Sabtu nanti pasukan Liverpool akan kembali bertarung dihalaman sendiri bagi meneruskan misi memburu tahta liga bagi musim 2013/14 ini. Bertemu pasukan yang baru dinaik taraf ke liga premier Crystal Palace. Diatas kertas nampaknya Liverpool tiada bermasalah untuk terus mengekori atau memotong Arsenal yang berada dipersada liga. Tetapi yang realitinya, memang sukar untuk diduga.
Mood kemenangan 3-1 keatas pasukan Sunderland Ahad lalu, masih lagi terus bersama pemain-pemain kita. Persoalannya mampukah pasukan Liverpool ini untuk meneruskan kecemerlangannya dalam perebutan kelompok terbaik liga. Jika dilihat dari segi persembahan ketika menentang Sunderland tempoh hari, boleh kita katakan gandingan Sturridge dan Suarez semakin menunjukkan keserasian. Buktinya tiga gol yang terhasil adalah jaringan dan berpunca daripada mereka berdua sendiri.
Crystal Palace sebenarnya bukanlah pasukan yang asing dalam liga Premier ini. Walaupun sudah bertahun-tahun lamanya mereka tidak beraksi dalam liga Premier, ia bukanlah satu kemestian bahawa Liverpool boleh menganggap perlawanan ini mudah. Sememangnya Crystal Palace memulakan musim ini dengan kurang menyerlah dimana hanya satu kemenangan sahaja berjaya diperolehi berbanding lima kekalahan dalam enam perlawanan liga yang telah mereka lalui dan menduduki tangga ke-2 paling bawah liga. Tetapi harus diingat, pada kebiasaannya dalam perlawanan yang dianggap mudahlah Liverpool kecundang. Disini bukanlah saya nak minta Liverpool kalah, tetapi sebarang kemungkinan bakal terjadi seandainya kisah yang lalu tidak dijadikan ikhtibar.
Pada ketika ini saya sendiri tidak pasti samaada BR akan terus mengekalkan kesebelasan utama sedia ada ataupun bakal membuat testimoni dengan memberi pemain simpanan peluang untuk mempamekan kebolehan. Untuk menjamin kedudukan yang selamat, BR terpaksa untuk terus mengekalkan pemain-pemain utamanya beraksi. Tetapi, membuat keputusan untuk sentiasa menggunakan pemain-pemain utama adakalanya sesuatu yang merugikan. Apa guna membeli pemain seandainya hanya bagi gaji buta pada mereka. Adakah kita ingin melihat nasib Aspas dan Alberto sama seperti Assaidi dan Borini? Mampukah kita bakal menerima kenyataan bahawa akan lebih ramai lagi pemain-pemain utama kita MC?
Jika difikir-fikirkan kembali, ada baiknya BR menggunakan kesebelasan utama sedia ada untuk stabilkan pasukan serta kedudukan liga untuk beberapa perlawanan lagi. Disebabkan pasukan Liverpool pada musim ini yang lebih banyak rehat daripada bermain, peluang untuk melihat pemain-pemain letih adalah amat tipis sekali. Tiada Champion League, tiada piala UEFA dan juga tidak layak Capital One Cup akan menjamin kecergasan berterusan terhadap pemain kita melainkan ada yang dilanggar oleh kereta-kereta kebal musuh. Nak tunggu bermula piala FA, awal tahun 2014 baru bermula. Jadi gunakan waktu sekarang ini semaksima yang boleh untuk terus menjarakkan diri dari pasukan dibawah.
Untuk perlawanan ini saya pun tak pasti samaada dapat menontonya atau tidak. Sewaktu perlawanan ini berlangsung saya sedang backpacker di bumi Cambodia dan harapannya dikawasan saya menginap tersebut mempunyai akses internet ataupun Live viewing serta tak bertindih dengan program. Samaada saya dapat menonton atau tidak, saya masih juga tetap mengharapkan Liverpool mampu untuk meraih tiga mata penuh untuk terus mengekori ataupun memintas The Gunners. Mudah-mudahan Liverpool berjaya. YNWA
LIVERPOOL vs CRYSTAL PALACE
[Game 7 | Barclays Premier League 2013/14]
Venue : Stadium Anfield
Tarikh : 5 Oktober 2013 | Sabtu
Waktu : 10:00 malam
Channel : FOX Sports [CH812] | FO Sports Plus HD [CH832 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 | LINK 6 (register user sahaja)
Catat Ulasan