Latest Post

PRE-ORDER - KPLM T-Shirt (1st Edition)

Written By peminat liverpool on Ahad, 27 Mei 2012 | 3:31 PG


Saat yang dinantikan akhirnya berkunjung tiba. Buat julung kalinya Kelab Peminat Liverpool Malaysia (KPLM) telah mengeluarkan T-Shirt rasmi kelab untuk anda miliki. Pemilihan T-Shirt tersebut adalah berdasarkan LIKE tertinggi didalam pertandingan memilih baju rasmi yang telah di anjurkan di halaman Facebook KPLM.

Diatas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan dan selepas 3 bulan ia dipertandingkan, kini barulah kami berkesempatan untuk melancarkan buah tangan sulong khas untuk peminat-peminat setia Kelab Peminat Liverpool Malaysia. Jadi apa tunggu lagi, TEMPAHLAH SEKARANG dari 28/05/2012 sehingga 10/06/2012 sebagai tanda sokongan anda kepada Kelab Peminat Liverpool Malaysia dan Liverpool FC. YNWA...

CODE : KPLM 01
* Baju merah (code : KPLM 01) ini adalah sample lama. Sila ikut design terkini seperti baju berwarna hitam (code : KPLM 02)

CODE : KPLM 02
KPLM T-Shirt (1st Edition)
HARGA : RM35 sehelai
POS : RM5 (Semenanjung Malaysia) - (Pos Laju sahaja)
         : RM10 (Sabah & Sarawak) - (Pos Laju sahaja)
              : Tambahan pos 3-4 pcs (RM3), 5 pcs dan keatas (RM5)
BY HAND : Hanya sekitar BANTING, TELUK PANGLIMA GARANG,             DENGKIL dan BANDAR BARU SALAK TINGGI sahaja.
TEMPOH TEMPAHAN : 28 May - 10 Jun 2012 (14 hari sahaja)

T-Shirt Info
- Material : 100% Microfibre @ Dry Fit 
- Colour : Merah (KPLM 01), Hitam (KPLM 02)
- TShirt Weight / Grade : 160gsm 
- Tshirt Brand : Oren Sport
- Quality : kualiti print silkscreen
- Saiz : XXS - XXXL
- Lengan pendek sahaja (Short Sleeve) dan tidak berkolar

SAIZ DAN UKURAN
SAIZ
SHOULDER
CHEST
SHORT SLEEVE
BODY
XXS
15"
34"
7"
25"
XS
16"
36"
7.5"
26"
S
17"
38"
8"
27"
M
18"
40"
8.5"
28"
L
19"
42"
9"
29"
XL
20"
44"
9.5"
30"
XXL
21"
46"
10"
31"
XXXL
21.5"
48"
10.5"
31.5"
*Hanya edisi short Sleeve sahaja disediakan.

Cara-cara membuat tempahan
- Sila pilih WARNA (CODE NO.), SAIZ dan QUANTITY yang anda mahukan .
- BANK IN bayaran termasuk kos penghantaran (Pos Laju) di salah satu bank yang tertera dibawah :
  • Maybank : 162106234575   -> Azhal Mohamed
  • CIMB Bank : 1231-0063326-52-5   -> Sallehudin Jobri
- Pastikan No. Akaun dan nama pemilik adalah sama sebelum membuat transaksi.
- Kemudian lengkapkan borang dibawah serta bukti transaksi bank yang anda telah lakukan. Sila pastikan anda mengisi semua butir-butir dengan lengkap dan benar. Sebarang kesilapan kami tidak akan bertanggung jawab dari segi masalah penghantaran.
- Jika anda ingin menyertakan lampiran (attachment) transaksi pembayaran, anda digalakkan untuk terus sahaja menulis butir-butir maklumat yang diperlukan dan email kepada kami di : kp.liverpoolmalaysia@gmail.com
- Dalam masa 1-3 hari, kami akan respon kembali email anda untuk membuktikan pembayaran anda telah kami terima. Disamping itu juga kami akan senaraikan nama anda dalam senarai penempah dan status penghantaran di halaman yang akan disediakan nanti.

*UPDATE 31/05/2012*

Diatas maklumbalas ramai, maka kami telah melonggarkan cara membuat tempahan.

Hantar maklumat2, seperti nama penuh, alamat, poskod no. telefon, code baju, saiz dan jumlah pcs melalui:
- Inbox saya di Facebook : https://www.facebook.com/sgerrads (Sale'ehs Gerrard). Atau
- Sms di no. telefon 0192617430 - Salleh

Sebaik-baiknya Bank inlah terlebih dahulu. Sekiranya anda sekadar membuat tempahan tetapi belum membuat bayaran, status anda masih pending.

Tempoh Penghantaran 
- Kami akan mula mencetak t-shirt berkenaan berperingkat-peringkat. Peringkat pertama selepas kami mendapat tempahan sekitar 50-100 orang dan begitulah seterusnya. Sekiranya banyak dan cepat kami menerima tempahan, maka cepatlah anda boleh menerima t-shirt berkenaan.
- Walaubagaimanapun kami akan berusaha untuk anda memperolehi t-shirt berkenaan sebelum 2 minggu dari tarikh tempahan.
- Sebarang maklumat penghantaran akan diberitahu dari masa ke semasa di Page Facebook KPLM dan kepada mereka yang telah kami buat penghantaran akan disenaraikan nama dan Pos Laju ID di ruangan yang akan disediakan nanti.

-Sebarang masalah dan pertanyaan anda boleh terus hubungi saya ditalian - 0192617430 - Sallehudin (SG) atau di Facebook

BORANG TEMPAHAN (pastikan anda sudah membuat bayaran)

Name:
Email Address:
Handphone No.:
Address:
Postcode:
Your Order (Code/Size/Quantity):
Payment Method:
Bank Transfer Details:
Remarks:







Create a web form here




Adakah Sudah Masa Lepaskan Beliau?

Written By Wan Gerrard on Jumaat, 25 Mei 2012 | 5:53 PG

Dirk Kuyt Kecewa Masa bermain Musim ini dan banyak kelab mahukannya


Di musim penuh pengurusan Kenny Dalglish, Dirk Kuyt jelas kecewa dengan masa permainannya yang banyak bermula di bangku simpanan. Beliau jelas kecewa apabila tidak dipilih ketika di separuh akhir FA Cup menentang Everton.
Saya kecewa kerana tidak bermain menentang mereka (Everton). Saya berharap untuk turun namun bukan menjadi pilihan pengurus.

Namun selepas Kenny Dalglish dipecat, pemain Belanda itu pada mulanya ingin terus kekal di sini sebelum mengeluarkan kenyataan ingin bermain di Champions League. Beliau masih belum membuat keputusan tetapi terdapat kelab di Champions League mahukannya.
Banyak kelab sedang memburu saya. Hamburg mungkin satu pilihan dan saya terharu dikaitkan dengan mereka. Sekarang saya hanya mahu fokus dengan perlawanan euro. Terdapat beberapa kelab di Bundesliga dan sekitar eropah berharap untuk dapatkan saya. Saya tidak memikirkan apa-apa. Ejen tahu apa yang saya mahu dan sedang lakukan sedaya upaya.

Dirk Kuyt sudah 6 tahu bersama kelab dan sentiasa memberi impak setiap kali diturunkan. Tak pasti kenapa beliau mahu luahkan secara umum, mungkin lebih baik jika hal ini dilakukan secara tertutup.

Kuyt dan Skrtel mungkin dua nama yang ingin keluar kelab berikutan Liverpool tidak layak ke Champions League musim depan. Mereka mungkin tidak dapat digantikan cuma berharap dapat jual kepada pembida tertinggi.

Wan Gerrard juga menulis blog Wan Gerrard

Joe Cole: Liverpool, Lille atau West Ham?

Written By Wan Gerrard on Selasa, 22 Mei 2012 | 1:41 PTG


Dimana Joe Cole akan bermain musim depan 


Joe Cole baru sahaja habiskan mimpi indahnya di Perancis ketika bermain bersama Lille dalam tempoh pinjaman semusim. Beliau menerima tepukan gemuruh penyokong Lille setiap kali turun bermain dan jaringkan 9 gol dalam 42 penampilan. 

 Beliau akan kembali berlatih bersama Liverpool musim panas nanti namun adakah beliau masih mempunyai peranan di Liverpool? Lille mahu dapat Cole musim depan selepas pengurus puas hati dengan musim pertamanya di sini tetapi terpaksa menangguh hasrat sehingga pengurus baru Liverpool diumumkan. Dua kelab baru yang akan bermain di premier league, West Ham dan Reading juga menluahkan hasrat mereka dapatkan beliau. 

Joe Cole 
Saya masih mahu bermain bersama Liverpool dan tidak mahu lagi ulang musim buruk bersama mereka di musim pertama saya. Namun saya tidak mempunyai apa-apa keputusan, pihak Liverpool akan beritahu dimana saya akan bermain nanti. 

Beliau juga menambah semusim bermain di liga Perancis berikannya lebih keyakinan selepas musim mengecewakan di Liverpool. 

Kini beliau bersedia membantu mereka musim depan. Joe Cole mungkin mencecah 30 tahun tetapi mungkin masih berguna dengan ramai pemain Liverpool yang ke Euro dan mungkin kepenatan setibanya mereka kembali. Pengalaman beliau mungkin berguna sekiranya diperlukan. 

Joe Cole, Alberto Aquilani dan Daniel Pacheco antara pemain Liverpool yang akan kembali dari kelab pinjaman mereka. Siapa patutu dijual dan siapa patut disimpan.

Jadual dan Keputusan Friendly Liverpool Musim 12/13

Seperti biasa sebelum bermulanya kejohanan sebenar di musim baru 2012/2013 yang bakal bermula pada Ogos 2012 nanti, pasukan Liverpool akan memulakan sesi pemanas badan dalam perlawanan persahabatan yang akan dijadualkan pada bulan Julai ini. Jika musim lalu, Liverpool telah mengadakan siri jelajah Asia seperti Malaysia, kali ini mereka telah menukar angin dengan menjelajah Amerika pula.

Berikut adalah jadual perlawanan persahabatan di Amerika serta di venue-venue terpilih.

FRIENDLY 2012-2013
BIL
PASUKAN
TARIKH
WAKTU
VENUE
KEPUTUSAN
1
Toronto FC
22/07/2012 05:00
Rogers Centre, Toronto
1 - 1
2
AS Roma
26/07/2012 07:30
Fenway Park, Boston
2 - 1
3
Tottenham Hotspur
29/07/2012 02:00
M&T Bank Std, Baltimore
0 - 0
4 12/08/2012 22:00
Anfield
3 -  1

* Tarikh dan waktu yang tertera di dalam jadual diatas adalah berdasarkan waktu di Malaysia (GMT +8:00).

Siapakah bakal penganti Dalglish

Written By saleehs gerrard on Jumaat, 18 Mei 2012 | 10:36 PG


Dalam masa dua musim ini, Liverpool seolah-olah sudah boleh disamakan seperti kelab-kelab jutawan yang sering bertukar jawatan pengurus dalam menepati citarasa pemilik kelab. Selepas pemecatan Rafa Banitez pada penghujung musim 2009/2010, Liverpool terus bermasalah dalam pencarian pengurus yang benar-benar berkualiti serta boleh membuat perancangan terkini dalam dunia bolasepak moden.

Roy Hodgson dan lagenda Liverpool sendiri Kenny Dalglish adalah antara dua orang yang menjadi mangsa keadaan setelah dipecat dari jawatan panas ini akibat sumbangan mereka yang jauh tersasar dari apa yang diharapkan. Dalam situasi ini Dalglish sememangnya tidaklah boleh nak persalahkan berdasarkan dia sebenarnya bukanlah dianggap sebagai pengurus bolasepak moden kerana sewaktu menerima lamaran mengejut FSG dulu, sudah lebih 10 tahun tidak memerah otak dalam bidang mengurus. Jadi sekiranya beliau diberi kepercayaan serta ruang yang lebih lama untuk mengurus, berkemungkina beliau akan berjaya melakukannya.

Berlainan pula dengan situasi Roy Hodgson. Sewaktu pemilihan, beliau yang telah memenangi League Managers Association Awards (LMA Manager Of The Year) dan membawa Fulham menjadi naib juara Liga Eropah selepas tewas kepada Atletico Madrid pada tahun 2010 sememangnya boleh dianggap pemilihannya betul. Malangnya entah dimana silapnya, beliau gagal untuk memberi impak besar kepada Liverpool malah meletakkannya di zon merbahaya liga. Begitulah nasibnya dengan Roy Hodgson, walaupun berpengalaman luas dalam bidang pengurusan tapi tetap tidak berjaya memberi sesuatu yang istimewa.

Kini pencarian jawatan panas Liverpool ini kembali hangat diperkatakan diseluruh dunia. Banyak spekulasi meletakkan nama-nama besar dalam bolasepak eropah menjadi tajuk utama untuk dikaitkan dengan pemilihan ini. Mencari yang bertepatan dengan segala aspek sememangnya amat sukar. Ini kerana pengurus bukanlah tuhan yang boleh membuat semuanya 100% berjaya. Tetapi perlulah ditekankan bahawa ciri-ciri pengurus yang pernah membawa kelab-kelabnya menjuarai piala terutamanya kejohanan Eropah dalam masa sedekat ini adalah contoh yang terbaik. Bertepatan dengan kehendak FSG yang mahukan pengurus yang mampu untuk membangunkan Liverpool dalam jangkamasa panjang dan tidak bersikap seperti yoyo. Bijak dalam mencungkil bakat-bakat baru untuk digilap menjadi bintang dari akademi sendiri sudah pastinya satu bonus untuk pasukan dari terus sentiasa mengeluakan dana yang besar untuk membeli pemain bertaraf bintang. Dipendekkan cerita, tua biarlah aggresif dan muda biarlah berpengalaman.

Berikut adalah antara nama-nama yang sudah menjadi sebutan sepanas pisang goreng dilaman-laman web dan sosial.

ROBERTO MARTINEZ - Wigan Athletic
Antara jurulatih muda yang mula mengukir nama dipentas bolasepak dunia. Beliau yang berumur 38 tahun adalah berasal dari Sepanyol. Ketika ini beliau adalah nama utama yang dikaitkan dengan Liverpool. Dari segi pengalaman, beliau masih lagi kurang dan berada terlalu jauh untuk dibandingkan dengan jurulatih muda yang lain. Mula berjinak-jinak untuk mengurus pada tahun 2007 dan telah membimbing pasukan Swansea City sehingga tahun 2009 sebelum menjadi pengurus Wigan sehingga kini. Jika diukur dari pengalamannya itu, beliau sebenarnya masih lagi kurang stabil dalam mengurus sesebuah pasukan besar. Bukan sahaja tiada sebarang piala yang boleh dibanggakan malah, malah prestasi yoyo yang ditunjukkan oleh pasukan bimbingannya juga menjadi kerisauan peminat Liverpool yang kurang berkenan jika beliau dipilih.



RAFAEL BENITEZ - (Tiada kelab - Free)
Siapa tidak kenal Rafael Benitez. Beliau adalah nama yang disebut-sebut peminat Liverpool untuk mengisi jawatan ini. Tak perlulah saya nak ceritakan apa kejayaan yang telah diperolehi olehnya. Anda sendiri sudah mengetahui dengan keupayaannya membimbing Liverpool sejak musim 2004-2010. Sedikit kelemahannya, beliau kurang sedikit dalam mencungkil bakat-bakat muda dari akademi Liverpool. Lebih banyak memberikan alasan dana yang kurang cukup apabila gagal untuk memberi impak terbaik kepada pasukan. Tetapi yang paling terbaik, kuasanya dipentas Eropah sememangnya kita rindukan. Boleh ke Rafa diterima oleh FSG.



ANDRE VILLAS-BOAS (AVB) - (Tiada kelab - Free)
AVB juga adalah antara jurulatih yang dikategorikan berjaya dan mampu untuk memberi persaingan terutamanya dalam kejohanan Eropah. Bekas anak didik Jose Mourinho yang berumur 34 tahun ini, telah berjaya memenangi kejuaraan tempatan dan liga Eropah sewaktu mengendalikan Porto. Tetapi seperti ada pemboikotan oleh pemain, beliau gagal menyerlah di Chelsea pada musim ini. Jika konsep jurulatih muda dan berkebolehan yang diinginkan oleh FSG, dialah calon yang layak seperti yang perkatakan oleh lagenda Liverpool John Barnes.



PEP GUARDIOLA - (Tiada Kelab - Free)
Berumur 41 tahun. Pep juga dilihat sesuai untuk meletakkan Liverpool kembali keasal. Walaupun kejayaannya di Barcelona disebabkan sudah adanya pemain-pemain bintang dari peninggalan Frank Rijkaard, tetapi beliau telah juga menyelitkan muka-muka baru serta berjaya untuk mengendalikan Barcelona menjadi kelab bolasepak no. 1 didunia. Mungkin pengalamannya dipentas Eropah dapat membantu Liverpool untuk kembali beraksi di Eropah dan juga kembali bertahta di EPL.



BRANDEN RODGERS - (Swansea City)
Pengurus Swansea City ini bukanlah antara nama besar yang boleh dibanggakan. Walaupun beliau mampu membawa Swansea untuk bermain di EPL pada musim 2011/2012 ini dan berjaya mengekalkannya, tetapi pengalamannya di Eropah amatlah terbatas. Corak permainan bertahan yang diperkenalkan juga akan membuatkan kita boleh menyamakannya seperti era Roy Hodgson.



PAUL LAMBERT - (Norwich City)
Beliau yang berumur 42 tahun nampaknya sedikit berpengalaman lebih dari Branden Rodgers. Walaupun beliau sama seperti Rodgers berjaya membawa Norwich untuk bermain di EPL musim ini, Tetapi jika dilihat prestasi Norwich juga sama sepeti Swansea. Jadi dipendekkan cerita prestasi Rodgers dan Lambert ini boleh dikatakan sama sahaja.



MARTIN O'NEILL - (Sunderland)
Selain Rafa, O'Neill adalah pengurus pilhan hati saya sejak Rafa dipecat dari Liverpool lagi. Gya sempoi yang boleh mengguna pakai pemain-pemain cikai untuk menjadi ternama memang mendapat pujian. Tanpa dana yang besar pun beliau berjaya mengemudi pasukannya menjadi pencabar dalam EPL. Tidakkah anda kenal James Milner, Gareth Barry, Ashley Young, dan Stewart Downing yang mencipta nama di Aston Villa hasil didikan beliau. Pengalamannya menjuarai liga Scotland ketika mengurus Celtic sedikit sebanyak membantunya untuk menjadi pengurus yang disegani.



FRANK RIJKAARD - (Arab Saudi)
Prestasi bekas lagenda Belanda ini sebenarnya sukar juga untuk diramal. Bersifat seperti yoyo, beliau sering berpindah-pindah kelab untuk mengurus. Mungkin disebabkan kejayaannya membawa Barcelona menjadi ternama membuatkan beliau mula mendapat perhatian. Beliau jugalah yang telah berjaya membawa nama-nama besar di Barcelona sebelum melepaskannya kepada Pep. Tetapi kini nama beliau sedikit tenggelam akibat kerana telah mengurus pasukan Arab Saudi.



ALAN PARDEW - Newcastle United
Tak taulah kenapa Liverpool ni minat sangat mamat dari Newcastle ini. Dari Carroll dan Jose Enrique, Alan Pardew juga dikaitkan untuk ke Liverpool. Dari pandangan saya pengalamannya boleh diguna pakai. Byangkan dengan pemain-pemain cap ayam, mereka mampu menduduki tangga ke 5 pada musim ini. Bijak membeli pemain yang berharga murah tetapi berkualiti setaraf bintang. Tidakkah ia dinamakan pengurusan yang bijak.



Hanya ini sajalah nama-nama yang mampu untuk di kongsikan dalam isu panas pemilihan pengurus Liverpool ini. Kalau nak dikira memang ramai lagi yang terjebak, tetapi yang paling hangatnya sudah pastilah Roberto Martinez yang nampaknya semakin hampir ke Liverpool. Harap jangan dia menjadi Roy Hodgson kedua sudah ler. huhuhu. So antara nama-nama diatas siapakah pilihan anda. Saya sudah tentulah Rafa Banitez dan Martin O'Neill. Anda bagaimana?

Dulu marah Dalglish, kini marah Henry pula

Written By saleehs gerrard on Khamis, 17 Mei 2012 | 4:08 PTG


Beginilah episod sesebuah kehidupan samaada dalam kegiatan harian, ataupun didalam pertandingan yakni sukan. Sikap memaki mencaci serta tidak puas hati sering timbul apabila sesuatu keputusan berlaku diluar jangkaan.

Dulu masing-masing maki, kutuk dah marah Dalglish terhadap prestasi Liverpool yang tidak menentu. Majoritinya berpendapat Dalglish harus dipersalahkan 100% diatas segala kegagalan ini. Maka ada juga terkeluar suara-suara sumbang yang meminta agar Dalglish dipecat, letak jawatan dan pencen saja. Bila waktu menang, selori pula pujian yang diluahkan terhadap lagenda Liverpool ini. Tapi ia hanya seketika sahaja, Berbakul-bakul kembali hinaan terus dilemparkan kepada beliau.

Hari ini, tiba-tiba perasaan kepada Dalglish dulu berubah pula menjadi simpati. Kini mereka berpaling arah dan mula pula memarahi Fenway Sports Group (FSG) a.k.a John Henry sebagai pemilik Liverpool. Macamana mereka memaki Dalglish dahulu, begitu juga yang diterima oleh Henry. Itulah situasi yang berlaku kini setelah pemecatan lagenda Dalglish dari menjadi Pengurus Liverpool berkuatkuasa semalam.

Disini pada dasarnya saya bukanlah nak menyalahkan 100% apa yang diperkatakan oleh anti Dalglish ini. Malah  saya juga tidak mengatakan bahawa mereka yang sentiasa menyanjung lagenda ini betul kesemuanya. Bila kita renung diri kita kembali, siapalah kita disisi Liverpool FC untuk mengeluarkan kenyataan mengikut hati dan perasaan. Kita hanyalah sebagai peminat. Bukannya penyokong apatah lagi nak bau-bau bedak dengan ahli lembaga pengarah. Bukankan kata ada share ke apa dalam FSG ni, malah beli baju pun cap ayam made in Thailand yang tiada sebarang sumbangan kearah kelab. Jadi apa jua keputusan dan apa jua yang berlaku kita berserah sahaja kepada mereka yang layak menyelesaikannya.

Lumrah kehidupan. Sewaktu seseorang itu ada pasti adakalanya kita membencinya, tetapi sesudah kehilangannya pasti merinduinya malah akan berasa simpati terhadap nasib yang menimpa diri mereka. Saya akui, saya juga adakalanya terlepas kata juga mengutuk Dalglish ini. Tetapi setakat ini apa yang saya perkatakan adalah berdasarkan fakta dan tak pernah pun untuk Dalglsih dipecat. Hormat sebagai lagenda tidak semesti tidak boleh memperkatakan kesilapannya. Tetapi dengan semangat untuk terus memberi kepercayaan adalah lebih penting dari memberi tekanan. Tapi sayang, semuanya kini tinggal kenangan.


Saya juga mengakui bahawa FSG dan Liverpool FC juga ada membuat kesilapan dalam situasi pemecatan ini. Mengapa baru kini berlakunya pemecatan, kenapa tidak diberi peluang kedua kepada beliau untuk menamatkan semusim lagi dalam kontraknya. Ia adalah lebih baik untuk kedua-dua belah pihak. Ataupun tak payahlah ikat kontrak dua tahun sewaktu Dalglish telah menamatkan separuh musim menyelamatkan Liverpool yang lemas akibat peninggalan Roy Hodgson. Bukankah niat utama semasa mula-mula perlantikan sekadar menjadikan Dalglish pengurus sementara. Sekurang-kurangnya jika tidak sambung kontraklah ketika itu, peminat pasti boleh menerima keadaan dan tujuan sebenar berdasarkan motif perlantikan mengejut beliau menjadi pengurus.

Disini saya sekadar berkongsi artikel dari Daily mail yang telah menyenaraikan 7 sebab mengapa Kenny Dalglish diberhentikan kontrak sebagai pengurus Liverpool

1) Gagal untuk bermain dengan baik dihalaman sendiri (Stadium Anfield)
-Liverpool hanya mengutip 30 mata daripada 19 perlawanan di tempat sendiri musim ini

2) Isu perkauman Suarez dan Evra
-Tindakan Kenny Dalglish yang banyak mempertahankan pemainnya hampir merosakkan reputasi Liverpool termasuk juga pihak penaja serta FSG.

3) Pembelian yang tidak masuk akal dan munasabah
- Gabungan pemain-pemain seperti Downing,Henderson,Charlie Adam dan Jose Enrique dengan jumlah £50juta tidak setanding dengan kualiti yang mereka miliki.

4) Andy Carroll
-Jika pemain itu mengekalkan prestasinya seperti musim lepas sewaktu berada di Newcastle, sudah tentu prestasi Liverpool dalam liga akan bertambah baik

5) Kehilangan Steven Gerrard
-Steven Gerrard hanya bermain 23 perlawanan di bawah kendalian Dalglish dengan kapten England itu lebih banyak berehat kerana mengalami kecederaan.

6) Tiada penyudah berkesan
-Pemain Liverpool adalah pakar dalam menyepak bola kearah tiang dan palang gol.  Ini terbukti apabila telah membuat 33 percubaan terkena tiang dan palang hanya dikira dalam persaingan liga sahaja. Sesetengahnya mungkin keran tidak bernasib baik namun sesetengah membuktikan bahawa penyudah mereka kurang mantap. Sekiranya tragedi ini tidak berlaku sudah pastinya Liverpool adalah antara kelab penyumbang gol terbanyak pada musim ini.

7) Strategi perlawanan dan pemilihan pemain.
-Dirk Kuyt dan Maxi Rodriguez jarang dipilih bagi skuad utama dan kita boleh lihat banyak tektikal dan corak permainan Dalglish yang diragui. Gagal menurunkan pemain mengikut kesesuaian perlawanan dan yang paling penting gagal menggunakan sistem pertukaran pemain dengan sebaiknya. (Terlalu memanjakan dan mempercayai hanya sebahagian pemain sahaja)

Jadi, terpulanglah kepada anda untuk menilainya. Kita yang hanya sekadar peminat di Malaysia pun terasa kesedihannya, inikan penyokong fanatik di Merseyside yang dan beribu-ribu keluar duit untuk menyokong pasukan kesayangan kita ini, pasti lebih memilukan. Jangan samapi ada yang menangis airmata darah sudahlah. Bagi yang nak sangat Dalglish dipecat, pasti mereka senyum sampai ketelingakan. Tahniah kerana suara dan keluhan anda didengari oleh FSG.

Dalglish ditendang keluar jua akhirnya


Nak kata terkejut, memang dah boleh agak. Nak kata sedih, adalah sedikit tapi taklah sampai nak melelehkan airmata. Nak komen lebih-lebih, siapalah SG disisi Fenway Sports Group (FSG) dan Liverpool FC yang lebih memahami keadaan sebenar akibat kocek yang sudah koyak cuma sedikit sahaja yang ditampal. Itulah nasib yang berlaku kepada Lagenda merangkap pengurus pasukan Liverpool Kenny Dalglish yang telah ditamatkan kontrak sebagai pengurus dengan serta merta pada 16 May 2012.

Bila sukan telah menjadi perniagaan singkat untuk mengaut keuntungan, beginilah kisahnya yang pasti terjadi. Sikap pemilik yang tidak sabar dengan pulangan lumayan dari apa yang dilaburkan membuatkan beliau tidak mengira siapa mereka, pasti akan merasa kekejamannya.


Diawal meminta pertolongan, Dalglish dipujuk, dirayu serta dipuja untuk menyelamatkan nasib pasukan Liverpool yang jatuh kelubang kehinaan akibat kegagalan Hodgson membawa perubahan. Dengan rela hati walaupun sedang bercuti, Dalglish bergegas kembali untuk menghulurkan bantuan keatas pasukan kesayangannya ini. Dengan berbekalkan pemain yang serba tak jadi, ayam tambatan mencurangkan diri ke Chelsea, pembelian panik pecah tradisi dan Suarez wira dihati, Dalglish berjaya menyelamatkan maruah Liverpool hingga ketahap yang selamat walaupun tanpa sebarang hadiah kegembiraan yang boleh diberikan kepada FSG a.k.a John Henry. Tapi FSG faham, mereka bagi peluang lagi ikat kontrak 2 tahun.

"Aku punya duit, suka hati akulah nak buat apapun." Mungkin itulah kata-kata Henry

Dengan keyakinan dan ayat power Dalglish dan Comolli, berjuta-juta duit lagi dikeluarkan dalam pembelian yang indah rupa dari khabar. Nasib baik kuda tua yang dapat secara percuma itu dapat cover sedikit kegagalan  hasil pembelian besar-besaran ini. Awal tahun 2012 bila tiada shopping pemain dilakukan, kita sudah boleh agak, Dalglish tak lama jer lagi ni jadi pengurus. FSG ikat kos untuk Dalglish habiskan musim dengan tunggul kayu yang ada. Ingat bila dah bagi piala Mickey Mouse tu, Dalglish boleh tidur lena, rupanya target FSG untuk layak ke liga Juara-juara musim hadapan hancur berkecai dengan keputusan perlawanan yang jauh dari harapan. Tapi Dalglish maintain, masih lagi boleh cover dengan FA Cup. Malangnya dalam FA cup, Linesman pula buat hal. Memang sepatutnya linesmanlah yang harus disalahkan dengan pemecatan Dalglish ini. huhuhuhu.

Banyak-banyak gambar KD, gambar inilah yang paling terharu untuk dilihat

Tak apalah Dalglish, bila dah tua-tua ni, anda sepatutnya duduk-duduk sahaja di bangku penonton dan terus menjadi duta Liverpool. Tak payah dah nak fikir-fikir untuk nak mencipta nama yang sedia terukir tu. Bagi sahaja kepada sesiapa yang difikirkan sesuai oleh FSG dan Liverpool FC. Tapi yang pastinya kali ini FSG tidak akan mendengar permintaan peminat seperti kisah Dalglish dahulu. So tak payahlah nak pekik-pekik nama RAFA BANITEZ ke, PEP GUARDIOLA ke hatta JOSE MOURINHO sekalipun kerana FSG dah tau, mereka-mereka ini tak boleh berjuang tanpa dana yang besar. Jadi siapa pun FSG nak pilih, lantaklah. Duit mereka, kita ni hanya peminat jer. Walaupun dihati ini, teringinkan Rafa kembali. Paling tidak pun Martin O'neill yang bijak memilih pemain walaupun main kutip-kutip je dari tepi jalan. Tapi apakan daya. Siapalah suaraku ini.....


*walauapapun terjadi, Liverpool tetap dihati.. YNWA...

Dalglish adalah pengurus ke 37 untuk musim 2011/2012 ini yang ditendang keluar dalam liga England
  1. August 25 - Peter Jackson (Bradford City)
  2. September 18 - Peter Reid (Plymouth)
  3. September 23 - Sean O'Driscoll (Doncaster)
  4. October 2 - Steve McClaren (Nottingham Forest)
  5. October 3 - Keith Millen (Bristol City)
  6. October 14 - Steve Cotterill (Portsmouth)
  7. October 24 - Sven Goran Eriksson (Leicester)
  8. November 10 - Dario Gradi (Crewe)
  9. November 14 - Gary Johnson (Northampton) 
  10. November 15 - Nigel Pearson (Hull)
  11. November 30 - Steve Bruce (Sunderland)
  12. December 6 - Mick Wadsworth (Hartlepool)
  13. December 14 - Phil Brown (Preston)
  14. December 19 - Steve Eyre (Rochdale)
  15. January 3 - Paul Buckle (Bristol Rovers)
  16. January 8 - Neil Warnock (Queens Park Rangers)
  17. January 9 - Terry Skiverton (Yeovil)
  18. January 24 - John Coleman (Accrington Stanley)
  19. February 1 - Simon Grayson (Leeds)
  20. February 13 - Mick McCarthy (Wolves)
  21. February 18 - Martin Allen (Notts County)
  22. March 1 - Gary Megson (Sheffield Wednesday)
  23. March 4 - Les Parry (Tranmere)
  24. March 4 - Andre Villas-Boas (Chelsea)
  25. March 5 - Jamie Pitman (Hereford)
  26. March 17 - Paul Peschisolido (Burton)
  27. March 18 - Gary Simpson (Macclesfield)
  28. March 19 - Andy Scott (Rotherham)
  29. March 25 - Lee Bradbury (Bournemouth)
  30. April 9 - Steve Evans (Crawley)
  31. April 16 - Lawrie Sanchez (Barnet)
  32. April 30 - Brian Horton (Macclesfield)
  33. May 8 - Nick Barmby (Hull City)
  34. May 8 - Andy Hessenthaler (Gillingham)
  35. May 11 - Richard O'Kelly (Hereford)
  36. May 14 - Alex McLeish (Aston Villa)
  37. May 16 - Kenny Dalglish (Liverpool)


Kapten England - Impian Gerrard tercapai


Dalam pelbagai spekulasi hangat yang berlarutan semenjak tragedi FA England menarik kembali lilitan ketua pasukan dari John Terry, Gerrard, Scott Parker dan Rio Ferdinand adalah antara nama yang disebut-sebut untuk mengalas jawatan ini. Walaubagaimanapun akhirnya tugas kapten ini sudah sah diamanahkan kepada Steven Gerrard.

Mungkin tuah Gerrard mendapat penghargaan ini. Bersandarkan bekas bos Liverpool Roy Hodgson yang baru mengambil alih tugas kerusi panas yang ditinggalkan oleh Fabio Capello, nampaknya Hodgson lebih memahami kepimpinan yang menjadi tauladan bekas anak didiknya di Anfield ini. Jadi dengan hasil kerjasama dalam sebuah pasukan sebelum ini, memudahkan lagi Hodgson untuk menurunkan ilmu serta amanah kepada Gerrard dalam mengemudi pasukan England di EURO 2012 nanti.


Disebalik pasang surut mutu permainan Liverpool musim ini, tanpa disangka 4 pemain liverpool telah dipilih oleh Hodgson dalam skuad utamanya. Selain Gerrard, tiga lagi pemain yang telah dipilih ialah Glen Johnson, Stewart Downing dan juga Andy Carroll. Carroll yang memulakan musim 2011/2012 dengan penuh kekecewaan, bangkit membuktikan kewibawaannya sewaktu Liga premier menghampiri penghujungnya membuatkan Hodgson teruja untuk mengandingkannya bersama Shrek. Dalam senarai tambahan disaat kecemasan (stanby), Jordan Henderson adalah antara nama yang tersenarai menjadikan kesemuanya 5 pemain Liverpool telah tersenarai pada kali ini.


Mungkin kita kurang nampak keberkesanan mereka ini dalam kelab, tetapi siapa tahu hasil pembelajaran dengan sifu Dalglish dapat diterjemahkan dalam skuad England. Harap Steven Gerrard akan bertambah fantastik dalam tugasnya mengemudi kapal England di EURO nanti. Boleh menang ke?.. Gerrard punya pasal, sokong tetap sokong..

Nasib Dalglish terus menjadi tanda tanya

Written By saleehs gerrard on Rabu, 16 Mei 2012 | 5:37 PG


Nasib Kenny Dalglish yang telah kembali dari perjumpaan bersama pemilik Liverpool John Henry masih lagi belum jelas dan menjadi tanda tanya pelbagai pihak.  Dalam spekulasi yang bertiup kencang bahawa berkemungkinan Dalglish akan diarahkan untuk meletak jawatan secara rela atau dipecat secara paksa untuk digantikan oleh pengurus Wigan Roberto Martinez, masih tiada sebarang luahan isi hati yang terkeluar dari mulut baikpun Dalglish, John Henry dan juga Tom Werner.

Berdasarkan situasi semasa, sebulan sebelum ini, Tom Werner menyatakan bahawa beliau dan Henry masih yakin dengan kebolehan Dalglish mengurus dan mereka tetap memberi sokongan penuh terhadap beliau. Tetapi perlu diingat kenyataan itu keluar sebelum berlangsungnya perlawanan akhir FA cup, dan selepas gagal memenangi piala terbabit, sokongna boleh jadi sebaliknya.

Seperti yang kita tahu, pada musim ini pasukan Liverpool jauh tersasar dari apa yang diharapkan dan dilaburkan oleh FSG. Sudah pastinya Dalglish dan Steve Clarke perlu menjawab soalan-soalan maut dari FSG yang telah mengeluarkan perbelanjaan besar lebih £ 200 juta dalam memiliki kelab serta pembelian pemain tetapi hasilnya cukup mengecewakan. Sasaran utama untuk menduduki empat terbaik liga dalam melayakkan ke liga juara-juara musim hadapan hancur berkecai. Malah tewas 14 kali dalam kempen liga musim ini serta menduduki tangga ke-8 adalah yang terburuk sejak 18 tahun lalu. Disamping itu juga dengan memungut 52 mata pada musim ini, ia adalah paling terendah semenjak musim 1953/54.

Ketiadaan Dalglish bersama-sama Steve Clarke, Tom Werner dan John Henry menyaksikan perlawanan Boston menguatkan lagi spekulasi

Jika sebelum ini, Damien Comolli dan Peter Brukner sudah ditendang keluar akibat kegagalan mereka membuktikan kebolehan masing-masing, tidak salah rasanya kalau FSG juga bakal berbuat sedemikian terhadap Dalglish. Tetapi harapannya dengan menjuarai 1 piala pada musim ini sedikit sebanyak dapat melembutkan hati John Henry untuk terus memberi kepercayaan kepada Dalglish.

Cerita-cerita kosongnyalah. Seandainya Dalglish dipecat adakah Roberto Martinez mampu mengalas cabaran di kerusi panas ini. Bagi SG dengan corak dan penampilan pasukan Wigan ini, bukanlah ia sesuatu yang boleh dibanggakan oleh Martinez. Dipendekkan cerita, Martinez adalah tidak layak untuk mengisi kekosongan tersebut. Kalau boleh panggillah balik Rafa Banitez yang telah membuktikan kebolehan beliau. Kalau tak pun SG lebih suka Martin 0'Neill untuk meneruskan kesinambungan zaman pembangunan Liverpool. Bagi anda siapa pula?

Martin Skrtel dipilih pemain terbaik musim 2011/2012

Written By saleehs gerrard on Selasa, 15 Mei 2012 | 5:29 PG


Semalam website Liverpool FC telah menyatakan bahawa Martin Skrtel telah dipilih oleh peminat untuk menjadi pemain terbaik Liverpool FC secara keseluruhannya bagi musim 2011/2012 ini. Beliau mendapat 44%  dengan jumlah 66,937 undian diikitu Luis Suarez 33% dan Daniel Agger 4%.

Pada musim 2011/2012 ini, Skrtel merupakan pemain yang paling konsisten diatas padang  dalam mengawasi kubunya dari dibocori. Beliau telah membuat 45 penampilan bersama Liverpool musim ini dan telah berjaya menjaringkan 4 gol peribadinya. Ia termasuk gol terbaiknya sewaktu perlawanan akhir piala Carling ketika menentang pasukan Cardif February lalu.

Selain itu, beliau juga dipilih berdasarkan faktor dirinya yang juga dipilih sebagai pemain terbaik Slovakia untuk tiga tahun berturut2. Apapun tahniah kepada Skrtel diatas segala sumbangannya terhadap pasukan Liverpool. Semoga musim hadapan beliau dapat terus mengekalkan prestasi sedemikian untuk memantapkan lagi barisan pertahanan pasukan Liverpool. YNWA..

Last Game BPL 11/12 - Swansea 1-0 Liverpool

Written By saleehs gerrard on Isnin, 14 Mei 2012 | 3:42 PG


Seperti yang diperkatakan, hanya sekadar untuk melengkapkan jadual perlawanan, Liverpool terpaksa menyerah kalah dengan jaringan Graham pada minit ke 86 untuk memberi kemenangan kepada Swansea 1-0. Tapi kekalahan ini sebenarnya tidak sedikit pun melukakan hati peminat-peminat Liverpool yang sememang sudah tak ambil peduli apa pun keputusan yang bakal diterima di penghujung musim ini.

Walaupun kalah, Liverpool tetap menduduki tangga ke 8 liga pada musim ini. Ia sememangnya pencapaian yang kurang baik jika diukur dalam liga tetapi sesuatu yang terbaik dan menarik dalam kejohanan kalah mati. Dari segi penguasaan pada malam tadi, kita lihat permainan pasukan Liverpool jauh berbeza berbanding perlawanan menentang Chelsea tempohari. Walaupun banyak percubaan yang berjaya dihasilkan tetapi penyudah yang agak lemah membuatkan Swansea berjaya mencuri kesempatan tersebut.


Tak apalah, tutup buku musim 2011/2012 ini dengan sedikit kedukaan. Kita berharap agar musim depan Liverpool kembali untuk menjadi watak utama dalam liga Premier dan semua kejohanan yang disertainya. Jadi selepas ini pintu perpindahan pemain akan bermula. Harapannya jika Dalglish terus diberi mandat untuk mengurus pasukan Liverpool, beliau dapat membeli pemain yang berkualiti dengan harga yang murah lagi berbaloi-baloi. Bagi pemain yang sedia ada, kalau nak dijual pun biarlah yang tua-tua dan kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama. Bagi yang muda-muda dan bertenaga, beri mereka peluang kedua untuk musim hadapan. Siapa tahu hasil gilapan kita pada musim ini akan membuahkan hasil pada musim hadapan. Tunggu dan lihat sahaja...

p/s: Tahniah Manchester City kerana berjaya menjuarai piala Barclays sejak penantian 44 tahun. Kejayaan hasil dari masa 5 minit yang penuh dramatik. Hampir menangis sewaktu Mak Siti ketinggalan 1-2 pada minit ke 90. Tetapi segalanya berubah selepas itu. MUnyet anda tewas musim ini. So duduk jauh2 yer kerana anda adalah pasukan setaraf Arsenal yang apapun tiada dibanggakan untuk musim ini. hehhehehehe

Preview : Swansea vs Liverpool

Written By saleehs gerrard on Ahad, 13 Mei 2012 | 3:44 PTG


Malam ini secara rasminya akan dilangsungkan perlawanan terakhir bagi setiap pasukan dalam Liga Premier bagi musim 2011/2012 ini. Perlawanan ke 38 ini sebebnarnya tiada membawa sebarang erti kepada Liverpool melainkan untuk memperbaiki kedudukan ke tangga ke-7, itupun seandainya Everton tewas kepada Newcastle malam nanti.

Diatas kertas mungkin Liverpool tidak bermasalah untuk membenam Swansea yang juga tiada sebarang tekanan memandangkan mereka juga berada dalam keadaan selamat untuk terus berada dalam liga untuk musim hadapan. Dianggap hanya sekdar perlawanan amal untuk melengkapkan jadual, kita sebenarnya masih berharapkan kedua-dua pasukan dapat mempamerkan corak permainan yang menghiburkan walaupun hanya keputusan seri sahaja bakal dicapai.

Pada malam ini, kesemua 10 perlawanan liga akan berlangsung serentak pada pukul 10 malam dan sudah pastinya hanya 5 perlawanan menjadi tumpuan.

  1. Manchester City vs Queens Park Rangers - MC mesti menang perlawanan ini untuk memberi kelebihan perbezaan jaringan bagi memisahkan diri dari MU yang juga bakal memungut mata sama jika menang malam ini. QPR pula juga inginkan kemenangan bagi menjamin kedudukan mereka dalam Liga Premier terus terjamin tanpa perlu memasuki saigan kelayakan.
  2. Sunderland vs Manchester United - Sunderlang berkemungkinan akan memberi laluan mudah kepada MU untuk memenangi perlawanan malam ini. MU yang juga wajib menang perlu juga mengharapkan QPR dapat memusnahkan MC untuk memberi MU kejuaraan ke 20 liga Premier.
  3. West Brom vs Arsenal - Arsenal mungkin akan terkeluar dari kelompok 4 terbaik liga dan seterusnya tidak layank untuk beraksi dalam liga juara-juara seandainya tewas malam ini. Hanya kemenangan sahaja menjamin Arsenal untuk layak dengan menduduki tangga ke-3 liga.
  4. Tottenham vs Fulham - Menduduki tangga keempat liga ketika ini tidak menjaminkan kedudukan selamat beraksi di liga juara-juara musim depan. Tottenham perlu memenangi perlawanan malam ini sambil mengharapkan Arsenal juga kalah untuk memintas kekedudukan ke 3 liga.
  5. Everton vs Newcastle United - Newcastle juga mengharapkan tuah kemenangan malam ini untuk cuba mengisi sisa-sia terakhir di kelompok 4 terbaik liga. Sambil mengharapkan Arsenal dan Tottenham dilanda musibah, Newcastle yakin mereka mampu melakukannya.

Untuk pengetahuan, perlawanan diantara Swansea dan Liverpool ini tiada siaran Langsung yang akan ditayangkan di ASTRO. Oleh itu anda boleh klik link live streaming dibawah untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

LIVE STREAMING CHANNEL : LINK1  LINK2  LINK3  LINK4  LINK5  LINK6  LINK7  LINK8

Pelancaran Jersey Utama dari Warrior musim 12/13

Written By saleehs gerrard on Jumaat, 11 Mei 2012 | 3:42 PTG


Pagi tadi masing-masing tak sabar untuk menyerbu website LiverpoolFC.tv bagi melihat jersey terbaru yang bakal dilancarkan. Hasilnya pukul 7 pagi tadi waktu Malaysia, peminat Liverpool disajikan dengan design terkini dari penaja pakaian terbaru Warrior bagi mengantikan Adidas yang ditamatkan kontraknya pada penghujung musim ini.


Design yang cukup klasik dimana jersey kali ni yang mempunyai kolar mengamit kenangan kita pada jersey yang lalu dizaman Carlsberg menjadi penaja utama. Apa yang menariknya Logo pada jersey berkenaan telah ditukar dari logo rasmi Liverpool kepada logo Liverbird yang tertera perkataan LFC. Dibahagaian belakang jersey berkenaan pula telah diletakkan JFT 96 bagi memperingati dan menghormati tragedi yang sungguh menyayatkan hati seluruh peminat Liverpool.


Secara keseluruhannya saya sebagai peminat setia pasukan Liverpool ini, amat tertarik dan teruja serta tidak sabar-sabar lagi untuk memilikinya sekeluarga. Dengan pelancaran ini maka sedikit sebanyak telah menutup mulut-mulut pengkritik yang menyatakan Warrior adalah brand cap ayam dan designnya sudah tentulah mengarut-ngarut. Akhirnya bertambah-tambahlah lagi perasaan dengki yang bakal menjelma dari pengkritik-pengkritik terutamanya pasukan lawan yang sentiasa anti dengan kemajuan yang diperolehi oleh Liverpool.


Jadi apalagi, siapa yang rasa-rasa mampu bolehlah membeli secara online di StoreLFC dimana tempahan telah pun dibuka. Selain itu juga kepada mereka yang terawal membuat tempahan akan mendapat t shirt percuma selagi stock masih ada. Bagi yang tak mampu, jangan risau. Ini kerana pasaran Padang Besar, Rantau Panjang dang Pengkalan Kubur pasti akan menyediakan jersey idaman anda ini dengan kualiti yang agak baik juga untuk dipakai. Seboleh-bolehnya maukan yang lebih kualiti dan berpuas hati, dapatkanlah yang original ye..

Anda boleh layari Website Warrior football untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai kit kelengkapan Liverpool dimasa akan datang.


Special Thanks :
Elizabeth Wu
Account Coordinator : Racepoint Group Asia
-PR Agency (Warrior)



p/s: Kalau nak beli yang ori, sekeluarga mau lebih RM1K. Kalau Padang Besar pula RM1K boleh dapat 20 pasang. Emmmm... renung-renungkan ler yer. Bukan satu jersey pula tu nak beli, mau ketiga-tiga design nak gak dijadikan koleksi. adoiiii....













 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kelab Peminat Liverpool Malaysia - All Rights Reserved
Partner Sale_ehs Gerrard Published by KPLM
Proudly powered by Blogger