Latest Post

Statistik Liverpool suku pertama EPL musim 2013/14

Written By Unknown on Khamis, 31 Oktober 2013 | 3:28 PG


Selepas mengharungi sembilan perlawanan liga Premier bagi musim 2013/14 ini, nampaknya bunga-bunga zaman kegemilangan pasukan Liverpool FC sudah nampak mula berputik. Walaupun sembilan perlawanan liga bukanlah ukuran sebenar kemampuan pasukan kita untuk musim ini, tetapi permulaan yang memberangsangkan membuatkan kita mampu tersenyum dengan kedudukan Liverpool ditangga ke-3 pada ketika ini.

Jika dibandingkan dengan prestasi suku pertama musim 2012/13 lalu, sememangnya amat jauh berbeza sekali. Jika musim lalu, Liverpool bermula dengan keadaan terumbang ambing, kini ia nampak lebih stabil dan berkeyakinan. Gabungan pemain-pemain lama dan baru cepat serasi dengan tektikal dan formasi yang diterapkan oleh Branden Rodgers. Kebanjiran pemain-pemain pertahanan dalam kem Liverpool membuatkan BR lebih banyak resepi untuk digunakan dalam perancangannya.

Pada awalnya mungkin ramai yang mempertikaikan formasi 3-5-2 yang di praktikkan oleh BR. Nampak seperti bahagian pertahanan sedikit goyah apabila kena serang hendap. Tetapi tahukah anda sebenarnya pertahanan kita ini masih berwibawa untuk menghalang musuh untuk menjaringkan gol secara berhadapan. Tetapi apabila dalam keadaan bola mati seperti sepakan percuma atau tendangan sudut, pemain seperti hilang fokus untuk mengawal pemain-pemain musuh yang datang berkampung untuk menjaringkan gol. Bolos lapan gol ketika ini seharusnya diperbaiki. Hanya tiga perlawanan sahaja pasukan musuh tidak mampu untuk menembusi gawang Liverpool selebihnya cukup bermurah hati untuk memberi saguhati.

Bahagian tengah sememangnya gandingan Lucas dan Gerrard tidak boleh dipertikaikan lagi. Walaupun adakalanya kelihatan mereka seperti hilang tumpuan untuk mencipta serangan, sekurang-kurangnya mereka mampu untuk membantu bahagian pertahanan dalam waktu yang diperlukan. Memang diakui kecederaan yang melanda Coutinho sedikit sebanyak membantutkan kecemerlangan Livepool, tetapi tanggungjawab yang diberikan kepada Moses dan Henderson juga tidaklah boleh diperkecilkan. Mereka jugalah sebenarnya watak-watak yang banyak membantu untuk membawa Liverpool terus berada dikelompok atas liga.


17 gol yang terhasil telah membuktikan Liverpool mempunyai pemain-pemain yang boleh dilabelkan sebagai mesin gol. 14 gol dari 17 itu adalah dijaringkan oleh dua gandingan penyerang Liverpool. Sturridge dengan lapan gol telah menjadikan beliau top score EPL ketika ini sementara Suarez yang baru melalui 4 perlawanan liga telah menyumbangkan 6 gol. Jadi pada pandangan anda, adakah mampu gandingan dua pemain ini menjadi gandingan yang digeruni pada musim ini? Kalau mereka berjaya, juara liga pasti dalam genggaman.

Disiplin di padang sebenarnya agak sedikit mengecewakan. Walaupun masih belum lagi ada pemain yang dilayangkan kad merah, tetapi mengumpul 15 kad kuning sedikit sebanyak menjejaskan prestasi. Penyumbang utama kad kuning ini adalah Lucas dengan 4 kad dan diikuti Iago Aspas dengan 3 kad.

Secara keseluruhan masih ada banyak lagi yang perlu dikemaskinikan oleh BR untuk membawa Liverpool terus berada dalam kelompok terbaik liga. Harus diingat dalam sembilan perlawanan lalu Liverpool hanya bertemu pasukan Manchester United sahaja yang dikategorikan pasukan top. Ini bermakna cabaran sebenar Liverpool adalah pada suku kedua selepas ini dimana pasukan Arsenal, Everton, Tottenham, Manchester City dan Chelsea sedia menunggu. Jika Liverpool mampu mengharungi cabaran-cabaran besar ini, tidak mustahil mimpi disiang hari boleh dibawa bersambung disebelah malamnya pula.


STATISTIK KESELURUHAN

Defence
> Goals Conceded - 8
> Clean Sheets       - 3
> Shots Faced        - 43
> Tackles Won       - 150
> Tackles Lost        - 51
> Tackles Won (%) - 74.6%
> Duels Won           - 527
> Duels lost              - 524
> Duels won (%)      - 50.1%

Attack
> Goals Scored                                          - 17
> Shots On Target                                      - 54
> Shots Off Target                                      - 56
> Shot Accuracy (excluding blocked shots) - 49.1%
> Conversion Rate (%)                               - 15.5%
> Assists                                                     - 11

Distribution
> Successful Passes      - 3,722
> Unsuccessful Passes   - 722
> Pass accuracy            - 83.8%
> Successful crosses      - 22
> Unsuccessful Crosses - 108
> Cross accuracy          - 16.9%
> Successful dribbles     - 116
> Unsuccessful dribbles - 109
> Dribbles success        - 51.6%

Discipline
> Fouls Won         - 84
> Fouls Conceded - 96
> Yellow Cards     - 15
> Red Cards          - 0

Goal
> Daniel Sturridge - 8
> Luis Suarez       - 6
> Steven Gerrard - 2
> Victor Moses    - 1

Yellow Card
> Lucas Leiva         - 4
> Iago Aspas          - 3
> Kolo Toure          - 2
> Glen Johnson        -1
> Steven Gerrard     - 1
> Jordan Henderson -1
> Raheem Sterling    - 1
> Daniel Sturridge    - 1
> Andre Wisdom     - 1




BPL 2013/14 (Game 9) - Liverpool 4-1 West Bromwich

Written By Unknown on Ahad, 27 Oktober 2013 | 11:16 PG


Liverpool tidak berhadapan banyak masalah apabila berjaya membenam cabaran pasukan West Bromwich Albion (WBA) dengan keputusan 4-1. Bermain di hadapan penyokong sendiri, Suarez menjadi wira pasukan Liverpool apabila telah berjaya menjaringkan hatrick serta satu gol lagi melalui jaringan Sturridge.

Suarez tidak mengambil masa yang lama untuk membawa Liverpool mendahului apabila berjaya menjaringkan gol seawal minit ke 12 lagi. Kawalan bola yang kemas telah memberikan Suarez ruang untuk membuat percubaan menewaskan penjaga gol WBA Myhill. 5 minit berselang, Suarez sekali lagi membuktikan bahawa bukan kakinya sahaja tahu menjaringkan gol, malah kepalanya juga amat berbisa. Hantaran Cissokho berjaya ditanduk kemas Suarez tanpa langsung dapat ditepis oleh Myhill. Separuh masa pertama tamat dengan keputusan Liverpool 2-0 WBA.

Diawal separuh masa kedua, Liverpool terus memburu gol tambahan lagi. Gol ke-3 Liverpool hadir juga pada minit ke-55 apabila sepakan percuma yang diambil oleh Gerrard berjaya ditanduk oleh Suarez. Selepas gol tersebut tiba-tiba sahaja Liverpool memperlahankan permainan dan lebih banyak memberi ruang kepada pemain WBA untuk menguasai perlawanan. Kesilapan Lucas yang membuat terjahan keatas Billy Jones didalam kotak penalti telah memberikan WBA sepakan penalti. Dalam insiden ini, pengadil membuat keputusan untuk meneruskan permainan tetapi pembantu pengadil telah mengangkat bendera untuk memberikan sepakan penalti. James Morrison berjaya menyempurnakan penalti tersebut.


Sturridge pada perlawanan ini agak sedikit hambar. Beberapa peluang yang hadir kepadanya gagal disempurnakan. Mungkin juga tertekan akbiat jaringan hatrick Suarez, Sturridge banyak membuat percubaan sendiri dari jarak jauh. Tapi usahanya itu berbaloi apabila beliau yang melihat kedudukan penjaga gol WBA yang agak kehadapan, berjaya melambungkan bola kearah gawang gol untuk menjadikan keputusan 4-1 kekal hingga tamat perlawanan. Sepatutya Liverpool mampu memperolehi lebih dari 4 gol pada perlawanan ini. Malangnya 2 percubaan dari Suarez dan Sturridge mengenai palang gol disaat penjaga gol WBA sudah pun tertewas.

Kehadiran semula Lucas dalam kesebelasan utama, banyak membantu untuk mengerakkan barisan tengah pasukan. Walaupun ura-ura Coutinho sudah boleh bermain, tetapi Branden Rodgers masih belum bersedia untuk menurunkan beliau. Mungkin juga bagi memastikan Coutinho benar-benar 100% cergas untuk digunakan pada perlawanan akan datang. Diharapnya tiada kecederaan besar yang melanda Glen Johnson pada perlawanan ini memandangkan beliau sedikit terhincut-hincut sebelum dikeluarkan oleh dan digantikan dengan Martin Kelly.


Cabaran getir selepas ini sudah pastinya bertemu pasukan Arsenal yang masih berada dipuncak liga ketika ini. Bermain di stadium Emirate sudah pastinya menjadi cabaran besar untuk Liverpool menamatkan keegoan Arsenal yang berada pada tahap terbaik diawal musim ini. Harapannya Liverpool mampu untuk menewaskan Arsenal untuk memintas kedudukan pendahulu liga pada perlawanan tengah malam minggu nanti. YNWA.

LIVERPOOL : Mignolet, Cissokho, Toure, Sakho, Skrtel, Johnson (Martin Kelly), Lucas, Gerrard (Joe Allen), Henderson, Sturridge, Suarez (Luis Alberto).

WEST BROMWICH ALBION : Myhill, Jones, McAuley, Olsson, Ridgewell; Yacob (Chris Brunt), Mulumbu; Amalfitano (James Morrison), Anelka (Shane Long), Sessegnon; Anichebe


Liverpool vs West Bromwich Albion 4:1 All Goals by Oleeh-1


BPL 2013/14 (Game 8) - Newcastle United 2-2 Liverpool

Written By Unknown on Ahad, 20 Oktober 2013 | 9:00 PTG


Andainya tiada penalti dan andainya Newcastle bermain cukup 11 pemain dikeseluruhan permainan, adakah Liverpool mampu untuk memperolehi 1 mata ini? Sukar untuk dibayangkan bagaimana pemain-pemain Liverpool gagal untuk menggunakan kesempatan ketika diberikan keistimewaan oleh pengadil untuk menentang Newcastle yang bermain 10 orang selama 50 minit.

Formasi 3-5-2 terus diterapkan oleh Branden Rodgers pada perlawanan ini. Menggunakan gandingan tiga serangkai center back Toure-Skrtel-Sakho pada awalnya nampak sempurna dan mantap. Walaubagaimanapun apabila sekali sekal diserang hendap pasti kucar kacir juga jadinya.


Gol dari Cabaye sememangnya sangat menarik dan diluar jangkaan Mignolet. Selain disebabkan kedudukan bola yang terlindung dek badan Sakho, keadaan bola bumping sememangnya amat menyukarkan untuk Mignolet cuba menyelamatkannya. Faktor padang yang licin juga mempengaruhi permainan Liverpool kerana membuatkan Liverpool gagal untuk bermain kemas dalam hantaran pendeknya.

Disebalik insiden kad merah Yanga-Mbiwa, tindakan menarik bahu Suarez sememangnya adalah jalan terakhir seseorang pertahanan dikala musuh hanya berhadapan dengan penjaga gol sahaja. Mungkin nampak sikit sahaja tarik menarik tu, dan selebihnya anda sendiri tahu apa yang Suarez lakonkan. Penalti tersebut berjaya disudahkan oleh Gerrard untuk menyamakan kedudukan sambil merayakan jaringan ke-100 peribadinya dalam Premier League.


Gol kedua Newcastle di separuh masa kedua sememangnya wajib di persalahkan dua ekor negro di barisan pertahanan Liverpool. Bola lintang yang melepasi kawalan Sakho dan Chissokho tanpa menyedari Paul Dummett yang menyelinap masuk untuk terus menyudahkan hantaran tersebut. Walaubagaimanapun gol tersebut sekali lagi dapat disamakan oleh Livepool melalui jaringan Sturridge. Gerakkan cantik dari Moses yang menghantar kepada Suarez dan menyilang tepat untuk ditanduk oleh Sturridge. Liverpool sepatutnya mampu untuk menjaringkan gol ke-3, tetapi malangnya rembatan deras Suarez hanya mampu untuk singgah dipalang sebelum melantun keluar dari kawasan permainan.

Seri sudah memadai daripada kalah. Mungkin itulah yang terkeluar dari mulut kita selepas tamat perlawanan. Mungkin juga cuti panjang akibat perlawanan antarabangsa membuatkan permainan Liverpool sedikit terencat. Harapnya perlawanan selepas ini menentang West Bromwich Liverpool mampu memperbaiki kelemahan serta mengelakkan perlawanan menjadi mimpi ngeri akibat kekalahan. Dengar-dengar Coutinho dah sihat dan dijangkakan akan bermain pada perlawanan nanti. Semoga Liverpool mampu untuk kembali memintas Chelsea ditangga ke-2 serta menghimpit rapat Arsenal pada perlawanan seterusnya nanti. YNWA.


NEWCASTLE UNITED : Krul; Debuchy,Yanga-Mbiwa (red card), Williamson, Santon; Cabaye (Vurnon Anita), Tiote, Sissoko (Paul Dummett), Gouffran, Ben Arfa (Sammy Ameobi), Remy

LIVERPOOL : Mignolet, Cissokho, Toure, Skrtel, Sakho (Luis Alberto), Johnson (Raheem Sterling), Henderson, Gerrard, Moses, Suarez, Sturridge






BPL 2013/14 (Game 7) - Liverpool 3-1 Crystal Palace

Written By Unknown on Jumaat, 11 Oktober 2013 | 3:07 PTG

Tahniah diucapkan kepada pasukan Liverpool kerana telah berjaya memenangi perlawanan ketika menentang pasukan Crytal Palace tempoh hari. Keputusan 3-1 hasil jaringan Suarez, Sturridge dan Gerrard telah membawa Liverpool terus menyamai 16 mata bersama Arsenal di tangga pertama liga.

Untuk perlawanan kali ini, saya tak tahu nak komen apa. Disebabkan ketika berlangsungnya perlawanan ini, saya sedang berada di baandaraya Phnom Penh, Cambodia. Di hotel ada juga channel yang membuat siaran langsung perlawanan ini. Malangnya siaran langsung tak bagus. Suara ada tapi gambar tiada. Ada wifi, tapi dah connect password pun tak boleh juga nak browser. Akhirnya terpaksa juga guna broadband. Yang tak seronoknya dahlah dapat tengok perlawanan lambat, broadband pula habis kuota selepas 30 minit tengok. Akhirnya tidur sajalah.

Apapun gandingan Sturridge dan Suarez semakin mantap. Harapnya gandingan mereka ini akan terus menyinar untuk mencipta lebih banyak jaringan dalam mencari kemenangan. Cuti reht dua minggu ini sempena perlawanan antarabangsa harapnya dapat memberi sesuatu yang bermakna menjelang perlawanan menentang Newcastle United pada 19 Oktober nanti.


Preview : BPL 2013/14 (Game 7) - Liverpool vs Crystal Palace

Written By Unknown on Khamis, 3 Oktober 2013 | 3:13 PG


Sabtu nanti pasukan Liverpool akan kembali bertarung dihalaman sendiri bagi meneruskan misi memburu tahta liga bagi musim 2013/14 ini. Bertemu pasukan yang baru dinaik taraf ke liga premier Crystal Palace. Diatas kertas nampaknya Liverpool tiada bermasalah untuk terus mengekori atau memotong Arsenal yang berada dipersada liga. Tetapi yang realitinya, memang sukar untuk diduga.

Mood kemenangan 3-1 keatas pasukan Sunderland Ahad lalu, masih lagi terus bersama pemain-pemain kita. Persoalannya mampukah pasukan Liverpool ini untuk meneruskan kecemerlangannya dalam perebutan kelompok terbaik liga. Jika dilihat dari segi persembahan ketika menentang Sunderland tempoh hari, boleh kita katakan gandingan Sturridge dan Suarez semakin menunjukkan keserasian. Buktinya tiga gol yang terhasil adalah jaringan dan berpunca daripada mereka berdua sendiri.

Crystal Palace sebenarnya bukanlah pasukan yang asing dalam liga Premier ini. Walaupun sudah bertahun-tahun lamanya mereka tidak beraksi dalam liga Premier, ia bukanlah satu kemestian bahawa Liverpool boleh menganggap perlawanan ini mudah. Sememangnya Crystal Palace memulakan musim ini dengan kurang menyerlah dimana hanya satu kemenangan sahaja berjaya diperolehi berbanding lima kekalahan dalam enam perlawanan liga yang telah mereka lalui dan menduduki tangga ke-2 paling bawah liga. Tetapi harus diingat, pada kebiasaannya dalam perlawanan yang dianggap mudahlah Liverpool kecundang. Disini bukanlah saya nak minta Liverpool kalah, tetapi sebarang kemungkinan bakal terjadi seandainya kisah yang lalu tidak dijadikan ikhtibar.

Pada ketika ini saya sendiri tidak pasti samaada BR akan terus mengekalkan kesebelasan utama sedia ada ataupun bakal membuat testimoni dengan memberi pemain simpanan peluang untuk mempamekan kebolehan. Untuk menjamin kedudukan yang selamat, BR terpaksa untuk terus mengekalkan pemain-pemain utamanya beraksi. Tetapi, membuat keputusan untuk sentiasa menggunakan pemain-pemain utama adakalanya sesuatu yang merugikan. Apa guna membeli pemain seandainya hanya bagi gaji buta pada mereka. Adakah kita ingin melihat nasib Aspas dan Alberto sama seperti Assaidi dan Borini? Mampukah kita bakal menerima kenyataan bahawa akan lebih ramai lagi pemain-pemain utama kita MC?

Jika difikir-fikirkan kembali, ada baiknya BR menggunakan kesebelasan utama sedia ada untuk stabilkan pasukan serta kedudukan liga untuk beberapa perlawanan lagi. Disebabkan pasukan Liverpool pada musim ini yang lebih banyak rehat daripada bermain, peluang untuk melihat pemain-pemain letih adalah amat tipis sekali. Tiada Champion League, tiada piala UEFA dan juga tidak layak Capital One Cup akan menjamin kecergasan berterusan terhadap pemain kita melainkan ada yang dilanggar oleh kereta-kereta kebal musuh. Nak tunggu bermula piala FA, awal tahun 2014 baru bermula. Jadi gunakan waktu sekarang ini semaksima yang boleh untuk terus menjarakkan diri dari pasukan dibawah.

Untuk perlawanan ini saya pun tak pasti samaada dapat menontonya atau tidak. Sewaktu perlawanan ini berlangsung saya sedang backpacker di bumi Cambodia dan harapannya dikawasan saya menginap tersebut mempunyai akses internet ataupun Live viewing serta tak bertindih dengan program. Samaada saya dapat menonton atau tidak, saya masih juga tetap mengharapkan Liverpool mampu untuk meraih tiga mata penuh untuk terus mengekori ataupun memintas The Gunners. Mudah-mudahan Liverpool berjaya. YNWA

LIVERPOOL vs CRYSTAL PALACE
[Game 7 | Barclays Premier League 2013/14]

Venue : Stadium Anfield
Tarikh : 5 Oktober 2013 | Sabtu
Waktu : 10:00 malam
Channel : FOX Sports [CH812] | FO Sports Plus HD [CH832 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 | LINK 6 (register user sahaja)




BPL 2013/14 (Game 6) - Sunderland 1-3 Liverpool

Written By Unknown on Isnin, 30 September 2013 | 2:50 PG


Minggu ceria kembali mewarnai keseluruhan warga Liverpool di seluruh dunia. Berjaya menewaskan Sunderland di stadium Of Light dengan keputusan 1-3 adalah penawar duka selepas mengharungi minggu-minggu yang sungguh mengecewakan. Dengan kemenangan ini juga akhirnya Liverpool telah berjaya mencipta rekod kemenangan yang ke-400 dalam perlawanan liga Premier League.


BR dengan penuh keyakinannya telah menurunkan kesebelasan yang serupa ketika tewas ditangan Manchester United tempoh hari. Hanya menggunakan seorang pemain simpanan iaitu Sterling untuk menggantikan Moses, mencipta kemenangan ini adalah habuan untuk BR yang terus menerus mempercayai kesebelasan pemain utama pilihannya.


Pada kali ini sudah mula nampak keserasian gandingan Suarez-Moses-Sturridge. Sturridge telah berjaya menjaringkan gol pendahuluan merangkap gol yang ke-5 dalam liga serta ke-7 untuk koleksi peribadinya. Tidak cukup dengan jaringan itu, Sturridge juga telah mencipta dua assist untuk Suarez menjaringkan dua gol tambahan pada malam ini. Nampaknya kedua-dua penyerang ini bakal menjadi mesin gol untuk Liverpool dimasa hadapan.


Pertahanan seperti biasa memang kita tidak meragui kemampuan mereka untuk mempertahankan kubu dari terus dibocori. Walaupun sedikit kecewa dengan satu gol yang berjaya dicuri oleh Emanuele Giaccherini untuk Sunderland, tetapi ia tidak mematahkan semangat pemain-pemain untuk terus mempertahankan gawang dari terus dibocori. Kredit untuk Sunderland kerana walaupun mereka tewas, tetapi telah memberi saingan sengit serta membuatkan barisan pertahanan adakalanya kelam kabut. Apapun tiga mata berharga tetap menjadi hak mutlak Liverpool pada perlawanan ini.

mana MUnyet punya ranking?

Secara keseluruhan, nampak ada kemajuan pada pemain-pemain Liverpool. Dari suka bersyukur mendapat sebiji gol dan terus menukar corak bertahan, telah bertukar watak menjadi harimau yang kelaparan. Dengan mengutip tiga mata penuh ini, Liverpool terus melonjak tangga ke-2 liga dengan mengumpul 12 mata sama dengan Tottenham Hotspur yang hanya dipisahkan dengan jumlah gol yang dijaringkan. Walaubagaimanapun Arsenal terus gah berada diatas dengan 13 mata dan harapnya Liverpool mampu memintas kembali kedudukan tangga pertama di perlawanan akan datang. YNWA.

SUNDERLAND : Kieren Westwood, Craig Gardner, Jack Colback, John O'Shea, Carlos Jimenez Cuellar, Ki Sung-Yueng, Sebastian Larsson (Charalampos Mavrias-85'), Lee Cattermole (Ondrej Celustka-74'), Adam Johnson, Jozy Altidore, Emanuele Giaccherini

LIVERPOOL : Simon Mignolet, Kolo Tourรฉ, Mamadou Sakho, Martin Skrtel, Josรฉ Enrique, Steven Gerrard, Victor Moses (Raheem Sterling-75'), Jordan Henderson, Lucas Leiva, Luis Suรกrez, Daniel Sturridge


Goal Highlight | Sunderland 1 - 3 Liverpool [29... by SunduLTV

Preview : BPL 2013/14 (Game 6) - Sunderland vs Liverpool

Written By Unknown on Ahad, 29 September 2013 | 4:23 PG


Selepas mengharungi dua perlawanan dalam seminggu tanpa sebarang kemenangan, mampukah malam nanti Liverpool kembali ke landasan asal seperti yang berlaku di awal-awal musim 2013/14 ini? Seribu persoalan dan seribu harapan terus diluahkan oleh peminat setia The Red ini menjelang pertemuan diantara Sunderland dan Liverpool.

Dua minggu yang amat teruk sekali bagi Liverpool. Seri sekali dan kalah dua kali. Persoalannya apa yang telah dipelajari oleh BR serta pemain-pemain kita selepas mengharungi minggu-minggu suram ini. Adakah BR akan tetap menggunakan pemain serta formasi yang sama. Adakah pemain-pemain masih merasa konfiden yang mereka mampu untuk mengalahkan pasukan lawan mereka. Tugas berat menanti Liverpool untuk mengembalikan kepercayaan peminat dalam perlawanan yang akan dilangsungkan di Stadium Of Light nanti.

Sunderland memulakan musim ini dengan reputasi yang amat buruk sekali. Berada di dasar liga, ia adalah disebabkan komplot untuk menggulingkan Di Canio sebagai pengurus mereka. Selepas Di Canio menjadi mangsa pertama pengurus dipecat pada musim ini, kehadiran Kevin Ball sebagai pengurus sementara sudah pasti akan membawa perubahan besar-besaran terhadap pasukan ini. Lihat bagaimana Sunderland mampu mencipta kemenangan pertama mereka dalam Capital One Cup lalu. Walaupun lawan mereka sekadar kelab division satu Peterbrough, untuk terus memandang rendah terhadap pasukan ini pasti bakal mengundang padah.


Rekod pertemuan lalu bukan lagi boleh dijadikan panduan. Di stadium keramat Sunderland ini Liverpool hanya mampu seri 1-1 dalam perlawanan liga musim lalu sebelum berjaya menjinakkan mereka 3-0 di Anfield. Mungkin Sunderland nampak lebih liat ketika dibawah pengurusan Steve Bruce dulu, tetapi setiap pengurus pasti ada keazaman dan tektikal masing-masing. Dengan kehadiran pengurus baru sudah pasti mereka juga akan hadir dengan semangat baru untuk mengelakkan terus berada didasar liga.

Henderson dan Mignolet akan kembali sebagai pembelot terhadap bekas majikan mereka. Untuk melihat Borini belot terhadap pasukan Liverpool pula tidak kesampaian apabila undang-undang pemain pinjaman tidak membenarkan Borini menentang majikannya. Kita mengharapkan BR akan mengubah formasi ayng nampak kurang menjadi. Menggandingkan Aspas dan Suarez adalah harapan saya kerana selama ini Aspas yang kurang menjadi bersama Sturridge, pasti bakal menyinar bersama Suarez.

Dari segi pertahanan, ketika ini walaupun tiada Agger dan Johnson, gandingan Toure-Sakho-Skrtel-Enrique adalah serasi kerana kehadiran mereka telah berjaya mematahkan serangan pasukan lawan secara berhadapan. Kegagalan mereka hanyalah ketika sepakan sudut dimana mereka gagal mengawal pemain lawan untuk membuat penyudah. Mignolet tidak perlu dipertikaikan lagi. Kehebatannya pasti kita terus tagih untuk menyelamatkan gawang Liverpool dari dibolosi.

Barisan kemungkinan

"ASPAS"
"SUAREZ"
"MOSES" - "GERRARD" - "LUCAS" - "HENDERSON"
"ENRIQUE" - "SAKHO" - "SKRTEL" - "TOURE"
"MIGNOLET"

Kesimpulannya kita terus mengharap Liverpool berjaya mencipta kemenangan bergaya pada malam nanti. Berdasarkan keputusan perlawanan EPL pada malam tadi, Liverpool berharapan cerah untuk menduduki tangga kedua liga dibawah Arsenal seandainya memenangi perlawanan sekurang-kurangnya dengan jaringan 3-0. Memandangkan minggu keenam ini macam-macam keputusan pelik berlaku terhadap pasukan-pasukan pilihan, tidak mustahil juga Liverpool mampu membuat keputusan yang mampu membuatkan kita tersenyum. Semoga pemain-pemain mampu menyempurnakan tugas mereka dengan baik adanya. YNWA..

SUNDERLAND vs LIVERPOOL
[Game 6 | Barclays Premier League 2013/14]

Venue : Stadium Of Light
Tarikh : 29 September 2013 | Ahad
Waktu : 11:00 malam
Channel : Astro SuperSport [CH810] | Astro SuperSport HD [CH831 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 | LINK 6 (register user sahaja)

Capital One Cup 13/14 (Round 3) - Manchester United 1-0 Liverpool

Written By Unknown on Jumaat, 27 September 2013 | 9:00 PG

Seperti yang saya perkatakan sebelum ini, jangan terlalu selesa untuk menganggap Liverpool boleh menewaskan MU dengan mudah berdasarkan rekod perlawanan lalu. Buktinya, Liverpool terpaksa menerima hakikat bahawa saingan untuk Capital One Cup berkecai sudah ditangan MU selepas tewas dengan keputusan 1-0.

Sememangnya kita berasa amat kecewa dengan kekalahan tersebut lagi-lagi ditangan musuh tradisi sampai mati. Yang terkilannya BR menurunkan kesebelasan pemain utama, tetapi gagal untuk menyaingi kesebelasan kedua pasukan MU. Mengapa saya kata MU itu kesebelasan keduanya?. Moyes yang telah kecewa dengan kesebelasan utamanya ketika menentang Manchester City, dengan beraninya menurunkan pemain-pemain simpanan tanpa ada kelibat Evra, Ferdinand, Vidic, Van Persie serta Young. Liverpool? Semua adalah pemain-pemain utama kecuali Suarez yang baru muncul dalam saingan untuk musim 2013/14 ini.

Mengikut perkiraan saya sebelum perlawanan, saya mengharapkan agar BR menurunkan lebih ramai pemain-pemain muda dan simpanan untuk memberi mereka lebih peluang serta merehatkan kesebelasan utama. Malangnya, sekali lagi percaturan BR gagal. Pemain Liverpool yang nampak menguasai perlawanan, tetapi jarang-jarang sekali memaksa De Gea untuk bekerja keras menyelamatkan keadaan. Pemain-pemain kita bermain seperti tak nak menang. Nampak Gerrard, Lucas dan Sturridge seperti dah pancit untuk bergerak lebih lincah. Apa guna beli ramai pemain tetapi jarang sekali untuk diturunkan.

Meletakkan Moses sebagai backup Sturridge dan Suarez di sayap kiri adalah silap. Sepatutnya Suarezlah yang menjadi backup Sturridge dan Moses disebelah sayap kiri. Suarez yang lebih gemar berada diposisi yang memberi kebebasan beliau berlegar-legar, telah kerap kali membiarkan kawasan kiri padang kosong dan hanya mengharapkan backup dari Enrique. Nasib baik pemain-pemain MU ni taklah sehebat mana. Kalau tidak, buka 1, tapi mungkin lebih habuan untuk Liverpool.

Sememangnya waktu rehat digunakan sebaiknya oleh Moyes untuk mengclorox pemain-pemainnya. Tidak sampai seminit selepas rehat, Hernandez terus berjaya menjaringkan gol hasil sepakan sudut Rooney. Gol Hernandez itu ramai yang menyalahkan Gerrard kerana gagal menanduk untuk mengeluarkan bola ke kawasan lebih selamat. Bagi saya bukan Gerrard yang patut dipersalahkan, tetapi Enrique yang gagal membuntuti Hernandez dan membiarkan beliau menolak mudah boleh ke dalam gawang gol.

Tidak mengapalah, hilang satu piala diawal musim tidak bermakna Liverpool akan gagal selamanya. Selepas menerima dua kekalahan beturut-turut sepatutnya BR sudah boleh memikirkan strategi terbaru untuk tidak membiarkan Liverpool terus hanyut kelemasan. Jangan biarkan ia menjadi barah untuk merencatkan kebangkitan Liverpool musim ini. Harap pertemuan menentang Sunderland nanti Liverpool mampu untuk memperbaiki kedudukan dalam liga. YNWA.


Manchester United 1-0 Liverpool 25.09 ourmatch.net by ourmatch


 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger