Home »
1st
,
BERITA
,
LIVERPOOL
,
PREMIER LEAGUE
,
PREVIEW
,
TERKINI
» Preview : Game 3 BPL 12/13 - Liverpool vs Arsenal
Preview : Game 3 BPL 12/13 - Liverpool vs Arsenal
Written By Unknown on Sabtu, 1 September 2012 | 11:30 PTG
Seperti sudah menjadi skrip cerita disetiap awal musim, sudah pasti Liverpool akan bertemu pasukan meriam ini dalam kelompok 3 perlawanan awal. Begitulah yang terjadi pada musim ini dimana kali ini Arsenal pula yang akan bertandang ke Stadium Anfield dalam perlawanan ke 3 bagi musim 2012/2013 ini.
Dalam keadaan masih tercari-cari rentak permainan, kedua-dua pasukan ini tidak jauh bezanya dari segi prestasi semasa. Liverpool yang tewas pada perlawanan pertama berjaya untuk mengutip satu mata pula pada perlawanan kedua. Dua gol yang telah berjaya dihasilkan tetapi 5 gol pula yang telah dilepaskan.
Dipihak Arsenal pula, dua perlawanan awala lalu mereka hanya mampu seri tanpa jaringan dan ini membuatkan mereka memungut 2 mata dari dua perlawanan. Masih tercari-cari cara untuk menyelesaikan pengempurnya untuk menembusi gawang, mereka juga berharap mereka mampu melakukan pada perlawanan esok.
Pokok pangkalnya samaada Liverpool ataupun Arsenal, masing-masing dahagakan kemenangan untuk menaikkan semangat mereka diawal musim ini. Branden Rodgers sudah pasti akan cuba memantapkan lagi kesebelasan barisan beliau dengan bakal menurunkan pemain-pemain baru yang dimiliki seperti Nuri Sahin dan Assaidi. Ramai peminat ingin menyaksikan Ferrari Liverpool ini beraksi serta mengharapkan ilmu yang diperolehi oleh Sahin di Real Madrid dapat diterjemahkan dengan baik sekiranya beliau diturunkan esok.
Harapnya Liverpool tiada bermasalah untuk menewaskan Arsenal yang juga sedang dilanda masalah. Walaupun rekod musim lalu di Anfield agak kurang menyenangkan. Tetapi dalam bolasepak segalanya boleh berlaku. Semoga tiga mata penuh berjaya dimiliki. YNWA
Catat Ulasan