Latest Post

Jadual dan Keputusan Capital One Cup Liverpool musim 2012/2013

Written By Unknown on Selasa, 4 September 2012 | 2:44 PG


Berikut adalah jadual serta keputusan perlawanan bolasepak bagi Capital One Cup (dulu dikenali Carling Cup) yang membabitkan pasukan Liverpool FC bagi musim 2012/2013. Semoga ia akan memberi manfaat kepada peminat LFC sebagai panduan serta sumber rujukan untuk analisis pada waktu akan datang, kami tidak akan menghampakan peminat-peminat setia yang sentiasa bersama kami. Kami akan update keputusan dari masa ke semasa.

CAPITAL ONE CUP 2012-2013
GAME
PASUKAN
TARIKH
WAKTU
VENUE
KEPUTUSAN
3rd-round
West Bromwich Albion
27/09/2012 03:00
Away
1 - 2
4th-round
Swansea City
01/11/2012 03:00
Home
1 - 3


** Tarikh dan waktu yang tertera di dalam jadual diatas adalah berdasarkan waktu di Malaysia (GMT +8:00)


Transfer Window Malap..

Written By Captain on Ahad, 2 September 2012 | 5:30 PTG

Pagi hari Sabtu lepas jam 7 pagi, Captain bangun tidor dan terus check kat online berita Liverpool.

agak kecewa, dan sedih...

Kita melepaskan banyak pemain tapi replacements yang dibawa masuk sungguh sikit. 

Kita kehilangan banyak first team players. Antaranya:
  • Kuyt
  • Maxi
  • Bellamy
  • Aurelio
  • Adam
  • Aquaman
  • Carroll & Spearing (loan)
Tak dinafikan kualiti pemain yg dibawak masuk i.e. Allen, Sahin cemerlang,  dan jugak tambahan attackers  seperti Borini & Aissadi sangat dialukan, tapi kegagalan LFC untuk bawak masuk attackers sangat² mengecewakan. 

Rasanya x perlu diceritakan tentang ketumpulan finishers LFC season lepas, dan nampaknya apa yang mengecawakan isu ini tak cuba diatasi dengan kegagalan LFC membeli lebih banyak attackers.

Ada banyak rumors tentang kenapa masa last day transfer windows LFC x buat sebarang pembelian: dari x cukup duit hinggalah tentang blunder by negotiators..tapi ini bukan alasan yang mantap. Tambahan pula kita gagal untuk beli Dempsey yang dijual hanya pada harga £7 juta! Rasanya ramai peminat boleh faham kalau LFC gagal beli Dempsey sekiranya dia dijual pada harga £20++ juta, tapi xkan setakat £7 juta x mampu! 

Ini antara kekecewaan paling besar pada sesi transfer windows musim ni.

Bagaimanapun pujian harus diberikan pada  manager kita yang baru, hencik Brendan Rogers kerana corak mainan yang cantik dan pembelian yang cemerlang (maksud cemerlang di sini ialah harga patut kualiti okay). 

Yang penting loan transfer windows masih lagi dibuka sehingga 1 Oktober ini. Harap² Brendan dapat membawa masuk 1 atau 2 pemain strikers untuk supplement skuad kita.

Come on 2012!

Preview : Game 3 BPL 12/13 - Liverpool vs Arsenal

Written By Unknown on Sabtu, 1 September 2012 | 11:30 PTG


Seperti sudah menjadi skrip cerita disetiap awal musim, sudah pasti Liverpool akan bertemu pasukan meriam ini dalam kelompok 3 perlawanan awal. Begitulah yang terjadi pada musim ini dimana kali ini Arsenal pula yang akan bertandang ke Stadium Anfield dalam perlawanan ke 3 bagi musim 2012/2013 ini.

Dalam keadaan masih tercari-cari rentak permainan, kedua-dua pasukan ini tidak jauh bezanya dari segi prestasi semasa. Liverpool yang tewas pada perlawanan pertama berjaya untuk mengutip satu mata pula pada perlawanan kedua. Dua gol yang telah berjaya dihasilkan tetapi 5 gol pula yang telah dilepaskan.

Dipihak Arsenal pula, dua perlawanan awala lalu mereka hanya mampu seri  tanpa jaringan dan ini membuatkan mereka memungut 2 mata dari dua perlawanan. Masih tercari-cari cara untuk menyelesaikan pengempurnya untuk menembusi gawang, mereka juga berharap mereka mampu melakukan pada perlawanan esok.

Pokok pangkalnya samaada Liverpool ataupun Arsenal, masing-masing dahagakan kemenangan untuk menaikkan semangat mereka diawal musim ini. Branden Rodgers sudah pasti akan cuba memantapkan lagi kesebelasan barisan beliau dengan bakal menurunkan pemain-pemain baru yang dimiliki seperti Nuri Sahin dan Assaidi. Ramai peminat ingin menyaksikan Ferrari Liverpool ini beraksi serta mengharapkan ilmu yang diperolehi oleh Sahin di Real Madrid dapat diterjemahkan dengan baik sekiranya beliau diturunkan esok.

Harapnya Liverpool tiada bermasalah untuk menewaskan Arsenal yang juga sedang dilanda masalah. Walaupun rekod musim lalu di Anfield agak kurang menyenangkan. Tetapi dalam bolasepak segalanya boleh berlaku. Semoga tiga mata penuh berjaya dimiliki. YNWA

Undian : UEFA Cup (Group stage) 12/13


Selepas berjaya menewaskan pasukan Hearts tempohari, Liverpool telah disahkan untuk mara ke pusingan kumpulan (12 kumpulan @ 48 pasukan). Dalam undian bagi musim 12/13 ini Liverpool telah pun diletakkan di dalam kumpulan A.

Bersama pasukan Liverpool di kumpulan A ini ialah pasukan Young Boys (), Udines () dan FC Anzhi Makhachkala. Nampak pasukan-pasukan ini sama seimbang dan boleh dikatakan taklah juga terlalu hebat. Tetapi dalam bolasepak apapun boleh terjadi. Harapnya Liverpool mampu untuk melepasi halangan peringkat kumpulan ini.

Berikut adalah jadual perlawanan peringkat kumpulan A

1) 20/09/2012 -> Youngs Boys (A)
2) 04/10/2012 -> Udines (H)
3) 25/10/2012 -> FC Anzhi Makhachkala (H)
4) 08/11/2012 -> FC Anzhi Makhachkala (A)
5) 22/11/2012 -> Youngs Boys (H)
6) 06/12/2012 -> Udines (A)

*Sila lihat jadual & keputusan lengkap disini - http://kp-liverpoolmalaysia.blogspot.com/2012/08/jadual-dan-keputusan-uefa-cup-liverpool.html

Undian : Capital One Cup 3rd round - WBA vs Liverpool


Awal pagi Jumaat semalam telah pun dilangsungkan undian kejohanan Capital One Cup untuk pusingan ketiga. Mungkin ramai yang tertanya-tanya Capital One Cup ni kejohanan baru ke?. Untuk pengetahuan Kejohanan ini dahulunya dikenali dengan Carling Cup. Disebabkan sudah bertukarnya penaja maka piala juga telah bertukar.

Untuk undian kali ini, Liverpool telah pun diundi untuk bertemu dengan pasukan yang telah pun menjinakkan kita dengan 3-0 pada malam raya dahulu iaitu West Bromwich Albion. Sedikit kecewa kerana undian kali ini juga telah memihak kepada WBA untuk menjadi tuan rumah.

Liverpool yang hadir sebagai juara bertahan sudah pasti akan berusaha bermatian-matian untuk mempertahankan kejohanan ini apalagi penutup penaja lama telah dimiliki dan kini penaja baru pula menjadi impian. Tarikh muktamad untuk perlawanan ini masih belum lagi dikeluarkan secara rasmi. Apa yang pasti bulan September ini menjadi minggu yang padat dengan perlawanan bagi pasukan Liverpool dengan perlawanan Eropah serta liga disamping Capital One ini juga.

UEFA Cup (Play Off -2) Liverpool 1-1 Hearts


Awal pagi Jumaat semalam telah berlangsung perlawanan timbal balik play-off UEFA cup diantara Liverpool bertemu Hearts.  Kali ini perlawanan dilangsungkan di Stadium Anfield dimana keputusannya 1-1.

Untuk kali ini Brendan Rodgers sekali lagi dengan beraninya telah mempertaruhkan bakat-bakat muda dimana Morgan pula diberi peluang untuk mengemudi barisan hadapan bersama Suarez. Walaupun nampak sedikit gugup untuk bermain dalam skuad senior, tetapi Morgan berjaya juga untuk menjaringkan gol. Malangnya gol tersebut dibatalkan akibat bola yang dihantar oleh Suarez itu terlebih dahulu telah melepasi garisan permainan.

Buat pertama kali juga percubaan berani BR untuk mengubah posisi Downing dari pemain sayap kepada pertahanan sebelah kiri. Nampak ia berhasil dengan kepantasan Downing untuk mematahkan serangan serta membantu membuat serangan balas.

Permainan yang agak seimbang dimana kedua-dua pasukan saling bertukar-tukar serangan. Walaubagaimanapun Hearts terlebih dahulu dihadapan apabila Reina gagal untuk menangkap kemas rembatan Templeton dan bola terus menggolek ke dalam gawang.

Ketika keadaan perlawanan seakan memaksa untuk bermain di masa tambahan 30 minit, Suarez muncul wira apabila berjaya memperdayakan pertahanan Hearts sebelum merembat masuk untuk menewaskan penjaga gol Hearts. Ini menjadikan kedudukan 1-1 dengan kemenangan aggregat 2-1 hasil satu gol bekalan yang dibawa dari perlawanan pertama dahulu.

Liverpool - 
Reina, Downing, Carragher, Skrtel, Kelly, Allen, Henderson (Borini), Gerrard, Shelvey, Morgan (Sterling), Suarez.

Game 2 BPL 12/13 - Liverpool 2-2 Manchester City

Written By Unknown on Isnin, 27 Ogos 2012 | 5:18 PG

Dikala 3 mata penuh bakal menjadi milik mutlak Liverpool, malangnya kesilapan kecil pemain telah menghampakan seluruh peminat Liverpool pada perlawanan menentang pasukan jutawan yang penuh bintang dengan berkesudahan 2-2. Kesilapan lama terus menjadi igauan buruk dimana sikap pemain yang masih gemar untuk bermain pass and back akhirnya memakan diri sendiri.

Seawal perlawanan nampak pasukan City mula mempamerkan aksi menganas. Yang paling ngeri percubaan sipi Tevez hampir-hampir untuk menerjah gawang tetapi tiang gol menjadi penyelamat dikala tiada pemain mereka menyusul untuk menyudahkan bola muntah tersebut. Walaubagaimanapun ia tidak lama apabila Liverpool kembali mengimbangi perlawanan untuk menyaingi kehebatan City. Buktinya tendangan sudut Stven Gerrard berjaya disudahkan dengan tandukan maut Skrtel untuk memberi jaringan awal pada minit ke 34. Gol semangat ini telah memberi pemain Liverpool lebih banyak keyakinan untuk terus mempamerkan aksi-aksi yang lebih memberansangkan.



Separuh masa kedua bersambung dan City cuba untuk kembali menaikkan semangat mereka. Walaupun permaianan masih seimbang bagi kedua-dua pasukan, tetapi kesilapan Martin Kelly yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan selamat, mudah disudahkan oleh Yaya Toure untuk memberi gol penyamaan pada minit ke 63. Kegembiraan City tidak lama apabila 3 minit berselang, Luis Suarez berjaya menyudahkan sepakan percuma cantik untuk memberi Liverpool kelebihan kembali.

Malang tidak berbau. Skrtel yang boleh dianggap Man Of The Match gagal menghantar bola kebelakang dengan cermat. Bola tersebut segera dipintas oleh Tevez untuk menewaskan Reina bagi menyamakan kedudukan 2-2. Peristiwa beginilah yang sedikit mengecewakan kita.


Begitulah nasib Liverpool apabila pemain masih lagi suka menggunakan corak permainan dengan sering menghantar bola kebelakang. Rasanya dah banyak kali tukar pengurus, tetapi masih juga corak permainan sebegini ditonjolkan. Ini sebenarnya bukan masalah pengurus, tetapi sikap pemain sendiri yang tidak berhati-hati dalam menghantar bola ke kawasan tidak selamat. Harap apa yang terjadi dapat dijadikan pengajaran kepada semua pemain.


Dari segi kesungguhan pemain pula, kita dapat lihat Raheem Sterling sememangnya permata muda yang terus menyinar. Disamping pembelian Joe Allen sememangnya berbaloi, Borini pula nampak terus tercari-rentak untuk menyesuaikan diri dengan aksi bolasepak Inggeris. Apapun pada perlawanan ini pemain Liverpool telah kembali ke landasan sebenar dari aksi yang sungguh mengecewakan pada perlawanan pertama tempoh hari. Semoga ia menjadi titik permulaan kebangkitan Liverpool untuk terus dipercayai dan disanjungi peminat seluruh dunia. YNWA.

Scoring Summary

Liverpool Manchester City
Martin Skrtel (34')Yaya Tourรฉ (63')
Luis Suรกrez (66')Carlos Tรฉvez (80')

Match Stats

Liverpool                 Manchester City
17(3) Shots (on Goal) 11(3)
10 Fouls 8
4 Corner Kicks 4
0 Offsides 1
49% Time of Possession 51%
1 Yellow Cards 0
0 Red Cards 0
1 Saves 1

Teams

Liverpool Manchester City
25 Pepe Reina1 Joe Hart
37 Martin Skrtel4 Vincent Kompany
16 Sebastiรกn Coates5 Pablo Zabaleta
2 Glen Johnson28 Kolo Tourรฉ
34 Martin Kelly42 Yaya Tourรฉ
21 Lucas34 Nigel De Jong
24 Joe Allen8 Samir Nasri
8 Steven Gerrard13 Aleksandar Kolarov
31 Raheem Sterling7 James Milner
7 Luis Suรกrez45 Mario Balotelli
29 Fabio Borini32 Carlos Tรฉvez
Substitutes
23 Jamie CarragherJoleon Lescott 6
19 Stewart DowningDavid Silva 21
1 Brad JonesEdin Dzeko 10
3 Josรฉ EnriqueJack Rodwell 17
9 Andrew CarrollCostel Pantilimon 30
33 Jonjo ShelveyStefan Savic 15
14 Jordan HendersonAbdul Razak 62
Substitutions
Jonjo Shelvey for Lucas (5)Jack Rodwell for Samir Nasri (60)
Josรฉ Enrique for Martin Kelly (66)Edin Dzeko for Mario Balotelli (62)
Andrew Carroll for Fabio Borini (84)David Silva for James Milner (76)
Yellow Cards
Luis Suรกrez (90)
· Squads: Liverpool | Manchester City

Preview : Game 2 BPL 12/13 - Liverpool vs Manchester City

Written By Unknown on Sabtu, 25 Ogos 2012 | 6:26 PTG


Seperti musim-musim lalu, setiap kali pertemuan dalam perlawanan kedua EPL musim baru pasti Liverpool akan bertemu pasukan kuat. Jika dua musim berturut-turut yang lalu bertemu dengan pasukan Arsenal, kini Manchester City pula pasukan yang bakal Liverpool tempuhi dalam perlawanan kedua ini.

Berpandukan kisah-kisah perlawanan awal musim lalu, ketika bertemu pasukan seperti Arsenal, Liverpool mampu untuk mencipta kemenangan, maka untuk musim ini juga ia mampu untuk direalisasikan. Walaupun berbeza pasukan dan corak permainan, tetapi bersemangatkan bermain di gelanggang sendiri Stadium Anfield, sudah pasti harapan menang cerah.

Dengan kembalinya Gerrard, Suarez, Skrtel serta Johnson yang direhatkan ketika perlawanan menentang Heart tempoh hari, sudah pasti kecergasan mereka mampu untuk mengimbangi keangkuhan jentera anak-anak buah Mancini. Disamping itu juga Liverpool bakal menampilkan kemunculan pertama kali pemain yang baru dimiliki minggu lalu Aussama Assaidi. Harapannya pemain murah, berkualiti dan digelar Ferrari ini mampu untuk menjaringkan gol dalam penampilam sulongnya nanti.

Tak kisahlah nak menang berapa pun. Yang penting kita mengharapkan kemenangan untuk mengembalikan moral pemain dan peminat akibat sedikit merundum selepas tewas mengejut kepada West Bromwich Albion pada malam raya lalu dengan jaringan yang tak masuk akal. YNWA...

Barisan Kemungkinan Liverpool

REINA
KELLY ~ CARRAGHER - SKRTEL ~ JOHNSON
ALLEN ~ LUCAS ~ GERRARD
ASSAIDI ~ SUAREZ ~ BORINI


LIVERPOOL vs MANCHESTER CITY
Venue: Anfield
Date: 26 August 2012 (Sunday)
Time: 11.00 pm (Malaysia)
Live: Astro Supersport 3 (CH817) & Astro Supersport HD (CH831)

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger