Latest Post

BPL 2013/14 (Game 18) - Manchester City 2-1 Liverpool

Written By Unknown on Jumaat, 27 Disember 2013 | 12:22 PTG


Seperti yang dijangka oleh semua pihak, Manchester City tetap gagah dan berkuasa dihalaman sendiri untuk mengekalkan rekod kemenangan selepas mengalahkan Liverpool pada perlawanan tengah malam tadi. Biasalah bila dah bermain kat kampung sendiri, lepas tu pengadil pun senget sikit ke pihak MC, so terpaksa jugalah menerima kekalahan ini walaupun hakikatnya kekecewaan melanda. Baru 5 hari memegang tampuk takhta liga, dah kena bagi balik kat Arsenal dan kena terajang duduk tangga ke-4 pula. huhuhu


Tapi yang paling peliknya takkan Liverpool kalah 2-1 je? emmmm. kira kalah bermaruah le jika nak dibandingkan dengan geng-geng MUnyet, Spurs dan juga meriam yang kena belasah bagai tak ingat. Sepatutnya MC yang bakal berputih mata dan paling tidak pun berkongsi satu mata. Tapi macam yang saya cakapkan tadi pengadil dah bikin kantoi untuk berlaku lebih adil dalam perlawanan ini. Yang paling sakit hatinya apabila linesman yang mungkin terlebih teguk wain, suka-suka saja angkat bendera offside padahal Sterling masih lagi daam kedudukan onside ketika Suarez mengumpan kepadanya. Kalau tak, 2-2 dah tentu keputusan yang adil. huhu.


Perlawanan tinju meninju di hari boxing ini memang sama-sama hebat, rancak dan mendebarkan. Barisan pemain-pemain muda Liverpool yang boleh dikatakan setahun jagung ni masih mampu lagi utuk mengunci pergerakkan bintang berkilauan MC yang diterajui yaya, Nasri dan Silva ini dari bergerak bebas sesuka hati emak bapak mereka. Cuma silapnya pemain-pemain Liverpool ni akan lembab sikit nak turun berkampung bila kena serangan hendap sepantas kilat selepas buat aksi menyerang. Itulah hasilnya yang terjadi dalam detik-detik gol kedua MC jaringan Negredo. Bab gol Kompany ni memang tak nak salahkan Skrtel pun sebab terbagi juga beliau jaringkan gol. Dah ikat bagai nak rak pun, masih sempat lagi nak hulur kepala tanduk bola. Tah belajar dengan lembu liar mana pun si Kompany ni, saya pun tak tau. Kuat betul menanduknya.



Macam yang saya perkatakan sebelum ni, Suarez pasti kan kena rantai digelangi rindu. Harap dia nak score memang susah gila tetapi walaubagaimanapun masih lagi mampu untuk membuat hantaran-hantaran yang mampu untuk memusnahkan keangkuhan MC. Malangnya Sterling, Henderson dan Coutinho tetap huru hara dihadapan gawang dan paling kempunan pun Joe Hart yang kena beku kat bangku simpanan sebelum ni, cekap bagai tak ingat. Nasib baiknya Sterling tak tamak untuk bagi Coutinho score. Kalau tak pasti bola tah kemana halanya. Cissokho yang lama bercuti diberi kepercayaan untuk mengisi pertahanan kiri tetap tidak menghampakan walaupun sifat malu-malu tu masih ada lagi. Macam dah tahu nak kalah, BR saja bagi peluang kepada Aspas yang memang lama sangat dibuang daerah bermain untuk menggantikan Lucas pada 10 minit terakhir perlawanan. Tapi macam tu jugalah keadaannya, tak nampak pun apa yang berubah kat mamat ni.


Secara keseluruhannya walaupun kalah, saya tetap berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain Liverpool kita. Baru 18 perlawanan masih ada berbaki 20 perlawanan lagi yang bakal menanti. Jika aksi-aksi begini terus dipersembahkan oleh mereka ini, slot ke Champion League memang dalam tangan. Kalau dapat jadi juara lagilah meletopppp. Selepas ini Liverpool dipaksa lagi untuk bermain dihalaman orang untuk bertemu "The Special One" Jose Mourinho dan Chelsea di jambatan runtuh pada hari Ahad nanti. Cabaran besar menanti kerana rekod Chelsea di rumah sendiri ni sama juga kebalnya macam MC. Harap-harapnya penutup perlawanan bagi tahun 2013 ini biarlah ia membawa seribu kebahagian kepada kita peminat setia Liverpool FC. YNWA.



MANCHESTER CITY : Hart, Zabaleta, Lescott, Kompany, Kolarov, Fernandinho, Yaya Toure, Nasri (Milner), Silva (Garcia), Negredo (Dzeko), Navas
SUBS : Pantilimon, Clichy, Boyata, Garcia, Milner, Dzeko, Nastasic

LIVERPOOL : Mignolet, Cissokho, Skrtel, Sakho, Johnson, Lucas (Aspas), Allen, Henderson, Sterling, Coutinho (Moses), Suarez
SUBS : Jones, Toure, Agger, Alberto, Aspas, Moses, Smith


Manchester City vs. Liverpool 2 - 1 All Goals by Oleeh-1



Preview : BPL 2013/14 (Game 18) - Manchester City vs Liverpool

Written By Unknown on Rabu, 25 Disember 2013 | 6:35 PTG


Esok adalah perlawanan yag amat penting sekali bagi pasukan Liverpool FC kita ini. Bermain di hari tinju (Boxing Day), sudah pasti kita mengharapkan pasukan kesayangan kita ini mampu untuk meninju pasukan Manchester City dihalaman mereka sendiri. Walaupun ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah, tetapi kejaiban mungkin bakal berlaku sekali lagi.

Seperti yang kita ketahui, Manchester City (MC) sememangnya pasukan yang cukup hebat digelanggang sendiri pada musim ini. Untuk perlawanan domestik mereka masih belum pernah kalah lagi di stadium Etihad bahkan kenduri-kenduri gol yang mereka cipta juga kebanyakkannya ketika bermain dihalaman sendiri. Cuba anda bayangkan bagaimana Newcastle, Mu, Wigan, Norwich, Spurs dan Arsenal dibelasah melebihi 4 gol pada musim ini di Etihad.

Rekod pertemuan musim lalu, sememangnya sama-sama liat dan sama-sama degil. seri 2-2 dalam kedua-dua perlawanan liga sebenarnya membuktikan Liverpool masih lagi mampu untuk mengekang penguasaan mereka. Walaubagaimanapun dalam perlawanan liga Premier Liverpool hanya mampu memperolehi kemenangan di Etihad ini adalah pada musim 2008/09 dengan kemenangan 2-3. Tetapi harus juga diingat, aksi Carling Cup pada musim 2011/12 lalu Liverpool juga berjaya memperolehi kemenangan distadium keramat mereka ini.

Berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh BR pada musim ini, kita akui Liverpool mampu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan. Siapa sangka Liverpool mampu membelasah Spurs di stadium White Hart Lane yang sebelum ini memang badi kalah buat kita. Sebarang kemungkinan bakal berlaku jika pemain mampu untuk mengekalkan rentak permainan seperti sebelum ini. Mungkin sedikit kelebihan kepada Liverpool apabila kita sebenarnya bermain tanpa sebarang tekanan. Ramai yang melihat bahawa Liverpool akan menjadi mangsa kerakusan seterusnya MC. Ini hanyalah berdasarkan rekod atas kertas, atas padang masih 50-50 lagikan..

Berdasarkan info semasa, Liverpool akan tetap menurunkan kesebelasan utama yang sama seperti perlawanan yang lalu cuma akan berlaku perubahan di posisi pertahanan kiri apabila Flanagan dilaporkan cedera. Johnson akan bermain disebelah kiri sementara sebelah kanan pula akan diisi oleh Kelly ataupun Kolou. Di pihak MC pula pasti lebih banyak berita menduka citakan, Selain tiada Aguero yang dilanda cedera, mereka juga kehilangan Zabaleta. Sebenarnya tidak susah untuk mengekang kemaraan pemain-pemain MC ini. Cukup sekadar mengawal ketat pergerakan Nasri, Silva dan Yaya, pasti mereka akan tenggelam punca. Ketiga-tiga pemain inilah sebenarnya yang banyak mengkucar-kacirkan pertahanan pihak lawan. Apa yang pasti, Suarez akan dikawal ketat dan menjadi tumpuan untuk tidak dapat bergerak bebas dan menjaringkan gol. Peluang sebegini seharusnya digunakan dengan baik oleh Coutinho, Sterling dan Hendo untuk mencuri ruang yang ditinggalkan untuk menjaringkan gol.

Apapun kita berharap pemain kita tidak akan gentar beraksi menentang pasukan penuh bintang ini. Kita yakin skuad yang digalas untuk menggilap pemain jadi bintang ini mampu untuk membenam cabaran bintang-bintang yang sedia ada. Menang 1-0  sudah memadai tapi kalau kenduri gol?...... Lu fikirlah sendiri.

MANCHESTER CITY vs LIVERPOOL
[Game 18 | Barclays Premier League 2013/14]

Venue : ETIHAD Stadium
Tarikh : 27 December 2013 | Jumaat
Waktu : 01: 30 pagi
Channel : Astro SuperSport [CH810] | Astro SuperSport HD [CH831 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 (register user sahaja)

BPL 2013/14 (Game 17) - Liverpool 3-1 Cardiff City

Written By Unknown on Selasa, 24 Disember 2013 | 2:30 PG


Keganasan Luis Suarez berterusan untuk merobek pintu gol pasukan lawan. Dihadapan pemilik kelab Cardiff City dari Malaysia Vincent Tan, Luis Suarez terus menjarakkan diri sebagai penjaring terbanyak liga apabila berjaya menyumbang dua gol lagi pada perlawanan ini menjadikan 19 gol secara keseluruhannya.

Brendan Rodgers telah menurunkan kesebelasan utamanya sama seperti pada perlawanan ketika menentang Tottenham Hotspur tempoh hari. Seperti biasa, rangkaian Midfield Liverpool terus menunjukkan kebangkitan demi kebangkitan dalam setiap perlawanan. Hanya beberapa kegopohan dan kurang pengalaman dihadapan gawang beberapa pemain muda membuatkan Liverpool hanya mampu mencipta hanya tiga gol sahaja.


Tiang gol terus menjadi penghalang untuk Livepool berpesta gol. Selain percubaan Coutinho dan Suarez yang mengenai tiang, percubaan Flanagan juga dinafikan apabila bola hanya sekadar singgah betul-betul di garisan gol. Kalau tidak Flanagan pasti mencipta nama lagi sebagai penjaring. Sterling terus menemui penyudah yang baik apabila menyumbang gol kedua untuk Liverpool selepas Suarez.

Sedikit kekecewaan apabila Cardiff berjaya juga mencuri satu gol melalui free header Mutch. Ada sedikit kelemahan barisan pertahanan apabila tiada seorang pun yang mengawal kelibat Mutch untuk mudah menanduk masuk menewaskan Mignolet. Walaubagaimanapun secara keseluruhannya setiap pemain berjaya menggalas tugas dengan baik walaupun pada separuh masa kedua dilihat Liverpool lebih banyak memperlahankan rentak permainan.


Kemenangan ini telah melonjakkan Liverpool ke puncak liga buat sementara waktu. Bagaimanapun kedudukan Liverpool ini samada akan kekal atau berubah bergantung keputusan perlawanan diantara Arsenal dan Chelsea yang bertemu pada awal pagi Selasa ini. Jika Arsenal seri ataupun kalah, Liverpool akan terus berada dipuncak liga tetapi jika Arsenal menang, Liverpool terpaksa akur untuk menduduki tangga kedua liga.

Selepas ini dua perlawanan maut bakal Liverpool tempuhi dalam masa seminggu. Bertemu Manchester City pada awal pagi Khamis dan juga Chelsea pada tengah malam Ahad dan kedua-dua perlawanan terbabit akan dilangsungkan distadium lawan. Jika kedua-dua perlawanan ini Liverpool mampu untuk melakar kemenangan, sasaran untuk menduduki kelompok empat terbaik liga pasti akan menjadi kenyataan apatah lagi peluang untuk menjadi juara liga pasti akan terbentang luas untuk dirangkul. YNWA.

LIVERPOOL : Mignolet, Johnson, Flanagan (Kelly), Skrtel, Sakho, Lucas, Allen, Henderson, Coutinho (Agger), Sterling, Suarez
SUBS : Jones, Toure, Agger, Alberto, Aspas, Moses, Kelly

CARDIFF CITY : Marshall; Theophile-Catherine, Caulker, Turner, Taylor; Medel (Campbell), Gunnarsson (Cornelius), Noone, Mutch, Whittingham; Odemwingie (Kim)
SUBS : Lewis; Hudson, Cornelius, Campbell, Kim, Cowie, John


Liverpool vs Cardiff City 3-1 All Goals by Oleeh-1

Preview : BPL 2013/14 (Game 17) - Liverpool vs Cardiff City

Written By Unknown on Sabtu, 21 Disember 2013 | 2:58 PG


Malam ini pasukan Liverpool akan bermain lebih awal dari pasukan-pasukan lain. Bermain di Anfield, Liverpool menerima kunjungan pasukan Cardiff City yang hadir bersama misi membalas dendam diatas kekalahan pada aksi perlawanan akhir piala Carling musim 2011/12 lalu. Walaupun pasukan mereka ini adalah pendatang baru liga premier bagi musim 2013/14 ini, ia tidak bererti Liverpool boleh memandang rendah terhadap kelebihan dan kebolehan pasukan yang dimiliki oleh jutawan dari Malaysia Vincent Tan ini.

Mungkin kita boleh mengatakan bahawa pasukan sehebat Spurs pun boleh kita laukkan, inikan pula pasukan yang sedang menduduki tangga ke-15 liga dan mempunyai masalah dalaman diantara pengurus Malky Macky dan pemilik kelab. Mungkin jika kita terus beranggapan sebegitu, berkemungkinan juga kita silap. Membelasah pasukan lawan bukanlah matlamat utama pasukan Liverpool, tetapi 3 mata penuh adalah kewajipan yang harus dicapai. Berangan-angan besar adakalanya takut memakan diri sendiri. Sedangkan pasukan Manchester City pun Cardiff boleh kalahkan dan Manchester United seri 2-2, Masakkan tidak bakal berulang seandainya Liverpool tidak berhati-hati.

Harus diingat, adakalanya pasukan kita ini akan lemah longlai apabila bertemu pasukan yang lemah tetapi akan menjadi gagah perkasa apabila bertemu pasukan yang kuat. Mengikut pandangan saya Liverpool mampu untuk meneruskan kecemerlangannya berdasarkan rekod-rekod jadual yang telah dilalui pada musim ini. Jika dikaji, pasukan Liverpool sedikit lemau atau kurang bermaya selepas dua minggu cuti rehat akibat perlawanan antarabangsa. Seri dan selepas itu kalah selepas bercuti sudah menampakkan seperti menjadi trend Liverpool pada pusingan pertama liga ini.


PRESTASI PASUKAN

~ Liverpool ~
Liverpool berada pada tahap prestasi terbaik selepas kembali bangkit daripada kekalahan mengejut 1-3 kepada Hull City.Dalam tiga perlawanan berikutnya Liverpool memenangi kesemua perlawanan dan mencatatkan 14 gol dalam proses tersebut. Dan jika kita meninjau prestasi Liverpool sebagai tuan rumah dalam empat perlawanan terakhir, kita akan mendapati skuad The Reds telah menjaringkan sekurang-kurangnya 4 gol dalam setiap satu daripada perlawanan tersebut.

~ Cardiff City ~
Cardif pula berada pada tahap prestasi terburuk sejak memasuki Barclays Premier League. Sebelum kemenangan mereka kepada West Bromwich Albion minggu lepas, Cardiff tidak pernah mencatatkan sebarang kemenangan sejak 'Welsh Derby' mereka dengan musuh setempat Swansea City pada 3 November.

FAKTA MENARIK

  1. Perlawanan terakhir Liverpool dan Cardiff City hadir pada final Carling Cup 2012 di Wembley, dengan Liverpool ketika itu di bawah kendalian Kenny Dalglish muncul juara dengan penentuan penalti.
  2. Ini merupakan pertembungan liga yang pertama di antara kedua kelab ini sejak Desember 1959 yang mana ketika itu Cardiff muncul pemenang dengan jaringan selesa 4-0.
  3. Jumlah jaringan gol Luis Suarez musim ini mengatasi jumlah gol keseluruhan skuad utama Cardiff City.


BERITA PASUKAN

~ Liverpool ~
Liverpool kelihatan akan mengekalkan kesebelasan utama yang mengalahkan Spurs dengan jaringan selesa 5-0 baru-baru ini. Jon Flanagan dilihat akan kekal mengisi posisi bek kiri setelah mempamerkan satu lagi persembahan mantap. Daniel Sturridge, Jose Enrique dan kapten Steven Gerrard kesemuanya dijangka akan kembali selepas tahun baru. Sebastian Coates pula masih lagi berehat panjang. Jika Brendan Rodgers mahu merehatkan beberapa pemain utamanya sebagai persiapan menjelang dua perlawanan maut dalam seminggu selepas ini, harapnya Brendan tidak akan tersilap lagi untuk meletakkan pemain.

~ Cardiff City ~
Setelah mencatatkan kemenangan pertama dalam 6 perlawanan terakhir, bos Cardiff Malky MacKay juga dijangka akan mengekalkan kesebelasan utamanya. Bekas pemain Liverpool Craig Bellamy juga mungkin akan berada di bangku simpanan sekiranya sempat sembuh daripada kecederaan.

WATAK UTAMA PASUKAN

~ Liverpool (Luis Suarez)
Hampir mustahil untuk tidak memperkatakan tentang bintang daripada Uruguay ini. Dengan 18 gol daripada 27 perlawanannya dalam tahun 2013 hadir di Anfield, Suarez terus memberikan masalah kepada pertahanan lawan.

~ Cardiff City (David Marshall)
Jika Cardiff mahu mengharapkan sesuatu daripada prlawan ini,mereka perlu berharap kepada penjaga gol daripada Scottland ini beraksi cemerlang. Marshall mempunyai kempen yang baik dengan mencatatkan 5 'clean sheets' dengan kadar purata bolos 1.4 gol dalam satu perlawanan.


RAMALAN PERLAWANAN

Seperti yang saya perkatakan, saya tak mahu terlalu yakin dengan mengatakan kita sekali lagi akan berpesta gol (kekalahan mengejut kepada Hull masih lagi menghantui fikiran). Saya cuma mengharapkan kita mampu meneruskan prestasi terbaik dan mengekalkan momentum kemenangan. Jadi kemenangan 1-0 mungkin sudah memadai dan seandainya kenduri lagi, ia adalah amaran awal khas untuk pasukan Manchester City dan juga Chelsea.

LIVERPOOL VS CARDIFF CITY
[Game 17 | Barclays Premier League 2013/14]

Venue : ANFIELD Stadium
Tarikh : 21 December 2013 | Sabtu
Waktu : 08:45 malam
Channel : Astro SuperSport [CH810] | Astro SuperSport HD [CH831 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 (register user sahaja)

BPL 2013/14 (Game 16) - Tottenham Hotspur 0-5 Liverpool

Written By Unknown on Rabu, 18 Disember 2013 | 1:02 PG


"Malam pesta muda mudi, bertemasya dan menari.....". Begitulah alkisahnya yang terjadi di stadium White Hart Lane pada hari Ahad lalu. Stadium yang penuh dengan badi kekalahan selama hampir enam tahun, akhirnya dileburkan dengan kenduri gol oleh pemain-pemain muda Liverpool. 0-5 adalah sesuatu keputusan yang diluar jangkaan kita apatah lagi bermain di stadium keramat pihak lawan.

Tanpa Gerrard dan juga Sturridge, Liverpool masih lagi mampu untuk kenduri gol. Suarez yang diberi kepercayaan untuk memikul tugas sebagai kapten pasukan telah berjaya mewujudkan suasana kucar kacir dibarisan pertahanan Spurs. Dua gol dan dua assist telah berjaya beliau hasilkan pada perlawanan ini. Ini telah menjadikan secara keseluruhannya Suarez sudah menjaringkan 17 gol dalam liga pada musim ini.


Yang lebih menarik tanpa Gerrard juga Henderson yang dianugerahkan MOTM telah menerajui barisan tengah dengan amat baik sekali serta berjaya menghasilkan 1 gol. Tetapi siapa juga sangka pemain muda yang menngkat naik seperti Flanagan juga telah berjaya menghasilkan jaringan ala-ala Gerrard. Sterling juga tidak menghampakan dengan satu gol yang terakhir walaupun sebenarnya beliau boleh menjaringkan lebih gol seandainya bijak memanfaatkan peluang yang terhidang.

Sepatutnya Liverpool mampu untuk lebih mencipta lebih dari 5 gol. Nasib yang kurang baiknya percubaan dari Coutinho mengenai palang dan juga tandukan Sakho pula mengenai tiang. Beberapa keputusan pengadil yang nampak lebih berpihak kepada Liverpool sedikit sebanyak telah membantu untuk memberi lebih tekanan kepada pasukan Spurs. Keputusan pengadil yang melayangkan kad merah kepada Paulinho juga adalah tepat kerana nampak seperti sengaja beliau menerjah tapak stut kedada Suarez.


Kekentalan barisan pertahanan yang diketuai Skrtel dan Sakho juga membuatkan pemain Spurs hilang punca. Kombinasi Lucas dan Allen berjaya mengerakkan barisan tengah dengan lebih mantap dan sempurna. Secara keseluruhannya keberanian BR untuk mempertaruhkan kelibat pemain-pemain muda telah mula nampak membuahkan hasil yang lumayan. Selepas ini pemain-pemain lain perlu berkerja lebih keras lagi untuk menambat hati BR dalam pemilihan barisan kesebelasan utama.

Selepas ini pasukan Liverpool akan embali bermain di Anfield untuk menerima kunjungan pasukan yang dimiliki oleh jutawan Malaysia iaitu Cardiff City. Harapannya, momentum kemenangan akan terus bersama pasukan kesayangan kita ini. YNWA.


TOTTENHAM HOTSPUR : Lloris; Walker, Capoue, Dawson, Naughton (Fryers); Paulinho (red card-62'), Sandro (Holtby); Lennon, Dembele (Townsend), Chadli; Soldado
SUBS : Friedel, Fryers, Holtby, Lamela, Townsend, Sigurdsson, Defoe

LIVERPOOL : Mignolet, Flanagan, Sakho, Skrtel, Johnson, Allen, Lucas (Alberto), Henderson, Sterling, Coutinho (Moses), Suarez
SUBS : Jones, Kelly, Agger, Toure, Moses, Aspas, Alberto


Tottenham vs Liverpool (0-5) All Goals... by mojogoals


# Akibat kekalahan 0-5 yang memalukan ini, pemilik Tottenham Hotspur telah memecat Andre Villa Boas serta merta akibat kegagalannya untuk membimbing pasukan dengan baik. 100 juta yang dibelanjakan untuk membeli pemain langsung tidak membawa sebarang erti kepada pasukan Spurs.

Preview : BPL 2013/14 (Game 16) - Tottenham Hotspur vs Liverpool

Written By Unknown on Sabtu, 14 Disember 2013 | 4:01 PG


White Hart Lane adalah nama stadium yang cukup kuat badi kekalahannya kepada Liverpool. Lima musim sebelum ini, Liverpool tidak pernah menang apatah lagi seri di stadium yang penuh keramat bagi pemain Spurs ini. Kali terakhir Liverpool memenangi perlawanan di stadium ini ialah pada penghujung musim 2007/08 iaitu ketika dibawah didikan Rafael Benitez dan gol-gol telah pun dijaringkan oleh Torres dan Voronin untuk Liverpool menang 2-0.

Tanpa Gerrard, Sturridge dan Enrique yang berehat panjang akibat kecederaan, adakah mampu untuk pemain-pemain Liverpool yang lain untuk mengelakkan badi kekalahan yang berterusan melanda di stadium White Hart Lane ini. Jika diukur pada dua perlawanan yang lalu, kita sebenarnya sudah mampu tersenyum diatas persembahan yang menakjubkan telah ditunjukkan oleh pemain-pemain muda kita. Henderson, Sturridge dan Coutinho masing-masing telah berada pada tahap terbaik untuk membarisi bahagian tengah serta serangan Liverpool. Cuma yag perlu mereka perbaiki ialah sikap gelojoh ketika berada dihadapan gol untuk mengelakkan mereka mensia-siakan peluang yang terhidang seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini.


Ketiadaan Sturridge walaupun masih dirasai, tetapi kekosongan itu mampu untuk diisi oleh Suarez dengan jayanya. Begitu juga dengan kecederaan Gerrard, sudah pasti posisinya akan diambil alih oleh Allen yang juga telah kembali bersinar untuk mengemudi barisan tengah seperti sebelum ini. Pasangannya sudah tentulah bersama Lucas yang bakal membantu barisan pertahanan dimasa-masa yang diperlukan. BR rasanya akan sekali lagi mempertaruhkan kelibat Flanagan untuk mengisi pertahanan kiri sementara Johnson akan terus berada disebelah kanan. Kecemerlangan Sakho yang menjadi kereta kebal bergandingan dengan Skrtel pasti akan ditagih kembali untuk membina kubu kental menghadapi serangan maut dari penyerang Spurs.

Di pihak Spurs pula selepas tewas kepada pasukan Newcastle dan paling teruk kalah 6-0 kepada Manchester City pada pertengahan November lalu, mereka terus bangkit mencipta kemenangan demi kemenangan dalam lima perlawanan terakhir kecuali sekali seri ketika menentang pasukan Manchester United. Pemain mereka yang paling merbahaya sudah tentulah Roberto Soldado serta Gylfi Sigurdsson yang telah mencipta 4 dan 3 gol untuk pasukannya.


Sebenarnya pasukan Spurs ini masih boleh dikategorikan pasukan yang buntu untuk membuat banyak jaringan. Setakat ini sahaja mereka hanya mampu menjaringkan 15 gol sahaja di dalam liga berbanding 16 gol yang telah mereka lepaskan. Apa yang merbahayanya setiap pemainnya mampu untuk menjaringkan gol seandainya peluang terhidang dihadapan mata. Rombakan pasukan besar-besaran yang telah dibuat oleh pengurus mereka Villa Boas sedikit sebanyak telah memberi tentangan hebat dan hanya dipisahkan 3 mata sahaja dengan Liverpool untuk menduduki tangga ke-6 liga. Jadi sebarang kesilapan yang bakal dilakukan oleh pemain Liverpool akan mengundang padah untuk membawa pasukan jatuh anak tangga.

Dua pengurus muda bakal bertembung untuk membuktikan siapakah yang sebenarnya layak diiktiraf pengurus muda terbaik. Satu setengah tahun mengemudi Liverpool, BR pastinya mendapat sedikit kelebihan berbanding Villa Boas yang setahun jagung di Spurs. Harapannya BR tidak akan melakukan kesilapan-kesilapan bodoh yang bakal mengundang kejatuhan Liverpool. Tidak perlu untuk memenangi perlawanan dengan jumlah jaringan besar, cukup sekadar untuk memungut tiga mata penuh. Tapi seandainya Hugo Lloris bermurah hati untuk membiarkan gawangnya dikerjakan oleh Suarez, apa salahnya. Rezeki jangan ditolak. hehehe.

TOTTENHAM HOTSPUR vs LIVERPOOL
[Game 16 | Barclays Premier League 2013/14]

Venue : White Hart Lane Stadium
Tarikh : 15 December 2013 | Ahad
Waktu : 11:55 malam
Channel : Astro SuperSport [CH810] | Astro SuperSport HD [CH831 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 (register user sahaja)


Undian : FA Cup (Round 3) 2013/2014

Written By Unknown on Rabu, 11 Disember 2013 | 11:13 PTG


Pada 08/12/2013 lalu telah diadakan undian piala FA bagi pusingan ke-3. Seperti biasa pada pusingan ke-3 inilah baru bermulanya saingan bagi pasukan-pasukan yang bertanding dalam Premier League. Dalam undian tersebut Liverpool mendapat advantage apabila stadium Anfield telah dipilih sebagai gelanggang tuan rumah. Pasukan yang akan berkunjung ke Liverpool pula masih belum dapat dipastikan kerana dua pasukan masih lagi bersaing untuk ke perlawanan timbal balik. Dua pasukan terbabit ialah pasukan Oldham Athletic dan juga Mansfield Town yang akan bermain semula pada 17/12/2013 nanti di gelanggang keramat Mansfield.

Jadi segala keputusan siapa yang bakal bertemu dengan Liverpool akan terjawab selepas tarikh 17/12/2013 nanti. Walau siapa pun yang bakal Liverpool temui nanti, sekurang-kurangnya sedikit keselesaan bagi kita kerana tidak diundi bersama pasukan Premier League seperti yang berlaku terhadap pasukan Arsenal yang telah diundi bertemu pasukan Tottenham Hotspur.

# Selepas perlawanan diantara Oldham dan Mansfield nanti akan diupdatekan siapa lawan sebenar pasukan Liverpool serta lawan-lawan pasukan lain yang sedia menunggu.
# Semua perlawanan akan dilangsungkan pada 4 dan 5 Januari 2014.

*Update - Liverpool vs Oldham Athletic - Ahad | 5 Januari 2014 | 11:00 malam | Stadium Anfield

- Barnsley VS Hartlepool @ Coventry
- Yeovil VS Leyton Orient
- Liverpool VS Oldham @ Mansfield
- Nottingham Forest VS West Ham United
- Bristol City VS Watford
- Southend United VS Millwall
- Middlesbrough VS Hull City
- West Brom Albion VS Crystal Palace
- Kidderminster VS Peterborough
- Doncaster VS Stevenage
- Stoke City VS Leicester
- Southampton VS Burnley
- Newcastle United VS Cardiff City
- Rochdale VS Leeds United
- Wigan Athletic VS MK Dons
- Charlton VS Oxford United
- Manchester United VS Swansea City
- Port Vale VS Plymouth
- Norwich City VS Fulham
- Aston Villa VS Sheffield United
- Macclesfield VS Sheffield Wednesday
- Sunderland VS Carlisle
- Bolton VS Blackpool
- Blackburn VS Manchester City
- Everton VS QPR
- Brighton VS Reading
- Arsenal VS Tottenham Hotspur
- Birmingham VS Bristol Rovers @ Crawley
- Grimsby VS Huddersfield
- Ipswich VS Preston
- Derby VS Chelsea
- Bournemouth VS Fleetwood @ Burton Albion


Jadual dan Keputusan FA Cup Liverpool musim 2013/2014


Berikut adalah jadual serta keputusan perlawanan bolasepak bagi piala FA yang membabitkan pasukan Liverpool FC bagi musim 2013/2014. Semoga ia akan memberi manfaat kepada peminat LFC sebagai panduan serta sumber rujukan untuk analisis pada waktu akan datang, kami tidak akan menghampakan peminat-peminat setia yang sentiasa bersama kami. Kami akan update keputusan dari masa ke semasa.

FA CUP 2013-2014
GAME
PASUKAN
TARIKH
WAKTU
VENUE
KEPUTUSAN
Round 3 05/01/2014 23:00
Home
2 - 0
Round 4
AFC Bournemouth
25/01/2014 20:45
Away
Round 5 17/02/2014 00:00
Away
2 - 1


** Tarikh dan waktu yang tertera di dalam jadual diatas adalah berdasarkan waktu di Malaysia (GMT +8:00)


 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger