Home » , , , , , , » Preview : BPL 2013/14 (Game 35) - Norwich City vs Liverpool

Preview : BPL 2013/14 (Game 35) - Norwich City vs Liverpool

Written By Unknown on Ahad, 20 April 2014 | 3:33 PG


Minggu ini adalah minggu yang cukup menggembirakan. Selepas mengalahkan pasukan Manchester City 3-2 Ahad lalu, kita di khabarkan pula kegembiraan dan keajaiban yang telah dilakukan oleh pasukan Sunderland. Sunderland adalah pasukan yang bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran EPL telah berjaya membantu Liverpool untuk menyukarkan lagi peluang dua pasukan pesaing bagi merebut gelaran juara liga.

Selepas mengikat Manchester City 2-2 di Etihad, hari ini Chelsea pula menjadi mangsa terbaru Sunderland. Bermain di Stamford Bridge bukanlah lesen untuk memperolehi kemenangan mudah apatah lagi dengan kebanggaan rekod mourinho disini yang 77 perlawanan tidak pernah kalah. Pemain yang dipinjamkan oleh Liverpool ke Sunderland, Borini telah melenyapkan impian Chelsea buat seketika apabila jaringan melalui penaltinya memberikan kemenangan bergaya 2-1 Sunderland. Wajarkah Borini diberi peluang kali kedua untuk Liverpool ada musim hadapan?

Dipendekkan cerita, apa yang terjadi kepada dua pasukan tersebut adalah peluang untuk Liverpool menjarakkan lagi mata jauh dari mereka. Peluang mesti disempurnakan apabila Liverpool berkunjung ke Carrow Stadium hari ini untuk menentang pasukan Norwich City.

Mengikut rekod pertemuan dengan Norwich dibawah kendalian Bendan Rodgers ini, Liverpool sebenarnya tidak mempunyai masalah daan cabaran besar untuk mudah menjinakkan mereka. Dua kali pertemuan di musim 2012/13 serta satu pertemuan dimusim ini dimenangi oleh Liverpool dengan penuh bergaya sekali. Liverpool menang 2-5 dan 5-0 pada musim lalu serta menang 5-1 pada musim ini. Semuanya lima gol.

Tetapi janganlah dijadikan rekod tersebut sebagai suatu kejayaan yang belum pasti. Harus diingat, pasukan Norwich ini masih belum berada dalam kedudukan selamat dari zon penyingkiran EPL. Menduduki tangga ke 17 liga bukanlah lesen untuk mereka bermain sambil lewa apatah lagi hanya dibezakan 2,3 mata dari tiga pasukan terbawah liga yang lain. Ini menjadikan pasukan Norwich akan bermain mati-matian untuk membenam Liverpool dan menyelamatkan diri dari tergolong dalam kelompok tersingkir.

Tanpa kelibat Henderson yang digantung tiga perlawanan akibat kad merah yang diperolehi ketika menentang Manchester City lalu, bukanlah alasan untuk Liverpool goyah. Brendan Rodgers pasti akan menggunakan khidmat Joe Allen ataupun Lucas untuk bergandingan dengan Gerrard. Mungkin akan sedikit terasa akibat kehilangan Henderson yang tidak pernah terlepas sebarang perlawanan liga sebelum ini. Harapnya Liverpool mampu untuk mencapai impian yang diimpikan.

Macam biasa berapa jaringan yang mesti dijaringkan adalah tidak penting. Tiga mata berharga itulah yang mesti diperolehi. Andainya boleh kenduri gol, memang tabik spring. Andainya 1 gol pun sudah memadai. Yang penting kita penyokong Liverpool happy. YNWA.


NORWICH CITY vs LIVERPOOL
[Game 35 | Barclays Premier League 2013/14]

Venue : CARROW Stadium
Tarikh : 20 April 2014 | Ahad
Waktu : 07:00 Malam
Channel : Astro SuperSport [CH810] | Astro SuperSport HD [CH831 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 | LINK 6 (register user sahaja)


Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger