Latest Post

Capital One Cup 13/14 (Round 3) - Manchester United 1-0 Liverpool

Written By Unknown on Jumaat, 27 September 2013 | 9:00 PG

Seperti yang saya perkatakan sebelum ini, jangan terlalu selesa untuk menganggap Liverpool boleh menewaskan MU dengan mudah berdasarkan rekod perlawanan lalu. Buktinya, Liverpool terpaksa menerima hakikat bahawa saingan untuk Capital One Cup berkecai sudah ditangan MU selepas tewas dengan keputusan 1-0.

Sememangnya kita berasa amat kecewa dengan kekalahan tersebut lagi-lagi ditangan musuh tradisi sampai mati. Yang terkilannya BR menurunkan kesebelasan pemain utama, tetapi gagal untuk menyaingi kesebelasan kedua pasukan MU. Mengapa saya kata MU itu kesebelasan keduanya?. Moyes yang telah kecewa dengan kesebelasan utamanya ketika menentang Manchester City, dengan beraninya menurunkan pemain-pemain simpanan tanpa ada kelibat Evra, Ferdinand, Vidic, Van Persie serta Young. Liverpool? Semua adalah pemain-pemain utama kecuali Suarez yang baru muncul dalam saingan untuk musim 2013/14 ini.

Mengikut perkiraan saya sebelum perlawanan, saya mengharapkan agar BR menurunkan lebih ramai pemain-pemain muda dan simpanan untuk memberi mereka lebih peluang serta merehatkan kesebelasan utama. Malangnya, sekali lagi percaturan BR gagal. Pemain Liverpool yang nampak menguasai perlawanan, tetapi jarang-jarang sekali memaksa De Gea untuk bekerja keras menyelamatkan keadaan. Pemain-pemain kita bermain seperti tak nak menang. Nampak Gerrard, Lucas dan Sturridge seperti dah pancit untuk bergerak lebih lincah. Apa guna beli ramai pemain tetapi jarang sekali untuk diturunkan.

Meletakkan Moses sebagai backup Sturridge dan Suarez di sayap kiri adalah silap. Sepatutnya Suarezlah yang menjadi backup Sturridge dan Moses disebelah sayap kiri. Suarez yang lebih gemar berada diposisi yang memberi kebebasan beliau berlegar-legar, telah kerap kali membiarkan kawasan kiri padang kosong dan hanya mengharapkan backup dari Enrique. Nasib baik pemain-pemain MU ni taklah sehebat mana. Kalau tidak, buka 1, tapi mungkin lebih habuan untuk Liverpool.

Sememangnya waktu rehat digunakan sebaiknya oleh Moyes untuk mengclorox pemain-pemainnya. Tidak sampai seminit selepas rehat, Hernandez terus berjaya menjaringkan gol hasil sepakan sudut Rooney. Gol Hernandez itu ramai yang menyalahkan Gerrard kerana gagal menanduk untuk mengeluarkan bola ke kawasan lebih selamat. Bagi saya bukan Gerrard yang patut dipersalahkan, tetapi Enrique yang gagal membuntuti Hernandez dan membiarkan beliau menolak mudah boleh ke dalam gawang gol.

Tidak mengapalah, hilang satu piala diawal musim tidak bermakna Liverpool akan gagal selamanya. Selepas menerima dua kekalahan beturut-turut sepatutnya BR sudah boleh memikirkan strategi terbaru untuk tidak membiarkan Liverpool terus hanyut kelemasan. Jangan biarkan ia menjadi barah untuk merencatkan kebangkitan Liverpool musim ini. Harap pertemuan menentang Sunderland nanti Liverpool mampu untuk memperbaiki kedudukan dalam liga. YNWA.


Manchester United 1-0 Liverpool 25.09 ourmatch.net by ourmatch


Preview : Capital One Cup 13/14 - Manchester United vs Liverpool

Written By Unknown on Rabu, 25 September 2013 | 1:41 PG


Bila musim ni langsung dah tak masuk dalam kejohanan Eropah, maka memang jaranglah jadinya nak berjaga awal-awal pagi untuk melihat aksi Liverpool bermain. Kalau adapun sekali dua untuk liga dan juga piala Capital One. Walaupun badan ni dah manja sangat tak tidur terlalu lewat, suka atau tidak, terpaksa juga berjaga demi menyaksikan pertembungan dua musuh tradisi antara pasukan kesayangan kita Liverpool FC menentang pasukan Manchester United di Piala Capital One pusingan ke-3 awal pagi Khamis nanti.

Manchester United adalah pasukan yang tak perlu diperkenalkan lagi. Pasukan yang sudah pastinya paling dibenci oleh penyokong-penyokong Liverpool sendiri bahkan juga penyokong pasukan lain.. Bukan benci kerana kejayaan mereka, tetapi benci kerana kekaratan dan keegoan penyokong-penyokong mereka. Berzaman-zaman dibawah empayar Alex Ferguson, penyokong mereka semakin riak. Tapi itu dulu, musim 2013/14 pakcik Alex dah pencen dan lepaskan jawatan kepada Moyes. Apa yang kita nampak, dibawah pengurusan baru, wajah pasukan MU ini juga menjadi haru biru. Kalau dulu digeruni, tapi kini dah hilang taring tu pun. Buktinya dalam 5 perlawanan liga mereka telah kalah dua kali. Sekali dengan Liverpool dan yang terkini dibelasah jiran bisingnya Manchester City 4-1. Tak mengapa, anggap je mereka buang buruk diawal musim.


Kita lupakan sebentar pasal mengutuk MU. Kembali kelandasan sebenar mengkaji kelebihan pasukan Liverpool kita ni. Perlawanan esok adalah perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh semua penyokong Liverpool. Pintu besi telah dibuka, gari telah ditanggalkan. Maka bebaslah ayam tambatan Liverpool Luis Suarez untuk kembali menggegarkan dunia bolasepak Inggeris setelah dianiaya selama 10 perlawanan tanpa belas kasihan. Amukkannya pasti akan digeruni oleh semua seterunya lebih-lebih lagi takut jadi mangsa kena gigit lagi. Itulah kelebihan bintang Liverpool ini. Mengelecek bijak, jaringkan gol pandai, maki orang pandai apatah lagi gigit orang. Hebat2.

Nak cerita rekod pertemuan lalu, memanglah kita akui Liverpool agak terpinggir. Tapi jika dibandingkan keputusan musim ini, Liverpool dah pun berjaya mengalahkan pasukan MU ni. Tapi awas..... Berasa akan mudah untuk mengalahkan mereka pagi esok adalah sesuatu keputusan yang memang tidak tepat. Jika dibandingkan corak permainan dalam perlawanan lalu, Liverpool banyak bertahan pada separuh masa kedua untuk menangkis serangan pasukan mereka. Bezanya ketika itu mereka ada Van Persie tapi tiada Rooney, Liverpool ada Sturridge tapi tiada Suarez. Esok pula mereka ada Rooney tapi tiada Van Persie yang masih cedera dan Liverpool pula ada Sturridge dan ada juga Suarez. Nampaknya adalah lebih sikit advantagenya. Tapi harus diingat, 99% pemain yang ada dalam MU adalah bekas anak didik pakcik Alex. Mereka semuanya adalah yang terbaik dan boleh menjaringkan gol walaupun tanpa pemain bintang. Tua-tua Ryan Gigs pun, ligat lagi tu.


Kesebelasan pemain utama Liverpool yang akan diturukan esok pasti akan ada beberapa perubahan. Selain kecederaan yang melanda pemain-pemain utama kita, BR juga mahu merehatkan sebahagian pemain-pemain yang ada demi menjamin kecergasan mereka berkekalan. Kaki mereka nak pakai lamalah katakan. Jadi kenalah bijak membuat percaturan yang tidak akan memakan diri sendiri.  Keadaan Agger yang masih kurang cergas pasti akan mendorong BR untuk meletakkan bahagian pertahanan tengah gandingan Toure dan Sakho. Skrtel juga berkemungkinan akan di letakkan sebagai pemain simpanan. Posisi pertahanan kiri pasti akan dikuasai oleh Enrique sementara sebelah kanan pula Martin Kelly akan diberi peluang.

Midfield sudah pasti abang long Gerrard akan beraksi cuma gandingannya kali ini pula ialah bersama Joe Allen. Kehebatan Moses pasti ditagih lagi untuk berada di sayap kiri sementara Jordan Ibe pula berada di sayap kanan. Backup Striker akan diberikan kepada Suarez bagi membantu Aspas mencipta gol pertamanya dalam musim ini. Seperti apa yang saya nampak, ada persefahaman antara Aspas dan Suarez berbanding Sturridge. Setakat ini, Aspas masih terkial-kial mencari rentak sewaktu berdamping dengan Sturridge. Saya masih ngat sewaktu perlawanan pra musim bagaimana gandingan Aspas dan Suarez ini membuatkan Aspas bijak menjaringkan gol. Mungkin inilah yang tepatnya. - SUAREZ = ASPAS dan COUTINHO = STURRIDGE. Kalau tak percaya kita lihat esok andainya gandingan Aspas dan Suarez ini diturunkan, boleh tak Aspas buat gol. Lagipun Sturridge nak juga rehat. Nanti cedera, bertambah-tabahlah beban Liverpool.
Barisan kemungkinan jer ni.

"ASPAS"
"SUAREZ"
"MOSES" - "GERRARD" - "ALLEN" - "IBE"
"ENRIQUE" - "SAKHO" - "TOURE" - "KELLY"

Kesimpulannya, walaupun Liverpool terpaksa menghadapi gelora Stadium Bung Alex (Old Trafford), ia bukan satu alasan Liverpool untuk mengaku kalah sebelum berjuang. Liverpool yang tewas kepada Southampton Sabtu lalu pasti akan menjadi harimau untuk menebus kekecewaan itu. Tetapi jangan dilupa MU juga bakal menjadi singa untuk menutup kemaluan 4-1 yang berlaku di Stadium Etihad. Harap-harapnya biarlah MU menjadi MUnyet daripada menjadi singa. Senang sikit nak melangkah ke pusingan seterusnya. Mudah-mudahan. YNWA.


[Capital One Cup 2013/14 - Round 3]

Venue : Old Trafford
Tarikh : 26 September 2013 | Khamis
Waktu : 02:45 pagi
Channel : Astro SuperSport [CH811] | Astro SuperSport HD [CH833 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 | LINK 6 (register user sahaja)


Senarai Pemain dan Staff Liverpool FC bagi musim 2013/14

Written By Unknown on Selasa, 24 September 2013 | 12:23 PG


Setelah tamatnya urusan jual beli pemain dimusim panas 2013/14 yang lalu, maka secara keseluruhannya Branden Rodgers telah berjaya berbelanja dengan berkhemah dengan menghabiskan duit owner sekitar £44.8 juta. Mendapatkan lapan orang pemain baru (2 pinjaman, 1 percuma) dan menjual tujuh pemain serta sembilan pemain dipinjamkan ke pasukan lain menjadikan skuad Liverpool kini lebih bersedia untuk mengharungi musim baru 2013/14 ini. Berikut adalah senarai lengkap pemain serta kakitangan pasukan Liverpool FC bagi musim 2013/14 ini.

# Untuk mengetahui senarai lengkap jual beli pemain sila KLIK SINI.


PENGURUS
Brendan Rodgers Colin Pascoe
Manager Assistant Manager
26 Jan 1973 (40) 09 Apr 1965 - (48)
1 Jun 2012 -> Now 31 May 2012 -> Now
Northern Ireland Wales

JURULATIH / DOKTOR
Mike Marsh John Achterberg Zaf Iqbal
First-Team Coach 1st-Team Goalkeeping  First-Team Doctor
21 Jul 1969 - (44) 08 Jul 1971 - (42) -
May 2011 -> Now Jun 2009 -> Now 2010-> Now
England Netherlands Pakistan

PENJAGA GOL
Brad Joness Simon Mignolet Danny Ward
No. 1 No. 22 No. 52
19 Mar 1982 - (31) 06 Mar 1988 - (25) 22 Jun 1993 - (20)
Australia Belgium Wales

PERTAHANAN
Glen Johnson Jose Enrique Kolo Toure Daniel Agger
No. 2 No. 3 No. 4 No. 5
23 Aug 1984 - (29) 23 Jan 1986 - (27) 19 Mar 1981 - (32) 12 Dec 1984 - (28)
England Spain Ivory Coast Denmark

PERTAHANAN
Sebastian Coates Mamadou Sakho Aly Cissokho Tiago Ilori
No. 16 No. 17 No. 20 No. 26
7 Oct 1990 - (22) 13 Feb 1990 - (23) 15 Sep 1987 - (24) 26 Feb 1993 - (20)
Uruguay France France (Loan) Portuguese

PERTAHANAN
Martin Kelly Martin Skrtel Jon Flanagan Ryan McLaughlin
No. 34 No. 37 No. 38 No. 43
27 Apr 1990 - (23) 15 Dec 1984 - (28) 01 Jan 1993 - (24) 30 Sep 1994 - (18)
England Slovakia England Northern Ireland

PERTAHANAN
Stephen Sama Andre Wisdom Lloyd Jones
No. 45 No. 47 No. 51
05 Mar 1993 - (20) 09 May 1993 - (20) 07 Oct 1995 - (17)
German England England

TENGAH
Steven Gerrard Philippe Coutinho Jordan Henderson Lucas Leiva
No. 8 No. 10 No. 14 No. 21
30 May 1980 - (33) 12 Jun 1992 - (21) 17 Jun 1990 - (23) 09 Jan 1987 - (26)
England Brazil England Brazil

TENGAH
Joe Allen Raheem Sterling Jordon Ibe
No. 24 No. 31 No. 33
14 Mar 1990 - (23) 08 Dec 1994 - (18) 08 Dec 1995 - (17)
Wales England England

PENYERANG
Luis Alberto Luis Suarez Iago Aspas Victor Moses
No. 6 No. 7 No. 9 No. 12
28 Sep 1992 - (24) 24 Jan 1987 - (26) 01 Aug 1987 - (26) 12 Dec 1990 - (22)
Spain Uruguay Spain Nigerian (Loan)

PENYERANG
Daniel Sturridge Samed Yesil Jerome Sinclair Adam Morgan
No. 15 No. 36 No. 48 No. 50
01 Sep 1989 - (24) 25 May 1994 - (19) 20 Sep 1996 - (17) 21 Apr 1994 - (19)
England Germany England England

PINJAMAN
Oussama Assaidi Pepe Reina Fabio Borini Suso
No. 11 No. 25 No. 29 No. 30
15 Aug 1988 - (25) 31 Aug 1982 - (31) 29 Mar 1991 - (23) 19 Nov 1993 - (19)
Morroco Spain Italy Spain
Stoke City Napoli Sunderland Almeria

PINJAMAN
Conor Coady Jack Robinson
No. 35 No. 49
25 Feb 1993 - (20) 01 Sep 1993 - (20)
England England
Sheffield United Wolverhampton W

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger