagenda Liverpool Bill Shankly. Shankly adalah pengurus lagen dimada yang telah banyak mengharumkan nama Liverpool telah dilahirkan pada 2 September 1913 dan meninggal dunia pada 29 September 1981.


LIVERPOOL : Mignolet, Enrique, Agger, Skrtel, Johnson (Andre Wisdom), Lucas, Henderson, Gerrard, Coutinho (Luis Alberto), Aspas (Raheem Sterling), Sturridge

MANCHESTER UNITED : De Gea, Evra, Ferdinand, Vidic, Jones (Antonio Valencia), Carrick, Cleverley, Young (Nani), Giggs (Javier Hernandez), Welbeck, Van Persie


Seawal minit ke-4 separuh masa pertama, Sturridge sekali lagi menjadi wira Liverpool apabila berjaya menjaringkan gol pendahuluan 1-0. Sturridge yang kebetulannya menyambut hari lahirnya yang ke-24, telah menanduk masuk bola kegawang melangkaui kawalan pertahanan MU. Gol berpunca dari sepakan sudut Gerrard yang tepat untuk ditanduk oleh Agger sebelum disudahkan oleh Sturridge. Selepas itu perlawanan menjadi lebih panas dengan aksi-aksi kekerasan. Separuh masa sahaja  kad kuning telah dilayangkan oleh pengadil perlawanan. MU mula mengatur permainan dengan beberapa siri serangan berbahaya da diselang selikan seragan balas dari pasukan Liverpool.


Separuh masa kedua, Manchester berterusan mendominasikan permainan. Walaupun rentak permainan agak sedikit perlahan akibat sikap berhati-hati pemain yang sudah mempunyai kad kuning, MU tetap juga melancarkan beberapa serangan tetapi mudah juga dipatahkan oleh barisan pertahanan Liverpool. Peluang Liverpool untuk menmbahkan jaringan hadir diminit-minit terakhir perlawanan dimana Sterling berjaya membuat percubaan ke arah gawang MU tetapi sempat ditepis keluar oleh De Gea. Tamat perlawanan keputusan kekal 1-0.

Secara keseluruhan Liverpool bermain secara tenang dan tidak terlalu ghairah untuk menyerang bagi mendapatkan gol. Corak permainan yang lebih kepada bertahan sememangnya membuatkan pemain-pemain MU buntu untuk membolosi Mignolet. Aspas nampaknya masih lagi tercari-cari rentak permainan dimana nampak seperti kurang serasinya apabila beliau digandingkan bersama Sturridge. Skrtel yng sudah lama berehat akibat kecederaan, telah bertidak dengan cemerlang untuk mengawasi penyerang MU terutamanya Van Persie.


Tiga perlawanan permulaan yang penuh bergaya oleh pasukan Liverpool. Walaupun hanya mampu untuk menjaringkan satu gol dalam setiap perlawananan, Liverpool berada dipuncak tahta liga apabila mengutip 9 mata maksimum. Yang lebih membanggakan, ketiga-tiga gol tersebut dijaringkan oleh Sturridge serta Mignolet terus unggul mengawal gawangya dari dibocori oleh sebarang gol. Selepas ini Liga berehat selama dua minggu untuk memberi laluan perlawanan international kelayakan World Cup. Jadi dua minggu jugalah Liverpool akan berada di puncak liga tanpa ada sebarang gangguan. Perlawanan seterusnya pula Liverpool akn bertandang ke stadium Liberty untuk bertemu pasukan Swansea pada 17 September 2013.

Kesimpulannya walaupun ketika ini Liverpool menunjukkn penguasaan yang jitu, harus diingat ini adalah permulaan dan bukannya penghujung. Liverpool baru melalui 3 serta berbaki 35 perlawanan untuk diharungi. Perjalanan teramatlah jauh untuk kita mendabik dada mengatakan Liverpool sudah hebat. Dalam mengharungi perlawanan demi perlawanan mendatang, sudah pastinya berbagai caaran dan keputusan akan diperolehi. Oleh itu bersedialah wahai peminat-peminat setia Liverpool. Walauapapun yang terjadi, kita tetap setia dengan pasukan kesayangan kita ini YNWA.


Liverpool 1 – 0 Manchester United by jadhep


*SENYUM KAMBING*



Preview : BPL 13/14 (Game 3) - Liverpool vs Manchester United

Written By Unknown on Ahad, 1 September 2013 | 2:43 PG


Ujian sebenar kemampuan pasukan Liverpool untuk musim 13/14 ini akan terjawab pada malam nanti. Meneruskan perlawanan ke tiga dalam liga Premier, Liverpool akan bertarung di gelanggang keramat Anfield dengan melayani kunjungan pasukan Manchester United.

Mencipta kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini, bukanlah satu jaminan bahawa Liverpool akan mudah untuk membenam cabaran Manchester United. Walaupun pasukan Red Devil ini sudah bertukar pengurus, kemantapan pasukan mereka ini kelihatan masih utuh untuk menjadi pesaing utama kejuaraan liga. Dalam dua perlawanan  yang mereka lalui, Manchester United telah berjaya membenam cabaran Swansea dengan keputusan 4-1 sebelum terikat 0-0 dengan pasukan Chelsea. Jika dilihat persembahan mereka ketika menentang Chelsea tempoh hari, sememangnya tentangan anak-anak buah David Moyes ini lebih hebat berbanding pemain-pemain Chelsea. Disini kita dapat menilai bahawa Manchester United dulu dan kini tetap sama walaupun dengan ketiadaan Alex Furgeson.

Seperti yang kita ketahui, ketika ini kem Liverpool sedang dilanda kecederaan pemain-pemainnya. Selain Coates yang berehat panjang, tiga pemain sekali gus tercedera ketika perlawanan menentang Notts County dalam perlawanan Capital One Cup tempoh hari. Aly Cissokho, Joe Allen dan Kolo Toure terpaksa dibawa keluar pada perlawanan tersebut. Mungkin sedikit berita yang boleh dianggap mengembirakan dimana Kolo Toure sudah kembali cergas untuk diturunkan pada perlawanan malam nanti. Walaubagaimanapun peluang Martin Skrtel lebih cerah untuk bergandingan dengan Agger walaupun dengar khabarnya beliau masih belum cergas 100%. Keadaan begini yang sebenarnya paling membimbangkan kita. Mengalas pertahanan tengah bagi menentang pasukan hebat sememangnya amat sukar untuk dilepaskan kepada pemain-pemain muda yang agak kurang berpengalaman. Apapun kita tunggu siapakah gandingan Agger diposisi pertahanan tengah yang bakal diturunkan oleh BR nnti.

Kepenatan bermain 120 minit ketika menentang Notts County pastinya masih dirasai oleh pemain-peman Liverpool. Tapi kita percaya bahawa perlawanan yang padat dan meletihkan adakalanya membantu pasukan untuk lebih bersedia menghadapi cabaran seterusnya. Iago Aspas yang tidak diturunkan pada perlawanan menentang Notts, pastinya akan digandingkan semula bersama Sturridge. Selain itu Lucas Leiva yang juga direhatkan akan mengambil semula posisi kegemarannya itu. Secara keseluruhan Liverpool masih menggunakan kesebelasan utamanya seperti ketika menentang Aston Villa lalu dan hanya perubahan akan berlaku diposisi pertahanan tengah dimana Skrtel akan diberi tauliah. Walaupun adakalanya kita masih meragui kemampuan Skrtel yang sering membuat kesilapan, tetapi jangan dilupa kebolehan tandukan beliau yang sering mengegar jaring lawan.

Kesimpulannya Liverpool harus lebih berwaspada dengan gandingan pemain bintang Red Devil ini. Mengekang pergerakkan Rooney dan Van Persie pastinya akan dapat melemahkan jentera serangan Manchester United. Perasaan mudah selesa apabila mendahului sewajibnya dibuang jauh-jauh bagi mengelakkan kisah lama berulang kembali. Sekirannya Liverpool menang pada perlawanan ini dan Tottenham hanya menang tipis terhadap Arsenal, maka buat pertama kali setelah sekian lamanya Liverpool akan berada diatas puncak liga. Kita tunggu dan lihat apa akan berlaku malam nanti. Harap-harap menjadi kenyataan. YNWA

LIVERPOOL vs MANCHESTER UNITED
(Game 3 | Barclays Premier League 2013/14)

Tarikh : 01 September 2013 | Ahad
Waktu : 08:30 malam
Venue : Stadium Anfield
Live Channel : Astro CH 812 / CH 832 (HD)
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 | LINK 6 (register user sahaja)


 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger