Kepada peminat setia Liverpool yang berjaga awal pagi Rabu semalam untuk menyaksikan pertembungan dua pasukan Merseyside ini sememangnya berbaloi-baloi. Kepada yang dah set alarm tapi terlajak tak dapat nak tengok live, pasti terkilan bagai nak gila. Begitu juga kepada mereka yang memang tak nak pun tengok perlawanan ini akibat tak tahan mata mengantuk dan kena kerja pula waktu pagi, pasti terpinga-pinga semacam tak percaya dengan apa yang terjadi. Begitulah kisahnya apabila keputusan di akhir perlawanan di antara dua musuh setempat Merseyside ini di menangi oleh Liverpool dengan keputusan 4-0.
Semua tidak menyangkakan bahawa pasukan Everton yang sememangnya pasukan paling liat dan bertenaga pada musim ini, mampu diratah mentah-mentah oleh anak didik Branden Rodgers. Kali terakhir Liverpool kenduri besar terhadap pasukan jiran merangkap pasukan abang ini ialah pada musim 1982/1983 dimana Liverpool telah memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 5-0. Bezanya perlawanan terebut telah dilangsungkan di Goodison Park sementara perlawanan semalam pula di Anfield.
Gerrard memulakan pesta gol Liverpool dengan tandukan tajamnya yang melepasi jangkauan pertahanan Everton. Ini adalah gol pertama beliau melalui jaringan bola hidup pada musim ini. Kemudiannya Sturridge meneruskan malam kegemilagan Liverpool apabila menjaringkan dua gol dalam masa dua minit berselang. Tidak cukup dengan itu, Suarez juga menghukum kelalaian Jagielka apabla berjaya membuat larian solo dari tengah padang sebeum merembat masuk menewaskan Howard. Sturridge berpeluang untuk menjaringkan hatrik pada mint ke 55 selepas Sterling di jatuhkan oleh Howard di dalam kotak penalti. Malangnya walaupun Howard sudah tertewas, tetapi sepakan beliau tinggi melepasi gawang gol.
Apa yang kurang menariknya, kerakusan Sturridge untuk menjaringkan hatrik telah membuatkan rakan sepasukan lain terutamanya Suarez menjadi kurang berpuas hati. Sikap tamaknya membuatkan Suarez menegur tindak tanduknya. Akibat pergeseran tersebut, Branden Rodgers telah mengeluarkan Sturridge untuk digantikan oleh Moses. Tindakan BR yang mengeluarkan Sturridge ini juga telah menyebabkan pertelingkahan kecil Sturridge dan BR. Walaubagaimanapun selepas tamat perlawanan, Sturridge segera memohon maaf di atas kesilapannya itu.
Secara keseluruhannya pada perlawanan ini Gerrard berjaya mengemudi bahagian defensif midfielder dengan jayanya. Walaupun ada sesekalinya bocor dan membuatkan sedikit huru hara bahagian pertahanan, pintu gol Liverpool berjaya dipertahankan daripada bocor. Begitu juga gandingan Skrtel dan Toure yang semakin hari semakin nampak keserasiannya. Flanagan yang telah berehat panjang juga mempamerkan aksi menarik di posisi yag telah ditinggalkan oleh Johnson akibat kecederaan. Apapun kecemerlangan ini di harap dapat diteruskan lagi menjelang pertemuan dengan West Bromwich pada hari Ahad nanti. YNWA.
LIVERPOOL : Mignolet, Cissokho, Skrtel, Toure, Flanagan (Kelly), Gerrard, Henderson, Coutinho (Alberto), Sturridge (Moses), Sterling, Suarez
SUBS : Jones, Kelly, Ibe, Smith, Moses, Aspas, Alberto
EVERTON : Howard, Baines, Jagielka, Mirallas, McCarthy, Lukaku (Naismith), Barry, Barkley (McGeady), Pienaar (Osman), Stones, Alcaraz
SUBS : Robles, Hibbert, McGeady, Naismith, Gueye, Osman, Garbutt
All Goals - Liverpool 4-0 Everton - 28-01-2014... by beingoal1
Catat Ulasan