Home » , , , , , , » Brendan Rodgers menyahut cabaran di Anfiled

Brendan Rodgers menyahut cabaran di Anfiled

Written By Unknown on Selasa, 5 Jun 2012 | 3:59 PG


Minggu-minggu yang sibuk membuatkan SG banyak terlepas dari membuat sebarang post mengenai Liverpool.  Dikesempatan ini, SG cuba juga untuk mencuri-curi masa bagi mengisi slot dari Anfiled sepanjang terlepasnya berbicara kisah pasukan kesanyangan ini.

Pada 31 Mei yang lalu, akhirnya teka teki pengurus yang bakal menduduki kerusi panas yang telah ditinggalkan oleh Kenny Dalglish akhirnya terjawab juga. Brendan Rodgers yang melatih skuad Swansea musim lalu, telah berjaya dalam sesi temuduganya untuk dipilih menjadi pengurus Liverpool.

Walaupun pemilihan beliau ini dianggap kurang popular bagi sebilangan peminat, tetapi mungkin ia ada hikmah disebalik perlantikannya dan hanya pihak pengurusan serta pemilik John Henry sahaja yang mengetahui. Mengikat kontrak selama tiga tahun, Brendan tidak diberi sebarang tekanan untuk musim hadapan dalam melayakkan diri ke slot juara-juara liga tetapi John Henry lebih menekankan misi pembangunan pasukan yang nampak kurang berkesan dari peninggalan Kenny Dalglish pada musim lalu.

Brendan yang pernah bekerja bersama dibawah pengurus "The Special one" Jose Mourinho ketika di Chelsea adalah jurulatih muda yang bakal menyinar sekiranya barisan yang bakal dimiliknya nanti  mampu memberi sesuatu keputusan yang diharapkan. Mana ada pengurus yang terjun kedalam bidang pengurusan akan terus berjaya lebih-lebih lagi apabila membimbing pasukan yang masih dalam pembinaan asas yang kukuh. Kita tidak boleh samakan kemampuan dengan kejayaan pengurus muda yang lain kerana pasukan yang dibimbing mereka sememangnya sudah mantap. Jadi berilah kepercayaan penuh kepadanya untuk memberi yang terbaik kepada pasukan.

Kalaulah Brendan ni tidak bagus, masakan dengan pasukan yang cikai seperti Swansea beliau mampu menaik taraf pasukan berkenaan ke Liga Premier dalam masa setahun beliau menjadi pengurus serta berjaya pula mempertahankan dalam liga pada musim lalu. Segalanya mungkin. Harap yang terbaik sahaja bakal dilakukan.


Lima Isu Perlu Diselesaikan Rodgers 

1. Meyakinkan pemain dialah pengurusnya

Brendan Rodgers sememangnya berkuasa penuh ke atas pemainnya di Swansea: beliau membawa mereka naik divisyen Liga Perdana Inggeris. Namun mendapat penghormatan dari superstar bertaraf jutawan lain ceritanya. Mereka mungkin tertanya apakah yang telah dilakukan Rodgers untuk memperolehi jawatan pengurus pasukan, lebih-lebih lagi tanpa pengalaman karier sebagai seorang pemain. Andre Villas-Boas, seorang lagi pengurus muda yang tidak pernah bermain, gagal memenangi hati majoriti pemain Chelsea. Rodgers harus mengelak takdir yang serupa di Liverpool.

2. Mengajar stail permainan kawalan bolanya

Ia bukan sentiasa perkara yang mudah untuk menerapkan stail permainan anda. Di Reading, Rodgers bergelut untuk menerapkan kaedah permainannya ke atas skuad yang diwarisi dari Steve Coppell dan tidak lama kemudian dipecat. Di Swansea, Roberto Martinez dan Paulo Sousa telah pun menetapkan asas sistem permainan. Liverpool tiada permainan yang menarik sejak pemergian Rafael Benitez. Rodgers mesti mengatasi masalah ini dan mengajar stail permainannya.

3. Memenangi hati para penyokong Liverpool

Roy Hodgson tidak pernah popular di Anfield selepas beberapa isu dengan penyokong dan kehambaran aksi pasukan. Rodgers wajib mengelak dari kedua-dua masala ini dan meyakinkan penyokong bahawa beliaulah pengurus yang paling tepat untuk mengembalikan kejayaan seperti di era Benitez. Tapi jia beliau tidak popular, pengurusan kelab mungkin akan bertindak segera seperti yang telah dilakukan ke atas Hodgson.

4. Menangani pemain yang direkrut tahun lepas

Sekiranya Kenny Dalglish membeli pemain yang lebih bagus, beliau pasti masih bergelar pengurus Liverpool. Rodgers wajib sama ada menyenaraikan Jose Enrique, Andy Carroll, Charlie Adam, Stewart Downing dan Jordan Henderson dalam pasukannya atau mencari kelab lain yang sanggup membeli pemain yang disebut. Henderson mungkin sesuai dengan sistem baru namun yang lain?

5. Memutuskan bagaimana untuk menggunakan Steven Gerrard

Rodgers memerlukan pemain midfieldnya mengawal bola: di Swansea, beliau menggunakan sepenuhnya bakat Joe Allen dan Leon Britton. Gerrard merupakan pemain paling berpengaruh di Liverpool namun selepas tiga tahun yang mengecewakan, Rodgers perlu mencari penyelesaian bagaimana kapten pasukan ini akan dimanfaatkan dalam sistem permainan yang mahu diamalkannya.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger