Home » , , , , , , , » Statistik Liverpool suku pertama EPL musim 2013/14

Statistik Liverpool suku pertama EPL musim 2013/14

Written By saleehs gerrard on Khamis, 31 Oktober 2013 | 3:28 PG


Selepas mengharungi sembilan perlawanan liga Premier bagi musim 2013/14 ini, nampaknya bunga-bunga zaman kegemilangan pasukan Liverpool FC sudah nampak mula berputik. Walaupun sembilan perlawanan liga bukanlah ukuran sebenar kemampuan pasukan kita untuk musim ini, tetapi permulaan yang memberangsangkan membuatkan kita mampu tersenyum dengan kedudukan Liverpool ditangga ke-3 pada ketika ini.

Jika dibandingkan dengan prestasi suku pertama musim 2012/13 lalu, sememangnya amat jauh berbeza sekali. Jika musim lalu, Liverpool bermula dengan keadaan terumbang ambing, kini ia nampak lebih stabil dan berkeyakinan. Gabungan pemain-pemain lama dan baru cepat serasi dengan tektikal dan formasi yang diterapkan oleh Branden Rodgers. Kebanjiran pemain-pemain pertahanan dalam kem Liverpool membuatkan BR lebih banyak resepi untuk digunakan dalam perancangannya.

Pada awalnya mungkin ramai yang mempertikaikan formasi 3-5-2 yang di praktikkan oleh BR. Nampak seperti bahagian pertahanan sedikit goyah apabila kena serang hendap. Tetapi tahukah anda sebenarnya pertahanan kita ini masih berwibawa untuk menghalang musuh untuk menjaringkan gol secara berhadapan. Tetapi apabila dalam keadaan bola mati seperti sepakan percuma atau tendangan sudut, pemain seperti hilang fokus untuk mengawal pemain-pemain musuh yang datang berkampung untuk menjaringkan gol. Bolos lapan gol ketika ini seharusnya diperbaiki. Hanya tiga perlawanan sahaja pasukan musuh tidak mampu untuk menembusi gawang Liverpool selebihnya cukup bermurah hati untuk memberi saguhati.

Bahagian tengah sememangnya gandingan Lucas dan Gerrard tidak boleh dipertikaikan lagi. Walaupun adakalanya kelihatan mereka seperti hilang tumpuan untuk mencipta serangan, sekurang-kurangnya mereka mampu untuk membantu bahagian pertahanan dalam waktu yang diperlukan. Memang diakui kecederaan yang melanda Coutinho sedikit sebanyak membantutkan kecemerlangan Livepool, tetapi tanggungjawab yang diberikan kepada Moses dan Henderson juga tidaklah boleh diperkecilkan. Mereka jugalah sebenarnya watak-watak yang banyak membantu untuk membawa Liverpool terus berada dikelompok atas liga.


17 gol yang terhasil telah membuktikan Liverpool mempunyai pemain-pemain yang boleh dilabelkan sebagai mesin gol. 14 gol dari 17 itu adalah dijaringkan oleh dua gandingan penyerang Liverpool. Sturridge dengan lapan gol telah menjadikan beliau top score EPL ketika ini sementara Suarez yang baru melalui 4 perlawanan liga telah menyumbangkan 6 gol. Jadi pada pandangan anda, adakah mampu gandingan dua pemain ini menjadi gandingan yang digeruni pada musim ini? Kalau mereka berjaya, juara liga pasti dalam genggaman.

Disiplin di padang sebenarnya agak sedikit mengecewakan. Walaupun masih belum lagi ada pemain yang dilayangkan kad merah, tetapi mengumpul 15 kad kuning sedikit sebanyak menjejaskan prestasi. Penyumbang utama kad kuning ini adalah Lucas dengan 4 kad dan diikuti Iago Aspas dengan 3 kad.

Secara keseluruhan masih ada banyak lagi yang perlu dikemaskinikan oleh BR untuk membawa Liverpool terus berada dalam kelompok terbaik liga. Harus diingat dalam sembilan perlawanan lalu Liverpool hanya bertemu pasukan Manchester United sahaja yang dikategorikan pasukan top. Ini bermakna cabaran sebenar Liverpool adalah pada suku kedua selepas ini dimana pasukan Arsenal, Everton, Tottenham, Manchester City dan Chelsea sedia menunggu. Jika Liverpool mampu mengharungi cabaran-cabaran besar ini, tidak mustahil mimpi disiang hari boleh dibawa bersambung disebelah malamnya pula.


STATISTIK KESELURUHAN

Defence
> Goals Conceded - 8
> Clean Sheets       - 3
> Shots Faced        - 43
> Tackles Won       - 150
> Tackles Lost        - 51
> Tackles Won (%) - 74.6%
> Duels Won           - 527
> Duels lost              - 524
> Duels won (%)      - 50.1%

Attack
> Goals Scored                                          - 17
> Shots On Target                                      - 54
> Shots Off Target                                      - 56
> Shot Accuracy (excluding blocked shots) - 49.1%
> Conversion Rate (%)                               - 15.5%
> Assists                                                     - 11

Distribution
> Successful Passes      - 3,722
> Unsuccessful Passes   - 722
> Pass accuracy            - 83.8%
> Successful crosses      - 22
> Unsuccessful Crosses - 108
> Cross accuracy          - 16.9%
> Successful dribbles     - 116
> Unsuccessful dribbles - 109
> Dribbles success        - 51.6%

Discipline
> Fouls Won         - 84
> Fouls Conceded - 96
> Yellow Cards     - 15
> Red Cards          - 0

Goal
> Daniel Sturridge - 8
> Luis Suarez       - 6
> Steven Gerrard - 2
> Victor Moses    - 1

Yellow Card
> Lucas Leiva         - 4
> Iago Aspas          - 3
> Kolo Toure          - 2
> Glen Johnson        -1
> Steven Gerrard     - 1
> Jordan Henderson -1
> Raheem Sterling    - 1
> Daniel Sturridge    - 1
> Andre Wisdom     - 1




Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger