Latest Post

Prestasi Liverpool menurun - Dimanakah silapnya

Written By peminat liverpool on Rabu, 28 Mac 2012 | 11:34 PTG


Bulan ini adalah bulan yang sukar telah melanda barisan skuad Liverpool. Seperti sudah hilang selera untuk memburu kejayaaan, anak-anak buah Dalglish terus menunjukkan prestasi yang jauh dari nilai pelaburan sebenar. Apakah sebenarnya yang sedang berlaku dalam skuad bimbingan Dalglish ini. Adakah ia berpunca dari kesilapan Dalglish atau pemain itu sendiri.

Kecederaan pemain

Apabila kita mengkaji semula dengan melihat statistik prestasi Liverpool, sebenarnya kecederaan pemain adalah antara penyumbang terbesar dalam hari kejatuhan Liverpool. Kita dapat merasakan sewaktu ketiadaan Lucas lagi yang cedera sejak dari pertengahan musim ini. Disaat prestasinya menjadi sandaran utama untuk mengemudi barisan tengah, beliau telah disahkan cedera lutut ketika menentang Chelsea pada saingan Carling Cup untuk berehat panjang sehingga penghujung musim ini.


Untuk tahun ini pula, kehilangan Agger, Johnson dan Bellamy yang juga terlibat dalam cuti sakit yang panjang menambahkan lagi kesengsaraan skuad Liverpool. Kehilangan Agger yang menjadi gandingan mantap bersama Skrtel membuatkan Dalglish terpaksa mengguna pakaikan kuda tua Carragher yang kurang bermaya sebagai galang gantinya. Tetapi kehadiran Kelly dalam kesebelasan utama adalah penyelamat untuk buat seketika dikala Johnson juga masih tidak pulih-pulih. Tetapi bertambah malangnya lagi, kini Kelly pula mengikut jejak langkah Johnson. Apa yang pasti masalah untuk membariskan pemain posisi pertahanan ini tidaklah menjadi masalah sangat. Ini kerana, selain Carragher untuk menjadi bidang terjun, Liverpool masih lagi mempunyai pemain muda seperti Flanagan untuk di beri peluang. Bagi Bellamy pula, ketiadaan beliau sememangnya amat dirasakan. Disaat keupayaannya menjadi mesin gol sangat dperlukan, beliau tewas dengan kecederaan dan ketika ini tiada siapa lagi yang boleh diharapkan.

Moral dan prestasi pemain yang menjunam

Selepas berjaya menjuarai piala Carling pada peghujung bulan Februari lalu, Pemain-pemain terus dibuai mimpi indah. Akibatnya kealpaan dengan kejayaan lalu dan terlalu memandang rendah terhadap pihak lawan terutamanya pasukan bawahan telah memakan diri sendiri. Keadaan sedemikian berulang kembali setelah prestasi sama ditunjukkan pada awal tahun ini. Akibatnya Dalglish terpaksa mengeluarkan amaran lisan untuk menjual kepada pemain-pemain yang gagal menunjukkan prestasi sebenar. Akibatnya pemain-pemain kembali bangkit untuk beberapa perlawanan sebelum kini kecundang  kembali.


Sejak awal bulan Februari tahun ini Liverpool hanya mampu mengutip 4 mata sahaja dari 7 perlawanan liga Premier dimana hanya mencipta 1 kemenangan, 1 seri dan 5 kekalahan. Mungkin kita boleh memaafkan diatas kekalahan terhadap pasukan Manchester United 2-1, Arsenal 1-2 dan seri 0-0 dengan Tottenham kerana mereka adalah antara pasukan terbaik ketika ini. Tetapi tewas kepada Sunderland 1-0 dan dua pasukan yang hampir dicampak ke liga Championship musim depan amatlah memalukan. Tewas kepada QPR 3-2 dan terkini Wigan 1-2 di Anfield membuatkan kita terlalu kecewa terhadap pemain dan Dalglish setelah tempat di kelompok empat liga semakin tipis untuk dikejar.

Kesilapan Dalglish

Tektikal dan Formasi yang gagal

Mungkin kita sedikit gembira dengan kehadiran Dalglish setelah menukar corak permainan dari corak lebih kepada bertahan dizaman Roy Hodgson kepada corak menyerang. Walaupun begitu kita sebenarnya agak terkilan dengan beberapa formasi serta strategi yang diguna pakai oleh Dalglish. Bijak membuat kejutan ketika bertemu pasukan kuat tetapi gagal mengatur strategi ketika bertemu pasukan yang lemah. Buktinya dari 10 kekalahan yang telah dicipta, 6 kekalahan adalah ketika bertemu pasukan bawahan. Itu belum lagi dikira dari segi keputusan seri yang juga membuatkan kita banyak kehilangan mata berharga.


Selain itu Dalglish juga gagal menggunakan pemain-pemain mengikut posisi mereka yang sebenar. Henderson pada asalnya adalah pemain diposisi tengah menyerang, seringkali diarahkan untuk bermain di posisi sayap kanan. Begitu juga dengan Adam dimana adakalanya beliau yang juga bermain seposisi Henderson diarahkan untuk bermain sayap kiri. Mereka berdua bukanlah pemain yang boleh diiktiraf serba boleh seperti Steven Gerrard dan Kuyt yang boleh diletakkan dimana-mana sahaja. Ini akan membuatkan kosenstrasi terhadap permainan akan terganggu.

Pemain yang dimanjakan dan dianaktirikan.

Kesilapan paling besar Dalglish adalah terlalu memanjakan dan mempercayai pemain-pemainnya. Pepe Reina semakin lama semakin teruk mutu permainannya. Begitu juga Jose Enrique yang adakalanya sering membuat kesilapan bodoh dalam perebutan bola. Sebenarnya kedua-kedua pemain ini adalah anak emas kepada Dalglish dimana posisinya langsung tidak pernah digugat oleh pemain-pemain lain. Pepe Reina yang sudah merasakan posisinya selamat kerana kesemua perlawanan yang berlangsung tidak sekalipun membenarkan Doni beraksi membuatkan beliau bertambah ego dan alpa untuk berusaha lebih cemerlang. Aurelio bukanlah langsung  tidak boleh bermain, tetapi dengan sikap Dalglish lebih mempercayai Enrique juga menjadi punca mengapa Enrique bersikap sama seperti Reina.


Alangkah ada baiknya jika pemain-pemain yang ada seperti Maxi Rodriguez, Aurelio dan Doni sering kali diturunkan untuk bertukar-tukar kesebelasan utama bagi menjamin corak permainan yang berlainan. Inilah juga punca pihak lawan dengan mudah dapat membaca corak permainan Liverpool akibat Dalglish kerap  menurunkan pemain yang hampir sama sahaja. Tidak itu sahaja, ramai lagi pemain-pemain muda yang boleh diterapkan dalam skuad utama seperti Jonjo Shelvey, Raheem Sterling dan Flanagan untuk diberi pendedahan disamping persaingan sihat antara pemain dalam mengejar kesebelasan utama. Adakah Dalglish masih terus mempertahankan polisi pemain yang hanya disayang olehnya?


Apapun Dalglish sepatutnya sedia membuat perubahan besar-besaran dalam mengapai hala tuju yang sebenar. Tidak membeli pemain baru pada perpindahan Januari lalu mungkin satu kesilapan besar dikala pemain-pemain sedia ada gagal untuk membuat penyudah yang berkesan.Testimoni yang gagal dan diharap dapat di mantapkan lagi pasukan dalam sisa-sisa perjuangan musim ini.



-SG-

You'll Never Walk Alone - Lagu tema Liverpool FC


Ini adalah antara koleksi-koleksi video lagu tema Liverpool FC 'You'll Never Walk Alone' yang terbaik dapat dikumpulkan. Marilah kita bersama-sama untuk menyaksikan video tersebut sambil menyanyikan lagu ini untuk menaikkan lagi semangat kita tehadap kelab kesayangan kita Liverpool FC. YNWA...


You'll Never Walk Alone" 2012 Tribute


YNWA dengan lirik


You'll Never Walk Alone - Charity Single





-SG-

Wikipedia - Sejarah awal Liverpool FC


Bagi seseorang yang bergelar peminat dan juga penyokong setia Liverpool FC, sudah pastinya akan teruja untuk mengenali pasukan ini dengan lebih mendalam lagi. Perasaan ingin tahu kisah sejarah lampau terciptanya Liverpool FC mungkin adakalanya kurang mendapat perhatian dari generasi peminat baru. Alangkah bagusnya kalau dihati semua peminat Liverpool FC ini dapat mengkaji serta memahami pembangunan kelab dimasa lampau untuk menjamin kesetian kepada kelab yang berterusan.

Kisah sebelum kelahiran Liverpool FC

Sebelum lahirnya kelab Liverpool FC (LFC) didunia ini, ada beberapa peristiwa yang tercatat dalam lipatan sejarah untuk disingkap dalam memahami bagaimana tertubuhnya kelab LFC ini. Seperti yang kita sedia maklum sebelum kelahiran LFC, kota Merseyside dahulunya sudah pun mempunyai kelab bolesepak profesional yang telah diwujudkan pada tahun 1878 iaitu kelab Everton FC. Everton terlebih dahulu lagi telah menempa nama dalam persada dunia bolasepak British.


John Houlding
Bapa kelahiran Liverpool FC, John Houlding adalah antara orang terpenting dalam episod sejarah diantara LFC dan Everton FC. Selain menjadi ahli perniagaan dalam pembuatan bir, John Houlding juga menjadi antara orang terpenting di dalam bandar Liverpool dimana beliau telah dilantik menjadi ahli Majlis Bandaraya Liverpool sebagai wakil parti Konservatif untuk kawasan Everton serta menyandang jawatan Datuk Bandar Liverpool pada tahun 1897. Selain itu beliau juga pernah menyandang jawatan pengerusi kelab Everton pada tahun 1882. Dalam keadaan begini kita dapat membayangkan bahawa John Houlding ini sememang mempunyai pengaruh kuat di kawasan Merseyside.

Episod pertelingkahan John Houlding dengan bekas kelab yang dikuasainya dulu Everton, bermula dari hal mengenai penyewaan padang bolasepak. Sebelum Everton menyewa padang di Anfield, terlebih dahulu mereka telah pun menggunakan pada awam yang terbuka di Stanley Park. Tetapi disebabkan Persatuan Bolasepak England pada tahun 1882 telah pun mensyaratkan Everton untuk bermain di stadium yang tertutup,  maka usaha untuk berpindah ke lokasi lain bermula. Hasilnya melalui mesyuarat yang diadakan di Sandon Hotel yang kebetulan milik John Houlding membawa kepada Everton FC menyewa sebuah padang di Jalan Priory. Apabila pemilik padang tersebut tidak lagi membenarkan Everton FC menggunakan padang di Jalan Priory, John Houlding berjaya menyewa padang baru milik rakannya John Orrell yang terletak di Jalan Anfield. John Orrel bersetuju supaya Everton membayar sewaan pada kadar yang murah.

Pertelingkahan

Everton maju semasa berada di Anfield. Teres tempat duduk didirikan. Bilangan penonton menjangkau kepada 8,000 orang setiap perlawanan. Everton menjadi ahli asal yang beraksi dalam Liga Bola Sepak Inggeris dalam tahun 1888. Melihatkan kejayaan Everton, John Houlding mula menaikkan sewa stadium, menaikkan kadar faedah pinjaman beliau kepada Everton dan pemain-pemain dipaksa menggunakan Hotel Sandon untuk menukar pakaian sebelum dan selepas bermain bola. Dalam tahun 1891, John Orrell mengancam hendak menamatkan sewaan stadium Anfield, dan John Houlding mencadangkan supaya ditubuhkan sebuah Syarikat Berhad untuk membeli padang tersebut. John Orrell bersetuju menjual Anfield, tetapi John Houlding juga adalah tuan punya tanah bersebelahan, John Houlding merancangkan supaya Syarikat baru tersebut membeli sekali tanah milik beliau bersekali dengan padang Anfield.

Stadium Anfield sekitar 1903 - 1906

Pemegang saham Everton terlalu marah dan menuduh John Houlding hendak mengaut keuntungan daripada kesukaran yang mereka hadapi. Pada 15 Mac 1892 John Houlding tewas undi dan Everton mengambil keputusan untuk meninggalkan Anfield and membeli padang baru. Everton berjaya membeli Goodison Park stadium yang digunakan sehingga kini, di sebelah utara Stanley Park dengan harga £8,000.


Kelahiran liverpool fc


Sijil penubuhan LFC

Akibat kekalahan undi dan berpindahnya Everton FC ke Goodison Park, Houlding dan Orrell kini ditinggalkan dengan padang kosong dan 3 pemain. Pada 15 Mac 1892, Houlding telah mengambil keputusan untuk menubuhkan pasukan baru dimana disitulah bermulanya era kelahiran Liverpool FC. John McKenna dilantik menjadi pengarah dan pengurus pasukan dan terus mengambil 13 orang pemain profesional dari Scotland untuk menyertai Liverpool. Pada awalnya nama pasukan yang ditubuhkan oleh John Houlding adalah hendak didaftarkan atas nama Everton, tetapi hajatnya ditolak oleh Persatuan Bolasepak England. John Houlding seterusnya memilih nama Liverpool untuk kelab barunya. Pada tahun 1894, Liverpool telah dipilih untuk menyertai liga bola sepak.

John McKenna - Pengarah merangkap pengurus pertama
Pasukan pertama Liverpool FC

Menyertai Liga Inggeris


Undang-undang yang dibuat oleh John Houlding

Permohonan Liverpool untuk menyertai Liga Bola Sepak Inggeris ditolak. Liverpool kemudiannya menyertai Liga Lancashire, dan menang permainan pertama mereka mengalahkan Higher Walton dengan jaringan 8-0 di Anfield. Gol pertama dijaringkan oleh Liverpool dan perlawanan kompetitif disumbat oleh Malcolm McVean. Pada penghujung musim pertama dalam Liga Lancashire, Liverpool muncul juara dan berjaya mengalahkan Everton 1-0 dalam perlawanan akhir Liverpool Senior Cup. Inilah pertama kali kedua pasukan tersebut bertemu dalam perlawanan “Derby”. Selepas itu, Liverpool dilantik menyertai Liga Bola sepak Inggeris.

McVean juga menjaring gol pertama Liverpool dalam perlawanan Liga apabila Liverpool mengalahkan Middlesbrough Ironopolis. Liverpool mengakhiri musim pertama mereka dengan rekod tanpa kalah, dan menjuarai Divisyen 2 Liga Inggeris. Dalam perlawanan ujian menentang Newton Heath (kemudiannya menjadi Manchester United), Liverpool menang 2-0 dan dinaikkan untuk menyertai ke Divisyen 1 Liga Bola Sepak Inggeris.

Jersi pertama pasukan

Dalam tahun 1896, Liverpool menukar warna jersi mereka daripada biru dan putih kepada jersi merah dan putih. Dalam tahun 1901, Liverpool memenangi kejuaraan Liga mereka yang pertama, pencapaian itu dapat diulangi dalam tahun 1906. Liverpool pertama kali bertanding dalam perlawanan akhir Piala F.A. dalam tahun 1914 tetapi tewas 1-0 kepada pasukan Burnley. Perlawanan itu adalah perlawanan kali terakhir diadakan di Crystal Palace, dan dihadiri oleh King George V. Dalam tahun 1922 dan 1923, Liverpool menang kejuaraan Liga Inggeris dua tahun berturut-turut, dengan pasukan yang diketuai Ephraim Longworth. Tetapi selepas itu, Liverpool ketandusan kejayaan sehinggalah menjadi juara semula dalam tahun 1947. Liverpool juga menjadi naib juara Piala F.A. tahun 1950.

Tiket perlawanan pertama

p/s: Bayangkan betapa sukarnya untuk membangunkan sesebuah pasukan untuk menjadi ternama. Generasi kini hanyalah sekadar menumpang kegemilangan yang ditinggalkan oleh mereka2 yang terdahulu. Terima kasih John Houlding kerana tanpa beliau tidak akan wujud Liverpool FC hari ini. Andaikata tiada Liverpool FC, adakah ketika ini kita sedang menyokong Everton FC? sekadar renungan bersama.

Credit : Wikipedia




--BobDaron-

Lagenda Budak Merah - Bahagian 1

Written By peminat liverpool on Selasa, 27 Mac 2012 | 2:45 PG

Steven Sewaktu berumur 7 tahun
 (diambil dari thekop.liverpoolfc.tv)
Salam dan selamat sejahtera kepada semua yang sudi singgah ke blog Kelab Peminat Liverpool Malaysia. Minggu lepas kita mendapat berita gembira berkenaan kapten kesayangan kita melanjutkan kontraknya dan akan terus bersama Liverpool sebagai duta walaupun setelah tamat karier sebagai pemain. Ada yang tanya aku tak buat ke post istimewa untuk Gerrard? Kata minat Gerrard? Aku jawab WAJIB la ada. Aku akan guna peluang ini untuk memulakan slot baru dalam blog aku ni. Aku akan ulas cerita hidup Steven Gerrard yang aku baca dari buku “GERRARD : MY AUTOBIOGRAPHY”. Aku takkan tulis bulat-bulat semuanya. Aku tak mahu rosakkan pengalaman membaca buku ini untuk orang lain. Buku ini dihadiahkan oleh kakak aku untuk hari lahir aku yang ke- 21. Bagi aku buku ni sangat bermakna kerana banyak yang aku dah pelajari dari kisah hidup seorang lagenda ini. Selamat membaca.


Jon-Paul

Jon-Paul
Jon-paul merupakan sepupu Steven. Mereka berkongsi minat yang sama iaitu bolasepak dan Liverpool. Mereka dengan megahnya akan mengenakan jersey Liverpool sewaktu bermain bola di hadapan rumah Steven atau di padang. Liverpool adalah segalanya untuk mereka. Pada tanggal 15 April 1989 keluarga Gerrard menerima berita yang mengejutkan. Jon-Paul telah meninggal dunia. Semua orang dalam keadaan terkejut. Tidak percaya apa yang mereka dengar. Tidak percaya apa yang mereka lihat di televisyen. Steven yang hampir memasuki umur 9 tahun itu terpinga-pinga. Dia tidak faham bagaimana semua boleh terjadi. Jon-Paul terkorban dalam tragedi Hillsborough ketika perlawanan separuh akhir Piala FA Liverpool menentang Nottingham Forrest. Jon-Paul, 10 tahun merupakan mangsa termuda dalam tragedi itu.


Setiap kali Steven melihat ibu bapa Jon-Paul semasa latihan dalam Skim Pelatih Muda (Youth Trainee Scheme) dia semakin bersemangat untuk berjaya dalam bolasepak. Sebelum perlawanan pertamanya untuk Liverpool, ibu bapa Jon-Paul berkata kepadanya ” Jon-Paul pasti akan berasa bangga untuk kamu”. Dan Steven mendedahkan, yang dia bermain selama ini untuk Jon-Paul.




Terima Kasih Steve Heighway

Steve Heighway (Kredit gambar : http://gerrardfanclub.blogspot.com)
Ketika berumur 9 tahun, ketika Steven sedang bermain bola dengan rakan-rakan, bola yang disepak meliar ke dalam kawasan yang dipenuhi Pokok Jelatang. Dia bergegas untuk mengambilnya. Namun kerana dia takut terkena sengatan pokok itu, dia membuat keputusan untuk menyepak bola itu keluar. Dia menghayun sekuat hati dan Arggghhhh!!!!!!!!. Dia terduduk. kesakitan menjalar ke seluruh batang tubuh. Dia menjerit meminta tolong. Mukanya pucat ditoreh tidak berdarah. Dia tidak percaya apa yang dilihatnya. Serampang kebun yang berkarat tertusuk di ibu jari kaki, menembusi kasut bolanya. Kawan-kawan yang lain berlari mendapatkan ibu dan ayah Steven. “Dia akan hilang kakinya” Bisik ayah kepada emak. Dia tidak mahu kakinya dipotong. Dia mahu bermain untuk Liverpool.


Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Alder Hey menaiki ambulans. Dia mengaduh setiap kali ambulans itu melanggar bonggol sepanjang perjalanan ke hospital. Bayangkan sahaja betapa pedihnya setiap kali besi berkarat itu bergeser dengan tulang ibu jari. Sebaik tiba di hospital doktor memutuskan untuk memotong ibu jarinya untuk mengelakkan gangren merebak. Tapi dengan pantas ayahnya menyuruh doktor berbincang dengan Steve Heighway, Pengarah Akademi Liverpool ketika itu. Tidak! Jangan potong ibu jarinya! Tegas Steve. Dan sehingga hari ini Steven berterima kasih kepada Steve heighway kerana menyelamatkan kariernya yang belumpun bermula waktu itu.

Pokok jelatang pasti menimbulkan rasa gerun pada Gerrard sehingga kini

Umur 9 tahun untuk aku tidak membawa makna apa-apa kecuali kenangan bersama rakan-rakan menangkap berudu dan mengejar rama-rama. Tapi untuk Steven, dia telah mempunyai cita-cita sendiri. Untuk bermain dengan Liverpool, untuk bermain dengan England. Tragedi Hillsborough dan bayangan kesakitan pada ibu jari kakinya mendorong dia untuk berjaya. Setiap kali dia berlari keluar ke Jalan Ironside atau padang Bluebell dia membayangkan Anfield dan Wembley yang dipenuhi penonton yang sentiasa bersorak untuknya. Begitulah semangat yang ditunjukkannya sejak kecil. Semangat ini beserta ibu bapa yang memahamilah yang acapkali membantu ketika dia dalam kesudahan, ketika dia mahu berputus asa. Ya. Dia juga lemah seperti orang lain. Tapi itu aku akan ceritakan dalam bahagian lain. Sekian dulu dari aku. YNWA.

Sambungan ke Lagenda Budak Merah - Bahagian 2








Klik image untuk ke MPHONLINE


Credit untuk : redderscreepers.wordpress.com

John Houlding - Bapa kelahiran Liverpool FC

John Houlding (1833-1902) adalah antara ahli perniagaan inggeris yang paling berjaya ketika zamannya. Beliau yang berasal dari Merseyside telah mendapat pendidikan di Kolej Liverpool. Melalui perniagaannya yang mengusahakan pembuatan bir, dari segi kewangan sememangnya beliau tidak mempunyai masalah dan ini membuatkan kehidupannya cukup selesa.

Disebalik kejayaan John Houlding dalam perniagaannya, beliau seterusnya telah dilantik menjadi ahli Majlis Bandaraya Liverpool sebagai wakil parti Konservatif untuk kawasan Everton. Dalam tahun 1897, beliau dilantik pula untuk menyandang jawatan Datuk Bandar Liverpool. Tetapi perlu diketahui, sebelum beliau menyandang jawatan ini, beliau adalah bekas pengerusi kelab profesional pertama di kota Liverpool merangkap musuh setempat iaitu Everton FC pada tahun 1882.

Jika kita memahami sejarah penubuhan Liverpool FC, mungkin ramai akan beranggapan bahawa John Houlding ini adalah insan yang kejam lagi tamak. Sebenarnya kisah kemelut diawal penubuhan Liverpool FC dan kemarahan Everton FC ini berakar umbi dan terlalu sukar untuk dibicarakan. Everton maju semasa berada di Anfield. Teres tempat duduk didirikan. Bilangan penonton menjangkau kepada 8,000 orang setiap perlawanan. Everton menjadi ahli asal yang beraksi dalam Liga Bola Sepak Inggeris dalam tahun 1888. Melihatkan kejayaan Everton, John Houlding mula menaikkan sewa stadium, menaikkan kadar faedah pinjaman beliau kepada Everton dan pemain-pemain dipaksa menggunakan Hotel Sandon untuk menukar pakaian sebelum dan selepas bermain bola. Ini membuatkan pemegang saham Everton naik berang dan menuduh John Houlding hanya mengaut untung dari kejayaan mereka. Akhirnya Everton telah keluar dan membeli padang baru di Goodison Park.

Selepas terjadi insiden berkenaan maka terciptalah sebuah lagi pasukan bolasepak profesional dari kota merseyside yang diberi nama LIVERPOOL FC.

-SG-

Kenali pengurus Liverpool

Written By peminat liverpool on Ahad, 25 Mac 2012 | 6:34 PG

Sebagai peminat setia Liverpool, seharusnya kita mengenali mereka-mereka yang telah bertungkus lumus untuk menaikkan nama Liverpool di mata dunia. Tugas seorang pengurus tiodak semudah yang dijangkakan. Memerlukan pengorbanan besar dari segi masa, pemikiran dan tektik mengikut kesesuaian peredaran zaman. Tanpa mereka, sesebuah pasukan itu sukar dibentuk kerana kuasa didalam pembangunan pasukan adalah ditangan mereka. Sesungguhnya jasa-jasa dan pengorbanan mereka dalam memertabatkan Liverpool untuk disegani sehingga saat ini haruslah dikenang dan dihargai.

Oleh sebab itu untuk artikel kali ini, kami akan memaparkan pengurus-pengurus yang telah berkhidmat serta banyak berjasa kepada pasukan Liverpool sehingga sekarang.

WILLIAM BARCLAY

Tahun Berkhidmat : 1892 - 1896

PENCAPAIAN
Perlawanan : 127
Menang  : 77
Seri  : 20
Kalah : 30

KLIK untuk maklumat lengkap


JOHN MCKENNA

Tahun Berkhidmat : 1892 - 1896

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 3 Jan 1855
Tempat Lahir : County Monaghan
Warganegara : Irish

PENCAPAIAN
Perlawanan : 127
Menang  : 77
Seri  : 20
Kalah : 30

KEJUARAN
Second Division champions - 1894, 1896

KLIK untuk maklumat lengkap


TOM WATSON

Tahun Berkhidmat : 1892 - 1896

MAKLUMAT PERIBADI
tarikh lahir : 9 Apr 1859
tempat lahir : Newcastle-Upon-Tyne
warganegara : English

PENCAPAIAN:
Perlawanan : 741
Menang : 328
Seri : 141
Kalah : 272

KEJUARAAN
First Division champions - 1901, 1906
Second Division champions - 1905

KLIK untuk maklumat lengkap


DAVID ASHWORTH

Tahun Berkhidmat : 1896 - 1915 

MAKLUMAT PERIBADI
tarikh lahir : 1 Jan 1868
tempat lahir : Waterford
warganegara : Irish

PENCAPAIAN:
Perlawanan : 139
Menang: 70
Seri : 40
Kalah : 29

KEJUARAAN
First Division champions - 1922

KLIK untuk maklumat lengkap


MATT MCQUEEN

Tahun Berkhidmat : 1923 - 1928

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 18 May 1863
Tempat Lahir : Harthill
Warganegara : Scottish

PENCAPAIAN:
Perlawanan : 229
Menang : 93
Seri : 60
Kalah : 76

KEJUARAAN
First Division champions - 1923

KLIK untuk maklumat lengkap


GEORGE PATTERSON

Tahun Berkhidmat : 1928 - 1936

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 1 Jan 1887
Tempat Lahir : Tidak Di Ketahui
Warganegara : Tidak Di Ketahui

PENCAPAIAN:
Perlawanan : 366
Menang : 137
Seri : 85
Kalah : 144

KEJUARAAN
-TIADA-

KLIK untuk maklumat lengkap


GEORGE KAY

Tahun Berkhidmat : 1936 - 1951

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 21 Sep 1891
Tempat Lahir : Manchester
Warganegara : English

PENCAPAIAN:
Perlawanan : 354
Menang : 140
Seri : 93
Kalah : 121

KEJUARAAN
First Division champions - 1947

KLIK untuk maklumat lengkap


DON WELSH

Tahun Berkhidmat : 1951 - 1956

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 25 Feb 1911
Tempat Lahir : Manchester
Warganegara : English

PENCAPAIAN
Perlawanan : 234
Menang : 82
Seri : 59
Kalah : 93

KEJUARAAN
-TIADA-

KLIK untuk maklumat lengkap


PHIL TAYLOR

Tahun Berkhidmat : 1956 - 1959

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 18 Sep 1917
Tempat Lahir : Bristol
Warganegara : English

PENCAPAIAN
Perlawanan : 150
Menang : 76
Seri : 32
Kalah : 42

KEJUARAAN
-TIADA-

KLIK untuk maklumat lengkap


BILL SHANKLY

Tahun Berkhidmat : 1959 - 1974

MAKLUMAT PERIBADI
Tarik Lahir : 2 Sep 1913
Tempat Lahir : Glenbuck
Warganegara : Scottish

PENCAPAIAN
Perlawanan : 783
Menang : 407
Seri : 198
Kalah : 178

KEJUARAAN
First Division champions - 1964, 1966, 1973
Second Division champions - 1962
FA Cup - 1965, 1974
UEFA Cup - 1973
FA Charity Shield - 1964 (shared), 1965 (shared) 1966, 1974,

KLIK untuk maklumat lengkap


BOB PAISLEY

Tahun Berkhidmat : 1974 - 1983

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 23 Jan 1919
Tarikh Lahir : Hetton-le-Hole
Warganegara : English

PENCAPAIAN
Perlawanan : 535
Menang : 308
Seri : 131
Kalah : 96

KEJUARAAN
First Division champions - 1976, 1977, 1979, 1980, 1982, 1983
League Cup - 1981, 1982, 1983
European Cup - 1977, 1978, 1981
UEFA Cup - 1976
European Super Cup - 1977
FA Charity Shield - 1976, 1977 (shared), 1979, 1980, 1982

KLIK untuk maklumat lengkap


JOE FAGAN

Tahun Berkhidmat : 1983 - 1985

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 12 Mar 1921
Warganegara : English

PENCAPAIAN
Perlawanan : 131
Menang : 71
Seri : 36
Kalah : 24

KEJUARAAN
League Championship - 1983-84
Milk Cup - 1984
European Cup - 1984

KLIK untuk maklumat lengkap


KENNY DALGLISH

Tahun Berkhidmat : 1985 - 1991

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 4 Mar 1951
Tempat Lahir : Glasgow
Warganegara : Scottish

PENCAPAIAN
Perlawanan : 307
Menang : 187
Seri : 78
Kalah : 42

KEJUARAAN
First Division champions - 1985-86, 1987-88, 1989-90
FA Cup - 1986, 1989
FA Charity Shield - 1986 (shared), 1988, 1989, 1990 (shared)

KLIK untuk maklumat lengkap


GRAEME SOUNESS

Tahun Berkhidmat :  1991 - 1994

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 6 May 1953
Tempat Lahir : Edinburgh
Warganegara : Scottish

PENCAPAIAN
Perlawanan : 157
Menang : 66
Seri : 45
Kalah : 46

KEJUARAAN
FA Cup - 1992

KLIK untuk maklumat lengkap


ROY EVANS

Tahun Berkhidmat : 1994 - 1998

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 4 Oct 1948
Tempat Lahir : Bootle
Waganegara : English

PENCAPAIAN
Perlawanan : 226
Menang : 117
Seri : 56
Kalah : 53

KEJUARAAN
Coca Cola Cup - 1995

KLIK untuk maklumat lengkap


GERRARD HOULLIER

Tahun Berkhidmat : 1998 - 2004

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 3 Sep 1947
Tempat Lahir : Lille
Warganegara : French

PENCAPAIAN
Perlawanan : 307
Menang : 160
Seri : 73
Kalah : 74

KEJUARAAN
FA Cup - 2001
UEFA Cup - 2001
FA Charity Shield - 2001
UEFA Super Cup - 2001
Worthington Cup - 2003

KLIK untuk maklumat lengkap


RAFAEL BENITEZ

Tahun Berkhidmat : 2004 - 2010

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 16 Apr 1960
Tempat Lahir : Madrid
Warganegara : Spain

PENCAPAIAN
Perlawanan : 350
Menang : 194
Seri : 77
Kalah : 79

KEJUARAAN
Champions League - 2005
Super Cup - 2005
FA Cup - 2006
Charity Shield - 2006

KLIK untuk maklumat lengkap


ROY HODGSON

Tahun Berkhidmat : 2010-21 januari 2011

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir : 09 Aug 1947
Tempat Lahir : Croydon
Warganegara : English

PENCAPAIAN
Perlawanan : 31
Menang : 13
Seri : 9
Kalah : 9 

KEJUARAAN
-TIADA-

KLIK untuk maklumat lengkap


KENNY DALGLISH

Tahun Berkhidmat : 22 January 2011- sekarang

KEJUARAAN
Carling Cup - 2012

KLIK untuk maklumat lengkap


Info diambil dari LFC.tv


-SG-

Menonton Live Streaming perlawanan Liverpool

Written By peminat liverpool on Sabtu, 24 Mac 2012 | 2:01 PTG

Salam sejahtera. Apa khabar anda semua hari ini. Semoga sentiasa ceria2 selalu.  Untuk kali ini, kami akan menyentuh perkara bagaimana dan apakah link website yang sesuai untuk digunakan untuk menonton siaran langsung secara Streaming. Setiap kali berlangsungnya perlawanan, mesti ada sahaja peminat yang memohon link streaming untuk disiarkan dalam page Facebook KPLM. Bukanlah satu masalah kepada kami untuk menyiarkan link streaming berkenaan kerana tanpa anda pinta pun kami akan menyiarkannya untuk tidak membiarkan peminat-peminat Liverpool FC terlepas menyaksikan perlawanan tersebut.

Live streaming adalah cara terkini pelayar2 internet masa kini untuk menonton sesuatu rancangan atau perlawanan bolasepak hanya dihadapan komputer sahaja. Mungkin dengan ketidakmampuan untuk memiliki ASTRO yang mahal, ataupun ada ASTRO tapi sedang bekerja dan juga kepada student-student yang duduk menyewa. Jadi tiada masalah bagi anda untuk menonton siaran langsung sebenarnya melainkan tiada penghubung internet dikawasan anda ketika itu.

Untuk mendapatkan siaran streaming yang baik, sebaik-baiknya anda perlulah dibekalkan kelajuan internet sekurang-kurangnya 1mb. Bukan kata 348kb & 512kb tak boleh digunakan, tetapi kurang sesuai disebabkan akan selalu terjadinya buffering. Sebenarnya memang banyak website-website yang menawarkan live streaming dengan cara percuma ataupun berbayar. Bagi kita sudah tentulah mahukan yang percuma. Tetapi yang masalah percuma ni, banyak sangat iklan-iklan menganggu siaran. Sabar je ler.

Iklan2 kecil yang menyemakkan mata

STADIUM ASTRO
Tahukah anda ASTRO sebenarnya ada juga menyediakan live streaming untuk perlawanan-perlawanan bolasepak di Eropah. Hari ini saya akan membongkar rahsia bagaimana untuk anda streaming bersama ASTRO dengan gambar yang lebih cantik dan tiada pun gangguan iklan-iklan kecil yang muncul. Yang pastinya ia 100% percuma tiada yuran terselindung melainkan bil ASTRO tu je yang anda kena bayar.

  • Stadium ASTRO menyediakan live streaming hanya untuk perlawanan liga 'BARCLAYS PREMIER LEAGUE' (BPL), 'LA LIGA' (Liga Sepanyol) dan 'BUNDESLIGA' (Liga Jerman) sahaja. FA cup, Carling cup, Champion League tidak disediakan disini.
  • Pastikan anda mempunyai akaun ASTRO yang melanggan pakej sukan. Kalau tiada anda pinjamlah sapa2 punya akaun pun. 
  • Anda perlu register akaun Astro ini. Itu sebabnya anda perlu sediakan No. Akaun Astro tersebut. Kenapa perlu register?. Sebabnya ASTRO hanya menyediakan streaming ini hanya untuk ahli sahaja. Ini bagi menjamin server mereka tidak sesak diserbu oleh umum yang boleh menganggu siarannya. Untuk mendaftar sila ke halaman ASTRO disini.
  • Isikan segala butiran anda. Apa yang dia minta isi saja, bukan kena bayar lagi pun. Yang tak di minta jangan nak sibuk-sibuk tanya yer. 
  • Dah siap semua, dia akan hantar email dalam inbox. Sila check dan verify link yang diberikan.
  • Lihat pada bulatan yang saya tandakan pada gambar. Itulah sebenarnya Link-link streaming untuk anda klik dan saksikan. Tapi sebelum anda nak tengok, anda akan diarahkan untuk mendownload software Microsof Silverlight. Sekiranya sudah ada, automatik dia terus masuk ke site menonton.
Apabila ada live streaming, link2 akan disertakan disini.
Inilah gambar LIVE STREAMING yang bakal anda saksikan.
  • Bila dah keluar logo BPL Player tu, apa lagi, layanlah... semoga terhibur.

FREE WEBSITE LIVE SREAMING

Sekiranya anda tetap tidak berpeluang untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh ASTRO ini ataupun ingin menyaksikan perlawanan lain yang tiada diadakan live Streaming, disini kami juga menyediakan website-website percuma untuk anda. Dibawah ini kami menyediakan beberapa website diantara yang terkenal dan sering digunakan oleh pelayar streaming. terpulanglah kepada anda untuk memilih mana yang sesuai.

LIVE Sport TV Channel

Semoga anda berpuas hati dengan penerangan yang diberikan. Sekiranya anda masih juga tidak dapat menyaksikan perlawanan, anda jangan khuatir. Pastikan anda tidak terlepas bersama PAGE KPLM di Facebook kerana setiap perlawanan kami akan sentiasa update status permainan. 'Anda tidak akan berjalan keseorangan'-YNWA


-SG-

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger