Home » , , , , , , , » BPL 2013/14 (Game 16) - Tottenham Hotspur 0-5 Liverpool

BPL 2013/14 (Game 16) - Tottenham Hotspur 0-5 Liverpool

Written By Unknown on Rabu, 18 Disember 2013 | 1:02 PG


"Malam pesta muda mudi, bertemasya dan menari.....". Begitulah alkisahnya yang terjadi di stadium White Hart Lane pada hari Ahad lalu. Stadium yang penuh dengan badi kekalahan selama hampir enam tahun, akhirnya dileburkan dengan kenduri gol oleh pemain-pemain muda Liverpool. 0-5 adalah sesuatu keputusan yang diluar jangkaan kita apatah lagi bermain di stadium keramat pihak lawan.

Tanpa Gerrard dan juga Sturridge, Liverpool masih lagi mampu untuk kenduri gol. Suarez yang diberi kepercayaan untuk memikul tugas sebagai kapten pasukan telah berjaya mewujudkan suasana kucar kacir dibarisan pertahanan Spurs. Dua gol dan dua assist telah berjaya beliau hasilkan pada perlawanan ini. Ini telah menjadikan secara keseluruhannya Suarez sudah menjaringkan 17 gol dalam liga pada musim ini.


Yang lebih menarik tanpa Gerrard juga Henderson yang dianugerahkan MOTM telah menerajui barisan tengah dengan amat baik sekali serta berjaya menghasilkan 1 gol. Tetapi siapa juga sangka pemain muda yang menngkat naik seperti Flanagan juga telah berjaya menghasilkan jaringan ala-ala Gerrard. Sterling juga tidak menghampakan dengan satu gol yang terakhir walaupun sebenarnya beliau boleh menjaringkan lebih gol seandainya bijak memanfaatkan peluang yang terhidang.

Sepatutnya Liverpool mampu untuk lebih mencipta lebih dari 5 gol. Nasib yang kurang baiknya percubaan dari Coutinho mengenai palang dan juga tandukan Sakho pula mengenai tiang. Beberapa keputusan pengadil yang nampak lebih berpihak kepada Liverpool sedikit sebanyak telah membantu untuk memberi lebih tekanan kepada pasukan Spurs. Keputusan pengadil yang melayangkan kad merah kepada Paulinho juga adalah tepat kerana nampak seperti sengaja beliau menerjah tapak stut kedada Suarez.


Kekentalan barisan pertahanan yang diketuai Skrtel dan Sakho juga membuatkan pemain Spurs hilang punca. Kombinasi Lucas dan Allen berjaya mengerakkan barisan tengah dengan lebih mantap dan sempurna. Secara keseluruhannya keberanian BR untuk mempertaruhkan kelibat pemain-pemain muda telah mula nampak membuahkan hasil yang lumayan. Selepas ini pemain-pemain lain perlu berkerja lebih keras lagi untuk menambat hati BR dalam pemilihan barisan kesebelasan utama.

Selepas ini pasukan Liverpool akan embali bermain di Anfield untuk menerima kunjungan pasukan yang dimiliki oleh jutawan Malaysia iaitu Cardiff City. Harapannya, momentum kemenangan akan terus bersama pasukan kesayangan kita ini. YNWA.


TOTTENHAM HOTSPUR : Lloris; Walker, Capoue, Dawson, Naughton (Fryers); Paulinho (red card-62'), Sandro (Holtby); Lennon, Dembele (Townsend), Chadli; Soldado
SUBS : Friedel, Fryers, Holtby, Lamela, Townsend, Sigurdsson, Defoe

LIVERPOOL : Mignolet, Flanagan, Sakho, Skrtel, Johnson, Allen, Lucas (Alberto), Henderson, Sterling, Coutinho (Moses), Suarez
SUBS : Jones, Kelly, Agger, Toure, Moses, Aspas, Alberto


Tottenham vs Liverpool (0-5) All Goals... by mojogoals


# Akibat kekalahan 0-5 yang memalukan ini, pemilik Tottenham Hotspur telah memecat Andre Villa Boas serta merta akibat kegagalannya untuk membimbing pasukan dengan baik. 100 juta yang dibelanjakan untuk membeli pemain langsung tidak membawa sebarang erti kepada pasukan Spurs.

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger