Home » , , , , , , , » BPL 2013/14 (Game 25) - Liverpool 5-1 Arsenal

BPL 2013/14 (Game 25) - Liverpool 5-1 Arsenal

Written By Unknown on Ahad, 9 Februari 2014 | 12:53 PTG


5-1? Apa kejadahnya keputusan macam ni. Berapa harga Arsene Wenger jual perlawanan ini. Bukan nak bongkak atau riak, tapi memang terkejut dan di luar jangka dengan keputusan perlawanan diantara Liverpool dan Arsenal malam tadi. Paling terakhir pasukan Liverpool menang besar dalam liga dengan pasukan Arsenal ini adalah pada musim 2006/07 berkeputusan 4-1 di Anfield. Selebihnya kalau Liverpool menang pun beza 2 gol sahaja. Seri dan kalah tu jangan cakap ler.

Dalam masa 20 minit perlawanan bermula, empat kali pintu gol Arsenal bocor. Kalau dibahagikan masa tu, bermakna setiap 5 minit Liverpool jaringkan gol. Kalau nak kira angan-angan kosong separuh masa pertama tu, mahu 7 atau 8-0 Liverpool belasah Arsenal. Tapi nasib baiklah rembatan deras Suarez terkena tiang dan tolakkan susulan dari Toure selepas itu sipi terkelur dari gol. Itu belum lagi peluang yang dimiliki oleh Sturridge, Sterling, Ibe dan Coutinho. Kira masih ada lagi rasa simpati nak kenduri lebih.


Skrtel malam tadi dah jadi macam main di posisi penyerang. Dua biji di jaringkan dan andainya boleh cipta hattrik, memang terciptalah rekod dunia baru bahawa pemain pertahanan boleh buat hattrik. Begitu juga dengan Sterling, dua biji gak dia sumbat walaupun sebenarnya bukan sahaja hattrik mampu dia lakukan, lebih daripada tu pun boleh andainya beliau tidak mempersiakan peluang yang terhidang. Sturridge tetap juga nak mencetak nama sebagai penjaring cuma Suarez jer yang kempunan. Tetapi walaupun Suarez tak menjaringkan gol, beliau adalah pemain utama yang banyak membantu untuk kawan-kawannya menjaringkan gol. Kira malam tadi masing-masing tak fikirlah nak main kedekut macam sebelum ini.


Separuh masa pertama memang Arsenal langsung tak melawan. Ozil, Carzola, Giroud hampa kerana setiap gerakkan mereka berjaya dipatahkan dengan sempurna oleh gengster-gengster Liverpool. Melihat Arsenal dah ketinggalan 5-0 pada separuh masa kedua, Wenger segera membuat tiga pertukaran sekali gus. Rosicky, Podolski dan Gibbs di bawa masuk untuk mengembalikan semangat mereka yang telah hilang. Hasilnya corak permainan mereka telah berubah dan mereka kembali menguasai permainan. Walaupun begitu kalau dah takdir tak boleh nak boloskan, cuba macamana pun tetap gak kebal kubu Liverpool ni. Nasib baiklah Gerrard belanja penalti untuk Arteta sudahkan sebelum dikeluarkan untuk digantikan dengan Ibe. Kalau tak memang sebiji pun Arsenal ni tak dapat.


Apapun cukuplah sehari untuk merayakan kenduri ini. Kena ingat Liverpool akan berjumpa kembali Arsenal di Emirate Ahad nanti dalam perlawanan FA Cup. Jadi buangkan semua keegoan dan keseronokkan seketika sehingga selesai pertemuan itu nanti. Andainya Liverpool menang, kita sambung lagi Gong Xi Fat Choi.. Apa pun sebelum bertemu Arsenal pada hari Ahad nanti, Liverpool terpaksa bertemu dengan Fulham terlebih dahulu di Craven Cottage pada awal pagi Khamis nanti. Harapnya keputusan terbaik mampu dilakukan oleh pejuang The Reds kita ini. YNWA.


LIVERPOOL : Mignolet, Cissokho, Toure, Skrtel, Flanagan, Gerrard (Ibe), Henderson, Sterling, Coutinho, Suarez (Aspas), Sturridge (Allen)
SUBS : Jones, Kelly, Ibe, Moses, Aspas, Allen, Alberto

ARSENAL : Szczesny, Sagna, Mertesacker, Koscielny, Monreal (Gibbs), Wilshere, Arteta, Oxlade-Chamberlain, Cazorla, Ozil (Rosicky), Giroud (Podolski)
SUBS : Fabianski, Jenkinson, Gibbs, Rosicky, Gnabry, Podolski, Bendtner


Liverpool 5 Vs Arsenal 1 All Goals (2014) [HD] by JustTV99

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger