Latest Post

BPL 2013/14 (Game 23) - Liverpool 4-0 Everton

Written By saleehs gerrard on Khamis, 30 Januari 2014 | 11:00 PG


Kepada peminat setia Liverpool yang berjaga awal pagi Rabu semalam untuk menyaksikan pertembungan dua pasukan Merseyside ini sememangnya berbaloi-baloi. Kepada yang dah set alarm tapi terlajak tak dapat nak tengok live, pasti terkilan bagai nak gila. Begitu juga kepada mereka yang memang tak nak pun tengok perlawanan ini akibat tak tahan mata mengantuk dan kena kerja pula waktu pagi, pasti terpinga-pinga semacam tak percaya dengan apa yang terjadi. Begitulah kisahnya apabila keputusan di akhir perlawanan di antara dua musuh setempat Merseyside ini di menangi oleh Liverpool dengan keputusan 4-0.

Semua tidak menyangkakan bahawa pasukan Everton yang sememangnya pasukan paling liat dan bertenaga pada musim ini, mampu diratah mentah-mentah oleh anak didik Branden Rodgers. Kali terakhir Liverpool kenduri besar terhadap pasukan jiran merangkap pasukan abang ini ialah pada musim 1982/1983 dimana Liverpool telah memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 5-0. Bezanya perlawanan terebut telah dilangsungkan di Goodison Park sementara perlawanan semalam pula di Anfield.


Gerrard memulakan pesta gol Liverpool dengan tandukan tajamnya yang melepasi jangkauan pertahanan Everton. Ini adalah gol pertama beliau melalui jaringan bola hidup pada musim ini. Kemudiannya Sturridge meneruskan malam kegemilagan Liverpool apabila menjaringkan dua gol dalam masa dua minit berselang. Tidak cukup dengan itu, Suarez juga menghukum kelalaian Jagielka apabla berjaya membuat larian solo dari tengah padang sebeum merembat masuk menewaskan Howard. Sturridge berpeluang untuk menjaringkan hatrik pada mint ke 55 selepas Sterling di jatuhkan oleh Howard di dalam kotak penalti. Malangnya walaupun Howard sudah tertewas, tetapi sepakan beliau tinggi melepasi gawang gol.

Apa yang kurang menariknya, kerakusan Sturridge untuk menjaringkan hatrik telah membuatkan rakan sepasukan lain terutamanya Suarez menjadi kurang berpuas hati. Sikap tamaknya membuatkan Suarez menegur tindak tanduknya. Akibat pergeseran tersebut, Branden Rodgers telah mengeluarkan Sturridge untuk digantikan oleh Moses. Tindakan BR yang mengeluarkan Sturridge ini juga telah menyebabkan pertelingkahan kecil Sturridge dan BR. Walaubagaimanapun selepas tamat perlawanan, Sturridge segera memohon maaf di atas kesilapannya itu.


Secara keseluruhannya pada perlawanan ini Gerrard berjaya mengemudi bahagian defensif midfielder dengan jayanya. Walaupun ada sesekalinya bocor dan membuatkan sedikit huru hara bahagian pertahanan, pintu gol Liverpool berjaya dipertahankan daripada bocor. Begitu juga gandingan Skrtel dan Toure yang semakin hari semakin nampak keserasiannya. Flanagan yang telah berehat panjang juga mempamerkan aksi menarik di posisi yag telah ditinggalkan oleh Johnson akibat kecederaan. Apapun kecemerlangan ini di harap dapat diteruskan lagi menjelang pertemuan dengan West Bromwich pada hari Ahad nanti. YNWA.

LIVERPOOL : Mignolet, Cissokho, Skrtel, Toure, Flanagan (Kelly), Gerrard, Henderson, Coutinho (Alberto), Sturridge (Moses), Sterling, Suarez
SUBS : Jones, Kelly, Ibe, Smith, Moses, Aspas, Alberto

EVERTON : Howard, Baines, Jagielka, Mirallas, McCarthy, Lukaku (Naismith), Barry, Barkley (McGeady), Pienaar (Osman), Stones, Alcaraz
SUBS : Robles, Hibbert, McGeady, Naismith, Gueye, Osman, Garbutt


All Goals - Liverpool 4-0 Everton - 28-01-2014... by beingoal1


Undian : FA Cup (Round 5) 2013/2014

Written By saleehs gerrard on Selasa, 28 Januari 2014 | 10:30 PTG


Undian FA Cup pusingan ke-5 ini sememangnya adalah undian pusingan maut. Draw yang tiada lucky bagi empat pasukan teratas liga Premier termasuk Liverpool apabila diundi bertemu sesama sendiri pada pusingan seterusnya ini.

Pasukan Liverpool telah diundi untuk bertemu pasukan Arsenal sementara pasukan Manchester City pula bertemu Chelsea. Perlawanan diantara Liverpool dan Arsenal ini akan dijadualkan berlangsung di gelanggang Arsenal Staadiu Emirate. Dengan undian ini nampaknya pasukan Liverpool akan bertembung dengan pasukan Arsenal sebanyak dua kali berturut-turut dimana pada 8 Februari sebelum bertembungnya didalam piala FA, perlawanan liga terpaksa diharungi.

Berikut adalah keputusan undian beserta jadual perlawanan keseluruhan Piala FA bagi pusingan ke-5 nanti.

Manchester City VS Chelsea
Sheffield United @ Fulham VS Nottingham Forest @ Preston
Arsenal VS Liverpool
Brighton VS Hull City
Cardiff City VS Wigan Athletic
Sheffield Wednesday VS Charlton Athletic
Sunderland VS Southampton
Everton VS Swansea City



4th Round FA Cup 2013/14 - AFC Bournemouth 0-2 Liverpool

Written By saleehs gerrard on Ahad, 26 Januari 2014 | 3:21 PG


Pasukan Liverpool berjaya melangkah ke pusingan ke-5 apabila berjaya menewaskan pasukan dari liga Championship AFC Bournemouth 2-0 perlawanan pusingan ke-4 tadi. Bermain di gelanggang Bournament Goldsands Stadium, Liverpool dipaksa bekerja keras dengan tentangan sengit yang telah diberikan.

Jika diihat dari segi kualiti permainan, pemain pasukan Bournamouth selayak di puji dengan kesungguhan mereka untuk mencalarkan imej Liverpool. Mereka berjaya membuat serangan demi serangan yang telah mengkucar kacirkan benteng pertahanan Liverpool. Walaupun bermain didalam liga kelas bawahan, mereka bermain seolah-olah mereka bukanlah sebuah pasukan yang boleh diratah mentah-mentah.


Kegagalan pemain-pemain Bournamouth untuk menyudahkan peluang yang banyak terhidang sememangya telah banyak membuatkan kita menarik nafas lega. Ketiadaan Lucas yang berehat panjang selama dua bulan sememangnya amat dirasai apabila barisan tengah sedikit kurang berkesan. Walaupun peranan bahagian tengah masih diberi kepercayaan kepada Henderson dan Gerrard, nampak masih kurang keseimbangan mereka dalam membantu barisan pertahanan.

Gol-gol Liverpool telah berjaya di hasilkan oleh pemain pinjaman Victor Moses serta Daniel Sturridge pada separuh masa ertama dan kedua perlawanan. Moses yang jarang diturunkan dalam kesebelasan utama, telah memainkan peranan penting dalam menghidupkan serangan dibahagian kiri. Malangnya bahagian kanan Liverpool nampak agak lemah pada perlawanan ini. Apapun yang penting kemenangan berjaya diperolehi.


AFC BOURNEMOUTH : Camp, Francis, Ward, Elphick, Daniels, Arter (Pitman), O'Kane, Surman, Ritchie (Fraser), Grabban, Pugh (Rantie)
SUBS : Allsop, Cook, Harte, MacDonald, Fraser, Pitman, Rantie

LIVERPOOL : Jones, Cissokho, Toure, Skrtel, Kelly (Flanagan), Henderson, Gerrard, Coutinho (Alberto), Moses (Sterling), Sturridge, Suarez
SUBS : Mignolet, Alberto, Aspas, Sterling, Ibe, Flanagan, Sama


AFC Bournemouth 0 Liverpool (Relato Raul... by FutbolPasionMundial3

BPL 2013/14 (Game 22) - Liverpool 2-2 Aston Villa

Written By saleehs gerrard on Ahad, 19 Januari 2014 | 5:39 PTG


Liverpool gagal menggunakan kesempatan bermain di gelanggang sendiri untuk memungut 3 mata penuh apabila sekadar mampu berkongsi satu mata dengan pasukan pelawat Aston Villa. Liverpool yang bernasib baik seharusnya berpuas hati dengan keputusan seri ini berbanding langsung tiada mata diperolehi dalam perlawanan ini.

Dari bermulanya perlawanan telah menampakkan Liverpool tenggelam dengan bayang-bayang kehebatan pemain pasukan Aston Villa. Walaupun pertahanan Liverpool yang diketuai Skrtel dan Toure berjaya mengekang asakan demi asakan lawan, gol Liverpool bocor juga dengan gol-gol mudah akibat kecuaian pemain Liverpool sendiri. Paling ketara gol kedua Aston Villa melalui tandukan Benteke dimana kesilapan Mignolet yang tersilap langkah untuk keluar menepis hantaran lintang tetapi tidak mengenai bola dan sebaliknya bola tersebut singgah tepat di kepala Benteke dikala pintu gol sudah pun terbuka luas.


Sepatutnya pintu gol Liverpool boleh dibolosi lebih dari 2 gol. Tapi tiang gol dan beberapa percubaan penyerang Aston Villa berjaya ditepis oleh Mignolet selain tersasar dari gawang gol. Sturridge berjaya merapatkkan jurang pada minit-minit terakhir separuh masa pertama. Hantaran Suarez kepada Henderson berjaya dikuas dengan cemas untuk Suarez membuat tolakan cantik menewaskan penjaga gol Aston Villa.

Mengetahui kelemahan ketara dibahagian midfield Liverpool, Rodgers segera membuat pertukaran pertama pada permulaan separuh masa kedua. Memasukkan Lucas untuk menggantikan Cutinho ternyata teah banyak mengubah corak permainan Liverpool. Gol penyamaan akhirnya muncul jua apabila Gerrard berjaya menyudahkan sepakan penalti setelh Suarez dijatuhkan didalam kotak penalti. Itulah dia, nasib penalti yang masih mampu untuk menjaga maruah Liverpool daripada tercalar.


Walaubagaimanapun Liverpool terpaksa mengeluarkan Lucas semula selepas hanya mampu untuk beraksi selama 20 minit selepas mengalami kecederaan. Allen dimasukkan untuk cuba menghidupkan lagi sisa-sisa perjuangan yang tinggal malangnya tetap gagal untuk mencari gol tambahan untuk menang. Nampaknya tiada pemain yang benar-benar digelar Defensif Midfielder sememangnya hampir mengundang padah pada perlawanan ini. Gerrard gagal berfungsi dengan baik diposisi ini. Begitu juga dengan Johnson yang banyak terbenam untuk berada dibawah berbanding diatas seperti biasa. Cissokho boleh rasanya untuk dipulangkan kembali ke kelab asalnya memandang nampak seperti amat pemalas pemain ini untuk mengejar bola serta membuat geraka-gerakan pantas. Nasib juga terus bersama Liverpool kerana walaupun sekadar mampu seri, kedudukan tempat ke-4 masih kekal dimiliki oleh Liverpool.


LIVERPOOL : Mignolet, Cissokho, Skrtel, Toure, Johnson, Gerrard, Henderson, Sterling, Coutinho (Lucas, Allen), Sturridge, Suarez
SUBS : Jones, Kelly, Lucas, Moses, Allen, Aspas, Alberto

ASTON VILLA : Guzan, Bacuna, Vlaar, Clark, Bertrand (Luna), El Ahmadi (Sylla), Westwood, Delph, Agbonlahor (Holt), Weimann, Benteke
SUBS : Steer, Sylla, Helenius, Albrighton, Luna, Gardner, Holt.


BPL 2013/14 (Game 21) - Stoke City 3-5 Liverpool

Written By saleehs gerrard on Isnin, 13 Januari 2014 | 1:36 PTG


Pertemuan dengan pasukan Stoke City pada tengah malam tadi, membuatkan diri kita sebenarnya hampir kena stroke. Perlawanan yang sengit dan lebih dikuasai oleh pasukan Stoke, membuatkan Liverpool terpaksa berhempas pulas sebelum menang dengan keputusan 3-5.

Memang diakui, ilmu yang diturunkan oleh Mark Hughes kepada anak-anak buahnya pada perlawanan ini sememangnya menjadi. Corak kawalan bola serta hantaran yang kemas membuatkan pertahanan Liverpool yang diketuai oleh Skrtel dan Toure bahkan Mignolet sendiri pun menjadi kelam kabut. Mungkin akibat terlalu lama tidak diturunkan dalam kesebelasan utama, gandingan Skrtel dan Toure nampak sedikit goyah.


Terima kasih diucapkan kepada Showcross kerana telah menghadiahkan gol sendiri kepada pasukan Liverpool. Gol yang berpunca daripada rembatan deras Cissokho, bola mengenai badan Showcross sebelum meluru masuk ke gawang dikala Jack Butland sudah pun tersilap langkah. Sepatutnya selepas mendahului 0-2 hasil jaringan Suarez, pemain-pemain Liverpool perlu lebih rakus lagi mencipta serangan. Malangnya sikap alpa membiarkan dua orang bekas pemain Liverpool Peter Crouch membuat tandukan dan Charlie Adam membuat percubaan dari luar petak penalti, telah mengikat kedudukan 2-2 hingga tamat separuh masa pertama.


Liverpool bernasib baik apabila pengadil perlawanan Anthony Taylor telah menghadiahkan sepakan penalti apabila Sterling telah dikasari oleh Marc Wilson didalam kawasan kotak penalti. Seperti biasa, sepakan penalti berjaya disudahkan oleh Gerrard untuk membawa Liverpool mendahului. Kemasukkan semula Sturridge untuk menggantikan Coutinho sememangnya amat dinanti-natikan oleh kita. Hasilnya gandingan Sturridge dan Suarez telah membuahkan hasil dimana hantaran Sturridge kepada Suarez telah menghasilkan gol ke-4 dan seterusnya hantaran Suarez kepada Sturridge juga beraya disudahkan untuk Liverpool terus mendahului walaupun John Walters berjaya merapatkan kedudukan sebelumnya.


Tahniah juga diucapkan kepada Mignolet, ,walaupun beliau tertewas sebanyak 3 kali, tetapi beliau juga telah banyak menyelamatkan bola-bola maut yang hampir membocori gawang Liverpool. Apapun 3 mata wajib telah berjaya diperolehi untuk membolehkan terus kekal didalam kelompok 4 terbaik. Walaupun kurang menguasai perlawanan, tetapi menggunakan peluang yang ada dengan penyudah yang baik adalah punca kejayaan pada perlawanan ini. YNWA


STOKE CITY : Butland; Cameron, Shawcross, Wilson, Pieters; Walters, Nzonzi (Ireland), Adam, Whelan, Arnautovic; Crouch
SUBS : Sorensen, Muniesa, Pennant, Palacios, Etherington, Shotton, Ireland

LIVERPOOL : Mignolet, Cissokho, Skrtel, Toure, Johnson, Lucas, Gerrard, Henderson, Sterling, Coutinho (Sturridge), Suarez
SUBS : Ward, Kelly, Ibe, Aspas, Moses, Sturridge, Alberto


Stoke City - Liverpool FC 3:5 All Goals (12.01... by Honex_Futball


Undian : FA Cup (Round 4) 2013/2014

Written By saleehs gerrard on Ahad, 12 Januari 2014 | 4:07 PG


Pada hari Ahad 5/01/2014 lalu telah diadakan undian piala FA bagi pusingan ke-4. Seperti yang sedia maklum, pasukan Liverpool telah berjaya melangkah ke pusingan ke-4 ini selepas menewaskan pasukan Oldham Athletic dengan keputusan 2-0.

Walaubagaimanapun dalam cabutan undian tersebut, pasukan Liverpool masih menantikan perlawanan penentuan pusingan ke-3diantara pasukan AFC Bournemouth dan Burton Albion. Keputusan rasminya hanya akan diketahui selepas 14/01/2014 nanti dan perlawanan pusingan ke-4 ini akann dilangsungkan di arena lawan.

# Selepas perlawanan diantara AFC Bournemouth dan Burton Albion nanti akan diupdatekan siapa lawan sebenar pasukan Liverpool serta lawan-lawan pasukan lain yang sedia menunggu.

Berikut adalah keputusan undian beserta jadual perlawanan keseluruhan Piala FA bagi pusingan ke-4 nanti.

# Update terkini : AFC Bournemouth vs Liverpool

SABTU - 25/01/2014
03:45AM - Arsenal VS Coventry City
20:45PM - Bournemouth @ Burton VS Liverpool
23:00PM - Birmingham Bristol Rovers VS Swansea City
23:00PM - Blackburn Man City VS Bristol City Watford
23:00PM - Bolton Wanderers VS Cardiff City
23:00PM - Huddersfield Town VS Charlton Oxford Utd
23:00PM - Nottingham Forest VS Ipswich Preston
23:00PM - Port Vale Plymouth VS Brighton & Hove Albion
23:00PM - Rochdale VS Macclesfield Sheff Wed
23:00PM - Southampton VS Yeovil Town
23:00PM - Southend United VS Hull City
23:00PM - Sunderland VS Kidderminster Peterborough
23:00PM - Wigan Milton Keynes Dons VS Crystal Palace

AHAD, 26/01/2014
01:30AM - Stevenage VS Everton
21:00PM - Sheffield United VS Norwich Fulham
23:30PM - Chelsea VS Stoke City



Preview : Round 3 FA Cup 2013/14 - Liverpool VS Oldham

Written By saleehs gerrard on Ahad, 5 Januari 2014 | 2:07 PG


Malam nanti Liverpool akan memulakan cabaran dalam kejohanan piala FA bagi musim 2013/14 ini. Seperti pada musim-musim yang sudah, Piala FA pada musim ini sekali lagi Liverpool di undi untuk bertemu pasukan Division 1 Oldham Athletic untuk kali ketiga berturut-turut. Jika anda lupa pada kisah musim lalu, mungkin anda fikir mudah sajakan nak lawan pasukan kerdil ni.

Musim 2011/2012, Liverpool telah berjaya mengatasi Oldham 5-1 di pusingan ke 3 FA cup yang telah dilangsungkan di Anfield. Tetapi, musim 2012/13 lalu Liverpool pula yang kena 3-2 dipusingan ke-4 dalam kejohanan yang sama tetapi bermain di stadium Oldham. Mungkin ada yang ingat tragedi kekalahan yang agak memalukan tersebut. Tapi tak pelah, malas nak ungkit kesilapan yang lalu.

Esok kita mengharapkan Liverpool tiada bermasalah untuk menewaskan pasukan ini. Kelebihan bermain di Stadium Anfield seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin oleh kesebelasan pemain yang bakal diturunkan nanti. Tak kiralah berapa pun jaringan, yang penting jangan seri apatah lagi kalah. Mungkin kalau seri bernasib baik kerana akan berlangsung perlawanan timbal balik. Tetapi, kena diingat bertambahnya perlawanan, risiko pemain cedera pasti bakal mengundang. Jadi elakkanlah istilah selain dari menang.

LIVERPOOL vs OLDHAM ATHLETIC
[3rd Round | FA Cup 2013/14]

Venue : Anfield Stadium
Tarikh : 5 Januari 2014 | Ahad
Waktu : 11:00 malam
Channel : -
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3

BPL 2013/14 (Game 20) - Liverpool 2-0 Hull City Tiger

Written By saleehs gerrard on Khamis, 2 Januari 2014 | 1:53 PTG


Selepas menamatkan perlawanan di penghujung tahun 2013 dengan dua perlawanan yang mendukakan, malam tadi Liverpool telah berjaya memulakan tahun baru 2014 ini dengan kejayaan. Bermain di halaman sendiri Anfield, Liverpool berjaya membalas dendam kekalahan dahulu dengan keputusan 2-0 keatas pasukan Hull City.

BR telah menurunkan kesebelasan utamanya dengan pemain-pemain yang ada dan cergas. Seperti yag kita ketahui. hampir separuh pemain-pemain utama kita semua sedang MC. Iago Aspas yang begitu lama tidak di beri kepercayaan untuk mengalas kesebelasan utama. malam tadi beliau telah melakukannya. Tapi macam biasa, masih kurang menyengat untuk berada di dalam pasukan utama sekiranya pemain-pemain utama yang tercedera kembali.


Kecederaan Sakho telah membawa Agger untuk berganding kembali bersama Skrtel di pertahanan tengah. Apa yang menariknya, Agger telah menyumbangkan gol pertama untuk tahun 2014 ini dan juga gol pertama bagi dirinya untuk musim ini. Suarez pula terus mencipta nama dan rekod liga Inggeris apabila menjaringkan gol kedua untuk Liverpool melalui sepakan percuma yang cantik. Gol tersebut adalah gol ke-20 bagi dirinya musim ini dan diiktiraf yang terpantas mengumpulkanya dalam masa 14 perlawanan sahaja.

Henderson, Sterling dan Coutinho terus menghampakan kita. Bukanlah menghampakan disini, serba tak menjadi, tetapi berbakul peluang yang terhidang di separuh masa pertama, lebur begitu juga. Separuh masa kedua, Coutinho lebih banyak memperolehi peluang dengan beberapa percubaan dari luar kotak penalti, tetapi tetap juga menghampakan. Gerrard yang MC hampir sebulan telah kembali dimasukkan pada separuh masa kedua menggantikan Aspas. Harapnya Johnson yang terpaksa dikeluarkan tidak megalami kecederaan yang serius. Kalau tak, bertambah peninglah BR nak susun pemain lagi.


Selepas ini Premier League akan berehat selama seminggu lebih. So ini tidak bermakna pemain-pemain boleh rehat. Ini kerana hujung minggu ini akan bermulalah pula cabaran piala FA pusingan ke-3 bagi musim 2013/14 ini. Bermain di Anfield, Liverpool dijadualkan akan bertemu pasukan Oldham Athletic pad hari Ahad nanti. So bertemu pasukan liga bawahan tak semestinya mudah. Tunggu dan lihat. YNWA.


LIVERPOOL : Mignolet, Cissokho, Skrtel, Agger, Johnson (Toure), Lucas, Henderson, Coutinho, Aspas (Gerrard), Sterling (Moses), Suarez
SUBS : Jones, Rossiter, Kelly, Toure, Moses, Alberto, Gerrard

HULL CITY : McGregor, Figueroa, Bruce, Chester, Davies, Meyler (Boyd), Huddlestone, Koren (Graham), Livermore, Sagbo (Fryatt), Elmohamady
SUBS : Harper, Rosenior, Graham, Fryatt, Boyd, Faye, Quinn


Liverpool FC - Hull City 2:0 All Goals (01.01... by Honex_Futball


 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger