Latest Post

Stewart Downing sah milik West Ham

Written By peminat liverpool on Rabu, 14 Ogos 2013 | 1:52 PG


Rasa sedih juga bila mendapat berita mengenai perpindahan pemain sayap Liverpool, Stewart Downing ke West Ham telah menjadi kenyataan. Mungkin sebahagian besar peminat Liverpool juga terkejut dan sedikit kecewa dengan perpindahan ini.

Sebelum berlangsungnya perlawanan persahabatan terakhir menentang Celtic tempoh hari, memang sudah kedengaran khabar-khabar angin menyatakan bahawa persetujuan untuk menjual Downing telah tercapai. Tetapi apabila melihat Downing diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan tersebut, kita menyangka perpindahan tersebut sekadar gosip liar sahaja. Rupanya ia benar-benar terjadi selepas kembalinya skuad Liverpool ke Anfield.

Sebenarnya pada awal tahun ini (perpindahan January) nama Downing sudah pun menjadi sebutan untuk dijual oleh Branden Rodgers (BR), tetapi peluang kedua yang diberi selepas menunjukkan peningkatan prestasinya membuatkan BR mengekalkannya. Malangnya prestasi yang tidak menentu serta tidak menepati cara permainan dan kehendak BR, maka tamatlah riwayat Downing di Anfield.

Apapun selamat maju jaya diucapkan kepada Downing yang telah mengikut jejak Andy Carroll ke West Ham. Segala jasa dan pengorbanan beliau selama bersama Liverpool akan sentiasa dikenang oleh peminat The Reds.


Club Friendly 2013/2014 - Celtic FC 1-0 Liverpool

Written By Unknown on Ahad, 11 Ogos 2013 | 3:04 PG


Akhirnya rekod bersih enam perlawanan dengan kemenangan lebur di aksi terakhir siri perlawanan pemanas badan sebentar tadi. Celtic FC yang bermain digelanggang sendiri menggunakan kesempatan sebaik mungkin untuk merentap kegembiraan Liverpool sebelum bermulanya liga Premier minggu hadapan.


Juara Scottish Premier League ini tidak mengambil masa yang lama untuk mendahului Liverpool. Hanya selepas 12 minit perlawanan bermula, Amido Balde menghukum kealpaan pertahanan Liverpool untuk menjaringkan gol pendahuluan. Gol berpunca dari tindakan Downing yang ingin merampas bola, tetapi malangnya bola tersebut menuju ke kawasan sendiri dan kesempatan itu digunakan oleh Amido Balde untuk mengelecek Wisdom dan melepaskan rembatan deras. Walaupun bola tersebut berjaya ditangkis oleh Mignolet, tetapi ia tetap melantun ke dalam gawang Liverpool. Tiada Agger di barisan pertahanan nampak sedikit kegoyahan berlaku.


Sebenarnya pada perlawanan ini, Liverpool memperolehi banyak peluang untuk menjaringkan gol. Bukan sahaja Aspas, malah Coutinho, Downing, Sturridge Henderson, Gerrard gagal menyempurnakan peluang yang terhidang di depan mata. Seperti penyakit lama menguasai perlawanan tapi tiada penyudah kembali terpalit pada perlawanan ini. Apatah lagi gol tandukan hasil dari jaringan Kolo Toure pula dibatalkan akibat beliau berada didalam kedudukan offside.


Setiap kejadian ada hikmahnya. Harapnya kekalahan ini menjadi suatu pengajaran dan pembelajaran berguna kepada pemain-pemain Liverpool menjelang sepak mula menentang Stoke City pada hari Sabtu nanti. Secara keseluruhannya kita tetap berpuas hati dengan kombinasi dan strategi Rodgers untuk kesemua siri jelajah perlawanan pemanas badan ini. Dengan mencetak 17 gol serta bolos 2 gol, ia membuktikan bahawa Liverpool telah bersedia untuk mengharungi musim baru 2013/2014 ini. YNWA..

LIVERPOOL : Mignolet, Enrique, Wisdom, Toure, Johnson, Lucas, Gerrard, Allen (Jordan Henderson), Downing (Jordon Ibe), Aspas (Daniel Sturridge), Coutinho

CELTIC : Zaluska (Fraser Forster); Matthews, Lustig (Daniel Fisher), Mouyokolo, Izaguirre (Stuart Findlay); McGeouch, Kayal (Paul George), Irvine, Stokes; Balde (Bahrudin Atajic), Watt (Liam Henderson)


p/s : Orang yang paling gembira Liverpool kalah ialah Suarez. Mungkin dalam hatinya berkata "itulah balasan tinggalkan aku berlatih seorang diri kat Anfield". HaHaHaHaHa.......


Undian : Capital One Cup (Round 2) 2013/2014

Written By Unknown on Sabtu, 10 Ogos 2013 | 2:44 PG


Semalam telah berlangsung undian bagi kejohanan piala Capital One yang dulu dikenali dengan Carling Cup bagi pusingan ke-2. Dalam undian kali ini Liverpool telah pun diundi bertemu dengan pasukan dari kelab Division satu Notts Country FC. Perlawanan akan dilangsungkan di Anfield.

Mengikut laman rasmi LiverpoolFC.com, tarikh perlawanan telah ditetapkan iaitu pada hari Selasa 27/08/2013 @ 19:45pm waktu tempatan. Ini bermakna waktu malaysia pula ialah pada hari Rabu 28/08/2013 @  02:45 pagi.

Berikut adalah keputusan undian pusingan ke-2 Capital One Cup bagi keseluruhan pasukan yang layak bertanding.


  1. Carlisle United v Leicester City
  2. Doncaster Rovers v Leeds United
  3. Nottingham Forest v Millwall
  4. Sunderland v Milton Keynes Dons
  5. West Bromwich Albion v Newport County
  6. Bristol City v Crystal Palace
  7. Peterborough United v Reading
  8. Barnsley v Southampton
  9. Burton Albion v Fulham
  10. Burnley v Preston North End
  11. Liverpool v Notts County
  12. Norwich City v Bury
  13. Leyton Orient v Hull City
  14. Everton v Stevenage
  15. Stoke City v Walsall
  16. Huddersfield Town v Charlton Athletic
  17. Aston Villa v Rotherham United
  18. Tranmere Rovers v Bolton Wanderers
  19. Morecambe v Newcastle United
  20. Queens Park Rangers v Swindon Town
  21. Derby County v Brentford
  22. Watford v AFC Bournemouth
  23. Yeovil Town v Birmingham City
  24. Accrington Stanley v Cardiff City
  25. West Ham United v Cheltenham Town
p/s - Sila lihat jadual dan keputusan penuh perlawanan Capital One Cup bagi musim 2013/2014 DI SINI

Jadual dan Keputusan Capital One Cup Liverpool musim 2013/2014


Berikut adalah jadual serta keputusan perlawanan bolasepak bagi Capital One Cup (dulu dikenali Carling Cup) yang membabitkan pasukan Liverpool FC bagi musim 2013/2014. Semoga ia akan memberi manfaat kepada peminat LFC sebagai panduan serta sumber rujukan untuk analisis pada waktu akan datang, kami tidak akan menghampakan peminat-peminat setia yang sentiasa bersama kami. Kami akan update keputusan dari masa ke semasa.

CAPITAL ONE CUP 2013-2014
GAME
PASUKAN
TARIKH
WAKTU
VENUE
KEPUTUSAN
2nd-round 28/08/2013 02:45
Home
4 - 2
3rd-round 26/09/2013 02:45
Away
1 - 0


** Tarikh dan waktu yang tertera di dalam jadual diatas adalah berdasarkan waktu di Malaysia (GMT +8:00)


Preview Club Friendly 2013/2014 - Celtic FC vs Liverpool


Malam nanti akan berlangsung perlawanan terakhir bagi siri perlawanan pemanas badan bagi musim 2013/2014 ini. Kali ini Liverpool yang telah mengadakan lawatan ke negara Scotland akan menjadikan pasukan Celtic FC sebagai pasukan untuk menguji kemampuan dan strategi Rodgers buat kali terakhir sebelum bermulanya kejohanan sebenar minggu hadapan.

Rekod Liverpool yang memenangi keenam-enam perlawanan persahabatan lalu menguatkan lagi azam untuk The Red memenangi perlawanan ini nanti. Walaupun ia sekadar perlawanan persahabatan, skuad Liverpool seharusnya mempamerkan permainan seperti aksi dalam kejohanan sebenar.

Keserasian Iago Aspas dengan strategi Rodgers tidak perlu lagi dipertikaikan. 4 gol yang telah berjaya dihasilkan membuatkan beliau antara mesin pencetak gol yang amat dikehendaki oleh Liverpool. Luis Alberto pula sudah mula menampakkan peningkatan. Selepas berjaya menjaringkan gol pada perlawanan menentang Valerenga lalu, kita mengharapkan beliau dapat meneruskan prestasi cemerlangnya pada perlawanan ini.

Dari keseluruhan pemain yang bakal diturunkan, Rodgers pastinya akan mencuba beberapa gandingan pemain serta tektikal terakhir bagi memastikan persediaan pasukan benar-benar mantap. Dengan memiliki banyak pemain yang mampu memberi impak besar kepada pasukan, memang kita akui, musim baru ini Rodgers benar-benar bersedia untuk menakluki empat tangga teratas liga. Semoga harapan dan impian kita tercapai hendaknya.

CELTIC FC vs LIVERPOOL
Sabtu - 10/08/2013 - 23:55pm
Channel - ASTRO 816|834


Jay Spearing sah milik Bolton Wanderers

Written By Unknown on Jumaat, 9 Ogos 2013 | 8:30 PTG


Liverpool secara rasminya telah menjual pemain tengahnya Jay Spearing ke Bolton dengan anggaran bayaran £1.75 juta. Spearing yang berumur 24 tahun telah menandatangani kontrak selama empat tahun dengan kelab yang bermain di liga Championship ini selepas lulus pemeriksaan perubatan pada hari Khamis semalam.

Pada musim 2012/2013 Spearing sebenarnya telah pun dipinjamkan ke kelab Bolton ini, dimana beliau telah pun memenangi anugerah pemain terbaik dalam anugerah tahunan Bolton. Menyingkap kerjaya Spearing, selepas lulus dari akademi kelab Liverpool dan diserap secara tetap di bawah Kenny Dalglish, beliau telah pun berjaya membuat 55 penampilan bersama Liverpool. Walau bagaimanapun, beliau tidak muncul dalam perlawanan liga di bawah Brendan Rodgers dan dianggap lebihan kepada keperluan.

Semoga Jay Spearing berjaya bersama pasukan Bolton Wanderers.


Suarez tuduh Liverpool langgar kontrak


Apa saja nak jadi dengan ayam tambatan Liverpool yang seorang ni. Ingatkan selepas Ian Ayre menyatakan Suarez akan kekal di Anfield, maka semua spekulasi akan berhenti. Rupanya ia semakin menjadi-jadi. Mungkin sudah tiba masanya Liverpool merelakan pemergian suarez ke kelab mana yang berminat dengannya. Semakin disimpan, semakin naik kepala pula jadinya.

Jika ditanya kepada semua pemain bolasepak profesional, siapa yang tak mahu untuk beraksi di gelanggang Eropah (Champion League). Pasti semua mempunyai keinginan, lagi-lagi jika mereka merasakan bahawa diri mereka sedang berada dipuncak prestasi yang baik. Jadi tidak salah pun kalau Suarez juga berkeinginan untuk bermain bersama kelab yang layak ke Champion League.

Cuma bagi saya, cara Suarez ini amatlah kurang menyenangkan kita semua. Peristiwa Torres berpindah ke Chelsea masih lagi belum sembuh, inikan pula Suarez ingin berhijrah ke Arsenal. Persoalannya, kenapa Arsenal? Kenapa beliau tidak memilih untuk berhijrah keluar dari England. Jika beliau menghormati penyokong-penyokong Liverpool, sudah pasti beliau tidak akan memilih ke Arsenal.

Selain itu, alasan berpindah disebabkan Liverpool gagal ke Champion League juga amat sukar untuk diterima. Memang terma janji didalam kontrak ada menyatakan bahawa Suarez boleh berpindah jika Liverpool gagal ke Champion League dan juga harga tawaran melepasi 40 juta. Persoalannya, berapa kali beliau buat perangai didalam kem Liverpool. Digantung perlawanan mengigit orang, kad kuning dan macam-macam lagi yang menyebabkan Liverpool gagal untuk menggunakan khidmatnya diatas padang. Jadi bukankah itu salah satu punca Liverpool kurang menyerlah.

Jadi disini diharapkan Suarez dapatlah mengeluarkan kenyataan tu agar tidak menyakiti mana-mana pihak. Bagi Liverpool juga biarlah Suarez pergi kerana apa guna kita simpan pemain yang hatinya tidak berada di Anfield. Berdasarkan pembelian yang ada, nampaknya sudah memadai dengan penampilan yang penuh bergaya ditunjukkan oleh Iago Aspas untuk mengantikan posisi Suarez tersebut. Patah tumbuh hilang berganti, berpindah ke England pasti akan kena boo nanti. hehehe

psss- Kalau nak merasa siku Agger, pegilah ke kelab dalam England...

Club Friendly 2013/2014 - Valerenga 1-4 Liverpool

Written By Unknown on Khamis, 8 Ogos 2013 | 6:00 PG


Perlawanan persahabatan musim panas yang ke-6 ini menunjukkan Liverpool terus maju dan bersedia dalam persiapan menjelang musim baru 2013/2014 ini. Walaupun beraksi di arena lawan, Liverpool berjaya memperolehi kemenangan mengatasi pasukan Velerenga dengan keputusan 1-4.

Secara keseluruhannya 6 perlawanan persahabatan yang telah dilalui, Liverpool berjaya menyapu bersih rekod kemenangan keenam-enam perlawanan. Liverpool telah mencetak 17 gol serta bolos 1. 1 gol yang telah pecah dalam perlawanan ini di tangan Brad Jones. Ia berpunca dari kegagalan Henderson untuk mengawal rapi Gonzalez untuk menyamakan kedudukan selepas Liverpool mendahului melalui Luis Alberto.

Paling terbaik, Iago Aspas telah menunjukkan bahawa pembelian Liverpool terhadap beliau amatlah berbaloi. 4 gol telah berjaya dicipta sepanjang sesi perlawanan pemanas badan ini. Jadi disini kita sudah boleh berkira-kira seandainya Suarez pergi, kita sudah ada bakal penganti mesin pencetak gol.

Selepas jaringan kedua melalui Aspas, separuh masa kedua Liverpool terus menambah lagi jaringan. 2 gol lagi telah berjaya dicipta hasil jaringan Martin Kelly dan Raheem Sterling. Persefahaman semakin mantap. Harap ia akan berkekalan sehingga kehujung musim nanti.

Selepas ini Liverpool kan berkunjung ke Celtic pula untuk menamatkan kempen perlawanan persahabatan musim baru ini. Perlawanan akan berlangsung pada tengah malam minggu 10/07/2013 jam 12:00 tengah malam. Semoga Liverpool mampu untuk mencipta rekod kemenangan bersih dalam siri jelajah kali ini.


 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger