Latest Post

BPL 2013/14 (Game 31) - Liverpool 2-1 Sunderland

Written By saleehs gerrard on Jumaat, 28 Mac 2014 | 6:00 PTG


Perlawanan diantara Liverpool dan Sunderland adalah perlawanan pelengkap bagi Liverpool untuk minggu ke 31. Perlawanan yang sepatutnya dilangsungkan pada 8 Mac lalu, terpaksa di tunda pada awal pagi Khamis lalu kerana memberi laluan kepada pasukan Sunderland untuk meyempurnakan permainan dalam piala FA.

Lebih sebulan Stadium Anfield sunyi akibat langsung tiada perlawanan yang dilangsungkan oleh skuad senior Liverpool disini. Oleh sebab itu juga ada sedikit kekok diantara pemain-pemain Liverpool apabila berhadapan dengan penyokong sendiri. Walaupun pada asasnya Liverpool menguasai hampir keseluruhan perlawanan, tetapi pemin-pemain gagal menyudahkan peluang yang ada.

Gerrard yang sudah lama tidak mengambil sepakan percuma berhampiran kotak penalti telah berjaya membuktikan sentuhannya masih berbisa. Sepakan percuma yang cantik menuju ke penjuru gawang gagal diselamatkan oleh Mannone untuk Liverpool mendahului pada separuh masa pertama.

Sturridge yang sudah sebulan kemarau gol, telah kembali menemui sentuhannya untuk membawa Liverpool terus mendahului dengan selesa 2-0 diawal-awal perlawanan di separuh masa kedua. Sturridge sebenarnya mampu untuk menambah dua lagi gol. Malangnya percubaan pertamanya terkandas oleh kelibat Suarez dihadapan gol sementara percubaan keduanya mengenai palang gol dan melantun keluar.


Sememangnya diakui, kemasukan Ki. Sung-Yueng telah banyak mengkucar kacirkan barisan pertahanan Liverpool. percaturan Gus Poyet memasukkan Ki Sung-Yueng dan Adam Johnson telah banyak megubah corak permainan Sunderland. Hasilnya akibat Ki Sung-Yueng berjaya menjaringkan gol  untuk merapatkan kedudukan menjadi 2-1. Tindakan Rodgers mengeluarkan Sturridge dan memasukkan Sterling langsung tidak menampakkkan ketajaman dibahagian serangan malahan Liverpool kena serang semula lagi ada.

Apapun keputusan 2-1 berjaya dikekalkan hingga tamat perlawanan. Dengan kemenangan ini Liverpool terus kekal ditangga kedua liga dan hanya dipisahkan satu mata sahaja dengan pendahulu liga Chelsea. Seandainya Liverpool mampu untuk meneruskaan kecemerlangannya, kita pasti Liverpool mampu untuk memintasnya di selekoh terakhir nanti. YNWA.


LIVERPOOL : Mignolet, Flanagan, Johnson, Skrtel, Agger, Gerrard, Allen, Henderson, Coutinho, Suarez, Sturridge (Sterling)
SUBS : Jones, Sterling, Aspas, Sakho, Lucas, Cissokho, Moses

SUNDERLAND : Mannone, Bardsley, Dossena (Colback), Brown, O'Shea, Vergini, Cattermole, Bridcutt, Giaccherini (Johnson), Altidore, Wickham (Ki)
SUBS : Ki, Larsson, Johnson, Colback, Roberge, Scocco, Ustari


Liverpool vs Sunderland 2-1 ~ All Goals...


BPL 2013/14 (Game 30) - Cardiff City 3-6 Liverpool

Written By saleehs gerrard on Ahad, 23 Mac 2014 | 3:33 PG


Ingat pasukan Chelsea saja ke yang boleh buat keputusan perlawanan macam keputusan main tenis. Liverpool pun boleh jugalah. Walaupun bolos tiga gol, kena ingat Liverpool main di gelanggang lawan dan juga melawan pasukan yang cukup sebelas pemain hingga tamat perlawanan. Tak macam Chelsea yang membelasah Arsenal 6-0 dan Manchester City membelasah Fulham 5-0 tu. Selain mereka bermain di gelanggang sendiri, mereka juga menentang pasukan lawan yang bermain 10 orang. So Liverpool ni kiranya masih hebat lagi lerkan. hehehe.

Pada perlawanan menentang pasukan Cardiff City ini, Liverpool memulakan perlawanan dengan keadaan agak kelam kabut. Liverpool seperti masih lagi berada ditahap honeymoon diatas kemenangan dengan Manchester United minggu lalu. Terlalu banyak memberi ruang untuk pemain-pemain Cardiff bergerak bebas telah membuatkan dua kali pasukan Cardiff mendahului. Nasib baik pemain-pemain cepat sedar dan mampu untuk kembali berada dilandasan yang sebenar apabila berjaya menyamakan kedudukan 2-2 sehingga tamat separuh masa pertama melalui jaringan Suarez dan Skrtel.


Skrtel pemain yang hebat untuk musim ini. Walaupun diwaktu mabuk ketumnya mampu untuk menjaringkan gol sendiri, ada waktunya ok dialah menjadi penyumbang gol dalam kebangkitan pasukan Liverpool. Mungkin kita masih ingat sewaktu dua gol jaringannya ketika Liverpool membelasah pasukan Arsenal 5-1 dahulu. Pada perlawanan ini sekali lagi beliau telah mengukir nama sebanyak dua kali sebagai penjaring gol. Jika kita lihat kehebatan Skrtel menjaringkan gol ini bukan sahaja melalui tandukkannya, malahan tapak kasutnya juga mampu untuk menolak bola ke dalam gawang pasukan lawan. Gol kedua dari Skrtel inilah yang telah membawa angin perubahan untuk Liverpool lebih ganas merobek gawang pasukan Cardiff.

Seperti biasa juga apabila Suarez sudah kembali menemui sentuhannya, sudah pasti pasukan lawan akan menjadi lebih gementar. Ini terbukti selepas manjaringkan satu gol pada separuh masa pertama, Suarez terus mencipta lagi dua gol tambahan yang menjadikan jaringan hattrik pada perlawanan ini. Dengan jaringan hattrik ini Suarez telah mengumpul 28 gol keseluruhan dalam kempen Premier League. Rasanya dah tiada siapa boleh kejar Suarez untuk mendapatkan anugerah kasut emasnya itu.


Sturridge yang masih juga mengekalkan sikap bermain secara kedekut adakalanya juga tetap tidak menghampakan. Hasil persefahaman dan budi yang baik, Suarez tanpa segan silu telah melorongkan bola untuk Sturridge menyumbangkan satu gol pada perlawanan ini. Tetapi yang masih menjadi satu trauma kepada kita, bahagian pertahanan Liverpool masih lemah untuk mudah dibocori oleh pihak lawan. Bayangkan ketga-tiga gol yang dihasilkan oleh Cardiff tersebut boleh dianggap mudah. Itulah akibatnya pemain pertahanan sering lalai dan gagl untuk memupuk persefahaman yang jitu.

Apapun tiga mata berharga terus berjaya dikekalkan untuk Liverpool terus menghimpit pasukan Chelsea di puncak liga dengan perbezaan 4 mata dan Liverpool masih lagi hutang satu perlawanan. Dengan kemenangan ini juga Liverpool telah mencatat kemenangan untuk kali ke-6 berturut-turut serta masih belum tewas lagi disaingan Premier League untuk tahun 2014 ini. Harapnya Liverpool mampu untuk mengekalkan rentak kemenangan yang berterusan bagi mengekalkan tempat untuk layak ke kejohanan Champion League musim hadapan dan seterusnya memintas Chelsea untuk Liverpool bergelar juara liga bagi musim 2013/14 ini. YNWA.


CARDIFF CITY : Marshall; Fabio, Theophile-Catherine, Caulker, Cala, John (Zaha), Medel, Kim (Daehli), Mutch; Bellamy (Jones), Campbell
SUBS : Lewis; Turner, Whittingham, Jones, Gunnarsson, Daehli, Zaha

LIVERPOOL : Mignolet, Johnson, Flanagan (Cissokho), Agger, Skrtel, Gerrard, Allen, Henderson, Coutinho (Sterling), Suarez, Sturridge (Sakho)
SUBS : Jones, Sakho, Cissokho, Lucas, Moses, Sterling, Aspas



Cardiff City vs Liverpool 3-6 ~ All Goals...


BPL 2013/14 (Game 29) - Manchester United 0-3 Liverpool

Written By saleehs gerrard on Isnin, 17 Mac 2014 | 2:10 PG


Alaaaa... lawan team main sepuluh orang bolehlah menang. Lagi-lagi dapat dua gol melalui penalti. Dasar pengadil berat sebelah. Siap bagi tiga kali penalti pula tu. Menang nasib je Liverpool ni. puiiiii...
Itulah ungkapan yang pasti akan terkeluar dari mulut-mulut peminat setia Manchester United. Pasti mereka tidak boleh menerima kenyataan diatas keputusan-keputusan pengadil yang membuatkan mereka terus menghuni didalam GUA. Keutuhan Old Trafford musnah tanpa berbalas apabila Gerrard berjaya menjaringkan gol melalui dua penaltinya disusuli Suarez melengkapkan malam kegemilangan The Reds.


Jika dilihat pada separuh masa pertama, bola sebenarnya lebih banyak berada dikawasan tengah padang berbanding percubaan-percubaan merbahaya yang berjaya dihasikan oleh kedua-dua pasukan. Liverpool lebih banyak mempamerkan aksi bertahan sebelum membalas dengan gerakan pantas. Walaupun adakalanya Liverpool cuba menukar rentak permainan, tetapi pertahanan MU yang diketuai oleh Vidic berjaya mengekang asakan.

Selepas ketinggalan 0-1 di separuh masa pertama, babak kedua MU berhajat besar untuk mencari gol penyamaan. Malangnya hanya selepas 2 minit perlawanan bersambung, Liverpool sekali lagi memperolehi sepakan penati yang berjaya disudahkan oleh Gerrard. Tersentak dan bengang punya pasal, pemain-pemain MU mengamuk untuk mengasak kawasan Liverpool. Van Persie dan Rooney bertungkus lumus membuat percubaan malangya ebih banyak yang tersasar berbanding yang tepat. Kalau tepat pun sudah tentu berjaya dinafikan oleh Mignolet.


Malam malang MU nampak akan berterusan. Tindakan Vidic menjatuhkan Sturridge dalam kotak penalti telah menghadiahkan penallti untuk kali ke 3 serta layangan kad kuning kedua merangkap kad merah untuk Vidic. Tetapi malang juga bagi Liverpool untuk menambah gol ke-3 apabila sepakan penalti Gerrard terkena tiang gol dan melatun keluar. Mungkin Gerrard pun naik segan nak score penalti. Kalau tak dah tentu hattrik penalti tercipta.  Walau bagaimanapun kekecewaan itu tidak lama. Suarez yang terlepas dari perangkap offside berjaya menebus kegagalan Gerrard untuk menghasilkan gol ke-3 merangkap gol ke-25 untuk dirinya bagi musim ini.

Sepatutnya Liverpool mampu untuk lebih lagi berpesta gol. Tetapi sikap Sturridge yang masih bermain secara kedekut telah membuatkan kawan-kawan lain yang berpeluang untuk menjaringkan gol kecewa. Lucas telah kembali dari MC panjang apabila dimasukkan pada penghujung perlawanan. Begitu juga Sakho yang tersenarai dalam pemain simpanan. Ini adalah perkembangan sihat untuk menjamin kemantapan pasukan Liverpool akan terus terjamin. Apapun menang 0-3 sudah memadai untuk terus mengheret MU ke lembah kehinaan. Yang terbaiknya Banner dari penyokong Liverpool amat pedih untuk dibaca oleh penyokong MU. " David Moyes is a football genius". Pujian ikhlas dari Liverpool. Ikhlas yang penuh bermakna.


#pray4MU03


MANCHESTER UNITED : De Gea; Rafael, Jones, Vidic, Evra; Mata, Fellaini, Carrick, Januzaj; Rooney, van Persie
SUBS : Lindegaard, Ferdinand, Cleverley, Kagawa, Valencia, Young, Welbeck

LIVERPOOL : Mignolet, Flanagan, Johnson, Agger, Skrtel, Gerrard, Henderson, Allen, Sterling, Suarez, Sturridge
SUBS : Jones, Sakho, Cissokho, Lucas, Coutinho, Moses, Aspas




BPL 2013/14 (Game 28) - Southampton 0-3 Liverpool

Written By saleehs gerrard on Ahad, 2 Mac 2014 | 1:07 PTG


Selepas mengharungi empat perlawanan terakhir liga premier dan satu perlawanan piala FA tanpa sebarang jaringan, akhirnya Luis Suarez telah menamatkan bulan tanpa gol oleh dirinya pada perlawanan malam tadi. Satu gol pendahuluan Suarez ini adalah gol penaik semangat pasukan Liverpool untuk mengatasi Southampton di St. Mary's dengan keputusan 0-3. Kali terakhir Suarez menjaringkan gol adalah pada 29 Januari lalu ketika membantu Liverpool membenam cabaran Everton di Anfield dengan 4-0.

Liverpool mengambil masa 15 minit selepas wisel perlawanan dimulakan untuk mendahului Southampton. Gerakkan satu dua antara Suarez dan Sturridge serta dibantu kesilapan yang telah dilakukan oleh pertahanan Southampton menjadikan tugas Suarez lebih mudah untuk membuat sepakan leret menewaskan penjaga gol Southampton. Gerakkan ini adalah terhasil dari serangan kilat setelah kubu Liverpool diasak sejak awal permainan lagi.


Tersentak dengan gol tersebut, pemain-pemain Southampton terus melipat gandakan asakan ke kawasan Liverpool. Lallana hampir menyamakan kedudukan apabila berjaya membuat percubaan kearah gawang gol Liverpool, tetapi malangnya bola tersebut terkena tiang dan melantun kembali keluar dikala Mignolet sudah pun tersalah langkah. Disebalik serangan-serangan Southampton ini, sekali sekala Liverpool cuba mencuri-curi buat serangan hendap. Walau bagaimanapun tamat separuh masa pertama, keputusan masih kekal 0-1.

Separuh masa kedua,  pemain-pemain Southampton masih bernafsu untuk mengasak kubu Liverpool seperti yang dilakukan sebelum ini. Melihatkan kurang keberkesanan Coutinho pada perlawanan ini, Brendan Rodgers segera mengeluarkannya untuk digantikan oleh Sterling. Apa yang menariknya tidak sampai satu minit Sterling masuk, beliau telah berjaya menjaringkan gol kedua untuk Liverpool. Hasil gerakkan menarik yang ditunjukkan oleh Suarez telah menyilang bola ke hadapan gawang untuk disempurnakan oleh Sterling dengan baik sekali.


Sewaktu keputusan 0-2 ini dilihat bakal kekal hingga ke wisel penamat, Suarez sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila beliau telah mendapatkan penalti untuk pasukan Liverpool. Akibat kelincahan Suarez melepasi kawalan, Fonte mengambil keputusan untuk menyekat beliau betul-betul didalam kotak penalti. Seperti biasa pakar sepakan penalti merangkap kapten Liverpool, Steven Gerrard berjaya menyudahkan sepakan penalti tersebut untuk menambahkan derita pasukan Southampton dengan keputusan 0-3 hingga tamat perlawanan.

Pada perlawanan ini, walaupun Liverpool berjaya mempertahankan gawangnya dari dibocori, tetapi masih lagi terserlah kelemahan dan kelonggaran dalam mengawasi pergerakkan penyerang lawan. Sememangnya diakui Liverpool lebih banyak menggunakan sistem permainan bertahan dan menyerang balas ketika peluang tiba. Walaupun pada satu-satu masa ada 5 hingga 6 pemain Liverpool berkampung dikawasan pertahanan sendiri, nampak masih mudah untuk penyerang-penyerang Southampton meloloskan diri untuk membuat hantaran serta percubaaan yang merbahaya. Brendan Rodgers perlu menitik beratkan pertahanan untuk lebih kukuh dimasa akan datang. Jika perlu gunakan konsep kuih lapis pun tak mengapa. Yang penting dapat melumpuhkan serangan pihak lawan.


Dengan kemenangan ini, Liverpool telah memintas pasukan Arsenal untuk melonjak ke tangga kedua liga dibawah pasukan Chelsea. Arsenal yang tewas mengejut ke atas Stoke City, terpaksa akur untuk menduduki tangga ke-3. Perlu diingat kedudukn Liverpool ketika ini bukanlah kedudukan yang selamat. Ini kerana pasukan Manchester City masih berhutang dua perlawanan liga. Jadi seandainya Liverpool mampu untuk meneruskan kecemerlangan ini hingga ke akhir musim, pasti para penyokong mampu untuk senyum hingga ke telinga. YNWA.


SOUTHAMPTON : Boruc, Chambers, Fonte, Lovren, Shaw, Cork (Wanyama), Schneiderlin, Davis (Ramírez), Lallana, Rodriguez, Lambert (Gallagher)
SUBS : Gazzaniga, Clyne, Yoshida, Ramírez, Wanyama, Ward-Prowse, Gallagher

LIVERPOOL : Mignolet, Johnson, Agger, Skrtel, Flanagan, Gerrard, Allen, Henderson, Coutinho (Sterling), Sturridge (Aspas), Suarez
SUBS : Jones, Toure, Cissokho, Moses, Aspas, Sterling, Teixeira



Southampton vs Liverpool 0-3 ~ All Goals... by SportChannel


 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger