Home »
1st
,
BERITA
,
LIVE STREAMING
,
LIVERPOOL
,
PREMIER LEAGUE
,
PREVIEW
,
TERKINI
» Preview : BPL 2013/14 (Game 16) - Tottenham Hotspur vs Liverpool
Preview : BPL 2013/14 (Game 16) - Tottenham Hotspur vs Liverpool
Written By Unknown on Sabtu, 14 Disember 2013 | 4:01 PG
White Hart Lane adalah nama stadium yang cukup kuat badi kekalahannya kepada Liverpool. Lima musim sebelum ini, Liverpool tidak pernah menang apatah lagi seri di stadium yang penuh keramat bagi pemain Spurs ini. Kali terakhir Liverpool memenangi perlawanan di stadium ini ialah pada penghujung musim 2007/08 iaitu ketika dibawah didikan Rafael Benitez dan gol-gol telah pun dijaringkan oleh Torres dan Voronin untuk Liverpool menang 2-0.
Tanpa Gerrard, Sturridge dan Enrique yang berehat panjang akibat kecederaan, adakah mampu untuk pemain-pemain Liverpool yang lain untuk mengelakkan badi kekalahan yang berterusan melanda di stadium White Hart Lane ini. Jika diukur pada dua perlawanan yang lalu, kita sebenarnya sudah mampu tersenyum diatas persembahan yang menakjubkan telah ditunjukkan oleh pemain-pemain muda kita. Henderson, Sturridge dan Coutinho masing-masing telah berada pada tahap terbaik untuk membarisi bahagian tengah serta serangan Liverpool. Cuma yag perlu mereka perbaiki ialah sikap gelojoh ketika berada dihadapan gol untuk mengelakkan mereka mensia-siakan peluang yang terhidang seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini.
Ketiadaan Sturridge walaupun masih dirasai, tetapi kekosongan itu mampu untuk diisi oleh Suarez dengan jayanya. Begitu juga dengan kecederaan Gerrard, sudah pasti posisinya akan diambil alih oleh Allen yang juga telah kembali bersinar untuk mengemudi barisan tengah seperti sebelum ini. Pasangannya sudah tentulah bersama Lucas yang bakal membantu barisan pertahanan dimasa-masa yang diperlukan. BR rasanya akan sekali lagi mempertaruhkan kelibat Flanagan untuk mengisi pertahanan kiri sementara Johnson akan terus berada disebelah kanan. Kecemerlangan Sakho yang menjadi kereta kebal bergandingan dengan Skrtel pasti akan ditagih kembali untuk membina kubu kental menghadapi serangan maut dari penyerang Spurs.
Di pihak Spurs pula selepas tewas kepada pasukan Newcastle dan paling teruk kalah 6-0 kepada Manchester City pada pertengahan November lalu, mereka terus bangkit mencipta kemenangan demi kemenangan dalam lima perlawanan terakhir kecuali sekali seri ketika menentang pasukan Manchester United. Pemain mereka yang paling merbahaya sudah tentulah Roberto Soldado serta Gylfi Sigurdsson yang telah mencipta 4 dan 3 gol untuk pasukannya.
Sebenarnya pasukan Spurs ini masih boleh dikategorikan pasukan yang buntu untuk membuat banyak jaringan. Setakat ini sahaja mereka hanya mampu menjaringkan 15 gol sahaja di dalam liga berbanding 16 gol yang telah mereka lepaskan. Apa yang merbahayanya setiap pemainnya mampu untuk menjaringkan gol seandainya peluang terhidang dihadapan mata. Rombakan pasukan besar-besaran yang telah dibuat oleh pengurus mereka Villa Boas sedikit sebanyak telah memberi tentangan hebat dan hanya dipisahkan 3 mata sahaja dengan Liverpool untuk menduduki tangga ke-6 liga. Jadi sebarang kesilapan yang bakal dilakukan oleh pemain Liverpool akan mengundang padah untuk membawa pasukan jatuh anak tangga.
Dua pengurus muda bakal bertembung untuk membuktikan siapakah yang sebenarnya layak diiktiraf pengurus muda terbaik. Satu setengah tahun mengemudi Liverpool, BR pastinya mendapat sedikit kelebihan berbanding Villa Boas yang setahun jagung di Spurs. Harapannya BR tidak akan melakukan kesilapan-kesilapan bodoh yang bakal mengundang kejatuhan Liverpool. Tidak perlu untuk memenangi perlawanan dengan jumlah jaringan besar, cukup sekadar untuk memungut tiga mata penuh. Tapi seandainya Hugo Lloris bermurah hati untuk membiarkan gawangnya dikerjakan oleh Suarez, apa salahnya. Rezeki jangan ditolak. hehehe.
TOTTENHAM HOTSPUR vs LIVERPOOL
[Game 16 | Barclays Premier League 2013/14]
Venue : White Hart Lane Stadium
Tarikh : 15 December 2013 | Ahad
Waktu : 11:55 malam
Channel : Astro SuperSport [CH810] | Astro SuperSport HD [CH831 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 (register user sahaja)
Label:
1st,
BERITA,
LIVE STREAMING,
LIVERPOOL,
PREMIER LEAGUE,
PREVIEW,
TERKINI
Catat Ulasan