Latest Post

Anfield di hari terakhir musim 2011/2012

Written By Unknown on Jumaat, 11 Mei 2012 | 12:38 PG

Musim 2011/2012 liga Inggeris sudah menghampiri ke penghujung perlawanan. Hanya berbaki satu perlawananan sahaja lagi bagi setiap pasukan yang bertanding didalam Liga Premier untuk dilangsungkan. Secara rasminya perlawananan menentang Chelsea pada pagi Rabu lalu adalah perlawanan terakhir merangkap penutup yang dilangsungkan di Anfield untuk musim ini.

Berikut adalah antara gambar-gambar kenangan yang telah disiarkan di laman rasmi Liverpool FC.tv sekitar 8 May 2012 iaitu hari terakhir Anfield digunakan. Dari segi persediaan sebelum perlawanan sehinggalah tamatnya perlawanan. Semoga musim 2011/2012 ini menjadi sesuatu kenangan dan pengalaman yang amat berharga kepada peminat serta pesukan Liverpool di Anfield. Selamat tinggal Anfield. Jumpa lagi untuk musim 2012/2013. YNWA...








































Sumber : LFC.tv

Premier League - Liverpool vs Chelsea

Written By Unknown on Selasa, 8 Mei 2012 | 2:00 PG


Awal pagi esok ,sekali lagi pasukan Liverpool akan dijadualkan untuk bertemu pasukan yang telah mengalahkan kita di perlawanan akhir piala FA Sabtu lalu Chelsea di Anfield. Melengkapkan perlawanan ke -37 liga Premier bagi musim 11/12 ini, ia juga sebenarnya adalah perlawanan terakhir yang akan dilangsungkan di stadium Anfiled. Liverpool walaupun hakikatnya tidak perlu berfikir apa lagi untuk musim ini, tetapi dendam adalah diantara suatu misi utama yang harus dilunaskan.

Dalam merentap keegoan juara baru piala FA ni ini, Liverpool juga perlu memanjat kembali ketangga ke-8 liga setelah dipintas oleh Fulham yang menang keatas Sunderland semalam. Ia adalah musim yang penuh kesukaran bagi Dalglish dan juga pasukan Liverpool. Menduduki tangga ke-8 ataupun ke-7 adalah sesuatu yang mungkin sukar kita terima tetapi itulah hakikatnya kedudukan yang paling tinggi dan mampu ditakluki Liverpool berbaki dua perlawanan lagi.

Jika kita lihat rekod pertemuan di perlawanan akhir Sabtu lalu, sebenarnya Liverpool masih lagi mampu untuk mengalahkan Chelsea yang tiba-tiba buntu disebalik asakan bertali arus pemain kita. Tetapi harus diingat, Dalglish perlu menurunkan kesebelasan yang terbaik berbanding kesebelasan utama yang diturunkan pada perlawanan lalu. Menang bermakna, maruah kembali terjamin dengan keegoan pasti akan tersentap jua akhirnya.

Berkemungkinan besar, Chelsea hanya akan menurunkan pemain-pemain simpanannya memandangkan kelompok 4 terbaik liga sudah boleh dilupakan dan hanya fokus kepada perlawanan akhir liga juara-juara nanti. Jadi kesempatan ini diharap Liverpool dapat menggunakan dengan sebaik-baiknya. Semoga Carroll akan membuktikan bahawa nilai 35 juta yang dilaburkan itu sebenarnya berbaloi-baloi. YNWA.

p/s: Walaupun perlawanan ini dah tak penting, saya peduli apa. Tetap nak tengok juga. Pendek kata, kalah dah tentu dalam tangan, hanya kemenangan saja perlu dicari. YNWA....

Logo baru pada jersi ketika menentang Chelsea

Written By peminat liverpool on Isnin, 7 Mei 2012 | 8:05 PTG


Pemain-pemain Liverpool secara rasminya akan menggunakan logo baru untuk mengantikan logo Standard Chartered pada jersi rasmi pasukan dalam perlawanan terakhir di Anfield musim ini menentang Chelsea awal pagi Rabu nanti. "Seing Is Believing" adalah perkataan pada logo baru tersebut yang mengambarkan salah satu inisiatif global penaja utama Liverpool Standard Chartered yang telah memberi dana untuk kecacatan buta yang boleh dielakkan di negara-negara membangun.


Dalam misi meningkatkan kesedaran untuk mengelakkan kecacatan tersebut, sesiapa sahaja boleh membida jersi edisi terhad ini dimana Standard Chartered sendiri akan memberi tawaran yang dibida untuk menjadi lebih jauh lagi dalam usahanya untuk membantu orang ramai.


Untuk pengetahuan "Seeing Believing" telah diwujudkan dengan dana melebihi USD40 juta dengan harapan dana tersebut akan berkembang lagi menjadi USD100 juta menjelang tahun 2020. Ia adalah projek untuk menghilangkan 80% kebutaan dimana ketika ini 39 juta orang diseluruh dunia masih mengalami kecacatan tersebut. Dengan harapan misi ini dapat membantu individu terbabit peluang kedua melihat dunia ini dan akan mengubah bukan sahaja diri pesakit malah mereka-mereka yang berada disekelilingnya. Mengembalikan nilai hidup seseorang pesakit akan memberikan mereka kemerdekaan dalam membebaskan diri mereka daripada hidup yang bergantung dengan orang lain.


Begitulah yang dinamakan keprihatinanan syarikat-syarikat korporat dalam kegiatan sosial mereka. Disebalik memertabatkan sukan dan memajukan perniagaan, sikap perihatin terhadap nasib dan kekurangan insan lain dimuka bumi ini amatlah dihormati. Jika anda berminat untuk menyertai program tersebut anda boleh lawati laman utama Liverpool FC.tv ..

FA Cup Final 2012 - Liverpool 1-2 Chelsea


Sesungguhnya bolasepak itu memang kejam. Perasaan sedih, kecewa dan bercampur baur bakal menyelubungi diri peminat seandainya pasukan kesayangan mereka dilanda kekalahan lebih-lebih lagi pada pentas perlawanan akhir. Begitulah kisahnya yang berlaku kepada pasukan Liverpool selepas tewas di perlawanan akhir FA Cup 2012 kepada Chelsea dengan keputusan 2-1.

Adakalanya nasib sememangnya memainkan peranan penting dalam setiap perlawanan. Dari segi keseluruhan permainan malam semalam, kita sememangnya berpuas hati dengan aksi pemain-pemain Liverpool walaupun agak lembab diwaktu separuh masa. Mungkin ada beberapa percaturan yang agak kurang memuaskan seperti meletakkan Spearing dalam skuad utama banyak memberi impak negatif berbanding positifnya. Dua kesilapannya membuatkan Chelsea selesa berada 2 gol dihadapan melalui jaringan Ramires dan Drogba.


Mungkin menyedari perjudian meletakkan Spearing sebagai satu kesilapan besar, Dalglish segera mengeluarkan nya dan memasukkan Carroll. Hasilnya 100% permainan Liverpool berubah. Carroll yang dikutuk-kutuk sebelum ini telah berjaya menjaringkan gol pertama Liverpool. Apa yang menarik dari gol ini ialah, Carroll dengan lengang-lengoknya berjaya memperdayakan John Terry sebelum membuat rembatan padu menewaskan Peter Cech.


Sebenarnya malam kedukaan dan kepedihan peminat Liverpool bermula seawal jaringan ke-2 Carroll yang tidak diiktiraf oleh penjaga garisan lagi. Seperti yang diperkatakan, apa guna permainan bolasepak ini menjadi sukan no. 1 dunia tetapi masih lemah dari menyelesaikan masalah bola yang terlepas dari garisan gol. Begitulah nasib yang menimpa Carroll dan Liverpool apabila bola tandukanya dilihat sudah pun melepasi garisan gol sebelum berjaya di tolak keluar oleh Cech. Malangnya pergerakan yang pantas itu membuatkan penjaga garisan terlepas pandang dan seterusnya tidak mengiktiraf jaringan tersebut.


Tahniah kepada Chelsea kerana menjuarai piala FA ini untuk koleksi mereka yang ke-7. Seharusnya mereka berterima kasih dengan Liverpool dan penjaga garisan kerana telah merelakan kemenangan berpihak kepada mereka. Mungkin ada hikmah disebalik kekalahan ini. Kemenangan berterusan adakalanya membuatkan kita berasa bongkak dan lupa diri untuk mengenali bahawasanya bola itu bulat. Mungkin juga untuk menjadikan kejuaraan yang dipertandingkan musim ini menjadi lebih adil dimana setiap piala hanya dimenangi oleh satu pasukan.


p/s: Tah kenapa tak terasa terlalu sedih pula. Dari segi persembahan Liverpool dah cukup berpuas hati hanya keputusan pengadil yang membuatkan sedikit kecewa. So sekurang-kurangnya tahun ni taklah terlalu mendukacitakan kerana Liverpool ada juga satu piala walaupun digelar piala Mickey Mouse. Janji kami ada, korang ada ke?.


Preview Final FA Cup - Liverpool vs Chelsea

Written By peminat liverpool on Jumaat, 4 Mei 2012 | 4:45 PTG


Saat yang ditunggu-tunggu berkunjung jua akhirnya. Tengah malam esok jam 12:15 pagi waktu Malaysia akan bermulalah aksi perlawanan akhir FA cup 2012 diantara Chelsea dan Liverpool. Perlawanan yang akan dilangsungkan distadium berkecuali iatu stadium Wembley, sudah pastinya akan memberikan keazaman serta kesungguhan kedua-dua pasukan untuk melakar kejayaan.

Diatas kertas, sememangnya rekod pertemuan semenjak empat perlawanan lalu dimiliki oleh Liverpool. Ia bermula semenjak era pengurusan Roy Hodgson dimana Liverpool telah berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 2-0 di Anfield. Kemudian diikuti pula dibawah era Dalglish dengan 3 kemenangan berjaya dihasilkan iaitu 0-1 ketika Game 26 EPL 10/11, 2-1 di Game 12 EPL 11/12 dan 2-0 dalam perlawanan Suku Akhir Carling Cup. Walaubagaimanapun,  rekod diatas kertas ini tidaklah boleh diguna pakai sepenuhnya kerana prestasi semasa kedua-dua pasukan ini adalah jauh berbeza.


Chelsea kembali berada dilandasan sebenar setelah Di Matteo mengambil alih kerusi yang ditinggalkan Villa Boas. Di Matteo telah memberi nafas baru kepada pasukan The Blues ini apabila telah mencipta beberapa kejutan untuk mengembalikan keyakinan peminat-peminat mereka. Kejayaan terbaru sudah tentulah kemenangan keatas pasukan jaguh dunia Barcelona di peingkat separuh akhir Champion League dan seterusnya melayakkan diri ke perlawanan akhir untuk menentang pasukan Bayern Munich.

Bila kita kaji sistem permainan diantara Liverpool dan Chelsea ini, kedua-dua pasukan menggunakan tektik yang berbeza. Chelsea sejak kebelakangan ini lebih banyak mempamerkan aksi bertahan dana akan menggunakan kesempatan membuat serangan balas untuk menjaringkan gol. Kita boleh lihat bagaimana mereka boleh memalukan Barcelona tempoh hari walaupun bermain dengan 10 pemain. Berlainan pula dengan Liverpool, lebih banyak menguasai perlawanan dan melancarkan serangan tetapi gagal menyempurnakan peluang yang ada dan seterusnya gagal mengemaskini kembali barisan pertahanan menjadikan pasukan lawan menghukum kelemahan tersebut melalui serangan pantas.


Jika diukur dengan kelebihan, Liverpool masih lagi berada dihadapan walaupun Liverpool bukanlah skuad pilihan untuk menjuarai piala ini berdasarkan prestasi semasa. Tetapi kekalahan tempohari kepada Fulham dengan dibarisi skuad no. 2, ia bukanlah sesuatu ukuran bahawa Liverpool boleh mudah diratah berbanding Chelsea yang tetap menurunkan skuad utamanya tewas 0-2 ketika menentang Newcastle. Ini memberi kesimpulan bahawa kelemahan kedua-dua pasukan ini ialah apabila mengamalkan sisitem menyerang, pasti lalai untuk menghalang serangan balas pihak lawan. Tetapi keuntungan Liverpool masih terserlah apabila pemain-pemain utamanya cukup rehat dan diharap dapat memberi komitmen 120% terhadap perlawanan nanti.


Untuk perlawanan esok, tiada apa yang diharapkan melainkan mengekalkan sistem bertahan dan membiarkan Chelsea menyerang adalah lebih baik berbanding Liverpool sibuk menyerang tetapi gagal untuk menangkis serangan kilat mereka. Statistik telah membuktikan keempat-empat pertemuan lalu yang dimenangi oleh Liverpool, kesemuanya pasukan Chelsea menguasai perlawanan.  Ini membuktikan berdasarkan pengalaman yang lalu, Liverpool lebih banyak memenangi perlawanan walaupun gagal menguasai perlawanan. Kalau anda tak percaya, belajar-belajarlah tengok statistik musim ini.

Apapun kita masih percaya Liverpool mampu untuk membuat sekali lagi kejutan utuk berjaya merangkul piala FA merangkap kejuaran berganda bagi musim ini. Jadi kepada peminat-peminat setia Liverpool, walauapapun terjadi esok, kita tetap tabah dan terus bersama Liverpool selamanya. Jika menang kita sambut dengan kegembiraan, jika kalah, bertenanglah dan anggap ia sebagai pembelajaran untuk menghadapi musim hadapan. So janganlah nak maki-maki atau kutuk lebih-lebih pesukan kesayangan kita ini. YNWA


p/s: Malam esok lembu-lembu, MUnyet-Munyet, Meriam Katak dan macam-macam lagi akan berkeliaran menunggu mangsa untuk dijadikan bahan kutukkan. Bagi kita sediakan penangkis peluru dan baju kalis peluru sebelum bertempur. Apa yang pasti jangan dijadikan provokasi mereka-mereka ini untuk anda bergaduh sesama peminat Liverpool. Walauapapun terjadi, "Anda Tidak Akan Keseorangan".

Liverpool 0-1 Fulham

Written By peminat liverpool on Khamis, 3 Mei 2012 | 3:03 PG


Dengan menurunkan hampir lebih dari separuh pemain simpanan serta bakat-bakat muda, Liverpool terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Fulham hasil dari jaringan gol sendiri pemain pertahanan Martin Skrtel. Sememangnya kita sudah menjangkakan bahawa dibaki-baki perlawanan liga Premier ini, hanya mengharapkan pendedahan bakat-bakat baru tanpa memperdulikan apa juga keputusan yang bakal diperolehi.


Ketiadaan pemain-pemain utama sememangnya amat dirasai oleh pemain-pemain muda kita. Gerrard, Suarez, Bellamy, Agger, Johnson dan Reina diberi pelepasan untuk berehat sebagai persediaan perlawanan akhir piala FA pada hari Sabtu nanti. Boleh dikatakan pemain-pemain muda kita dapat menyesuaikan rentak permainan dengan menguasai 60% kawalan bola. Tetapi dengan pendedahan dan pengalaman yang kurang, mereka gagal menggunakan kelebihan bermain di stadium Anfield untuk bangkit selepas ketinggalan.


Mungkin kita katakan bahawa situasi ini adalah sudah terlambat bagi Dalglish untuk memberi pendedahan kepada bakat muda tersebut. Jarang memberi kepercayaan membuatkan pemain kita menjadi gopoh ketika membuat serangan dengan menghantar bola seperti hilang arah tujuan. Sedikit pujian harus diberikan kepada Shelvey kerana untuk beberapa penampilannya dalam skuad utama amat membantu pasukan pada perlawanan ini. Percubaannya pada separuh masa pertama hampir-hampir membuahkan hasil dikala penjaga gol Fulham Mark Schwarzer sudah tertewas. Malangnya masih ada seorang lagi pertahanan Fulham digarisan gol untuk menafikan percubaan tersebut.


Sedikit kecewa kerana kemenangan Fulham ini hasil dari gol sendiri Skrtel. Tetapi dalam keadaan huru-hara dari aksi serangan pantas, Skrtel juga tidak harus dipersalahkan sepenuhnya kerana beliau sendiri tak dapat nak mengelak kuisan bola dari kaki Demsey. Apapun pengalaman ini amatlah berguna kepada pemain kita untuk memperkembangkan lagi mutu permainan mereka dimasa hadapan. YNWA..

Preview : Liverpool vs Fulham

Written By peminat liverpool on Selasa, 1 Mei 2012 | 6:00 PG


Selepas 3 minggu tanpa perlawanan awal pagi, esok seluruh peminat Liverpool di sekitar Asia akan kembali bersengkang mata untuk menyaksikan pasukan kesayangan kita ini bermain. Pada perlawanan esok di stadium keramat Anfield. Liverpool akan menerima kunjungan pasukan bimbingan Martin Jol Fulham untuk melengkapkan jadual perlawanan ke 36 liga Premier bagi musim 11/12 ini.

Untuk perlawanan ini, walau apa pun keputusan yang berlaku bukanlah menjadi persoalan utama yang timbul. Walaupun kemenangan juga yang perlu di cari, tetapi memantapkan pasukan menjelang perlawanan akhir piala FA Sabtu ini adalah cabaran utama yang perlu dilaksanakan. Disebalik kejayaan membenam sang kenari Inggeris Sabtu lalu, ia masih lagi menampakkan ruang-ruang kekurangan dalam kesebelasan Liverpool.

Saya menjangkakan pada perlawanan esok, Dalglish akan menurunkan pemain-pemain simpanan dan mudanya untuk memberi rehat serta 100% kecergasan yang cukup  terhadap kesebelasan utamanya. Shelvey dijangkakan akan sekali lagi menjadi nadi penggerak dibarisan tengah untuk bergandingan dengan Spearing. Sementara Coates pula bakal diturunkan untuk bergandingan dengan Carragher. Selain itu Saya juga mengharapkan Raheem Sterling dapat diturunkan dimana Suarez juga akan direhatkan.

Seperti yang dipamerkan pada perlawanan lalu, sebaiknya kesebelasan pemain-pemain esok dapat mempamerkan permainan seperti ketika menentang Norwich. Dengan tidak terlalu gopoh untuk menyerang, bertenang untuk mengawal bola untuk menjadikan perlawanan lebih seimbang akan memberi kelebihan dan ruang untuk pemain kita menjaringkan gol dan seterusnya mencipta kemenangan. Itulah hakikatnya, perlawanan yang lebih seimbang sebenarnya banyak memberi Liverpool kejayaan berbanding menguasai sepenuh perlawanan.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger